The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ammarosidi, 2023-04-09 05:04:15

TUGASAN 3 BMMB1134 KETERAMPILAN BAHASA

TUGASAN 3 BMMB1134

TUGASAN 3 BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA OLEH: MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI


HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA


ISI KANDUNGAN 1.0) PENGHARGAAN.........................................................................6 2.0) PENGENALAN............................................................................7 3.0) DEFINISI KOMUNIKASI.............................................................8 4.0) DEFINISI KETERAMPILAN BAHASA.......................................9 5.0) HALANGAN KOMUNIKASI.......................................................10 6.0) ISU BAHASA...............................................................................15 7.0) ISU MEDIA SOSIAL...................................................................24 8.0) PENUTUP...................................................................................33 9.0) RUJUKAN...................................................................................34


Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan esei bagi kursus keterampilan berbahasa ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Azman bin Aris yang telah banyak membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan sebagainya. Penghargaan


Bahasa merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Tanpa penguasaan bahasa, manusia tidak akan dapat berkomunikasi antara satu sama lain dan tidak dapat menyatakan perasaan masing-masing. Jika kita lihat pada pandangan Asmah Haji Omar, beliau berpendapat bahawa bahasa merujuk kepada alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang lain dengan menghasilkan bunyi-bunyi yang dilahirkan oleh alat ujaran yang terdapat dalam tubuh seseorang manusia. Beliau juga berpendapat bahawa bahasa dapat melambangkan buah fikiran yang sudah, sedang dilahirkan dan yang akan dilahirkan. Jelaslah kepada kita bahawa bahasa merupakan komponen penting untuk menjalani kehidupan seharian. Pengenalan


Jika kita lihat pada komunikasi pula, komunikasi secara umumnya merupakan proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Dalam melaksanakan komunikasi, empat elemen penting yang perlu wujud ialah penyampai, mesej, pendengar dan maklum balas. Secara ringkasnya, komunikasi ialah proses dimana manusia menyampaikan perasaannya dan buah fikirannya sama ada melalui lisan atau bukan lisan. Sebagaimana yang telah diterangkan di sebelah, bahasa dan komunikasi menjadi dua tonggak penting dan saling berkait dalam kehidupan kita. Kedua-dua komponen ini juga menjadi asas kepada keterampilan berbahasa seseorang individu. Definisi Komunikasi


Keterampilan berbahasa dapat didefinisikan sebagai kecekapan dan kemahiran seseorang individu dalam menggunakan bahasa secara lisan mahupun tulisan. Seseorang yang mempunyai keterampilan berbahasa dikatakan mampu menguasai bahasa yang dituturkannya. Tambahan lagi, menurut Kamus Dewan (2018), keterampilan membawa maksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi manakala berbahasa pula merujuk kepada mempunyai bahasa atau bercakap dalam sesuatu bahasa. Secara ringkasnya, keterampilan berbahasa merujuk kepada bagaimana seseorang itu mengendalikan bahasanya dalam setiap jenis situasi. Disamping itu, seseorang yang berketerampilan ketika berbahasa juga memiliki kemahiran bahasa yang baik. Sebagaimana yang kita tahu, kemahiran berbahasa terbahagi kepada empat aspek iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Definisi Keterampilan Berbahasa


HALANGAN KOMUNIKASI Gangguan emosi Gangguan luaran Maklum balas Gangguan saraf penerima


Gangguan luaran 1. Gangguan luaran merujuk kepada gangguan yang berada di luar kawalan penerima maklumat seperti penggunaan saluran komunikasi yang tidak sesuai dan bunyi bising yang akan menggangu penerima daripada mendengar dengan jelas. Gangguan luaran juga dikatakan berlaku disebabkan oleh persekitaran dan bunyi sekeliling. Sebagai contoh, jika sesi pembelajaran dilaksanakan di luar bilik darjah, maka pelajar akan mudah terganggu dengan gangguan bunyi dari persekitaran. Apabila mereka menerima gangguan luaran daripada persekitaran mereka, maka mereka tidak dapat menjalankan komunikasi dengan berkesan.


Gangguan emosi 2. Gangguan emosi seperti marah, sedih dan takut dilihat mampu menjadi salah satu penghalang kepada komunikasi. Sebagaimana yang kita tahu, kawalan emosi merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita termasuklah dalam pertuturan kita. Jika penerima dan penyampai mesej tidak mengambil berat aspek-aspek emosi, maka komunikasi yang dilakukan menjadi kurang berkesan dan menjadi sukar untuk difahami. Tambahan lagi, sekiranya penyampai memahami emosi atau perasaan penerima, nescaya dia akan berusaha untuk berkomunikasi dengan baik tanpa menyinggung perasaan penerima.


Maklum balas 3. Maklum balas dalam konteks ini bermaksud tindak balas yang berlaku apabila penerima bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan oleh sumber. Kebiasaannya, maklum balas berlaku secara spontan. Sebagai contoh, jika penerima tidak memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan oleh penghantar, penghantar tidak akan mengetahui sama ada penerima telah menerima mesej tersebut ataupun tidak. Perkara ini jelas membuktikan bahawa maklum balas telah menjadi salah satu halangan komunikasi. Dengan ini, jika penerima tidak memberi maklum balas, penghantar tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima itu. Hal ini akan menyebabkan berlakunya komunikasi satu hala.


Gangguan saraf penerima 4. Gangguan saraf penerima juga menjadi salah satu halangan komunikasi yang berjaya dikesan. Kerosakan saraf boleh mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit seperti Disatria. Menurut Ihda Fadila (2021), Disartria merupakan kelainan saraf yang menyebabkan gangguan untuk berbicara dan membentuk kata-kata. Apa yang menyedihkan lagi, mereka yang mengalami penyakit ini tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh orang lain dengan baik sekaligus menyebabkan komunikasi yang berlangsung tidak berkesan. Bukan itu sahaja, maklum balas daripada penerima juga sukar diterima. Hasilnya komunikasi hanya akan berlaku secara sehala sahaja.


Isu Bahasa Pengaruh bahasa Inggeris Kesalahan ejaan


Sebagaimana yang kita tahu, pengaruh bahasa Inggeris mula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Sehingga kini, bukan sahaja bahasa Inggeris, malah bahasa Mandarin juga dilihat telah banyak mempengaruhi kehidupan kita dan sekaligus telah meminggirkan bahasa Melayu. Apa yang menyedihkan lagi, peminggiran bahasa Melayu ini telah menjadi satu normalisasi, walhal bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Sebagai buktinya, kita dapat lihat pada harini kebanyakkan papan tanda dan papan kenyataan menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Tambahan lagi, bukan sahaja papan tanda di jalan, malah papan tanda di kedai atau restoran juga menggunakan bahasa Inggeris. Sebenarnya, perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap segelintir rakyat Malaysia yang memandang rendah terhadap bahasa Melayu sekali gus telah meminggirkannya. Isu 1 : Pengaruh bahasa Inggeris


Contoh : Sebagaimana yang kita dapat lihat pada gambar di sebelah, gambar ini jelas membuktikan bahawa terdapat papan tanda yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Perkara ini dikatakan merupakan salah satu isu kerana papan tanda tersebut menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, namun bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan kita. Oleh itu, sepatutnya papan tanda tersebut perlulah ditulis menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Sebagai contoh, papan tanda "danger, sharp bend ahead" perlulah digantikan dan ditulis menjadi "bahaya, selekoh tajam di depan.


Contoh : Jika kita lihat pada gambar ini pula, papan tanda di klinik haiwan ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Malah apa yang menyedihkan lagi, pemilik premis ini merupakan orang Melayu namun beliau memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris pada papan tanda di kliniknya. Kita dapat melihat bahawa keterangan seperti waktu operasi, waktu rehat, dan nombor telefon premis kesemuanya dinyatakan menggunakan bahasa Inggeris. Jelas kita dapat lihat disini bahawa bahasa Inggeris semakin berpengaruh di negara kita terutamanya dalam papan tanda atau papan kenyataan. Perkara inilah yang telah menjadi isu kerana ia telah meminggirkan bahasa Melayu sekali gus menyebabkan bahasa Melayu semakin hari semakin tersisih oleh masyarakat. Sepatutnya, kesemua keterangan waktu operasi dan sebagainya perlulah ditulis dan dinyatakan dengan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.


Cara mengatasi : Pihak kerajaan dan pihak berkuasa perlulah menetapkan akta atau undang-undang baharu berkaitan pembuatan papan tanda agar papan tanda yang dihasilkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Hal ini bertujuan untuk mengatasi dan menghapuskan papan tanda yang menggunakan bahasa Inggeris sekali gus dapat mengurangkan pengaruh bahasa Inggeris dalam negara kita.


Isu 2 : Kesalahan ejaan Kesalahan ejaan bukanlah satu isu yang baharu dalam bahasa kita. Malah, kesalahan ini dilihat semakin hari semakin menjadi-jadi terutamanya kesalahan pada papan tanda. Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di tempat awam boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kesalahan seperti di atas ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Jelaslah disini bahawa kesalahan ejaan yang terdapat pada sesetengah papan tanda merupakan salah satu isu yang berjaya dikesan dalam bahasa kita.


Contoh : Jika kita lihat pada gambar disebelah, gambar ini jelas membuktikan kesalahan ejaan yang terdapat pada papan tanda tersebut. Jika kita lihat dengan teliti, perkataan 'tangang' dan 'menguna' merupakan antara perkataan yang dieja salah dalam papan tanda tersebut. Ejaan yang betul bagi perkataan itu sebenarnya ialah 'tangan' dan 'mengguna'. Perkara ini boleh memberikan kesan kepada kanak-kanak atau orang asing yang datang ke Malaysia. Apabila mereka melihat ejaan yang salah seperti ini, mereka akan beranggapan bahawa sekali gus akan mengganggu proses pembelajaran bahasa Melayu


Contoh : Sama sepertimana contoh di sebelah, papan tanda ini jelas menunjukkan kesalahan ejaan yang agak ketara. Pada awalnya, pemilik papan tanda ini ingin memberitahu bahawa "Dilarang masuk, penceroboh akan di dakwa". Namun papan tanda ini telah mengalami kesalahan ejaan yang amat ketara. Kesalahannya terletak pada perkataan 'dakwa'. Perkataan 'dakwa' pada papan tanda ini telah dieja sebagai 'dakwah' dan sekali gus telah mengubah makna asal papan tanda tersebut. Hal ini secara tidak langsung boleh mengelirukan ramai pihak kerana perkataan 'dakwa' dan 'dakwah' membawa dua maksud yang berbeza.


Cara mengatasi : Pihak yang berwajib dalam pembuatan papan tanda perlulah menghasilkan papan tanda dengan menggunakan sistem ejaan yang terdapat dalam Kamus Dewan. Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membendung kesalahan ejaan yang terdapat pada papan tanda yang boleh mengelirukan orang awam. Selain itu, pihak berkuasa boleh menetapkan undangundang baharu iaitu hanya warganegara Malaysia sahaja yang dibenarkan dalam membuat papan tanda. Hal ini kerana kebanyakan papan tanda yang mengalami kesalahan ejaan sebenarnya dibuat oleh warga asing yang tidak fasih berbahasa Melayu.


Isu Media Sosial Penggunaan singkatan Bahasa rancu Bahasa kasar


Isu 1 : Bahasa rancu Bahasa rancu kini dilihat telah menjadi kebiasaan atau normalisasi dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda kerap menggunakan bahasa rancu ini di media sosial. Jika kita lihat pada definisi bahasa rancu, bahasa rancu dapat didefinisikan sebagai tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa) kekeliruan serta mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai keadaan rancu. Kebelakangan ini, kerancuan bahasa amat ketara dalam pertuturan harian, iklan dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Tambahan lagi, generasi muda dilihat sangat gemar dalam menggunakan bahasa rancu ini terutamanya dalam platform media sosial. Perkara ini telah menyebabkan bahasa Melayu digunakan secara tidak teratur dan bercampur aduk dengan bahasa asing. Aspek kerancuan bahasa yang dikesan ialah dari segi tatabahasa, ejaan dan diksi.


Contoh : Contoh penggunaan bahasa rancu Sumber : Aplikasi Twitter Jika kita lihat pada contoh gambar disebelah, penggunaan bahasa rancu atau bahasa rojak jelas dapat dilihat pada tweet tersebut. Ayat yang ditulis oleh individu tersebut sememangnya mempunyai gabungan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika kita teliti dengan lebih mendalam ayat tersebut, perkataan 'faham' , 'dia' dan perkataan 'teruk' merupakan perkataan bahasa Melayu. Manakala perkataan seperti 'nervous' , 'but' , 'she' merupakan perkataan bahasa Inggeris. Sepatutnya, pengguna tersebut perlulah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya dan tidak boleh mencampuradukkan kedua-dua bahasa ini. Hal ini kerana bahasa rancu atau bahasa rojak yang dihasilkan ini mampu memberikan impak kepada generasi muda dan secara tidak langsung bahasa Melayu akan semakin tersisih. Tidak salah untuk bersuara, namun pengguna tersebut perlulah menukar kesemua perkataan bahasa Inggeris yang terdapat dalam ayatnya menjadi perkataan bahasa Melayu. Contohnya, perkataan 'nervous' tersebut boleh ditukarkan menjadi 'gementar'.


Isu 2 : Penggunaan singkatan Sama seperti bahasa rancu, isu penggunaan singkatan ini bukanlah satu isu yang baharu lagi dalam negara kita. Singkatan yang lazim digunakan oleh pengguna media sosial semasa berkomunikasi dalam media tersebut biasanya dibuat sesuka hati bergantung pada kehendak atau keinginan penggunanya, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Jika kita lihat dalam mana-mana aplikasi media sosial, kebanyakan pengguna menggunakan bahasa singkatan ini terutamanya golongan muda. Bahasa singkatan ini sebenarnya merupakan hasil pemendekan huruf atau gabungan huruf yang jelas mempunyai struktur kata yang berbeza daripada struktur kata yang asal. Kesannya, penggunaan bahasa singkatan ini telah menjejaskan keaslian bahasa Melayu itu sendiri. Bukan itu sahaja, penggunaan singkatan ini juga mampu menjejaskan kegramatisan sesuatu kata dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.


Contoh : Contoh penggunaan singkatan Sumber : Aplikasi Whatsapp Gambar disebelah jelas menunjukkan singkatan yang digunakan dalam sebuah perbualan pada aplikasi Whatsapp. Dalam perbualan tersebut, kita dapat melihat bahawa terdapat beberapa perkataan yang telah disingkatkan. Sebagai contoh, perkataan 'blh' sebenarnya merupakan singkatan daripada perkataan 'boleh' dan singkatan 'dlm' sebenarnya merupakan perkataan 'dalam' yang disingkatkan. Malah, singkatan yang lebih teruk dalam perbualan ini ialah '6ti'. Singkatan '6ti' ini sebenarnya membawa maksud 'nanti'. Perkataan 'enam' yang bunyinya seakan-akan dengan 'nan-' telah digunakan bagi mensingkatkan perkataan tersebut. Singkatan-singkatan seperti ini memberikan banyak impak negatif terutamanya kepada generasi muda yang semakin membesar. Oleh yang demikian, penggunaan singkatan di mana-mana media sosial ini haruslah dihentikan dengan segera kerana isu ini mampu merosakkan identiti kita sebagai seorang yang berbangsa Melayu.


Contoh : Contoh penggunaan singkatan Sumber : Aplikasi Whatsapp Bukan itu sahaja, penggunaan bahsa singkatan yang kerap di media sosial juga sememangnya memberi impak buruk terutamanya kepeda pelajar. Pelajar yang terbiasa dengan tulisantulisan ini tidak mustahil terbawa-bawa ke dunia realiti ketika mereka menulis karangan atau dalam pembelajaran. Hal Ini disebakan oleh bahasa yang diguna pakai dalam laman sosial ini tidak baku, bahasa basahan dan bahasa rojak. Sekiranya tiada langkah efektif yang dilaksanakan tidak mustahil bahasa singkatan ini akan terus meluas sehingga ke generasi yang akan datang. Dengan ini, pada peringkat asas, pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting dalam mengekang penggunaan bahasa singkatan ini dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh menganjurkan kempen seperti 'Sayangi Bahasa Kita' atau kempen keburukan bahasa singkatan bagi mencegah para pelajar daripada peringkat awal lagi.


Isu 3 : Bahasa kasar Bahasa kasar ialah bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata yang tidak senonoh, misalnya, kata makian, carutan, bidasan, hinaan, penghinaan dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini, platform media sosial dilihat telah menjadi medan untuk melakukan cacian, makian, kata-kata kesat dan sebagainya. Perkara ini sememangnya amat bertentangan dengan keterampilan berbahasa. Sebagaimana yang kita tahu, penggunaan bahasa mampu mencerminkan diri seseorang individu tersebut. Dengan ini, sekiranya indvidu itu berkata kasar atau sebagainya, maka imej dirinya akan terjejas sekali gus akan dipandang hina oleh masyarakat. Sebagai bukti, kita sering kali dipertontonkan di media sosial iaitu pada video atau audio visual yang tular mengandungi kata-kata kasar dan kesat. Antara perkataan yang sering digunakan adalah seperti 'b**i' , 'b***h' , 'b******g' , 'kepala ***** kau' dan pelbagai perkataan lain. Sudah jelas disini bahawa penggunaan bahasa yang kasar merupakan salah satu isu keterampilan bahasa yang terdapat di media sosial.


Contoh : Walaupun sukar untuk diterima, namun kita perlu menerima hakikat bahawa masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan bahasa kasar ketika berinteraksi dengan orang lain di platform media sosial. Antara perkataan kasar yang dikesan dalam gambar disebelah ialah seperti 'bodo' dan 'sial'. Perkara ini sememangnya amat bertentangan dengan etika dan akhlak yang baik ketika beriteraksi dengan orang lain. Bahasa-bahasa kasar yang digunakan ini juga telah mencerminkan tahap keterampilan berbahasa seseorang individu tersebut. Malah apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja kasar, ada perkataan yang telah menyentuh sensitiviti kaum seperti perkataan 'anak keling'. Perkataan 'keling' berasal daripada bahasa India dan membawa maksud kasta rendah. Perkataan 'keling' ini selalu digunakan oleh orang yang tidak bermoral untuk menyindir atau mengejek orang yang berbangsa India. Contoh penggunaan bahasa kasar Sumber : Aplikasi Twitter


Contoh : Sebagaimana yang telah diterangkan, isu penggunaan bahasa kasar ini tidak boleh dipandang remeh kerana masalah ini mampu menjejaskan keadaan mental individu yang dimaki atau diejek dengan menggunakan perkataan kasar. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa kasar ini juga mampu menunjukkan imej diri kita yang buruk kepada orang awam. Perbuatan seperti memaki, menghina, mengejak sepatutnya tidak boleh dilakukan kerana ianya telah melanggar apa yang telah ditetapkan dalam rukun negara kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah menjaga tutur kata kita sama ada secara lisan atau bukan lisan dan kita juga mestilah menunjukkan imej yang baik sebagai seorang rakyat Malaysia kerana platform media sosial bukan sahaja digunakan di Malaysia, malah digunakan oleh seluruh masyarakat di dunia. Tidak salah untuk berinteraksi di alam maya, namun bahasa perlulah dijaga kerana bak kata pepatah 'Bahasa Jiwa Bangsa". Contoh penggunaan bahasa kasar Sumber : Aplikasi Twitter


Penutup Secara kesimpulannya, sebenarnya masih terdapat banyak isu keterampilan berbahasa dalm konteks bahasa dan media sosial. Jelaslah disini bahawa masih ramai rakyat malaysia yang tidak mengamalkan keterampilan ketika mereka berbahasa. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berusaha sedaya upaya bagi memastikan diri kita memiliki keterampilan bahasa agar kita dihormati oleh masyarakat sekeliling. Jelaslah disini bahawa keterampilan berbahasa merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan kita. Sekiranya keterampilan berbahasa ini tidak wujud dalam dunia ini, kemungkinan hidup kita akan menjadi huru-hara kerana semua orang tidak menampilkan keterampilan berbahasa dan perkara ini sekali gus akan menjuruskan kepada konflik yang lebih besar.


Rujukan


Click to View FlipBook Version