ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA TARGET → ● Menyatakan biodata diri ● Menjelaskan pengertian keluarga asas dan keluarga kembangan ● Membandingkan peranan anggota keluarga ● Menghuraikan perkembangan diri mengikut garis masa 1. Kenali Diri Saya - nama penuh - nama ibu/bapa - tarikh/ tempat lahir 2. Panggilan Keluarga di Malaysia Panggila n Orang Melayu Orang Cina Orang Asli Semai Orang India Orang Kadazan dusun Orang Iban ibu emak ma ma amih amma ina indai bapa ayah ba ba apak appa apa apai abang abang ge ge tenik keral annan aka aka kakak kakak - tenik kerdol akka aka aka adik adik lelaki: di di perempu an: mei mei adi adi
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA 3. Keluarga Asas Saya Pengertian keluarga: Keluarga ialah satu bentuk hubungan sesama manusia melalui perkahwinan, pertalian darah dan pengambilan anak angkat di dalam satu kumpulan. bapa ibu abang kakak saya adik 4. Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga ● Menyambut kelahiran adik pada bulan April. ● Perjumpaan keluarga terbesar pada majlis perkahwinan sepupu. 5. Keistimewaan keluarga bahagia ● Mengukuhkan kasih sayang ● Mengeratkan kasih sayang ● Mendapatkan nasihat dan pertolongan ● Melahirkan generasi bijak pandai dan berbudi bahasa 6. Ketika makan - berdoa - tidak gelojoh - makan dengan sopan Ketika berbual - bercakap dengan sopan - tidak meninggikan suara Amalan Beradab Amalan Mulia Ketika bertemu - bertanya khabar - bersalam Ketika lalu di hadapan orang yang lebih tua - minta kebenaran - tunduk - berjalan dengan hormat
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA BAHAGIAN A 1. Tenik Kerdol merupakan panggilan untuk kakak bagi kaum apa? A. Kadazandusun C. Iban B. Orang Asli D. Cina 2. Yang manakah bukan ahli keluarga asas? A. ibu C. nenek B. ayah D. kakak 3. Apakah maksud salasilah? A. Asal usul seseorang B. Kaum seseorang C. Bangsa seseorang D. Agama seseorang 4. Apakah panggilan untuk bapa bagi kaum India? A. Annan C. Appa B. Aki D. Ba ba 5. Perkara berikut terdapat dalam sijil kelahiran kecuali A. nama C. nombor telefon B. tarikh lahir D. jantina 6. Mengapakah kita perlu memanggil anggota keluarga dengan panggilan yang sopan? A. Mengamalkan budaya selamat B. Membentuk jati diri C. Melambangkan identiti D. Menjalin kemesraan
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA 7. Keluarga dan rakan-rakan merupakan individu penting dalam kehidupan manusia. Apakah yang akan berlaku tanpa mereka di sisi? A. Berasa sunyi B. Ketakutan luar biasa C. Hidup bebas D. Pergerakan terbatas 8. Berikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak A. Memberikan kasih sayang B. Mengajar mencuri C. Mengajak bekerja bersama-sama D. Mendidik dengan kasar 9. Maklumat apakah yang tidak terdapat dalam sijil kelahiran? A. Berat badan B. Taraf penduduk C. Agama D. Nama ibu bapa 10. Berikut ialah ahli anggota keluarga kembangan kecuali A. Datuk C. Nenek B. Sepupu D. Kakak 11. Berikut merupakan perkara yang ada pada alamat lengkap, kecuali A. poskod C. nombor rumah B. nama jalan D. nombor telefon 12. Perkara berikut terdapat dalam sijil kelahiran, kecuali A. Nombor telefon B. Jantina C. Nama D. Tempat kelahiran
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA BAHAGIAN B Pilih jawapan yang sesuai: peristiwa Biodata kembangan garis bahagia Keluarga MyKid asas tanggungjawab mewujudkan 1. ___________ mempunyai peranan penting dalam menentukan masa depan diri, masyarakat dan negara. 2. ____________diri saya merujuk maklumat diri seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh dan tempat kelahiran. 3. Sijil kelahiran dan ______________ boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri untuk urusan rasmi. 4. Keluarga _____________ ialah keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. 5. Keluarga ______________ ialah sebuah keluarga yang terdiri daripada keluarga asas, datuk dan nenek. 6. Keharmonian dalam keluarga asas dan keluarga kembangan dapat melahirkan sebuah keluarga yang ____________. 7. Hubungan dalam keluarga bertambah erat jika setiap anggota keluarga menjalankan _______________ mereka dengan baik. 8. Kebahagiaan dan kesejahteraan sesebuah keluarga bergantung pada peranan setiap anggota keluarga agar dapat ________________ keluarga yang harmoni. 9. Perkembangan diri boleh digambarkan dalam bentuk ______________ masa. 10. Garis masa perlu dicatat untuk melihat perkembangan diri dan _______________ sejarah.
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA Berdasarkan pernyataan di bawah, nyatakan sama ada BETUL atau SALAH. PERNYATAAN SALAH/BETUL Keluarga asas terdiri daripada bapa, ibu dan datuk. Keluarga kembangan lebih besar daripada keluarga asas. Ibu bapa berperanan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak perlu mensia-siakan pengorbanan ibu bapa. Mykid dan kad ucapan boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri untuk urusan rasmi. Antara kegunaan sijil kelahiran adalah untuk urusan pendaftaran sekolah dan membuka akaun bank. Maksud biodata ialah maklumat tentang keluarga. Setiap orang akan menjalani persekolahan rendah sebelum ke sekolah menengah. Kad pengenalan diri sekolah tidak boleh dijadikan dokumen pengenalan diri. Anak-anak berperanan untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada keluarga.
ULANG KAJI SEJARAH TOPIKAL: UNIT 2 - SAYA DAN KELUARGA BAHAGIAN C 1 (i). Nyatakan dua peranan ibu bapa selain menyara keluarga dan memberikan kasih sayang. (2m) ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 1 (ii). Nyatakan tiga adab yang patut diamalkan dalam keluarga.(3m) ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 2 (i). Tulis dua kepentingan menghormati setiap ahli keluarga. (2m) ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ 2 (ii). Ceritakan perkembangan diri anda ketika pertama kali masuk ke sekolah. (3m) ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________