NYAMUK DENGAN
LABAH-LABAH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
Seekor labah-labah membuat
sarang di sebatang pokok.
Berhari-hari lamanya labah-labah
berusaha menyiapkan sarangnya.
Akhirnya, siaplah sarangnya itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
1
Pada suatu petang, angin bertiup
kencang. Sarang labah-labah rosak
ditiup angin kencang itu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
2
Namun, labah-labah tidak
berputus asa. Labah-labah berusaha
menyiapkan sarangnya semula.
Bertungkus-lumuslah labah-labah
cuba menyiapkan sarangnya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
3
Rupa-rupanya perbuatan
labah-labah diperhatikan oleh seekor
nyamuk. Nyamuk ketawa
berdekah-dekah melihat perbuatan
labah-labah.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
4
“Ha! Ha! Ha!” nyamuk ketawa.
Labah-labah berdiam diri sahaja.
Labah-labah tahu nyamuk
mentertawakan perbuatannya.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
5
“Wahai Sang Labah-labah!
Alangkah bodoh perbuatan
engkau! Esok, kalau datang angin
kencang, sarangmu akan rosak
semula,” kata nyamuk.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
6
Namun, labah-labah berdiam diri
sahaja.
“Engkau tentulah akan mati
kelaparan sebab sarangmu selalu
rosak,” nyamuk mengejek lagi.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
7
Pada suatu malam, hujan lebat
turun. Nyamuk terbang ingin
mencari tempat berlindung. Namun,
tanpa disangka-sangka, nyamuk
terlanggar sarang labah-labah.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
8
Apalagi! Nyamuk terperangkap di
sarang labah-labah itu.
“Wahai Sang Labah-labah!
Janganlah engkau makan aku!”
nyamuk cuba merayu.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
9
Namun, labah-labah tidak peduli.
“Aku sangat lapar. Sudah
berhari-hari aku tidak makan.
Engkau tetap akan menjadi
makananku,” ujar labah-labah.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
10
Nyamuk berasa menyesal kerana
pernah mengejek labah-labah.
Akhirnya, matilah nyamuk yang
sombong itu dimakan oleh
labah-labah.
www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet
11