The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizasherreend12, 2021-05-24 21:47:40

RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

E-FOLIO

PENGAJIAN ISLAM (MPU23012)

SESI DISEMBER 2020

TAJUK : RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

PENSYARAH : PUAN WAN NORINA BINTI WAN HAMAT

NAMA NO.PENDAFTARAN
01DPM20F1002
SHERREEND AIZA BINTI MOHAMMED 01DPM20F1004
SHAHREEND 01DPM20F1006

NUR SHAMILATUL SOFIAH BINTI
FAKHRUDDIN

NURAINI EKA SAPUTRI BINTI
MUKIYAT

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
Perakuan Pelajar
Penghargaan 3
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif 5
3.0 Rumusan Artikel 5
6
3.1 Kejahilan Suburkan Ekstremisme 6
3.2 Golongan Radikal diangaap ‘ Human Bomb ‘ ? 7
3.3 Golongan Agamawan Perlu Bantu Tangani Ekstremisme 8

4.0 Punca-Punca Radikalisme dan Ekstremisme dalam Beragama 9
4.1 Pengetahuan yang Cetek Terhadap Ilmu Agama Sebenar 9
4.2 Sikap yang Terlalu Fanatik dan Taksub dalam Beragama 10
4.3 Lemahnya Maklumat berkaitan Sejarah, Realiti, Hukum dan Alam Kehidupan 11
4.4 Penyebaran Radikalisme dan Ekstremisme melalui Kemajuan Teknologi 12
Maklumat (IT)
13
5.0 Kesan-Kesan Terhadap Radikalisme dan Ekstremisme dalam Beragama 13
5.1 Penindasan Terhadap Orang Islam dan Islamofobia Semakin Berleluasa 14
5.2 Menimbulkan Keresahan dalam Kalangan Umat 15
5.3 Seseorang Lupa dan Cuai Terhadap Tanggungjawab Lain, Memberi Kesan
Buruk Terhadap Akal dan Fikiran Manusia 16
5.4 Meracuni Fikiran Generasi Muda
17
6.0 Langkah-Langkah Mengatasi Radikalisme dan Ekstremisme dalam Beragama 17
6.1 Peranan Ibu Bapa dalam Menerapkan Ilmu Agama 18
6.2 Peranan Masyarakat dalam Menjalin Kerjasama 19
6.3 Peranan Kerajaan dalam Memastikan Ajaran Islam yang Sebenar Tersebar
Luas dalam Kalangan Masyarakat di Dalam Negara 20
6.4 Mengukuhkan Perpaduan
21
7.0 Kesimpulan 22
8.0 Carta Gantt 23
9.0 Jadual Pengurusan Kumpulan 24
10.0 Rujukan 25

2

PERAKUAN PELAJAR

“ KAMI AKUI BAHAWA KARYA E-FOLIO INI MERUPAKAN HASIL KERJA KAMI KECUALI
NUKILAN YANG SETIAP SATUNYA KAMI TELAH NYATAKAN SUMBERNYA ”

1. SHERREEND
SHERREEND AIZA BINTI MOHAMMED SHAHREEND
(01DPM20F1002)

2. SHAMILATUL
NUR SHAMILATUL SOFIAH BINTI FAKHRUDDIN
(01DPM20F1004)

3. NURAINI
NURAINI EKA SAPUTRI BINTI MUKIYAT
(01DPM20F1006)

3

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulilah, bersyukur kami kehadrat Allah
SWT dengan limpahan kurniaan rahmat, rezeki, nyawa serta perlindungan yang dikurniakan olehNya kepada
kami. Akhirnya, dengan izin Allah kami sekumpulan dapat menyelesaikan dan menyiapkan tugasan ini yang telah
diberikan oleh pensyarah kami ini dengan baik meskipun terdapat pelbagai rintangan serta halangan yang telah
kami tempuhi.
Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan
Wan Norina Binti Wan Hamat. Puan Norina merupakan pensyarah kami bagi kursus MPU23032, Pengajian Islam.
Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah memberikan kemudahan, pertolongan tunjuk ajar serta
bimbingan yang tidak terhingga daripada beliau kepada kami sehingga kami dapat menyelesaikan tugasan yang
diberikan ini dengan baik.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami yang
telah memberikan sokongan yang mendalam dan segala kemudahan yang telah diberikan oleh mereka agar
kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Di samping itu, tidak lupa juga rakan-rakan sekumpulan yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam
memastikan tugasan ini diselesaikan dengan jayanya. Meskipun, kami tidak dapat meluangkan masa bersama
untuk menyiapkan tugasan ini alhamdulilah kami masih boleh menyelesaikan tugasan kami sehingga ke
penghujungnya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih diberikan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan bagi kursus ini. Terima kasih.

4

1.0 PENGENALAN

Radikalisme adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh sesebuah negara di dunia ini. Radikalisme,
terutamanya dalam konteks politik dan sosial sering dikaitkan dengan fahaman ekstremisme dan juga membawa
maksud keinginan untuk perubahan poltik dan sosial yang mendadak. Radikalisme adalah fahaman yang
mempengaruhi keadaan politik dan sosial dalam sesebuah negara. Radikalisme juga selalu dikaitkan dengan
konsep ekstremisme dan terrorisme malah radikalisme sudah wujud ketika abad ke-18 di Eropah. Manakala
Ekstremisme (extremism) membawa maksud hal yang berkenaan atau kepercayaan yang keterlaluan yang
membawa penindasan dan kezaliman.
Radikalisme dan ekstremisme telah wujud sejak dahulu lagi. Mungkin pada masa itu kedua-dua fahaman tersebut
hanya dikaitkan dengan politik dan sosial, namun fahaman tersebut sangat ditentang dan diperangi sekarang
kerana ia melibatkan kekerasan. Oleh itu, radikalisme dan ekstremisme ini sangat dibenci dan dilarang kepada
umat Islam.

2.0 OBJEKTIF
Objektif utama dalam menyelesaikan tugasan E-folio ini adalah:

I. Mengetahui isu-isu yang berkaitan dengan radikalisme dan ekstremisme di dalam negara.
II. Menyelidik dan mengetahui punca-punca berlakunya masalah radikalisme dan ekstremisme.
III. Menyenaraikan dan menulis langkah-langkah yang boleh diterapkan dalam kehidupan untuk mengatasi

masalah radikalisme dan ekstremisme ini.
IV. Mengetahui kesan-kesan buruk yang boleh diperoleh disebabkan fahaman radikalisme dan

ekstemisme ini.

5

3.0 RUMUSAN ARTIKEL

Isu berkenaan radikalisme dan ekstemisme ini banyak diperkatakan di dalam media massa seperti radio,
televisyen, media sosial dan pelbagai lagi. Rumusan artikel ini akan membincangkan 4 isu berkaitan dengan tajuk
ini. Antara artikel yang ditemui adalah:

I. Golongan Radikal Islam dianggap ‘Human Bomb’.
II. Kejahilan Suburkan Ekstremisme.
III. Golongan Agamawan perlu bantu tangani ekstremisme.

3.1 KEJAHILAN SUBURKAN EKSTREMISME
Golongan ekstremis radikal telah muncul sejak dahulu lagi. Golongan ini berfahaman radikal iaitu seseorang yang
hanya mendengar atau menerima satu sudut pandangan sahaja. Kedua-dua fahaman ini, ekstremisme dan
radikalisme masih lagi berleluasa seiring dengan masa yang bergerak pantas dan dunia yang semakin moden.
Terdapat golongan ekstremis radikal yang menggunakan ajaran Islam untuk menyesatkan dan menjatuhkan
umat Islam sendiri. Bukan sahaja golongan marhaen, malah golongan ulama juga tidak terkecuali dalam
menyahut fahaman ekstremis radikal. Dalam konteks pembicaraan mereka mungkin berunsurkan keagamaan
namun realitinya mereka tidak menjalankan hukum Islam dan tunduk kepada kuasa Barat. Golongan ini juga
menggunakan kekerasan tanpa mengikut hukum yang telah ditetapkan dalam Islam malah sanggup
mengorbankan darah saudara Islam mereka yang berpihak kepada kuasa Barat serta menganggap diri mereka
sebagai pembela Islam.
Akibat tindakan radikalisme dan ekstremisme ini, umat Islam yang tinggal di negara Barat terancam dan tertekan.
Mereka sedaya upaya membuktikan bahawa mereka berfikiran terbuka dan liberal agar Islam dapat diterima di
negara Barat tersebut.

Bacaan lanjut boleh didapati di link :
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-ekstremisme

6

3.2 GOLONGAN RADIKAL DI ANGGAP ‘ HUMAN BOMB ‘ ?

Masyarakat berasa semakin terancam dengan keselamatan diri mereka apabila pengganas radikal agama
menggunakan nama agama semata-semata untuk melakukan kezaliman. Keadaan ini berlaku kerana mereka
mempunyai fahaman bahawa mereka perlu menggunakan kekerasan dalam berdakwah sehingga mereka
berpegang teguh untuk menghalalkan pembunuhan demi menyampaikan dakwah Islam mereka kepada orang
ramai walhal faham tersebut sangat bertentangan dengan prinsip ajaran Islam.
Hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 2018, sebuah gereja dan hotel di tiga bandar yang terletak di Sri
Lanka telah di bom sehingga meragut nyawa seramai 200 orang manakala 500 orang mengalami kecederaan
ketika mereka sedang menyambut perayaan bagi penganut agama Kristian iaitu ‘ Hari Easter ‘ . Bukan itu sahaja,
pengeboman juga dilakukan di tiga tempat ibadah yang terletak di Surabaya, Indonesia menyebabkan 8 orang
terkorban. Kedua-dua serangan yang berlaku ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang
menggelar diri mereka sebagai negara Islam.
Berdasarkan kejadian ini, fahaman sebenar agama Islam yang menolak sekeras-kerasnya perlakuan keganasan
perlu didedahkan kepada seluruh masyarakat hingga pelusuk dunia. Umat Islam perlu mempunyai keberanian di
dalam diri untuk menunjukkan bahawa ajaran Islam mengajarkan ketenangan dan juga kedamaian serta menolak
segala perbuatan yang tidak berperikemanusiaan. Secara kesimpulannya, golongan radikal Islam ini dianggap
sebagai ‘ Human Bomb ‘ kerana mereka boleh muncul di mana sahaja dan melakukan keganasan kepada
sesiapa sahaja.

Bacaan lanjut boleh didapati di link :
http://www.nadinegara.com/uncategorized/golongan-radikal-islam-di-anggap-human-bomb/

7

3.3 GOLONGAN AGAMAWAN PERLU BANTU TANGANI EKSTREMISME

Seseorang yang mempunyai agama dan kepercayaan mereka sendiri perlu bersikap sederhana dimana dalam
mereka perlu bersederhana di dalam hal keagamaan ini adalah kerana ia dapat menimbulkan pendamaian dan
keharmonian di dalam negara. Radikalisme dan ekstremisme ini semestinya telah menunjukkan fahaman yang
buruk kerana pemikiran yang ekstrem dan radikal ini hanya mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Oleh
disebabkan itu, mereka yang berfikiran ekstrem ini berfikir dengan melampau yang menyebabkan fahaman
mereka terpesong dalam prinsip keagamaan.
Selain itu, sebagai masyarakat kita mempunyai budaya, bangsa dan agama yang berlainan kesederhanaan
dalam hal keagamaan ini merupakan satu perkara penting iaitu dalam menuju kepada kejayaan yang lebih besar
yang menyebabkan penyatuan antara pelbagai agama dan masyarakat. Sifat kebersamaan dan saling
menghormati akan menjadikan dunia ini merupakan tempat yang baik untuk manusia menjadi kehidupan mereka.
Sebagai contoh, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Resolusi Kesederhanaan Malaysia
pada Perhimpunan Agong ke-72. Resolusi ini membolehkan usaha Malaysia mempromosikan konsep
kesederhanaan, keharmonian, toleransi, kerjasama dan lain-lain.
Di samping itu, sebagaimana yang kita tahu negara Malaysia mempunyai pelbagai agama, kaum, budaya dan
adat. Melalui konsep kesederhanaan ini negara Malaysia telah diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai negara
yang harmoni di dunia. Ini merupakan satu kejayaan kerana dengan konsep kesederhanaan serta tanpa fahaman
radikalisme dan ekstremisme dalam kehidupan telah melahirkan negara yang harmoni dan aman damai.
Konklusinya, golongan agamawan haruslah menyedarkan masyarakat berkenaan dengan radikalisme dan
ekstremisme serta konsep kesederhanaan kepada masyarakat agar Malaysia dapat membanteras fahaman
radikalisme dan ekstremisme di dalam negara.

Bacaan lanjut boleh didapati di link :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/404210/golongan-agamawan-perlu-bantu-tangani-
ekstremisme

8

4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKU RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
Berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan, terdapat beberapa punca yang menyebabkan radikalisme dan
ekstremisme dalam beragama ini berlaku. Antara punca radikalisme dan ekstremisme dalam beragama ialah :

4.1 PENGETAHUAN YANG CETEK DALAM ILMU AGAMA SEBENAR
Bertindak tanpa mengetahui sesuatu hukum Islam adalah salah. Hal ini demikian tindakan tersebut mungkin akan
meninggalkan kesan buruk terhadap kesucian dan imej Islam. Sebagai contoh, seorang individu berfahaman
ekstremis radikal berpendapat bahawa umat Islam yang mengikut gaya Barat dan tunduk kepada Barat
hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat seperti hukuman bunuh. Namun begitu, jika individu tersebut
melaksanakan hukuman tersebut tanpa memikirkan kesan dan tiada perbincangan adalah salah. Seorang yang
berfahaman ekstremis radikal dianggap seseorang yang pengetahuannya cetek dalam ilmu agama. Golongan
ekstremis radikal ini menganggap dirinya setaraf dengan ulama dan para ilmuan sedangkan seseorang itu masih
tidak dapat membezakan yang zahir dan batil.

Rasulullah SAW bersabda:

‫إِيَّا ُكمْ َوالغُلُ َّوْ ِفى ال ِدي ِنْ فَ ِإ َنّ َما أَه َل َْك َم ْن َكا َنْ َقب َل ُكْم بِالغُلُ ِوْ فِى ال ِدي ِْن‬

“Hindarilah oleh kalian tindakan melampaui batas (ghuluw) dalam beragama sebab sungguh ghuluw dalam
beragama telah menghancurkan orang sebelum kalian.”
[HR. An-Nasâ’i dan Ibnu Mâjah]

9

4.2 TERLALU FANATIK DAN TAKSUB DALAM BERAGAMA

Umum mengetahui bahawa budaya fanatik dan taksub ini merupakan satu budaya yang berbentuk negatif.
Berdasarkan kamus dewan bahasa dan pustaka, fanatik didefinisikan sebagai orang yang keterlaluan terhadap
sesuatu pegangan atau pendirian yang kebiasannya berkaitan dengan keagamaan manakala taksub pula
sebagai pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap seseorang atau sesuatu perkara. Golongan ini akan
memandang diri sendiri mereka sahaja yang betul manakala menganggap pihak adalah salah. Hal ini kerana
mereka menganggap diri mereka sebagai seorang rasul yang terpelihara daripada segala dosa sehingga mereka
berasa bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh mereka adalah ibarat wahyu daripada Allah SWT.
Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila mereka bertindak menggunakan kekerasan dan paksaan. Mereka
akan mencuba untuk mewajibkan sesuatu perkara walaupun Allah SWT tidak mewajibkan perkara tersebut.
Sebagai contoh, menurut analisis pandangan al-Qaradawi, mereka akan memaksa dengan menggunakan
kekerasan agar orang lain menunaikan ibadah sunat sama seperti mereka menunaikan ibadah fardu sedangkan
ibadah sunat ini hanya digalakkan sahaja. Maka hal ini yang akan mendorong kepada wujudnya radikalisme dan
ekstremisme dalam beragama.
Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW tidak menyukai orang yang terlalu berlebihan dalam beragama. Terdapat
sebuah hadis yang melarang perbuatan yang menyukarkan dalam perbuatan agama kerana sikap atau sifat
seseorang itu akan tewas dengan diri sendiri.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda :

ُ‫ َو َلنْ يُ َشا َّْد ال ِدي َنْ أَ َح ٌْد إَِّّلْ َغ َل َب ْه‬،‫ِإ َّْن ال ِدي َنْ يُس ٌر‬

Yang bermaksud “ Sesungguhnya agama itu mudah, janganlah seseorang daripada kamu menyukarkan
(menyulitkan urusan agama itu) melainkan kamu akan tewas “
[ Riwayat al-Bukhari (39) ]

10

4.3 LEMAHNYA MAKLUMAT BERKAITAN SEJARAH, REALITI, HUKUM DAN ALAM KEHIDUPAN

Setiap perkara atau sesuatu yang berlaku pasti mempunyai punca dan asbabnya. Begitu juga dengan fahaman
radikalisme dan ekstremisme ini ia juga mempunyai punca mengapa fahaman ini boleh berlaku. Antara punca
dan asbab berlakunya radikalisme dan ekstremisme ini adalah disebabkan lemahnya maklumat berkaitan dengan
sejarah, realiti, hukum, dan alam kehidupan. Misalnya, mereka yang berfahaman radikal dan ekstrem ini mereka
tidak meneliti dan menyelidik isi-isi yang terdapat di dalam kitab. Mereka juga tidak melihat fakta sejarah
berkenaan dengan hal-hal keagamaan dengan kehidupan realiti.
Di samping itu, kebanyakkan daripada mereka ini tidak mendalami fakta sejarah dahulu iaitu sejarah berkenaan
dengan khilafah-khilafah Islam selepas zaman Khulafa Al-Rasyidin. Golongan radikal dan ekstrem ini juga
mempercayai dan menyatakan bahawa dengan melaksanakan hukum Allah iaitu hukum hudud dapat
menyelesaikan semua masalah. Hakikatnya, mereka perlu mengkaji ilmu dahulu sebelum melakukan hukum
hudud kerana untuk melakukan hukum hudud ini memerlukan beberapa perkara yang perlu diselidik dahulu
bukanya sesuka hati melakukan hukum hudud ini.
Telah berkata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia
boleh mendakwa dirinya mulia?”.
Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 269:

“Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan sesiapa yang diberikan hikmah itu,
maka sesungguhnya dia telah diberikan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil
pengajaran melainkan orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan memahaminya.”

11

4.4 PENYEBARAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME MELALUI KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
(IT)
Internet dan media sosial adalah medium yang paling efektif bagi golongan ekstremis radikal untuk membuat
propaganda. Internet dan media sosial memiliki dan menyediakan pelbagai ruang untuk pengguna memuat naik
pelbagai bahan untuk dikongsi. Ruang-ruang ini menjadi tempat persinggahan yang popular kepada para
pengguna. Terdapat pelbagai jenis bahan seperti video, forum, kenyataan dan laman sosial yang dijadikan
sebagai platform untuk menyebarkan fahaman ini. Tambahan pula, negara kita merupakan salah satu negara di
mana penggunaan teknologi maklumat adalah tinggi. Ini bermakna hampir semua masyarakat di negara kita
mempunyai kemudahan internet dan media sosial.
Seperti kita ketahui, penggunaan internet dan media sosial tidak terhad kepada golongan muda malah golongan
tua juga ada yang memiliki media sosial. Tambahan lagi terdapat juga kanak-kanak yang bijak menggunakan
internet dan media sosial. Oleh itu, golongan ekstremis radikal ini dapat menyasarkan penyebaran fahaman ini
kepada semua peringkat usia malah tidak mengira agama, kaum dan bangsa kerana melalui internet, penyebaran
radikalisme dan ekstremisme dapat diatur dalam pelbagai bahasa. Sudah terang lagikan bersuluh penggunaan
teknologi maklumat memudahkan penyebaran radikalisme dan ekstremisme serta mengadakan propaganda
dengan lebih luas tanpa ada sempadan agama, bangsa dan bahasa.

12

5.0 KESAN-KESAN BERLAKUNYA RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
Radikalisme dan ekstremisme dalam beragama yang berlaku telah meninggalkan pelbagai kesan. Antara
kesan daripada radikalisme dan ekstremisme dalam beragama adalah :
5.1 PENINDASAN TERHADAP ORANG ISLAM DAN ISLAMOFOBIA SEMAKIN BERLELUASA
DAN DIANGGAP WAJAR
Dengan adanya isu radikalisme dan ekstremisme di negara kita, seolah- olah kita sebagai umat Islam menerima
kenyataan yang selalu diperkatakan oleh dunia bahawa Islam adalah agama yang ganas dan menggunakan
kekerasan terhadap orang lain. Hal ini demikian menjadikan Islam tidak akan diterima oleh masyarakat bukan
Islam dan golongan anak muda Islam juga mungkin akan keliru malah mungkin akan meninggalkan Islam kerana
imej Islam yang telah jatuh dan diburukkan oleh golongan ekstremis radikal ini.

“ Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal
ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang
besar. “
{Surah An-Nisaa' 4:93}
Dari Abdullah r.a katanya: "Rasulullah SAW pernah bersabda: " Memaki orang Muslim itu adalah (fasiq) dan
membunuhnya kafir."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahih Bukhari Hadith No-40}

13

5.2 MENIMBULKAN KERESAHAN DALAM KALANGAN UMAT

Berdasarkan masalah yang wujud dalam artikel di atas, radikalisme dan esktremisme dalam beragama akan
mengakibatkan majoriti masyarakat akan berasa resah, gelisah dan trauma iaitu perasaan terkejut dan takut yang
meninggalkan kesan yang mendalam serta mengganggu fikiran yang disebabkan oleh keganasan dan kekerasan
yang dilakukan terhadap mereka. Seperti yang terkandung dalam isu di atas, golongan radikal Islam tersebut
hingga sanggup melakukan pengeboman tanpa memikirkan nyawa orang lain.
Kejadian ini yang menyebabkan keresahan dan trauma menguasai diri masyarakat terutamanya umat Islam
kerana golongan tersebut melakukan penyerangan secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda atau
pemberitahuan terlebih dahulu. Rentetan daripada kejadian tersebut, masyarakat akan berasa tidak tenang
kerana mereka berasa keamanan dan nyawa mereka terancam.
Sesungguhnya, perbuatan tersebut merupakan perbuatan yang zalim dan dosa besar tidak kira siapa pun yang
melakukannya. Hal ini dapat dibuktikan melalui sabda Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah bersabda :

‫ال ُّظل ُْم ُظلُ َما ٌتْ َيو َمْ ال ِقيَا َم ِْة‬

“ Takutlah kamu kepada kezaliman, kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. “
( Hadis Riwayat Bukhari & Muslim )
Oleh yang demikian, jelas terbukti bahawa radikalisme dan ekstremisme dalam beragama akan mengakibatkan
masyarakat terutamanya umat Islam mengalami keresahan dan trauma dalam diri mereka.

14

5.3 MENYEBABKAN SESEORANG INDIVIDU LUPA DAN CUAI TERHADAP TANGGUNGJAWAB LAIN

MEMBERI KESAN BURUK TERHADAP AKAL DAN FIKIRAN SESEORANG MANUSIA
Fahaman radikalisme dan ekstremisme ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan umat Islam.
Kita mengetahui bahawa golongan fahaman radikalisme dan ekstremisme ini bukan sahaja di dalam Malaysia
malah diseluruh penjuru dunia. Antara kesan terhadap fahaman ini adalah menyebabkan seseorang individu lupa
dan berlaku cuai terhadap tanggungjawab yang lain. Contohnya, mereka akan melupakan tanggungjawab
mereka kepada keluarga disebabkan mereka terlampau taaksub ingin mengerjakan ibadah sampai melupakan
perkara yang merupakan tanggungjawab kepada mereka.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Al-Qasas (28:77):

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan
hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat
baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya
yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Melalui Surah Al-Qasas ayat ke-77 ini, kita mengetahui bahawa Allah SWT telah mengurniakan pahala dan
gajaran kebahagiaan di akhirat kepada mereka yang mentaati segala perintahNya akan tetapi Allah juga
melarang kita supaya tidak melupakan kehidupan kita di dunia yang merupakan bekalan dan keperluan kita untuk
menuju ke kehidupan yang seterusnya iaitu kehidupan kekal di akhirat kelak.
Selain itu, fahaman radikalisme turut memberi kesan buruk terhadap akal dan fikiran seseorang manusia.
Seseorang individu radikal akan melahirkan keberanian yang melulu yang menyebabkan mereka tidak
mengambil peduli terhadap undang-undang serta mereka berani untuk mengeksploitasikan ayat suci Al-quran
dan Hadis. Misalnya, kumpulan militan ISIS yang telah mencipta fahaman mereka sendiri dengan mengelirukan
orang Islam dengan cara penyeruan jihad bersama-sama dengan mereka

15

5.4 MERACUNI FIKIRAN GENERASI MUDA

Tidak dinafikan bahawa pengaruh daripada radikalisme dan ekstremisme dalam beragama ini juga akan
memberikan implikasi yang buruk terhadap pemikiran generasi anak muda. Generasi muda merupakan golongan
yang mudah menjadi sasaran golongan radikalisme dan ekstremisme untuk menyampaikan ideologi pemikiran
mereka. Hal ini kerana generasi muda merupakan generasi yang masih dalam tempoh pembentukan diri dimana
mereka masih mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Generasi muda seharusnya menjadi penerus
dalam menyebarkan kebaikan yang dapat dijadikan kebanggaan agama, bangsa dan negara kerana mereka
merupakan harapan utama negara.
Dr Yusuf al-Qardhawi pernah menegaskan bahawa :
“ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini. ”
Tetapi disebabkan oleh pengaruh golongan radikal dan ekstremis ini, mereka telah terpesong menjadi generasi
muda yang melakukan keganasan dan kekerasan demi menyampaikan jihad mereka. Apabila generasi muda ini
terjebak dengan radikalisme dan ekstremisme, negara akan kehilangan generasi yang menjadi pelapis
kepimpinan disebabkan oleh fikiran mereka yang telah diracuni dengan bayangan keganasan dan kekerasan.
Jelaslah terbukti bahawa apabila tersilap langkah, generasi muda ini akan mudah diracuni akal dan fikirannnya
oleh pemikiran yang negatif.

16

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA
Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan keluarnya. Pelbagai langkah yang boleh diambil dan dilaksanakan
untuk mengatasi masalah radikalisme dan ekstremisme ini daripada semakin berleluasa. Antara langkah untuk
mengatasi radikalisme dan ekstremisme yang boleh dilaksanakan ialah :

6.1 PERANAN IBU BAPA DALAM MENERAPKAN ILMU AGAMA
Seperti kita ketahui, golongan ekstremis radikal ini menggunakan Islam untuk membela Islam sendiri. Namun
begitu, golongan ini masih lagi tidak mengetahui hukum Islam dan ilmu agama seterusnya menjadikan mereka
ini buta kerana hanya ingin memiliki kuasa sahaja. Oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya memandang remeh hal ini
kerana golongan ekstremis radikal juga terdiri daripada golongan anak muda Islam. Ibu bapa adalah individu
pertama yang dilihat oleh anak apabila mereka lahir di dunia. Rumah pula merupakan universiti pertama bagi
anak-anak. Hal ini menjelaskan bahawa ibu bapa lah yang bertanggungjawab mendidik ilmu agama kepada anak-
anak.
Ibu bapa juga boleh menjadi suri teladan kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa meluangkan masa
bersama-sama anak-anak dengan aktivti keagamaan seperti mengaji dan mendengar ceramah. Dengan itu,
anak-anak dapat mempelajari ilmu agama sekaligus mempunyai aktiviti yang berfaedah untuk dilakukan. Hal ini
demikian, anak-anak akan memahami betapa pentingnya ilmu agama dalam kehidupan mereka. Ibu bapa
bertanggungjawab mencorakkan anak-anak sama ada menjadi Majusi atau Nasrani.

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi agamanya) ialah
orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat
Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

{S Humaid Bin Abdulrrahman r.a mengatakan bahawa ia mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya,:Dia
mendengar Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa yang dikehendaki (oleh) Allah akan beroleh kebaikan,

17

diberi-Nya pengertian (kefahaman) di dalam hal agama. Saya hanya menyampaikan sedang yang memberi
hanyalah Allah SWT. Selama umat Islam berdiri teguh di atas agama Allah SWT tidak ada satupun penentang
yang sanggup membinasakan mereka sampai ke Hari Kiamat."
{Hadith Riwayat Imam Bukhari, Shahi Bukhari Hadith No: 58}
{Surah A-li'Imraan 3:68}

6.2 PERANAN MASYARAKAT DALAM MENJALIN KERJASAMA

Selain daripada ibu bapa, masyarakat juga bertanggungjawab dalam mengatasi radikalisme dan ekstremisme ini
daripada semakin bermaharajalela. Antara peranan masyarakat dalam mengatasi radikalisme dan ekstremisme
dalam beragama ialah ialah masyarakat perlu bersama-sama berganding bahu dalam merancang untuk
mengadakan pelbagai program kesedaran yang berkaitan tentang ancaman radikalisme dan ekstremisme dalam
beragama dalam kalangan masyarakat setempat.
Hal ini kerana, apabila program kesedaran tentang ancaman ini dilaksanakan kepada masyarakat, sekurang-
kurangnya mereka dapat membuka mata dan minda serta akal fikiran mereka agar mereka tidak terjerumus
dalam golongan radikalisme dan ekstremisme tersebut. Sebagai contoh, program yang boleh diadakan seperti
program kerohanian yang berlandaskan syariat agama Islam yang sebenar-benarnya.
Oleh yang demikian, setiap masyarakat perlu menjalin kerjasama antara satu sama lain bagai aur dengan tebing
untuk menguar-uarkan program kesedaran yang dilaksanakan agar program ini mendapat sambutan kepada
semua pihak serta dapat mengelakkan masyarakat daripada menjadi golongan radikal.

18

6.3 PERANAN KERAJAAN DALAM MEMASTIKAN AJARAN ISLAM YANG SEBENAR TERSEBAR LUAS
DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI DALAM NEGARA
Bagi mengatasi dan membanteras fahaman radikalisme dan ekstremisme dalam kehidupan dan negara kita.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan. Antaranya, peranan kerajaan amat penting
kepada negara. Kerajaan perlu memberikan ruang kepada masyarakat Islam di Malaysia diperintah dengan
akidah yang baik dan tidak bercanggah dengan akhlak Islam. Kerajaan perlu berganding bahu bersama para
agamawan dan ulama dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan agama Islam serta politik yang terbabit.
Maksudnya di sini, mereka perlulah menerapkan ajaran agama Islam yang sebenar dalam kalangan masyarakat
Islam di dalam negara serta menyedarkan mereka tentang perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran
agama. Buktinya, pada zaman era globalisasi ini masyarakat lebih gemar menghabiskan masa dengan melayari
internet. Oleh hal yang demikian, media sosial merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan oleh
kerajaan untuk menyebarkan ajaran agama Allah SWT yang sebenar dan perkara-perkara yang bercanggah
dengan agama kepada masyarakat Islam di dalam negara.

19

6.4 MENGUKUHKAN PERPADUAN KAUM
Kemunculan fahaman radikalis, ekstremis atau pelampau ini bukan sahaja dalam bentuk fizikal seperti senjata,
revolusi dan pemberontakan malah kemunculan ini adalah disebabkan oleh sikap radikalisme dan ekstremisme
dalam bentuk kefahaman, kepercayaan dan pegangan.
Dalil berikut adalah berkenaan tentang pengharaman ekstremis:

‫ َواستَ ِعينُوا ِبالغَد َو ِةْ َوال َّرو َح ِْة َو َشي ْء‬،‫ َوأَب ِش ُروا‬،‫ َف َس ِد ُدوا َوقَا ِربُوا‬،ُ‫ َولَنْ يُ َشا َّدْ ال ِدي َْن أَ َحْ ٌْد ِإَّّلْ َغلَبَه‬،‫إِ َّْن ال ِدي َْن يُس ٌر‬
‫ِم َنْ ال ُّدل َج ِْة‬

Maksudnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah, dan tidaklah sama sekali seseorang yang tasyaddud
dalam beragama melainkan pasti agama itu akan mengalahkannya, oleh sebab itu hendaklah kamu menepatinya
dan menghampirinya dan bergembiralah (dengan berita itu). Dan mohon pertolonganlah kamu dengan waktu
pagi dan petang dan sedikit daripada waktu malam. (Dan dalam lafaz yang lain pula): Hendaklah kamu bersikap
sederhana, hendaklah kamu bersikap sederhana, niscaya kamu akan sampai (kepada tujuan yang selamat).
[ Riwayat al-Bukhari (39) ]
Jadi, langkah untuk membanteras fahaman radikalisme dan ekstremisme dalam kehidupan adalah melalui
perpaduan kaum. Perpaduan kaum adalam merupakan perkara penting dalam memastikan gejala radikalisme
dan ekstremisme di dalam negara agar dapat ditangani. Fahaman radikalisme dan ekstremisme berkembang
akibat tanggap buruk terhadap setiap kaum dan terhadap agama yang berbeza. Oleh hal yang demikian,
perpaduan kaum contohnya saling menghormati agama dan pegangan bangsa lain tanpa mengkritik atau menilai
mereka. Sifat kesepaduan antara kaum di dalam negara perlu dihargai bagi mencorak masa hadapan peradaban
manusia.

20

7.0 KESIMPULAN
Pada saat ini, fahaman radikalisme dan ekstremisme telah menjadi isu nasional. Dunia sedang digoncang dengan
isu-isu radikalisme dan ekstremisme yang melibatkan kekerasan dan penidasan. Kejahatan atau kekerasan
adalah satu isu di mana kita sering lihat dan dengar di media massa dan juga realiti di sekeliling kita. Masih
begitu banyak yang perlu kita ketahui tentang fahaman ini dan pencegahan fahaman radikalisme dan
ekstremisme ini harus dilaksanakan dengan segera. Mencegahnya adalah tanggungjawab semua pihak di
sesebuah negara tersebut. Tanggungjawab terhadap memerangi fahaman ini bukan sahaja perlu dilaksanakan
oleh pemerintah, malah masyarakat juga perlu bekerjasama menghapuskan fahaman ini. Individu, masyarakat
dan negara perlu peka dan mengambil tahu dengan isu semasa agar tidak terlepas pandang jika berlakunya
radikalisme dan ekstremisme ini. Fahaman radikalisme dan ekstremisme tidak sesuai dengan ajaran Islam dan
tidak patut digalakkan dalam Islam malah fahaman ini merosakkan bangsa. Oleh itu, umat Islam perlu berikhtiar
dan bersama-sama menghapuskan fahaman radikalisme dan ekstremisme sebelum ia semakin diterima dalam
kalangan umat Islam.

21

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN E-FOLIO (CARTA GANTT)

BIL PROSES KERJA MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
9 10 11 12
8

Perbincangan tajuk

1. bersama pensyarah dan

membuat pemilihan tajuk

tugasan.

Pembahagian tugas ahli

2. kumpulan dan mengumpul

maklumat.

Memasukkan bahan dan

3. maklumat yang

dikumpulkan dan proses

pengeditan.

Memasukkan maklumat

4. tambahan serta membuat

proses kemaskini.

Mengemaskini semua

5. bahagian, menyemak ejaan

dan menghantar link

tugasan kepada pensyarah.

22

9.0 JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN

TAJUK E-FOLIO: RADIKALISME DAN EKSTREMISME DALAM BERAGAMA

KELAS: DPM2

NAMA NURAINI EKA SAPUTRI BINTI MUKIYAT NO.PEND 01DPM20F1006
NAMA 01DPM20F1002
SHERREEND AIZA BINTI MOHAMMED NO.PEND
NAMA 01DPM20F1004
SHAHREEND

NUR SHAMILATUL SOFIAH BINTI FAKHRUDDIN NO.PEND

BIL PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN PENSYARAH T.TANGAN & TARIKH

1 • Pembahagian kumpulan dan 27.4.2021
pemilihan tajuk E-folio bersama 5.5.2021 – 10.5.2021
pensyarah
11.5.2021
• Tajuk E-Folio yang diberi :
Radikalisme dan Ekstremisme dalam
Beragama

2 • Perbincangan bersama ahli
kumpulan

• Pencarian isu-isu yang berkaitan
dengan tajuk yang diberi dan
maklumat tambahan yang berkenaan

3 • Pembahagian tugasan
• Pelaksanaan tugasan
Sherreend : 1 isu (kesan, punca,
langkah mengatasi), rumusan artikel,
penghargaan, objektif, carta gantt
Nuraini : 1 isu (kesan, punca,
langkah mengatasi), rumusan artikel,
rujukan, pengeditan E-Folio
Shamilatul : 1 isu (kesan, punca,
kangkah mengatasi), pengenalan,

23

rumusan artikel, kesimpulan, jadual 19.5.2021-23.5.2021
pengurusan kumpulan 24.5.2021
4 • Pembincangan semula
• Penetapan isu-isu yang dipilih
• Pelaksanaan tugasan
• Pemeriksaan tugasan
• Gabungan tugasan setiap ahli
kumpulan
5 • Pemeriksaan terakhir
• Penyerahan E-Folio kepada
pensyarah

24

10.0 RUJUKAN

BUKU
Wan Norina Wan Hamat, Norhaslina Sulaiman, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Ammar Badruddin Romli
(2019) Pengajian Islam, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

JURNAL
Mohammad Kamil bin Hj Ab Majid (2003) Fanatik dan Taksub dalam Islam : Analisis Pandangan Al-Qaradawi,
Kuala Lumpur :Penerbit Universiti Malaya, 28
Dimuat turun daripada: https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4086/1954/10094

Ahmad Munawar Ismail, Siti Madihah Kamaruddin (2020) Reaksi Masyarakat Islam Terhadap Ekstremisme,
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 9
Dimuat turun daripada : http://journalarticle.ukm.my/15862/1/40752-130129-1-SM.pdf

WEB
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2017/06/296076/kejahilan-suburkan-ekstremisme
http://www.nadinegara.com/uncategorized/golongan-radikal-islam-di-anggap-human-bomb/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/404210/golongan-agamawan-perlu-bantu-tangani-
ekstremisme
http://hadith-imam-bukhari.blogspot.com/
https://www.slideshare.net/HIKMAHwpkl/ekstremisme-dalam-kalangan-muslim
https://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/09/02/ancaman-kepada-pemimpin-yang-zalim/
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/931-irsyad-al-hadith-siri-ke-171-sikap-melampau-dalam-agama
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/09/604352/generasi-muda-penguat-ummah

25

LAMPIRAN
26

27

SEKIAN
TERIMA
KASIH

28


Click to View FlipBook Version