The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atynorhayatie, 2022-04-10 22:08:28

e-BOOK BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA

e-BOOK BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

1

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

2

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

3

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

4

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

5

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

ROSE ARIESYAH AZRIEYANI BINTI ROSLAN
(NAIB JOHAN FESTIVAL PANTUN SERUMPUN

PERINGKAT ANTARABANGSA 2021)

6

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk
mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian Pendidikan telah
memperkenalkan pertandingan ini pada tahun 1989. Secara tidak langsung, para murid dapat
menghayati dan berfikiran kritis dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin
2.2 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun
2.3 Murid membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang menemukan pemenang
antara dua kumpulan yang bermula pada peringkat kedua .Walau bagaimanapun pada peringkat
pertama, peluang bertemu antara pasukan kalah dan menang dibenarkan seperti gambarajah
berikut :

7

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

CARTA PERTANDINGAN

K1 P1 M1
M9 P9 Negeri 1 P10 M10
Negeri 2

M2 K2 M18

M17 P2
P17
Negeri 3 P18
Negeri 4

K3 M3

M11 P11 P3 P12 M12
Negeri 5 K4
M21 Negeri 6 M22
K21 P22
P21 M4 P4 M5 K22
M13 K5 Negeri 7
P13 Negeri 8 M14

P14

M6 P5 K6
K7 Negeri 9

M19 P19 Negeri 10 P20 M20

M7

P6

M15 P15 Negeri 11 P16 M16

Negeri 12

M8 K8

P7
Negeri 13
Negeri 14

P8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir
Ke-3 Bersama

P 23 ( Akhir)
Johan / Naib Johan

5.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap 2 (tahun 4 hingga 6) warganegara
Malaysia sekolah rendah yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM
dibenarkan menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja.
Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

8

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

5.1 Pendaftaran peserta –5 (lima) orang.
5.2 Bilangan guru – 1 guru pengiring

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia sekolah rendah
sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan dan
Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM. Penyertaan berbilang kaum amat
digalakkan.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun

empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “a/b/a/b”

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada
tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan. Pemantun
simpanan dikehendaki memperkenalkan pasukan dengan pantun
dalam tempoh masa tidak melebihi dua minit. Tidak ada sebarang
markah diberikan. PERSEMBAHAN DALAM BENTUK PANTUN
SAHAJA DIBENARKAN.

6.1.3 Bagi pusingan pertama dan kedua, pemantun dibenarkan membawa bahan
rujukan. Selepas pusingan kedua, semua bahan rujukan akan dikutip oleh urus
setia.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi dikira sebagai
pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.

6.1.7 Masa dikira selepas arahan jurupantun.

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan pemantun menjual
pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Manakala
pusingan ketiga, masa untuk menjual pantun bagi tema yang dipilih ialah
90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang ditetapkan untuk
menjual pantun pusingan pertama dan kedua dan 90 saat bagi pusingan
ketiga untuk menjual pantun

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli
tiga rangkap pantun.

6.1 FORMAT PERTANDINGAN

9

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

1 A MENJUAL 15 SAAT
1 A MEMBELI 90 SAAT

2 B MENJUAL 15 SAAT
2 B MEMBELI 90 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT
3 C MEMBELI 90 SAAT

6.1.2 Format Pusingan Kedua

1 B MENJUAL 15 SAAT
1 B MEMBELI 90 SAAT

2 C MENJUAL 15 SAAT
2 C MEMBELI 90 SAAT

3 A MENJUAL 15 SAAT
3 A MEMBELI 90 SAAT

6.1.3 Format Pusingan Ketiga
(Tema spontan – Cabutan undian tema)

1 C MENJUAL 90 SAAT
1 C MEMBELI 90 SAAT
2 A MENJUAL 90 SAAT
2 A MEMBELI 90 SAAT
3 B MENJUAL 90 SAAT
3 B MEMBELI 90 SAAT

6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

 Isi - 20 markah
 Bahasa - 20 markah
 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

 Bahagian isi - 2 orang hakim

 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim

 Bahagian Persembahan- 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.
Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada jumlah markah
keseluruhan perlu dipotong.

10

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa
menyampaikan pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

Pengiraan markah hendaklah dilakukan di bilik hakim. Keputusan akan
diumumkan/dipaparkan di tempat yang ditetapkan setelah semua pertandingan
setiap peringkat selesai.

 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Bahagian Isi – Ketepatan soalan / belian / jawapan – Jelas dan sesuai
dengan tema – (10/20)

ISI – JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan/jawapan – jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, 0 markah diberikan.

iv Pantun jualan yang merupakan penyataan dan bukan soalan,
0 markah diberikan.

v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema, 0 markah diberikan.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan
0 markah diberikan.

vii Bagi pantun jualan yang 0 markah, pemantun bagi pihak lawan wajib membeli
pantun berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Pantun belian bagi soalan yang 0
markah (iii, iv dan v) di atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut
budi bicara hakim antara 4 – 8 markah.

6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA
Menghakimi bahagian isi – Padat dan jitu serta bernilai susila – (10/20)
ISI – Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i Padat dan jitu - 5 markah
5 markah
ii Mempunyai nilai susila -

Padat dan jitu bermaksud:

 Pemilihan kosa kata yang indah
 Tanpa kesalahan bahasa
 Susunan kata yang betul

11

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi bahagian bahasa - Pola rima dan suku kata (10/20)
a. Pola Rima ‘a/b/a/b’

 Rima di hujung baris - 3 markah
 Rima di tengah - 2 markah

b. Suku kata dalam baris

 8 hingga 12 suku kata - 5 markah

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:
Menghakimi bahagian bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian dengan maksud -
(10/20)

Pembayang maksud (6 markah)

a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan baris kedua.

 Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta, unsur alam semula
jadi dan karenah manusia dalam baris pertama dengan baris kedua.

b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (4 markah)

 Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi bahagian persembahan – gerakan fizikal, intonasi / jeda dan kelancaran -
(10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun – (3 markah)

 (Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang
berlebihan, tiada markah yang diberikan)

b Intonasi dan jeda – (3 markah)

 (Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris)

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud
pantun.

c. Kelancaran – (2 markah)

 Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan

12

d. Sebutan baku BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

- (2markah)

PEMANTUN YANG BAIK

 Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai
 Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak meleret-leret

atau pengucapan yang mengada-ngada.
 Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.
 Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa, dibuat-buat

atau berlakon.
 Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang sama dalam

setiap pantun yang dijual atau dibeli.
 Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat. Pantun yang

dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah bahasa yang indah dan
mudah difahami.
 Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

13

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

CADANGAN TEMA PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Kebersihan Makanan
2. Memperkasa Wawasan Remaja
3. Majlis Harga
4. Rukun Negara
5. Amalan Budi Bahasa
6. Sekolahku Duniaku
7. Murid Bestari
8. Negara Lestari
9. Modal Insan
10. Malaysiaku Gemilang
11. Faedah Kokurikulum
12. Malaysiaku Indah
13. Memperkasa Bahasa
14. Pendidikan Percuma
15. Kepentingan Teknologi
16. Sayangi Keluarga
17. Cintai Alam Sekitar
18. Semangat Kejiranan
19. Semangat Perpaduan
20. Budaya Membaca
21. Gaya Hidup Sihat
22. Pendidikan Cemerlang
23. Kepimpinan Melalui Teladan
24. Akhlak Mulia
25. Ibu Mithali
26. Keselamatan Di Jalan Raya
27. Malaysia Cergas
28. Permainan Tradisional
29. Pakaian Tradisional
30. Batik Malaysia
31. Makanan Tradisional
32. Sayangi Warga Emas
33. Industri Tani
34. Perubatan Tradisional
35. Jati Diri
36. Pemimpin Mithali
37. Belia Jaya
38. Kebersihan Diri
39. Sekolah Satu Sesi
40. Makanan Seimbang
41. Pemikiran Kritis
42. Kecemerlangan Sukan Negara
43. Di Mana Bumi Dipijak, Di situ

Langit Dijunjung
44. Memperkasa Bahasa
45. Budaya Keusahawanan
46. Satu Malaysia
47. Faedah Koperasi
48. Pendermaan Organ
49. Permata Negara
50. Pengguna Bijak
51. Rakyat Sihat
52. Integriti
53. Perpaduan Bangsa

14

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

54. Pelancongan Kesihatan
55. Warisan Sejarah
56. Sains Sukan
57. Sepakat Membawa Berkat
58. Fikiran Terbuka
59. Industri desa
60. Hutan Simpan

15

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

16

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

17

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

18

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
BAHAS BAHASA MELAYU ALA
PARLIMEN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2021
(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia

19

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN
SEKOLAH RENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Bahas Ala Parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau
cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul,
pihak Kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2)
menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada
beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta
dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya
dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3)
Ahli Dewan. Pihak Pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula
akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah,
memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab
usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan
barulah Yang Dipertua Dewan mendapatkan pengundian.

Dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ini pengundian sebenarnya tidak
berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh Hakim Bahas. Keputusan
hendaklah diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan seperti pengumuman yang
dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan
mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan
sebagai pusat kecemerlangan.

2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan
berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan
spontan.

2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah
yang bernas dan teratur.

3.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara timbal balik yang
menemukan pemenang dua (2) kumpulan yang bermula pada peringkat kedua.
Walau bagaimanapun, pada peringkat pertama peluang bertemu antara pasukan
kalah dan menang dibenarkan seperti gambar rajah yang berikut:

20

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

CARTA PERTANDINGAN

K1 P1 M1
P10 M10
Negeri 1

M9 P9 Negeri 2

M2 P2 K2 M18

M17 Negeri 3

Negeri 4

P17 K3 P18
M11 P11 M3

P3 12 M12
Negeri 5
Negeri 6

M21 M22

M4 P4 P22
P21 Negeri 7

Negeri 8

K21 M13 M14 K22

P13 P5
M6 Negeri 9
Negeri 10

K6

M19 P19 P6 P20 M20
M7
K7 Negeri 11
Negeri 12

M15 P15 P7 P16 M16
M8 Negeri 13 K8

Negeri 14

P8
Negeri 15
Negeri 16

Kalah Separuh Akhir
Ke-3 Bersama

P 24 (AKHIR)
Johan & Naib Johan

21

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Tahap Dua
(2) iaitu Tahun Empat (4) hingga Tahun Enam (6) warganegara Malaysia
sama ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah
Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Agama Swasta yang berdaftar
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibenarkan menyertainya
tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang
kaum amat digalakkan.

4.2 Setiap sekolah/zon/daerah/negeri hanya dibenarkan menghantar satu (1)
pasukan untuk pertandingan tersebut.

4.3 Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di
sekolah yang sama.

4.4 Pendaftaran peserta hanya melibatkan lima (5) orang peserta iaitu tiga (3)
orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan.

5.0 TATACARA PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pengendalian Pertandingan

5.1.1 Usul diberikan kepada semua pasukan yang bertanding dua (2)
minggu sebelum pertandingan.

5.1.2 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian atau secara
hibrid.

5.1.3 Peserta yang bertanding akan berada di lokasi masing-masing.

5.2 Sebelum Pertandingan

5.2.1 Pasukan bertanding perlu menyediakan tiga (3) talian dalam
aplikasi telesidang1 yang mempunyai:

5.2.1.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang pembahas
utama.

5.2.2 Pegawai teknikal perlu memastikan lima (5) talian dalam aplikasi
telesidang disediakan yang merangkumi:

5.2.2.1 Tiga (3) talian yang terdiri daripada tiga (3) orang hakim yang
5.2.2.2 bertugas.
5.2.2.3 Satu (1) talian yang terdiri daripada Yang Dipertua Dewan
dan seorang penjaga masa.
Satu (1) talian yang digunakan oleh pegawai teknikal untuk
memantau perjalanan pertandingan.

1 Aplikasi telesidang yang dicadangkan adalah seperti Google Meet, Zoom, Streamyard, Microsoft Teams
dan Webex. Mana-mana aplikasi telesidang yang bersesuaian dan stabil dibenarkan selagi tidak berlaku
apa-apa permasalahan semasa uji talian dan semasa pertandingan dijalankan.

22

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

5.2.3 Uji talian akan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula. Setiap
pasukan diminta untuk bersedia di tempat yang mempunyai capaian
Internet yang baik.

5.2.4 Semasa uji talian dijalankan, semua pihak yang terlibat mesti
memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan perjalanan
pertandingan dapat berjalan dengan lancar.

5.3 Semasa Pertandingan

5.3.1 Setiap pasukan akan mendapat pautan telesidang sehari sebelum
pertandingan dijalankan.

5.3.2 Setiap pasukan haruslah bersedia untuk uji talian bersama-sama Yang
Dipertua Dewan tiga puluh minit (30 minit) sebelum pertandingan
sebenar berlangsung.

5.3.3 Semua peserta perlu mengikut arahan sepenuhnya daripada Yang
Dipertua Dewan.

5.3.4 Semua peserta perlu dalam keadaan mod senyap kecuali ketika
menyampaikan hujah dan memberikan izin laluan.

5.3.5 Bilangan peserta semasa pertandingan adalah seperti yang berikut:
5.3.5.1 Lima (5) orang peserta pasukan kerajaan.
5.3.5.2 Lima (5) orang peserta pasukan pembangkang
5.3.5.3 Seorang Yang Dipertua Dewan dan penjaga masa
5.3.5.4 Hakim yang dilantik

5.3.6 Sebarang bantuan daripadapihak ketiga selain daripada peserta yang
bertanding tidak dibenarkan.

5.3.7 Keputusan pertandingan akan diumumkan setelah selesai penjurian
dijalankan selepas pertandingan.

5.3.8 Para peserta dikehendaki berada di bilik pertandingan maya tiga puluh
(30) minit sebelum pertandingan bermula supaya pertandingan dapat
dijalankan dengan lancar. Pasukan yang didapati melanggar peraturan
ini akan dibatalkan penyertaannya.

6.0 FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Satu (1) pasukan yang mewakili sekolah dianggotai oleh lima (5) orang
pembahas dari sekolah yang sama. Pertandingan dilaksanakan secara
timbal balik.

6.2 Pasukan yang akan mengemukakan usul dikenali sebagai Pasukan
Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang.

23

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

6.3 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai YAB
Perdana Menteri, manakala empat (4) orang lagi pembahas dalam
pasukan tersebut sebagai YB Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB
Menteri Keempat dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada
pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang,
manakala empat (4) lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut
sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB
Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima.

6.4 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah
seperti yang berikut:

KERAJAAN PEMBANGKANG MASA

(PENCADANG) 7 minit
7 minit
1 Pertama 2 Pertama 7 minit

3 Kedua 4 Kedua 5 minit

5 Ketiga 6 Ketiga

8 Ucapan penggulungan 7 Ucapan penggulungan
(Pertama/Kedua) (Pertama/Kedua)

6.5 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu
(1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan
mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua
pasukan tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk
membidas hujah-hujah pasukan lawan.

6.6 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin
Laluan’. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada
pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan.

6.7 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas
kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan
dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Semua pertandingan akan diadili oleh panel hakim yang terdiri daripada
tiga (3) hakim

7.2 Taklimat kepada panel hakim diberi sekurang-kurangnya tiga puluh (30)
minit sebelum perbahasan bermula.

7.3 Pasukan yang mendapat undi majoriti daripada panel hakim (sistem juri)
dipilih sebagai pemenang. Para hakim tidak dibenarkan berbincang untuk
memilih pasukan yang menang.

24

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

7.4 Selepas selesai perbahasan, ketua hakim akan mengumpulkan dan
merumuskan borang keputusan dan menyerahkannya kepada Yang
Dipertua Dewan untuk mengumumkan keputusan perbahasan.

7.5 Keputusan bagi menentukan pembahas terbaik adalah berdasarkan
majoriti. Sekiranya keputusan majoriti tidak dicapai, ketua hakim akan
menentukan pembahas terbaik.

7.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

8.0 TATACARA PERBAHASAN

8.1 Pengendalian Perbahasan

8.1.1 Usul perbahasan akan diberi kepada pasukan yang bertanding
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.

8.1.2 Cabutan undi akan dijalankan di bilik urus setia maya untuk
menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum
pertandingan. Cabutan undi akan dilakukan secara dalam talian
antara pegawai teknikal dan pembahas daripada kedua-dua
pasukan yang akan bertanding.

8.1.3 Setelah mengetahui kedudukan mereka, pasukan-pasukan yang
terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan maya masing-masing
selama lima belas (15) minit pada pusingan awal dan tiga puluh (30)
minit pada pusingan seterusnya.

8.1.4 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan maya.
Pihak lain seperti guru penasihat, jurulatih, ahli keluarga atau
penyokong dilarang berada di bilik persediaan semasa pasukan
dikuarantinkan.

8.1.5 Hanya bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
kuarantin maya.

8.1.6 Bilik persediaan maya yang digunakan oleh peserta untuk sesi
kuarantin juga menjadi bilik persidangan maya.

8.1.7 Setiap pembahas yang akan menyampaikan hujah diwajibkan keluar
dari tempat duduknya dan berada di tempat yang bersesuaian.

8.2 Peranan Yang Dipertua Dewan

8.2.1 Yang Dipertua Dewan akan membaca ringkasan peraturan
perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan
pembahas.

25

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

8.2.2 Yang Dipertua Dewan tidak dibenarkan membuat apa-apa komen
dan ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang
sedang bertanding.

8.2.3 Yang Dipertua Dewan akan memastikan bahawa hakim telah
bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap.

8.2.4 Yang Dipertua Dewan akan mengumumkan keputusan
pertandingan.

8.3 Peranan Penjaga Masa

8.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit
diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan lima (5) minit untuk
ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan
pembahas berhujah.

8.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua
menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan
membuat izin laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan
sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng
akan dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda
bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.

8.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan
bahawa kedua-dua pasukan diberi masa lima (5) minit sebagai
masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat
penggulungan.

8.3.4 Pada minit keempat masa penggulungan, penjaga masa akan
membunyikan loceng amaran dan pada minit ketiga loceng
dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk
pembahas.

8.3.5 Penunjuk masa secara maya (virtual) akan dipaparkan pada skrin
komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan
hujah dan bidasan.

8.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan
diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa
pertandingan dijalankan.

8.4 Larangan

8.4.1 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan
menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

8.4.2 Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis serta terjemahan untuk
mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.

26

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

8.5 Peranan Pembahas

Pembahas Pertama Kerajaan (Perdana Menteri) 7 Minit

8.5.1 Tugas pertama Perdana Menteri adalah untuk memberi definisi
atau pentakrifan terhadap usul yang dibentangkan dalam
perbahasan tersebut.

8.5.2 Tugas kedua adalah untuk menyatakan pendirian pihak kerajaan
berhubung dengan usul yang dibentangkan.

8.5.3 Tugas ketiga Perdana Menteri adalah untuk menyatakan strategi
pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan oleh Menteri-
menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.

8.5.4 Tugas keempat Perdana Menteri adalah untuk mengemukakan
satu hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul yang
telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.

8.5.5 Tugas kelima Perdana Menteri adalah untuk menegaskan pendirian
pihak Kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Pertama Pembangkang (Ketua Pembangkang) 7 Minit

8.5.6 Tugas pertama Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan menerima
definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang menolak definisi
tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut takrifan
mereka.

8.5.7 Tugas kedua Ketua Pembangkang adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri (Pembahas
Pertama Kerajaan).

8.5.8 Tugas ketiga Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
pendirian pihak pembangkang berhubung dengan usul yang
diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.

8.5.9 Tugas keempat Ketua Pembangkang adalah untuk menyatakan
strategi pihak pembangkang dan peranan yang akan dilakukan
oleh pembangkang-pembangkang yang lain bagi mengukuhkan
pendirian pihak pembangkang.

8.5.10 Tugas kelima ketua pembangkang adalah untuk mengemukakan
satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta berdasarkan pendirian
pihak pembangkang.

27

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

8.5.11 Tugas keenam Ketua Pembangkang adalah untuk menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Kedua Kerajaan (Menteri Kedua) 7 Minit

8.5.12 Tugas pertama Menteri Kedua adalah untuk menyatakan pendirian
pihak kerajaan sama ada bersetuju dan menerima definisi baharu
yang telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak
definisi tersebut. Sekiranya pihak kerajaan menolak definisi semula
oleh pihak pembangkang, Menteri Kedua hendaklah memberi
penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana
Menteri sebelum ini.

8.5.13 Tugas kedua adalah untuk membidas hujah yang telah
dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

8.5.14 Tugas ketiga adalah untuk mengemukakan dua hujah dan memberi
huraian/fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan
oleh pihak kerajaan.

8.5.15 Tugas keempat Menteri Kedua adalah untuk menegaskan pendirian
pihak kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Kedua Pembangkang (Pembangkang Kedua) 7 Minit

8.5.16 Tugas pertama Pembangkang Kedua adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.

8.5.17 Tugas kedua Pembangkang Kedua adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.18 Tugas ketiga Pembangkang Kedua adalah untuk mengemukakan
dua hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usaha
yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.

8.5.19 Tugas keempat Pembangkang Kedua adalah untuk menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

Pembahas Ketiga Kerajaan (Menteri Ketiga) 7 Minit

8.5.20 Tugas pertama Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.

8.5.21 Tugas kedua Menteri Ketiga adalah untuk membidas hujah yang
telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.

28

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

8.5.22 Tugas ketiga Menteri Ketiga adalah memperkukuh usul yang telah
dibawa oleh pihak kerajaan dan menegaskan pendirian pihak
kerajaan bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.

Pembahas Ketiga Pembangkang (Pembangkang Ketiga) 7 Minit

8.5.23 Tugas pertama Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas
hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.

8.5.24 Tugas kedua Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah
yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.

8.5.25 Tugas ketiga Pembangkang Ketiga adalah untuk membidas hujah-
hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.

8.5.26 Tugas keempat Pembangkang Ketiga adalah untuk memperkukuh
usul berdasarkan fakta-fakta pihak pembangkang dan menegaskan
pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan usul yang
telah dibentangkan oleh kerajaan.

8.6 Peranan Penggulung.

Penggulung Pihak Pembangkang
(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.1 Tugas pertama penggulung pihak pembangkang adalah untuk
membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak kerajaan serta
menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam membentangkan usul tersebut.

8.6.2 Tugas kedua penggulung pihak pembangkang adalah menggulung
perbahasan bagi pihak pembangkang dan membuat penegasan
untuk menutup hujah pembangkang dalam membahaskan usul
yang telah dibentangkan oleh kerajaan.

Penggulung Pihak Kerajaan
(Pembahas Pertama/Kedua) - 5 Minit

8.6.3 Tugas pertama penggulung pihak Kerajaan adalah untuk membidas
hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam
membahaskan usul tersebut.

8.6.4 Tugas kedua penggulung pihak Kerajaan adalah menggulung
perbahasan bagi pihak Kerajaan dan membuat penegasan untuk
menutup hujah Kerajaan dalam menyokong usul yang telah
dibentangkan.

29

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

9.0 IZIN LALUAN

9.1 Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan dibenarkan untuk
membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada
pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilalukan dalam bentuk:

9.1.1 soalan;
9.1.2 kenyataan;
9.1.3 fakta;
9.1.4 ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang

diutarakan oleh pembahas.

9.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat
tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh
membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh
digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

9.3 Masa selama lima belas (15) saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin
laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas.

9.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak
lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan
dikurangkan jika melanggar etika ini.

9.5 Etika Izin Laluan

9.5.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit
kedua dan minit keempat hujahan pembahas. Izin laluan tidak
boleh dilakukan pada dua minit pertama dan minit kelima semasa
pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk
menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin
laluan.

9.5.2 Tidak terdapat izin laluan semasa ucapan penggulungan.

9.5.3 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan
atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin
laluan. Perlakuan yang kasar dan biadab seperti menepuk-nepuk
meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit
atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu
pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah.

9.5.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan
berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya
yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan
adalah dilarang.

30

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

9.5.5 Izin laluan dipohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan
menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak
dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya.
Pembahas yang sedang berucap boleh:
 Meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat;
 Menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut;
 Menerima izin laluan tersebut ketika itu.

9.6 Memohon dan Menerima Izin Laluan

9.6.1 Sepanjang perbahasan, seorang pembahas diwajibkan memohon
sekurang-kurangnya dua kali izin laluan. Pembahas ini juga mesti
menerima paling kurang dua kali izin laluan yang ditujukan
kepadanya.

9.6.2 Pembahas yang ingin memohon izin laluan hanya perlu
mengangkat kad izin laluan sehingga diterima oleh pihak lawan.
Apabila diterima, pembahas perlu mengaktifkan mikrofon dan
menyahaktifkannya selepas memohon izin laluan.

9.6.3 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh
pihak lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala
pemohon yang mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang
sedang berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap
tidak memohon izin laluan.

9.6.4 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali
akan kehilangan markah isi dan strategi.

  Markah isi ditolak kerana gagal mengambil peluang keemasan.
 Markah strategi ditolak kerana tidak memenuhi peranan sebagai
pembahas.

9.6.5 Pembahas yang tidak menjawab atau menerima izin laluan
daripada pihak lawan juga kehilangan markah isi dan strategi.
 Kehilangan markah dalam isi disebabkan oleh pembahas tidak

 memberi peluang kepada pihak lawan.
 Kehilangan markah strategi disebabkan oleh pembahas tidak
menjalankan peranan sebagai pembahas dan takut untuk
menghadapi cabaran.

9.6.6 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berdebat
secara spontan ataupun terikat pada teks perbahasannya dengan
menilai daripada penglibatannya dalam izin laluan.

31

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

10.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-
mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

11.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau
sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat
pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai
tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola
pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

32

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

33

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

34

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

KERTAS KONSEP
PIDATO SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi
idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan.
Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat,
peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan yang bertujuan untuk
mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada
kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada
suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak
seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru,
pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan kemahiran seni ini tidak terus
lenyap ditelan zaman.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membina keyakinan diri.
2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.

3.0 PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia sekolah
rendah Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) sama ada di Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama
Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta
yang berdaftar dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi penyertaan
sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan berbilang kaum amat
digalakkan.

3.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.

4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

4.1 Peringkat Sekolah

35

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

4.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu diminta
mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara kelas dan
juga antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan
kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke pertandingan di
peringkat daerah.

4.2 Peringkat Daerah

4.2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta mengendalikan
pertandingan di peringkat ini.

4.2.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian
ke pertandingan di peringkat negeri.

4.3 Peringkat Negeri

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.

4.3.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.

4.3.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.

4.3.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

4.4 Peringkat Kebangsaan

4.4.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

4.4.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah
menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili negeri
masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

4.4.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan
seorang pegawai pengiring.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib bertanding
dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian ditentukan
mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di hadapan semua
peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan peserta pidato
TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masing-masing.

5.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah
disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

36

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

5.2 Bahagian Kedua

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas
tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta dikehendaki
memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua hakim.
Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan pidato bahagian pertama . Setelah mendapat tajuk, peserta
diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas pidato tanpa
bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat komunikasi
dan alat elektronik.

5.3 Syarat-syarat Pertandingan

5.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian pertama,
dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.

5.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat, dan
dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.

5.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi setiap
bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

5.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.

5.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

5.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.

5.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam
sekolah/blazer/pakaian kebangsaan.

5.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-
mana peraturan di atas.

6.0 PEMILIHAN TAJUK

6.1. Peringkat Sekolah, Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa negara.

6.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

6.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

37

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

6.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar dalam
6.2.3 tempoh dua minggu sebelum tarikh Pertandingan
Peringkat Kebangsaan kepada semua negeri.

Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan
secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

6.2.4 Enam belas peserta setiap negeri dalam pertandingan
peringkat separuh akhir kebangsaan dibahagi kepada dua
kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan dipilih
untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.

7.0 PERATURAN PEMARKAHAN

7.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

7.1.1 Idea/Isi (30 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/
isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data/
bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 4 markah
Data/contoh – 3 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah

(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah)

7.1.2 Bahasa (20 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

7.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

7.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang
menarik dan susunan isi yang tertib.
(Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak
digalakkan dan akan menjejaskan markah
persembahan)

7.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

7.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-
kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.

38

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

8.0 PEMBAHAGIAN MARKAH PIDATO BAHAGIAN KEDUA (SPONTAN)

8.1 Isi (40 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /
isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah

(19m x 2=38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

8.2 Bahasa (30 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

8.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

8.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi
persembahan yang lancar dan menyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib.
(Pergerakan tangan yang keterlaluan tidak
digalakkan dan akan menjejaskan markah
persembahan)

8.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara
yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-
kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.

9.0 Panduan Kepada Panel Hakim

9.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa
dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan
reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

9.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang.

39

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

9.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.

9.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10.0 TARIKH PERTANDINGAN :
:
Peringkat Sekolah
Peringkat Daerah :
Peringkat Negeri :
Peringkat Kebangsaan

11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ahli
Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan
yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa,

12.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

BORANG MARKAH C
PIDATO SEKOLAH RENDAH
Jumlah
Kategori : Rendah Giliran Peserta Besar

Bahagian l : 5 minit

Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(30 markah) (2 markah) (4 markah) (3 markah)

Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1 Markah kematangan isi
yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk Isi 3
huraian dan contoh. Bonus 3

Panduan pemarkahan

Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 3 isi. 3 markah bonus
(3/30) bagi kematangan isi.

Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)

Bahasa (20 markah)

Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (5 markah)

sebutan), gaya bahasa yang

berkesan & tepat dengan

maksud yang hendak

disampaikan.

40

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

Jumlah markah bahasa (20 markah)

Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 10 markah)
persembahan (40 markah) Gaya yang menarik (10 markah)

Diadili dari segi persembahan Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (10 markah)
yang lancar, kesesuaian nada, Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
penonton (10 markah)
menyakinkan, menunjukkan gaya
Adab (5 markah)
yang menarik & pengolahan isi
Istimewa (5 markah)
yang tertib dan
Jumlah markah penyampaian dan persembahan
berkesinambungan. (50 markah)

Adab (5 markah)

Dipotong 5 markah maksimum
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan.

Istimewa (5 markah)

Diadili daripada keseluruhan
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : …………………………………… Tandatangan : ……………..…..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….

BORANG MARKAH D
PIDATO SEKOLAH RENDAH
Jumlah
Kategori : Rendah Giliran Besar
Bahagian ll : 3 minit Peserta

Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah
(40 markah) (5 markah) (10 markah) (5 markah)

Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1 (40 markah)
yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk
penghuraiannya. Jumlah keseluruhan markah isi

Panduan pemarkahan

Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 2 isi.

Bahasa (30 markah)

Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (10 markah)
Jumlah markah bahasa (30 markah)
sebutan), gaya bahasa yang

berkesan & tepat dengan

maksud yang hendak

disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan (30 markah)

Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 5 markah)
persembahan (20 markah)
Gaya yang menarik (5 markah)
Diadili dari segi persembahan

yang lancar, kesesuaian nada,

41

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

menyakinkan, menunjukkan Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (5 markah)
gaya yang menarik & Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
penonton (5 markah)
pengolahan isi yang tertib dan
Adab (5 markah)
berkesinambungan.
Istimewa (5 markah)
Adab (5 markah)
Jumlah markah penyampaian dan persembahan
Dipotong 5 markah maksimum (30 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan.

Istimewa (5 markah)

Diadili daripada keseluruhan
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..

Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….

42

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

43

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

44

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk
memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga
dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita.
Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu
mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti bercerita dalam pengajaran bahasa merupakan pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan
turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu
dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan. Oleh yang demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-
penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.

2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan

2.6 Menggalakkan murid-murid menjana idea spontan berdasarkan bahan
rangsangan.

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan
peringkat negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seterusnya,
pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan
pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAAN

45

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1
(Tahun 3 sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Penyertaan
terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di
Sekolah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan
Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan
menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan
berbilang kaum amat digalakkan.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah

4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan

rangsangan bergambar berdasarkan

Sukatan Pendidikan Bahasa Melayu Tahun

1 - 6 yang disediakan oleh PPD/JPN/KPM

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT SEKOLAH

5.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu diminta
mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara kelas dan
juga antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan
kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

5.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke pertandingan
di peringkat daerah.

5.2 PERINGKAT DAERAH

5.2.1 Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan
pertandingan ini pada peringkat daerah masing-masing.

5.2.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah.

5.2.3 Pertandingan pada peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat negeri.

5.2.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke
peringkat negeri.

5.3 PERINGKAT NEGERI

5.3.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab
mengelolakan pertandingan ini pada peringkat negeri masing-masing.

5.3.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan
diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri.

5.3.3 Pertandingan pada peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan
sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.

46

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

5.3.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.

5.4 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.4.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3
sahaja) dan Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK). Murid tersebut mestilah warganegara
Malaysia.

5.4.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing
dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah ke daerah,
daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.4.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:

5.4.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.4.3.2 cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.

5.4.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / Internet.

5.4.3.4 hasil karya sendiri.

5.4.4 Kualiti cerita

5.4.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran
dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-
isu politik, ras dan agama.

5.4.4.2 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema.

5.4.4.3 Untuk Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja
yang dibenarkan menyampaikan cerita haiwan.

5.4.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.

5.4.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.

5.4.7 Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.4.8 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi SEKADAR HIASAN
SAHAJA (tidak memberi sebarang markah).

5.4.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk

mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga

menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit

daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5.4.10 Unsur lakonan dan main peranan/watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik
dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah
pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.

47

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja setiap kali
pergerakan.

5.4.11 Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4.12 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2
baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola
sebelum atau semasa pendaftaran.

5.4.13 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:

5.4.13.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.4.13.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus
menerus;

5.4.13.3 dibantu oleh orang lain semasa peserta sedang bercerita;

5.4.13.4 Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem
juri.

5.4.13.5 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar
borang

penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/
Pengarah Pendidikan Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.4.15 Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau
tujuh (05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah
tiga atau lima (03 atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula,
sekurang-kurangnya tiga (03) orang hakim menghakimi
pertandingan.

5.4.16 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5.4.17 Sebarang pindaan tertakluk kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian
Pertama.

6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan cerita bahagian pertama .

(Peserta diberi masa selama satu (1) minit untuk persediaan dan tiga (3)
minit untuk persembahan)

6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas
bahan rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja
Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.

6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid
berkenaan akan ditayangkan.

48

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

6.6 Masa persediaan 1 minit bermula sebaik sahaja slaid ditayangkan.

6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persediaan 1 minit.

6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan
cerita spontan.

6.9 Loceng akan dibunyikan sekali menandakan bermulanya masa bercerita.

6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.

6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.

6.12 Prop,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1)
minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
sahaja setiap kali pergerakan.

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah

7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah

7.3 Penghayatan cerita 20 markah

7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah

7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah

7.6 Tempoh penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah

7.7 Kawalan suara 10 markah

Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah
8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah

Jumlah 100 markah

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

49

BENGKEL AKTIVITI SOKONGAN BAHASA SeKBATII, 2022
BY CG ELSA

50


Click to View FlipBook Version