The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ammarosidi, 2023-02-10 08:31:10

GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM

GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM Nama : MUHAMMAD AMMAR BIN ROSIDI Angka Giliran : 2022182310011 No. K/P : 041209020127 Unit : BAHASA MELAYU 1 Kod & Nama Kursus : GPIM 1022 PENDIDIKAN ISLAM Tajuk Tugasan : PENULISAN ESEI Nama Pensyarah : USTAZ ZAKIR BIN MAJID Tarikh Hantar : 21 SEPTEMBER 2022 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: AMMAR Tarikh: 21 September 2022 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1.0) Penghargaan 1 2.0) Pengenalan 2 3.0) Hukum pemerdagangan manusia 2 4.0) Punca pemerdagangan manusia 3 5.0) Kesan pemerdagangan manusia 4 6.0) Cara mengatasi jenayah ini 4 7.0) Konklusi 5 8.0) Rujukan 6


1.0) Penghargaan Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan esei bagi kursus penulisan akademik ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Ustaz Zakir bin Majid yang telah banyak membantu saya dan kawan-kawan yang lain dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa sokongan dan tunjuk ajar dari beliau, agak sukar bagi saya dalam menyiapkan penulisan esei ini. Seterusnya, saya juga ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang banyak memberikan pandangan dan nasihat dalam melaksanakan tugasan esei ini. Alhamdulillah saya berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa menjawab pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dari segi nasihat dan sebagainya. Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh mereka telah banyak memotivasikan diri saya untuk terus gigih melaksanakan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung 1


Isu pemerdagangan wanita di Malaysia Oleh: Muhammad Ammar bin Rosidi 2.0) Pengenalan Isu berkaitan pemerdagangan manusia merupakan satu isu jenayah global yang telah melanda banyak negara termasuklah negara kita Malaysia. Namun kebelakangan ini, isu ini sering menjadi buah mulut masyarakat di negara kita. Baru-baru ini, tujuh wanita yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan di Klang. Perkara ini menjadi bukti bahawa jenayah pemerdagangan wanita ini masih bergiat aktif sehingga kini. Jika kita bicarakan tentang pemerdagangan wanita, pemerdagangan wanita merujuk kepada suatu jenayah perdagangan, jual beli atau pemindahan wanita secara haram dan tidak sah. Golongan wanita yang sepatutnya dilindungi kini telah menjadi mangsa utama dalam sindiket pemerdagangan manusia ini. Antara bentuk pemerdagangan wanita yang sering terjadi ialah golongan wanita dijadikan sebagai hamba abdi dan dikaitkan dengan aktiviti pelacuran. Di Malaysia, aktiviti pelacuran bukanlah satu jenayah yang asing lagi dalam negara kita, malah Malaysia seakan-akan menjadi negara transit bagi negara-negara lain dalam melakukan proses pemerdagangan wanita. Jenayah ini bukan sahaja salah dari sisi undang-undang, malah ia juga merupakan suatu perbuatan yang salah dari sisi agama. 3.0) Hukum pemerdagangan manusia Dari aspek agama Islam, daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda dalam firman Allah hadis qudsi yang membawa maksud: “Tiga golongan Aku musuhi mereka di hari kiamat dan siapa yang Aku musuhinya nescaya Aku kalahkannya. Lelaki yang memberi bai’ah dengan-Ku kemudian dia memungkirinya. Lelaki yang menjual orang yang merdeka kemudian dia makan harganya dan lelaki yang mengupah seseorang sedangkan orang itu melaksanakan tugasnya kemudian dia tidak membayar upahnya.” (Riwayat Bukhari (2227)) Selain itu, Al-Mahallab pernah berkata: “Sesungguhnya besarnya dosa bagi sesiapa yang menjual orang yang merdeka. Ini kerana semua orang Islam sama saja dari sudut zimmah dan kehormatannya. Siapa yang menjual orang yang bebas dan merdeka sebenarnya dia telah melakukan perbuatan yang Allah tidak izinkan dan akan membawa kepada kehinaan. Ini termasuk dosa besar.” 2


Disamping itu, Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra’ ayat yang ke-70, maksudnya: “Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” Ayat di atas menunjukkan bahawa manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling mulia. Oleh itu, perbuatan pemerdagangan manusia merupakan salah satu perbuatan merendahkan martabat seorang manusia. Jelaslah disini bahawa hukum pemerdagangan manusia dalam pelbagai bentuk adalah diharamkan di sisi Islam dan merupakan salah satu perbuatan yang berdosa besar. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan faktor awal berlakunya pemerdagangan wanita ini. 4.0) Punca pemerdagangan wanita Pada realitinya, kemiskinan atau masalah kewangan menjadi salah satu punca utama berlakunya pemerdagangan wanita. Hal ini dikatakan kerana mangsa-mangsa pemerdagangan wanita ini berkemungkinan terpaksa berhijrah ke negara lain disebabkan faktor kemiskinan yang mereka alami di negara mereka. Pada zaman kini, manusia sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan sumber wang dalam meneruskan kehidupan. Mangsa yang beranggapan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan di negara orang sebaliknya telah ditipu dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak dan seterusnya dipaksa untuk menjadi hamba abdi, pelacur dan sebagainya. Selain itu, individu juga menjadi salah satu faktor dalaman dalam pemerdagangan wanita ini. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat akan memilih jalan yang pintas seperti menjadi ejen dalam jenayah pemerdagangan wanita ini untuk mengaut keuntungan yang lumayan. Ejen-ejen yang diupah oleh sindiket pemerdagangan wanita inilah yang menyebabkan kes ini semakin meningkat. Mereka seakan-akan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah jenayah ini bagi mendapatkan sumber wang. Contohnya, mereka telah menipu, memanipulasi, mendera dan memaksa mangsa untuk melakukan aktiviti pelacuran. Bukan itu sahaja, jenayah pemerdagangan wanita ini juga berjaya masuk ke negara kita disebabkan oleh sikap segelintir pihak berkuasa yang menerima rasuah. Apabila ejen-ejen sindiket ini berjaya memberikan rasuah kepada pihak berkuasa, mereka dengan mudahnya dapat terus memperkembangkan sindiket mereka dan membawa masuknya ke dalam negara kita. Walaupun pahit untuk diucap, namun mereka dilihat lebih rela menggadaikan maruah agama, negara dan bangsa demi mendapatkan wang dari sumber yang haram. 3


5.0) Kesan pemerdagangan wanita Seterunya, jenayah pemerdagangan wanita juga memberikan kesan yang negatif kepada semua pihak terutamanya wanita. Antaranya ialah wanita yang menjadi mangsa bagi sindiket ini akan hilang maruah dan kehormatan diri mereka. Walaupun mereka melakukan kegiatan pelacuran secara paksa dan bukan secara suka rela, namun mereka masih akan dipandang hina oleh golongan masyarakat. Dalam aspek agama Islam, kehormatan dan maruah wanita amat tinggi darjatnya. Namun apakan daya, disebabkan oleh jenayah pemerdagangan ini, wanita-wanita ini telah hilang kehormatan diri mereka. Disamping itu, sindiket pemerdagangan wanita ini juga secara tidak langsung dapat mencemarkan imej negara di mata dunia. Malaysia sering disebut sebagai negara destinasi atau suatu transit ekoran negara kita yang mempunyai banyak kes berkaitan pemerdagangan wanita ini. Hal ini sedikit sebanyak juga telah mencemarkan imej agama Islam kerana majoriti penduduk di negara kita beragama Islam. Seterusnya, jenayah pemerdagangan wanita ini juga mampu menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Sekiranya terdapat sebarang kes yang melibatkan mangsa warga asing, ia akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati antara negara kita dengan negara lain. 6.0) Cara mengatasi isu pemerdagangan wanita Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat. Pihak berkuasa perlulah mengetatkan undang-undang bagi menangani isu pemerdagangan wanita ini. Sebagai contoh, pihak berkuasa perlulah memberikan hukuman yang lebih berat seperti hukuman penjara selama 5 tahun atau lebih dan mengenakan denda dengan sejumlah amaun yang tinggi kepada pesalah. Selain itu, sekiranya terdapat mana-mana pegawai kerajaan yang menerima rasuah atau bersubahat dalam sindiket ini, anggota kerajaan tersebut perlulah dilucutkan jawatannya serta merta. Kerajaan juga perlu mengarahkan semua premis kelab malam yang menyediakan khidmat pelacur agar ditutup dengan kadar segara Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Sebagai seorang yang beragama Islam, agama sangatlah penting dalam kehidupan kita. Kita perlulah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berpegang teguh dengan al-Quran bagi mengelakkan diri kita terjerumus ke dalam lembah kehinaan. 4


7.0) Konklusi Secara kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing bagi memerangi jenayah pemerdagangan wanita ini. Walaupun isu ini dilihat semakin hari semakin meningkat, namun tidak mustahil jika isu ini dapat diatasi pada suatu hari nanti sekiranya semua pihak bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlulah menjaga kehormatan diri kita terutamanya golongan wanita kerana maruah yang ada pada diri kita tiada nilai gantinya. Walaupun kita berada dalam keadaan kesempitan hidup, janganlah sesekali kita memilih jalan pintas seperti jenayah pemerdagangn manusia ini. Akhir sekali, kita perlulah berpegang teguh dengan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu al-Quran dan al-Sunnah agar hidup kita diredhai oleh Allah dan terhindar perbuatan terkutuk. 5


8.0) Rujukan Aktiviti Pemerdagangan Manusia ( Kesan Negatif Kepada Negara dan Usaha Untuk Mengekang Masalah Ini). (2015, Jun 14). Retrieved from Tingkatan Enam: https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/aktiviti-pemerdagangan-manusiakesan_14.html BAYAN LINNAS SIRI KE-25 : PEMERDAGANGAN MANUSIA: HUKUM DAN PENYELESAIANNYA. (2015, Jun 6). Retrieved from Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1805- pemerdagangan-manusia-hukum-dan-penyelesaiannya Dr. Mustafa al-Bugha, M. M. (2021). Kehormatan Muslim. Rawang: PUSTAKA SALAM SDN. BHD. JIM selamatkan 9 wanita mangsa pemerdagangan manusia tawar kerja di Timur Tengah. (2021, July 11). Retrieved from Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729261/jim-selamatkan-9-wanitamangsa-pemerdagangan-manusia-tawar-kerja-di-timur Khalid, K. A. (2015). Pemerdagangan Manusia: Hak, Hambatan dan Inisiati. Bangi: Penerbit UKM. Noh, N. C. (2022, Ogos 21). Tujuh wanita mangsa pemerdagangan orang diselematkan. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/990883/tujuh-wanita-mangsapemerdagangan-orang-diselamatkan Pemerdagangan manusia: Malaysia kekal di tahap 3 dua tahun berturut-turut. (2022, July 20). Retrieved from Astro Awani: https://www.astroawani.com/beritamalaysia/pemerdagangan-manusia-malaysia-kekal-di-tahap-3-dua-tahunberturutturut-371973 Rosly, E. (2013, November 19). Esei Pemerdagangan Manusia. Retrieved from Nelya Rosly: http://nelyarsly21.blogspot.com/2013/11/esei-pemerdagangan-manusia.html Siti Hanna Aisya Noorazman, S. N. (2017). Pemerdagangan Seks Di Malaysia: Satu Jenayah Globalisasi. Jurnal Wacana Sarjana, 1-19. Veenthan, E. (2020). Golongan Wanita Mangsa Sebagai Perdagangan. ResearchGate, 1- 14. 6


Click to View FlipBook Version