BULETIN T R A F I K SIRI 1 | JANUARI 17, 2022 DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN KE-EMPAT SBLM1023 (F) PENGANTAR PENULISAN PERJALANAN PULANG KE KAMPUS BERAKHIR TRAGEDI SIKAP MEMANDU DALAM KAMPUS - PENGGUNAANTELEFONBIMBIT SEMASA MEMANDU SIAPAKAHYANG BERSALAHJIKA MOTOSIKAL BERLANGGAR DENGAN KERETA? KERETA TERBABAS KE DALAM LONGKANG SELEPAS BULATAN UUM PENUNGGANG MOTOSIKAL TERCEDERA AKIBAT KEMALANGAN DEPAN UUM
Salam sejahtera. Saya amat bersyukur bahawa diberi peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam bulletin ini. Beribuan terima kasih kepada pihak yang memberi kerjasama bagi menyiapkan bulletin ini. Selepas pandemik Covid 19 yang menyebabkan kita, pelajar UUM terpaksa belajar di rumah masing-masing. Dan sem ini, kita diberi peluang untuk pulang ke kampus secara beramai-ramai dan kawasan kampus telah dimeriahkan seperti sebelum pandemik. Berikutan dengan semua pelajar UUM pulang ke kampus, kampus dipenuhi dengan kenderaan di jalan raya. Kebelakangan ini, terdapat banyak isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya dibangkit dan menarik perhatian para warga UUM. Contohnya, lari selepas terlanggar, berhentikan kenderaan tersayang di tempat yang salah dan sebagainya. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan bersyukur untuk menerbitkan bulletin ini untuk melaporkan kejadian di jalan raya, berharapkan agar bulletin ini dapat memberi sedikit info kepada pihak berkepentingan. Di samping itu, kami juga memberi sedikit pemanduan atau nasihat kepada para pengguna jalan raya. Bulletin buat kali ini mengandungi berita-berita tentang kemalangan atau kejadian jalan raya yang pernah berlaku di kawasan UUM atau melibatkan warga UUM kebelakangan ini, selain itu juga memberikan panduan atau pengetahuan kepada pengguna jalan raya seperti sikap pemandu sekarang di kampus dan penegtahuan jika anda terlibat dalam kemalangan. Harap buah hati kami dapat menyumbang kepada keadaan trafik UUM yang lebih selamat. Sekian, terima kasih. TINTA EDITOR Oleh:WongShuetYee(270222)
Perjalanan pulang lima orang pelajar Universiti Utara Malaysia ke kampus Sintok UUM berakhir dengan tragedi apabila dua orang daripada lima orang tersebut maut akibat pelanggaran kereta tersebut terhadap pokok berhampiran tangki air UUM. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu, dua orang mangsa iaitu Chua Wen Chun yang berumur 21 dan Sik Wei Nei yang berumur 23 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Kedua-dua orang mangsa merupakan pelajar UUM yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi telah berakhir kehidupan mereka dengan sebuah kemalangan yang serius. Ini telah memberi peringatan atau amaran kepada pelajar-pelajar UUM yang membawa kenderaan sendiri ke kampus Sintok UUM supaya sentiasa berhati-hati apabila membawa kereta atau menunggang motosikal. Pihak unit keselamatan UUM telah mengambil tindakan yang teras terhadap tragedi ini. Pihak UUM telah mengeluarkan peraturan yang baru iaitu menghadkan masa keluar dan masuk ke kampus UUM dari pukul 6 pagi hingga pukul 12 malam. Peraturan tersebut dikeluarkan adalah untuk menghadkan pelajar UUM yang suka keluar dan balik pada waktu malam larut kerana memandu pada waktu malam larut adalah sangat bahaya. Pelajar seharusnya berehat pada malam, bukan keluar untuk melepak di luar kawasan sekolah. Memandu pada waktu malam larut akan mengakibatkan pelajar tidak mempunyai semangat untuk fokus memandu dan kemungkinan mereka akan tertidur semasa memandu dan berlakunya kemalangan. Kes yang dinyatakan di atas adalah salah satu pengajaran terhadap pelajar dan pihak UUM supaya tidak memandu pada waktu larut malam dan sentiasa berhati-hati semasa memandu. PERJALANAN PULANGKEKAMPUS BERAKHIRTRAGEDI Kereta Proton Saga yang dinaiki oleh lima pelajar tersebut remuk teruk akibat kemalangan. (FOTO Ihsan Bomba) Disediakan oleh: Tan Yong Zhi (271538)
Gambar Hiasan SIKAP MEMANDUDALAM KAMPUSPENGGUNAANTELEFONBIMBITSEMASA MEMANDU Keselamatan jalan raya dan lebuh raya Malaysia sentiasa menjadi perhatian kerajaan dan jabatan berkaitan. Pemanduan yang selamat harus berlaku di mana-mana. Hal ini benar terutamanya di kampus kolej dan universiti. Pelajar kolej dan universiti tahu peraturan lalu lintas, tetapi sebilangan pelajar nampaknya tidak menyedari had laju yang dikenakan di kampus. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu telah menjadi perkara biasa hari ini, dan hal ini boleh membawa kepada risiko kemalangan yang ketara. Pemanduan adalah satu proses yang kompleks melibatkan koordinasi mata, tangan dan kaki. Pelajar mempunyai kehidupan yang mencabar yang memerlukan mereka berbilang tugas dan menggunakan telefon mereka semasa memandu kerana jadual mereka yang padat. Ringkasnya, mengikut peraturan dan peraturan lalu lintas, lebuh raya, jalan dan lorong harus menjadi tingkah laku dan sikap yang paling ideal untuk semua pemandu. Di samping itu, tingkah laku pemanduan pelajar yang terganggu jelas merupakan punca utama kemalangan jalan raya, dan penggunaan telefon bimbit adalah faktor utama. Memiliki telefon bimbit sudah menjadi perkara yang wajib dimiliki oleh remaja masa kini. Gambar Hiasan Disediakan oleh: NOR ATHIRAH HUSNA BINTI HARUN (273621)
Sesebuah kereta telah terbabas ke dalam longkang selepas melepas suatu bulatan dalam kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok pagi Selasa (3 Januari 2023). Ketua Unit Keselamatan UUM berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian ini slepas berlaku. Pemandu merupakan seseorang mahasiswi di UUM dan mengambil 4 orang penumpang. “Pemandu dipercayai terhilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang tepi jalan akibat kecuaian pemandu disebabkan menggunakan telefon bimbit, ” kata Ketua Unit Keselamatan UUM ketika dihubungi. Bagaimanapun, beliau berkata kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain serta tidak menyebabkan kerosakan harta awam manakala tiada kecederaan terhadap penumpang dan pemandu. Beliau berkata tempat kejadian merupakan laluan yang sempit dan berharap agar mahasiswa serta mahasiswi supaya berhati-hati semasa membawa kenderaan di mana-mana pun. KERETATERBABASKEDALAM LONGKANGSELEPASBULATANUUM Pihak Unit Keselamatan UUM berbincang dengan pemilik kereta. (Foto dipetik dalam kumpulan WhatsApp Roadblock UUM) Pihak Unit Keselamatan UUM menyiasat keadaan kereta supaya mengeluarkan kereta. (Foto dibekalkan oleh pemilik kereta) Disediakan oleh: Nor Amelia Deeana Binti Norsham (272294) Pusat Servis Kereta CS Auto Electrical And Aircond Service No 60B, Jalan Kodiang, Pekan Baru Changlun (012 - 477 3875) Servis ditawarkan: Wiring Kereta, Servis Kenderaan, Servis Aircond, Jualan bahagian kereta dan lain-lain
Gambar Hiasan SIAPAKAH YANGSALAHJIKA MOTOSIKAL BERLANGGARDENGANKERETA? Siapa yang betul dan siapa yang salah apabila motosikal dan kereta mengalami kemalangan? Apabila kita memandu di jalan raya, kita sentiasa menghadapi risiko kemalangan. Biasanya apabila motosikal berlanggar dengan kereta dan kemalangan berlaku, orang secara subjektif menganggap motosikal lebih bertanggungjawab. Sebagai contoh, setiap kali berlaku kemalangan dengan motosikal, seseorang akan berkata mengapa mereka menunggang terlalu laju dan sebagainya. Tetapi yang lain berpendapat ia adalah kesalahan pemandu kereta kerana kereta lebih besar daripada motosikal. Walau bagaimanapun, alasan ini selalunya tidak benar. Siapa yang betul dan siapa yang salah bergantung terutamanya kepada keadaan. Contohnya, apabila motosikal itu bergerak ke hadapan, pemandu kereta di sebelah kanan tiba-tiba membelok ke kiri. Keadaan ini adalah kesalahan pemandu kereta. Namun, jika pemandu kereta bergerak ke hadapan, kereta di hadapan berhenti dan pemandu kereta juga memberhentikan kereta secara perlahan, dan motosikal berlanggar dengan kereta dari belakang, keadaan ini adalah kesalahan motosikal. Disediakan oleh: CHAI PUI KUAN(270168) Apakah yang perlu anda lakukan apabila anda mengalami kemalangan? Jadi apa yang perlu anda lakukan jika kemalangan ini berlaku malangnya? 1. Lakukan penilaian segera tentang kerosakan pada kenderaan anda. Hubungi syarikat insurans anda dengan segera jika kenderaan anda mengalami kerosakan serius yang memerlukan perkhidmatan tunda. 2. Ambil gambar kenderaan anda, kenderaan lain yang terlibat dan rekod maklumat, termasuk nombor plat dan cukai jalan. 3. Dapatkan maklumat peribadi penunggang motosikal termasuk nama penuh, nombor telefon, dan jika boleh, nombor kad pengenalan.
Gambar Hiasan Gambar Hiasan SIAPAKAH YANGSALAHJIKA MOTOSIKAL BERLANGGARDENGANKERETA? Disediakan oleh: CHAI PUI KUAN(270168) 4. Bawa kenderaan anda ke balai polis berhampiran dan buat laporan dalam masa 24 jam. 5. Bawa kenderaan anda ke bengkel panel insurans anda. 6. Sediakan dan serahkan dokumen berkaitan kepada bengkel panel insurans untuk pemprosesan tuntutan. Dokumen yang diperlukan termasuk: a. Laporan polis (salinan asal) b. Polisi insurans c. Kad pengenalan pemandu & pemegang polisi (salinan) d. Lesen memandu pemandu & pemegang polisi (salinan) 7. Setelah semuanya selesai, bengkel akan mengambil alih proses tuntutan insurans dan pembaikan kenderaan. SEBAGAI PERINGATAN, MEMANDU DENGAN BERHATI-HATI, TERMASUK MENJAGA JARAK PEMANDUAN YANG SELAMAT. Setiap pengguna jalan raya mempunyai hak sebagai pengguna. Walaupun andamemandu kereta atau menunggang motorsikal, anda tidak secara automatik bersalah jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya. Jangan takut untuk mengambil tindakan undang-undang, terutamanya jika anda percaya anda tidak bersalah. Bercakap dengan pihak yang bersalah secara mesra dan minta bantuan guaman daripada syarikat insurans anda.
Keadaan kereta Tan selepas kemalangan tersebut. (Foto dibekalkan oleh pemilik kereta, Tan Zhi An) Pihak Kecemasan Klinik Kesihatan sedang memberi rawatan kepada penunggang motosikal (Foto dibekalkan oleh pemilik kereta, Tan Zhi An) Berdekatan tangki air universiti UUM pernah meragut nyawa dua orang pelajar Univeriti Utara Malaysia (UUM). Kemalangan terjadi sekali lagi di zon kemalangan depan UUM pada 25 Disember 2022. Malam Kristmas yang lalu, seseorang penunggang motosikal cederakan kepala dan kakinya akibat terlanggar sesebuah kereta pada zon kemalangan tersebut. Menurut Tan Zhi An, pemilik kereta, seseorang pelajar Sem 5 di UUM, dia dan kawan-kawannya baru habis makan malam di Alor Setar dan pulang ke UUM. Dan berhampiri tempat kemalangan, seseorang penduduk yang menunggang motosikal terlanggar dengan keretanya. PENUNGGANG MOTOSIKAL TERCEDARA AKIBATKEMALANGANDI ZON KEMALANGANDEPANUUM Disediakan oleh: Wong Shuet Yee (270222) Ketua Polis Daerah Kubang Pasu berkata, menurut rakaman camera kereta terlibat, jelas melihat apabila kereta dibawa dari arah Changlun menghala ke UUM dan berhampiran dengan tempat kemalangan, penunggang motosikal potong lorong secara tiba-tiba tanpa beri signal, selepasnya kedua-dua berlanggar. “Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan pada kepalanya dan kakinya, penunggang motosikal telah dihantar ke hospital Changlun untuk rawatan lanjut. Manakala kereta terlibat telah dihantar ke balai polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan lanjut, ” katanya.
PANTUN KESELAMATAN JALAN RAYA Mekar indah si bunga raya, Merah keramat cantik tersemat, Berhati-hati di jalan raya, Pandu cermat jiwa selamat. Burung berkicau di sawah padi, Kicaunya indah di pagi hari, Pandu hemah bentuk peribadi, Nyawa selamat malang dihindari. Jalan-jalan ke pasar raya, Hendak memberli buah rambutan, Berhati-hati di jalan raya, Jangan lupa jaga keselamatan. Cucur badak buah Melaka, Buat hidangan kaum kerabat, Tiada guna berlumba-lumba, Biar lambat asal selamat. Lemak manis bubur keladi, Bubur nasi dalam belanga, Nahas jalan raya satu tragedi, Sikap cuai sebab utama.
TUNGGANG DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG CAUTION