YOKAURI
STOBRUYKBAONOK
SETNITGLAEJA
Pengarang : Wong Shuet Yee (270222)
Kampung
Aman
Terdapat sesebuah kampung, Kampung Aman
terletak di Kedah. Sepasang anak kembar, Kai dan Leo
menetap di Kampung Aman dengan neneknya.
Kai Leo
Walaupun Kai dan Leo merupakan sepasang anak
berkembar, tetapi Kai dan Leo memiliki personaliti
yang berbeza. Kai ialah abang yang terlalu aktif dan
nakal, Kai juga sentiasa menimbulkan masalah,
manakala Leo merupakan seseorang yang pendiam
dan merupakan pengikut abangnya kerana
personalitinya yang pendiam.
Kai, jangan buat bising!
Ku nak lapor pada
cikgu!
maaf, Mei Mei, Kai Bang, minta
bukan sengaja, Kai
bukan sengaja maaf dan
senyap, nanti
cikgu marah
Mei Mei merupakan ketua kelas di kelas Kai dan Leo.
Disebabkan Kai sentiasa membuat bising dan berbuat
kecoh dalam kelas, oleh itu, Mei Mei sentiasa marah
dekat Kai oleh sebab terlalu mengganggu disiplin kelas.
Apabila kejadian ini berlaku, Leo sentiasa meminta
maaf daripada Mei Mei.
Tetapi....
Kai mengabaikan teguran Mei Mei dan nasihat Leo dan
tetap bersembang dengan rakan-rakannya.
Malah, Kai mengejek Mei Mei tentang kelihatannya
yang berperut kecil telah menyebabkan Mei Mei
melaporkan kepada Cik Amirah, guru kelas mereka.
Cikgu, saya nak
laporkan Kai,
sentiasa bising
dan mengejek
Mei Mei, kenapa
saya.
ni?
Baik Mei Mei,saya
akan uruskan.
Mari kita balik ke
kelas.
Apabila Cik Amirah dan Mei Mei sampai di kelas, Kai dan
rakan-rakannya telah senyap. Kelas bermula dengan
pendidikan moral.
Bertimbang
rasa
"Mai, hari ni kami akan belajar nilai-nilai murni
bertimbang rasa.", katanya Cik Amirah.
Dalam kelas ini, Cik Amirah mengajar murid-muridnya
tentang aplikasi nilai murni tersebut dalam kehidupan
harian. Antara contoh yang disebutkan, termasuklah
perlu bertimbang rasa terhadap wanita hamil.
Kai termenung dengan gambar wanita mengandung
yang Cik Amirah tunjuk dalam kelas. Kai tertanya-
tanya bahawa Mei Mei yang berperut kecil
mengandung ke tak.
Kai terganggu dengan persoalan ini dan akhirnya, Kai
kurang fokus dalam kelas.
Selepas pulang dari sekolah, Kai bertanya kepada
neneknya.
Nek, bila
Ya, Kai. Sudah tentu
mengandung,
jadi besar, Kai, perut
adakah perut
ibu mengandung akan
menjadi besar? jadi besar kerana itu
tempat yang bayi
dibesarkan.
Selepas mendengar jawapan nenek, Kai menenung.
dan tersalah faham bahawa Mei Mei yang berperut
kecil telah mengandung.
Kai memutuskan untuk bertimbang rasa terhadap Mei
Mei.
Keesokan harinya, Kai telah berubah sikapnya.
Terutamanya, Kai menghormati dan mencontohi
perbuatan orang lain terhadap seseorang wanita
mengandung terhadap Mei Mei. Dia juga tidak
bergaduh lagi dengan Mei Mei dan buat apa sahaja
yang disuruh atau diminta oleh Mei Mei.
Perubahannya yang secara tiba-tiba ini mengejutkan
orang lain termasuklah Leo pun berasa keliru.
Pada masa kelas Pendidikan Jasmani, Kai, Leo dan
kawan-kawan sedang menendang bola sepak di
padang.
Tiba-tiba, bola disepak ke arah Mei Mei secara tidak
sengaja, dan hal ini telah menyebabkan Mei Mei
terjatuh. Mei Mei menjerit sakit. Kai terkejut tetapi
bertindak balas dengan cepat iaitu berlari ke arah Mei
Mei.
Kai berlari sambil menjerit: "bayi, bayi!" telah menarik
perhatian semua kawan-kawan dan Leo yang
ternampak kejadian ini.
Leo tanya kepada abangnya, "bang, apa yang bang
cakap? Apa tu bayi? Kenapa bang sebut bayi terhadap
Mei Mei?"
Kai jawab tergesa-gesa: "yang nenek bagi tau, wanita
mengandung berperut kecil, Mei Mei berperut kecil,
jadi, Mei Mei mengandung bayi dalam perutnya."
"Kan Cik bagi tahu kami, kami perlu bertimbang rasa
dengan wanita hamil, sekarang kami perlulah hantar
Mei Mei ke hospital! Bayi berbahaya!"
Orang ramai terdengar dan seterusnya membawa Mei
Mei ke pejabat Cik Amirah untuk mendapatkan
bantuan.
Kai dan Leo melaporkan kejadian kepada Cik Amirah.
Cik Amirah telah menelefon nenek untuk datang ke
sekolah kerana Kai mencederakan Mei Mei.
Pada masa yang sama, Leo yang merisaukan abangnya
meminta maaf atas kesilapan abang, katanya : "Kai
bukan sengaja, maaf Mei Mei, maaf sangat-sangat."
Rumah Kai dan Leo sangat dekat dengan sekolah, jadi,
nenek sampai di sekolah dengan cepat.
Nenek jumpa dengan Cik Amirah apabila sampai di
sekolah, manakala Kai sedang menyesal bahawa dia
mencederakan Mei Mei dan bayinya serta Leo
berterusan meminta maaf dan meminta ampun
daripada Mei Mei.
Kejadian ini boleh dikatakan merupakan kali pertama
yang Kai meminta maaf secara ikhlas kerana Kai
memang menyesal dan merisau bahawa kecuaiannya
mencederakan bayi Mei Mei dan Mei Mei.
Itu bukan bayi! Cuma
makan banyak!
Saya tak ada Tapi, perut kau...
mengandung! Takda
bayi, TAK ADA!
Maaf Mei Mei, Kai bukan Saya bukan sengaja nak
sengaja. Kai memang cederakan kau dengan
bukan sengaja. bayi kau, memang maaf.
Akhirnya, perselisihan faham antara Kai dengan Mei
Mei diselesaikan.
Cik Amirah menerangkan tujuan pengajaran nilai
murni bertimbang rasa pada hari itu.
Yang cikgu nak beritahu ialah kalian perlulah
bertimbang rasa antara satu sama lain.
Contoh yang diberi adalah salah satu
contoh sahaja yang boleh memberi contoh.
Cikgu berasa gembira sebab Kai boleh
bertimbang rasa, cuma Kai selepas ini
perlulah cermat, jangan mengelirukan
sendiri dan mengelakkan sebarang salah
faham seperti yang berlaku hari ini
Kai sedar bahawa kesilapan yang kelakar ni dan
meminta maaf secara ikhlas.
Minta maaf Mei Mei, ini
semua kesilapan saya.
Maaf, saya bukan sengaja.
Saya janji takkan ulang lagi.
Akhirnya, nasib baik tendangan Kai tidak
menyebabkan Mei Mei tercedera teruk dan tiada apa-
apa akibat yang tidak diingini. Oleh itu, Kai cuma diberi
amaran supaya berhati-hati apabila melakukan
sebarang aktiviti, dan nenek membawa Kai dan Leo
balik rumah.
TAMAT