The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi atur cara majlis, ucapan alu-aluan pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan ucapan tetamu kehormat YB Datuk Armizan bin Mohd Ali menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup merangkap ahli parlimen P. 175 Papar sebagai perasmi. Diselitkan juga peta lokasi rumah terbuka dan corat-coret Tadau Raya KTEKK.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AINI BINTI SIBIN KPM-Guru, 2024-05-08 22:52:30

BUKU ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAMATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024

Mengandungi atur cara majlis, ucapan alu-aluan pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah dan ucapan tetamu kehormat YB Datuk Armizan bin Mohd Ali menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup merangkap ahli parlimen P. 175 Papar sebagai perasmi. Diselitkan juga peta lokasi rumah terbuka dan corat-coret Tadau Raya KTEKK.

KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU SABAH KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU SABAH


Seuntai Kata Setulus Bicara YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD.ALI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP Seuntai Kata Setulus Bicara YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD.ALI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP Bismillahirrahmaanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Alhamdulillah, segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat llahi kerana dengan limpah dan Rahmat-Nya, saya diberikan ruang untuk mengungkapkan serangkai kata sempena Majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Peringkat Negeri Sabah 2024. Konsep rumah terbuka yang diadakan sempena sambutan setiap perayaan mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang kaum. Keistimewaan ini harus kita banggakan dan tradisi amalan rumah terbuka perlu diteruskan dalam menyatukan dan menguatkan ikatan kemasyarakatan. Sehubungan dengan perkara ini, di negeri Di Bawah Bayu, Sambutan Raya Kaamatan juga sudah menjadi satu kolaborasi perayaan 2 dalam 1 yang diraikan saban tahun oleh seluruh rakyat tidak mengira bangsa, etnik, dan agama. Sesungguhnya, kemakmuran dan keamanan sesebuah negara bergantung kepada semangat muhibbah sesama rakyat pelbagai kaum yang hidup di dalamnya. Negara yang harmoni sentiasa berpaksikan sikap penduduk yang sentiasa mengamalkan semangat kesepakatan dan nilai toleransi. Oleh itu, pada hemat saya sambutan perayaan sebegini wajar diadakan kerana ia mampu menjadi pengukuh perpaduan dan kemesraan rakyat, khususnya dalam kalangan warga Kolej Tingkatan Enam di negeri ini. Gabungan 2 Kolej Tingkatan 6 (Kota Kinabalu & Tawau) ini menunjukkan kemantapan semangat ukhwah yang amat baik kerana Kolej Tingkatan Enam KK telah berinisiatif untuk memurnikan Majlis Sambutan Raya Kaamatan Peringkat Kolej yang melibatkan pusat akademik dari Pantai Barat hingga ke Pantai Timur. Jelas terpancar kesepakatan antara pemimpin kedua-dua buah kolej dengan warna warni busana, khemah-khemah Hari Raya, pelbagai juadah serta persembahan seni tari yang kreatif dan menarik. Saya pasti seluruh warga kolej akan ceria dan gembira sempena majlis ini. Syabas kepada penganjur pertama majlis ini yang diterajui oleh Pengetuanya, En. Suhaibul bin Kassim berserta seluruh AJK Pelaksana Majlis. Sebagai penutup bicara, saya sekali mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan AJK Tertinggi Majlis, AJK Pelaksana, PIBG, Ibu Bapa dan pelajar-pelajar kolej yang dikasihi kerana gabung jalin kerjasama anda terpancar melalui citra warna majlis yang sungguh gilang- gemilang. Tidak dilupa kepada semua jemputan yang turut sama menyokong dan memeriahkan lagi Majlis Sambutan Raya Kaamatan ini. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaaamatan Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabrakatuh Sekian terima kasih, YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD.ALI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP


Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera, Salam Sepakat Sabah Hebat Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah Subahanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua saya diberikan peluang untuk mencoret kata-kata dalam buku aturcara ini bersempena dengan majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Tingkatan Enam Peringkat Negeri Sabah. Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu merupakan kolej tingkatan enam yang pertama ditubuhkan di Sabah dan menjadi salah satu daripada 29 kolej tingkatan enam yang terdapat di Malaysia. Institusi yang lahir hasil gabungan empat buah sekolah ini telah mula beroperasi secara rasmi pada 5 Februari 2014 dengan menawarkan subjek-subjek STPM dan MUET di bawah kelolaan Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM). Gabungan empat buah sekolah ini, telah menyatukan para guru serta pelajar dari pelbagai bangsa, agama, etnik, dan budaya di bawah satu bumbung untuk berkerjasama bagi melahirkan modal insan peneraju masa hadapan. Kepelbagaian kaum dan etnik ini sememangnya mampu melestarikan semangat perpaduan, ikatan kemesraan dan nilai kebersamaan seluruh warga kolej melalui satu perayaan, iaitu Sambutan Raya Kaamatan. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada En.Suhaibul Kassim selaku Pengetua KTEKK, AJK Induk Majlis, AJK Pelaksana, PIBG dan para AJKnya, Para Ibu Bapa, serta seluruh warga Kolej Tingkatan Enam atas kejayaan merealisasikan kemeriahan majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Tingkatan Enam Peringkat Negeri ini. Semoga keakraban seluruh warga Kolej Tingkatan Enam di negeri Sabah akan terus terjalin dengan baik. Saya mengucapkan Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin dan Selamat merayakan Tadau Kaamatan kepada semua. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sekian, terima kasih. YBhg. DATUK RAISIN BIN SAIDIN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH Sekilas Nukilan dari Pengarah, YBhg. Datuk Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Sekilas Nukilan dari Pengarah, YBhg. Datuk Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah


Setinta Kata Semanis Bicara PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU Setinta Kata Semanis Bicara PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Salam Kolej #1, Salam “We Are The Best” Salam Perpaduan, dan Salam Madani Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim dan syukur alhamdulillah, saya ingin menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana buat sekian kalinya Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Peringkat Negeri Sabah 2024 pada tahun ini. Kejayaan buat julung kalinya Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan dengan melibatkan Kolej Tingkatan Enam Tawau. Sesungguhnya, detik ini menjadi lembaran sejarah bagi Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu kerana berjaya meraikan perayaan ini di peringkat negeri Sabah. Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia. Negeri ini terletak di utara Pulau Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah dikenali juga sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Sabah meliputi kawasan seluas 72 500 kilometer persegi. Negeri Sabah mempunyai lebih daripada 35 suku kaum. Antaranya termasuklah Bajau, Kadazan, Dusun, Kadazan-Dusun, Bisaya, Iranun dan sebagainya. Kepelbagaian etnik ini menjadikan negeri Sabah sangat istimewa. Hal ini dikatakan demikian kerana kepebagaian etnik ini bukan sahaja mewujudkan pelbagai bahasa, malahan pelbagai adat istiadat juga perayaan yang berwarna-warni citranya. Oleh itu, Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu turut berpeluang meraikan kemeriahan warna-warni perayaan di Sabah dengan menggabungkan dua perayaan utama; iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan dalam Majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Peringkat Negeri Sabah 2024 ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan simbolik bagi meraikan kemenangan umat Islam selepas melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak. Bergemanya suara takbir meraikan indahnya Aidilfitri, bulan penuh keampunan. Pada masa inilah, kita semua saling bermaafan atas segala khilaf dan dosa. Sementara itu, Pesta Kaamatan yang juga disebut sebagai Pesta Menuai merupakan satu tradisi yang disambut masyarakat Kadazan-Dusun bagi menghormati semangat padi. Tradisi ini disambut secara turun-temurun. Kedua-dua perayaan istimewa bagi masyarakat di Sabah ini telah disambut secara meriah oleh warga kolej tingkatan enam yang ada di Sabah. Dalam majlis yang indah ini, pakaian tradisi masyarakat etnik di Sabah juga baju kebangsaan kita, iaitu baju kurung atau baju Melayu yang penuh warna-warni, cantik dipakai oleh semua tetamu. Majlis ini juga amat bermakna bagi warga kolej kerana silaturrahim dan jalinan muhibah dapat dieratkan dengan menggabungkan kedua-dua kolej yang merupakan pusat tingkatan enam di negeri Sabah. Selain jamuan hari raya, kita juga akan dihiburkan dengan persembahan daripada setiap kolej tingkatan enam seperti tarian etnik dan kebudayaan, serta nyanyian bagi meraikan Sambutan Raya Kaamatan. Ucapan jutaan terima kasih dan tahniah juga saya kalungkan kepada semua Jawatankuasa Majlis Sambutan Raya Kaamatan Kolej Peringkat Negeri Sabah 2024 atas sumbangan idea, usaha juga komitmen jitu bagi merealisasikan majlis yang berwarna-warni ini. Kolej #1 dan We Are The Best” Sekian dan terima kasih. SUHAIBUL BIN KASSIM PENGETUA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU


1:30 ptg : Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa, guru dan pelajar KTEKK : Ketibaan dan pendaftaran pengetua,wakil guru dan pelajar KTE Tawau : Ketibaan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) : Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPD Kota Kinabalu) : Ketibaan Pegawai Pendidikan Tawau (PPD Tawau) 1.55 ptg : Ketibaan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2:00 ptg : Ketibaan Perasmi Majlis YB. Datuk Amirzan bin Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar) : Lawatan Rumah Terbuka Pelajar dan PIBG 2.15 ptg : Majlis Perasmian Bermula : Persembahan Tarian Sambut Tamu KTEKK : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan Ybrs. En. Suhaibul bin Kassim Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu : Ucapan YBhg. Datuk Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah : Ucapan Perasmian YB Datuk Amirzan bin Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) : Penyampaian Cenderamata : Persembahan KTE Tawau : Santapan Jamuan Raya Kaamatan : Persembahan Khas : Sesi bergambar 4:30 ptg : Majlis bersurai Atur Cara Masa Aturcara


LOKASI PELAN LUAR DEWAN CITRA KTEKK KEDUDUKAN RUMAH TERBUKA


RAJAH PELAN LANTAI DEWAN CITRA KTEKK


CORAT-CORET SAMBUTAN TADAU RAYA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU


CORAT-CORET SAMBUTAN TADAU RAYA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU


CORAT-CORET SAMBUTAN TADAU RAYA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU


CORAT-CORET SAMBUTAN TADAU RAYA KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU


JAWATANKUASA INDUK MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAMATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU TAHUN 2024 Pengerusi En. Suhaibul bin Kassim Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Timbalan Pengerusi I Dr. Jaggil Apak Penolong Kanan Pentadbiran Timbalan Pengerusi II En. Zainuddin bin Mohd Yusoff Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Timbalan Pengerusi III Pn. Flora Loh Abdullah Penolong Kanan Kokurikulum Yang Dipertua PIBG En. Saot Ungking @ Ramlie Timbalan Yang Dipertua PIBG Pn. Evelen David AJK En. Juniul @ Ahmad bin Eting Ketua Jabatan Bahasa En. Chia Mung Meng Ketua Jabatan Sains En. Jakrin Basiran Ketua Jabatan Sains Sosial Pengarah Program En. Eric Constantine Penolong Pengarah Program En. Sazwan bin Saffari Setiausaha Pn. Sujih @ Suzie bt Sekit Bendahari Pn. Umi Elniwatty Kalsum bt. Ithnin AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAMATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU TAHUN 2024 Protokol & LO VVIP Dr. Jaggil Apak En. Zainuddin Mohd Yusoff Pn. Florah Loh En. Juniul @ Ahmad Eting En. Jakrin Basiran 6. En. Chia Mun Meng En. Saot Ungking @ Ramlie (YDP PIBG KTEKK) Penyambut Tetamu AJK PIBG (Ibu Bapa): En. Saot Ungking @ Ramlie (YDP PIBG) Pn. Evelen David (Timb YDP PIBG) Pn. Jubbilina Ginsai Pn. Zameri Sambatan Pn. Angela Dasik


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAMATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU TAHUN 2024 Teks Ucapan Pn. Aishah Saugan(K) En. Mazlan Saat Jemputan En. Loh Chee Kwong (K) Pn. Lojiri Maliki Pn. Hartini Harun Pn. Sujih@ suzie Sekit Pn. Rezzawaty binti Kassim Pn. Grace Foo Gin Li P7 Pendaftaran VIP, Tetamu Kehormat & Ibu Bapa Pn. Lee Sui Ngo @ Betty Lee(K) Pn. Saadiah Acho Pn. Suzila Abu Hassan Pn. Florita @ Nurul Awatif Laji Pn. Florence Fung Mei Yun Pn. Amanda Wong Floor Manager En. Julian Siong Pelajar KTEKK Stage Manager En. Jonih Hussain (K) Penyelaras Program Floor Manager Pelajar Stage Manager En. Jonih Hussain (K) Penyelaras Program Floor Manager Pelajar Buku Atur Cara Pn. Aini binti Sibin (K) En. Azlan bin Nordin Juru Acara En. S. Azman Ligun (K) Pn. Apidah Amin Bacaan Doa En. Mohd. Zaini bin Abdullah Peralatan (Kerusi & Meja) En. Safarwan Kasto (K) En. Paternus Marcus Mujamah En. Nicholas Tay Chee Han En. Mohd Khairi Lebai Ahmad En. Johny Suah En. Mougous Mozes Marius Pelajar Persiapan Tempat (Dewan, Ruang pendaftaran) En. Amar Singh (K) En. Ahmad Faddilah Mohd Satneh Pn. Koreti Mojugit @ Maria Gorettie Pn. Noren Steven @ Sabidang Pn. Mainie Magusun Pn. Sharon Hong Yu Ping Pelajar BK 19 Pekerja pembersihan Hiasan Pentas & Skirting Pn. Jaine Benedick (K) Pn. Suriati Ahmad Pn. Caroline Cham Ngar Thing Pn. Susanna Peter Pn. Ruzilawati Ab Latiff Pn. Lorna Anthony Austin En. Abrin Sabtari


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN RAYA KAAMATAN KOLEJ TINGKATAN ENAM KOTA KINABALU TAHUN 2024 Cenderamata Perasmi & Pengarah JPNS &Tetamu jemputan Pn. Shezyecheva Igbertus Chuan (K) Pn. Joyner Veralyn Victor Pn. Umi Elniwatty Kalsum Ithnin Multimedia dan Teknikal En. Saripuddin Kankong @ Kangkong (K) Pn. Milawati binti Japri Kawalan Keselamatan & Trafik En. Kadim Maat (K) En. Peter Bombon En. Peter Gabriel En. Shim Geck Ming AJK PIBG Pelajar Fotografi & Banner/ Bunting En. Jamree Bin Adimin (K) En. Kuslin Bin Ribut Siaraya & Hebahan Pn. Norsinah Hj. Ombi (K) Pn. Rita Bahan Tarian sambut tamu dan persembahan Pn. Raini Yusuf (K) Pn. Grace Foo Gin Li Pn. Rozjimah @ Winnie Jaime Esteban Kompang & Penyambut Tetamu En. Datu Masrin Datu Masri Majlis Perwakilan Pelajar KTEKK (MPP) Jamuan VIP Pn. Lezah @Lejah Kiamsin (K) Pn. Maliani Lahami Jamuan Guru dan Jemputan Pn. Malina Wahid (K) Cik Aminah Hussin Mansoor Cik Judy Barbara Motiung Pn. Noorlinah Ekang Pn. Radziah @ Rashidah Sadi Dr. Irene Branda Anak Marcus Pn. Hanani Sawang Rumah Terbuka Pelajar Pn. Hasmah Ramli (K) Pn. Noor Fathilah Jaafar@Ab Ghani Pn. Nur Fadhilah Emik Abdullah @ Darisna En. Datu Masrin bin Datu Masri Penyelaras Bilik Kuliah Semester 2 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pekerja Pembersihan PA Sistem En. Richard benjumin (K) En. Sazwan bin Safri Sijil Penghargaan Dr. Norhanifah Jaraie (K) Pn. Nor Reta Khamis Pn. Inismawati Yusup Pn. Yong En Ha @ Vinnie Rumah Terbuka PIBG KTEKK Setiausaha PIBG AJK PIBG Dokumentasi Pn. Pn. Marcella Ambrose (K) Pn. Sujih @ Suzie Seikit


SekalungBudi YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ybrs. Pengetua Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu En. Suhaibul bin Kassim PIBG Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Kelab Staff Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu PPD Kota Kinabalu Blok C & D, Tingkat 5, Bangunan KWSP, 88100 Kota Kinabalu, Sabah


serta Semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan dan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Penghargaan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar Jawatankuasa pelaksana Majlis Raya Kaamatan kolej Tingkatan Enam 2024 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada MRZ ENTERPRISE UNITR NO.12-1, 1st Floor, I-Plaza Centre Penampang 89500 Penampang Sabah. LINGKARAN UNGGUL ENTERPRISE Lot. 111, 1st Floor Wisma SESB Jln Tunku Abdul Rahman 88673 Kota Kinabalu, Sabah. KBM (EAST MALAYSIA) SDN BHD 198501011168 (143620-W) (SH3-8-1), Lot 8, First Floor, Block SH3, Suria Shop Office Phase 1, Batu 5.5 Jalan Penampang Lama, 88300 Penampang Kota Kinabalu , Sabah


Pn. Aini Sibin En. Azlan Nordin ‘Kolej No. 1. We are the best’ Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat menyambut Hari Kaamatan


Click to View FlipBook Version