Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2 Ukuran Data
1. Imej digital ialah gambar yang dirakam melalui kamera digital dan disimpan dalam
bentuk pola-pola bit (0 dan 1).
2. Imej digital juga boleh dihasilkan melalui pengimbas (scanner) dan disimpan dalam
memori komputer.
3. Audio digital adalah isyarat bunyi yang telah ditukar kepada nombor perduaan dan
disimpan dalam bentuk pola-pola bit.
2.2.1 Unit Ukuran bagi Imej Digital dan Audio Digital
1. Imej digital mempunyai atribut-atribut seperti:
i. Resolusi
ii. Dimensi
iii. Kedalaman warna
2. Atribut audio digital adalah:
i. Kadar sampel
ii. Kedalaman bit
3. Warna bagi setiap piksel (pixel) ditentukan oleh pola bit yang terdiri daripada 0 dan 1.
4. Bilangan bit maklumat yang disimpan bagi setiap piksel dipanggil piksel per bit (bit per
pixel).
1
Prepared by IMR. SMK Valdor
A. UNIT UKURAN BAGI IMEJ DIGITAL
1. Imej digital diukur melalui saiz dan kualiti seperti:
i. Resolusi
ii. Dimensi
iii. Kedalaman bit warna
2. Imej digital yang dipaparkan pada monitor komputer terdiri daripada bintik-bintik kecil
yang dikenali sebagai piksel.
3. Resolusi mengukur imej digital melalui ketajaman dan kejelasan sesuatu imej iaitu
bilangan piksel yang terdapat pada imej tersebut.
4. Unit ukuran piksel adalah dalam dots per inch (dpi). Jika resolusi 3 dpi, maka bilangan
piksel adalah 9 piksel per inci (3 x 3 = 9 piksel).
5. Dimensi merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej dalam unit piksel (bilangan
piksel panjang x bilangan piksel lebar).
2
Prepared by IMR. SMK Valdor
6. Kedalaman bit warna bermaksud bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk
menandakan satu warna yang tertentu dalam sesuatu imej digital. Lebih banyak bit
yang digunakan, maka lebih tinggi kedalaman bit warna.
7. Bagi imej hitam dan putih diwakili oleh bit 0 untuk mewakili putih dan 1 untuk mewakili
hitam.
8. Jadual di bawah menunjukkan kedalaman bit warna bagi imej.
3
Prepared by IMR. SMK Valdor
4
Prepared by IMR. SMK Valdor
B. Unit Ukuran bagi Audio Digital
1. Kualiti dan ukuran sesuatu audio digital bergantung kepada:
i. Kadar sampel
ii. Kedalaman bit audio
2. Kadar sampel ialah bilangan sampel sesaat yang diambil oleh analog-to-digital
converter (ADC) semasa melakukan pendigitalan sesuatu audio analog.
3. Unit bagi kadar sampel ialah hertz (Hz). 1 Hz bersamaan dengan 1 sampel sesaat.
4. Semakin banyak bilangan sampel yang diambil dan direkodkan dalam satu saat,
semakin tepat dan berkualiti sesuatu audio digital tersebut.
5
Prepared by IMR. SMK Valdor
5. Jadual di bawah menunjukkan kadar sampel dan penggunaannya.
6. Kedalaman bit audio ialah bilangan bit 0 dan 1 yang digunakan untuk mewakili aras
rakaman setiap sampel audio (bit per sampel).
7. Lebih banyak bit digunakan untuk mewakili sampel-sampel audio, lebih hampir
persamaan audio digital dengan audio analog yang asal.
8. Rajah di bawah menunjukkan kedalaman bit dan kualiti audio digital.
6
Prepared by IMR. SMK Valdor
9. Jadual di bawah menunjukkan bilangan bit audio digital yang mempunyai kedalaman
bit yang berlainan.
10. Jadual kualiti audio dan kedalaman bit.
7
Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2.2 Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format
1. Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail bergantung kepada
kegunaannya.
2. Jadual dibawah menunjukkan jenis fail yang selalu digunakan untuk imej digital.
Jenis Fail Penerangan
Joint
Photographic • Banyak digunakan untuk menyimpan imej digital.
Experts Group • Sesuai untuk imej yang mempunyai bilangan warna
(JPEG)
antara 256 hingga 16 juta warna seperti gambar foto
Graphic Interchange digital.
Format (GIF) • Data imej dimampatkan untuk mengurangkan saiz
fail.
Bitmap • Saiz fail yang lebih kecil membolehkan muat turun
(BMP) dari Internet dengan cepat.
• Walau bagaimanapun, pemampatan mengurangkan
Tagged Image kualiti imej.
File Format • Format ini lazim digunakan di Internet dan kamera
(TIFF) digital berkualiti rendah.
• Banyak digunakan di Internet.
• Format GIF sesuai digunakan untuk imej yang
mempunyai jumlah warna sehingga 256 warna.
• Lazimnya format ini digunakan untuk lukisan dan
kartun yang mudah.
• GIF juga merupakan satu format mampatan.
• GIF menyokong animasi dengan membenarkan
beberapa imej disimpan dalam satu fail.
• Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai
bilangan warna antara 256 hingga 16 juta warna.
• Data imej tidak boleh dimampatkan, maka saiz fail
adalah besar.
• Oleh itu, imej dalam format ini adalah berkualiti
tinggi.
• Banyak digunakan dalam industri percetakan dan
penerbitan atas meja.
• Format ini sesuai untuk imej yang mempunyai
bilangan warna sehingga 16 juta warna.
• Fail imej boleh dimampatkan tanpa menjejaskan
kualiti.
8
Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2.3 Perkaitan antara Kualiti, Saiz, Kedalaman Warna (colour depth) dan Resolusi Imej
1. Kualiti dan saiz imej dipengaruhi oleh kedalaman warna, resolusi dan dimensi imej.
2. Lebih tinggi resolusi, dimensi dan kedalaman bit warna maka lebih tinggi keperincian
sesuatu imej.
3. Lebih tinggi resolusi dan dimensi maka lebih banyak piksel digunakan.
4. Lebih tinggi piksel, maka saiz imej menjadi lebih besar. Contoh di bawah menunjukkan
dimensi sebuah imej.
9
Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2.4 Perhubungan antara Saiz Audio dengan Kadar Kedalaman Bit (bit depth)
1. Kadar kedalaman bit bagi sesuatu audio digital bermaksud jumlah bilangan bit (0 dan
1) yang digunakan untuk mewakili setiap saat masa main balik (play back time) audio
itu.
2. Kadar kedalaman bit memberitahu kita tentang jumlah bilangan bit yang diproseskan
bagi setiap saat audio itu dimain balik.
3. Kadar kedalaman bit diukur dalam bit per saat (bps) menggunakan rumus berikut:
4. Saluran audio terdiri daripada:
i. Audio mono - satu saluran audio
ii. Audio stereo - dua saluran audio
10
Prepared by IMR. SMK Valdor
5. Contoh pengiraan kedalaman bit bagi fail audio:
Satu fail audio mempunyai kadar sampel 44 100 Hz, kedalaman
16 bit dan dua saluran audio. Apakah kadar kedalaman bit bagi
fail audio ini?
Kadar kedalaman bit
Kadar sampel = 44 100 Hz
Kedalaman = 16 bit
Saluran = stereo
Maka:
= 44100 X 16 X 2
= 1411200 bit per saat
= 1411.2 kbps
6. Contoh perkaitan saiz audio dan kedalaman bit dari fail audio
7. Maklumat mengenai kadar sampel audio dan kedalaman bit boleh didapati melalui
cara-cara berikut:
i. Klik kanan pada fail audio
ii. Pilih properties
iii. Pilih detail
11
Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2.5 Saiz Fail dan Kualiti untuk Audio yang Sama dalam Pelbagai Format Fail
1. Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail seperti:
i. WAVE
ii. MP3
iii. MIDI
2. Teknik peyimpanan dan pemampatan akan mempengaruhi kualiti dan saiz fail audio.
3. WAVE AUDIO FILE FORMAT (WAVE / WAV)
i. Dibangunkan oleh Microsoft dan IBM untuk komputer peribadi.
ii. Fail audio dalam bentuk tidak mampat (uncompressed).
iii. Saiz failnya lebih besar.
iv. Semakin tinggi kualiti audio yang tersimpan, maka semakin besar saiz fail.
v. Digunakan untuk menyimpan audio digital yang dirakam dalam kualiti tinggi.
4. MPEG LAYER III (MP3)
i. Singkatan daripada MPEG Layer III.
ii. Dibangunkan oleh Moving Picture Expert Group (MPEG).
iii. Format MP3 memampatkan data audio dengan membuang data yang tidak
boleh didengar.
iv. Saiznya lebih kecil.
v. Kualiti lebih rendah.
vi. Sesuai untuk kegunaan internet dan peranti mudah alih.
5. MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (MIDI)
i. Berasal daripada Musical Instrument Digital Interface.
ii. Format untuk merekod dan mengawal nota bagi setiap peralatan muzik.
iii. Tidak menyimpan bunyi dalam bentuk pola-pola bit 0 dan 1 tetapi menyimpan
satu set arahan dan data yang berkaitan not muzik, lagu muzik, bunyi
peralatan muzik dan mengarahkan perisian menghasilkan muzik pada
komputer.
iv. Saiz fail paling kecil.
v. Kualiti lebih tinggi sekiranya set arahan audio lengkap.
v. Fail MIDI mudah ditukarkan kepada fail WAV, MP3 dan format audio lain.
12
Prepared by IMR. SMK Valdor
2.2.5 Penukaran Saiz Data dari Bit ke Bait, Kilobait, Megabait, Gigabait dan Terabait bagi
Fail Audio dan Imej
1. Unit data terkecil bagi komputer ialah bit. Unit ukuran komputer ialah satu bait iaitu
bersamaan dengan lapan bit (1 bait = 8 bit).
2. Unit storan data adalah seperti bit, bait, kilobait (KB), megabait (MB), gigabait (GB) dan
terabait (TB).
3. Satu kilobait data komputer adalah sama dengan 1024 bait dan bukannya 1000 bait.
4. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara unit bit, bait, kilobait, megabait,
gigabait dan terabait.
13
Prepared by IMR. SMK Valdor
5. Contoh:
×
× ×
×
×
×
×
14
Prepared by IMR. SMK Valdor
6. Saiz fail audio digital boleh dikira dengan rumus berikut:
7. Perbandingan saiz seminit audio digital dengan kadar sampel, kedalaman bit dan
durasi.
8. Contoh:
15