The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cabaran Dalam Talian : Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pkkshahjpnp, 2021-07-17 05:49:47

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

Cabaran Dalam Talian : Program Pendidikan Luar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2021

TERMA DAN SYARAT



PERTANDINGAN




CABARAN DALAM TALIAN



PROGRAM PENDIDIKAN LUAR


SEKOLAH MENENGAH



DAN SEKOLAH RENDAH



TAHUN 2021






PERINGKAT NEGERI

PAHANG

26 JULAI – 20 OGOS 2021



ANJURAN :

PUSAT KOKURIKULUM
SULTAN HAJI AHMAD SHAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG


0 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah
Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

1 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL


Poster Digital bermaksud poster berbentuk lukisan yang dihasilkan secara digital atau
elektronik menggunakan perisian atau aplikasi dari komputer riba, telefon bimbit, tablet dan
pelbagai lagi. Pertandingan Poster Digital ini merupakan inisiatif Pusat Kokurikulum Sultan Haji
Ahmad Shah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang sentiasa berusaha dalam melaksanakan
program bagi meneruskan aktiviti pendidikan luar walaupun secara dalam talian. Pertandingan
ini adalah terbuka kepada semua murid berdasarkan kepada kategori pertandingan yang
ditetapkan.



1 KATEGORI PERTANDINGAN DAN KOD QR PENDAFTARAN


QR CODE : Poster Digital
SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH
GO GREEN





- Tahun 4, 5 & 6







2 KAEDAH PROGRAM

2.1 Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Google Form yang
disediakan.
2.2 Maklumat peserta mestilah lengkap seperti nama penuh, jantina, bangsa, nama
kelas, nama sekolah, nombor kad pengenalan.
2.3 Peserta bebas menggunakan apa-apa perisian bagi menghasilkan poster digital
contohnya seperti Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, Paint 3D, Canva
dan lain-lain yang bersesuaian.
2.4 Penghantaran poster digital hendaklah dalam format jpeg atau png.
2.5 Saiz poster adalah berukuran A4, minima saiz fail ialah 2 megabyte (2mb) dan
maksimum 1 gigabyte (1gb)
2.6 Karya terbaik (mengikut kategori) akan dihantar terus kepada penganjur untuk
dibuat saringan mewakili daerah masing-masing.
2.7 Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan.



2 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Setiap penyertaan perlu disertakan nama penuh, jantina, bangsa, nama kelas,
nama sekolah dan nombor Mykad / Mykid pada borang penyertaan
3.2 Peserta perlu ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ laman rasmi Facebook Pusat Kokurikulum
Shah Pahang (@PKKSHAH) sebagai syarat sah pertandingan.
3.3 Tema : Sayangi Alam Semulajadi
3.4 Peserta dikehendaki menghasilkan sebuah Poster Digital dengan bertemakan
Sayangi Alam Semulajadi dari salah satu yang berikut :
a. Infografik = "informasi" (maklumat) dan "grafik" ialah gambaran visual grafik
maklumat, data, atau pengetahuan.
b. Ilustrasi / lukisan - Digital
3.5 Penggunaan sepenuhnya perisian atau aplikasi elektronik bagi poster digital.
3.6 Peserta boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang difikirkan terbaik untuk
penghasilan karya paling kreatif.
3.7 Isi kandungan poster mestilah tidak ada unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, politik dan agama.
3.8 Semua peralatan yang digunakan dalam poster digital ini adalah di bawah
tanggungjawab masing-masing.


4 PENGHAKIMAN

4.1 Kriteria Pemarkahan Pertandingan Poster Digital.


KRITERIA KETERANGAN MARKAH


Ketepatan Karya yang bersesuaian dengan tema 30%
Tema
Infografik atau lukisan yang bertepatan dan jelas
Kandungan 20%
dengan tema yang dipilih.
Keupayaan mereka cipta poster digital yang
Kreativiti Karya menarik dengan menggunakan perisian 30%
& Kualiti Grafik
pilihan.
Keaslian Idea Poster Digital adalah hasil ciptaan sendiri 20%

Jumlah Markah 100%







3 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

4 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

5 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

PERTANDINGAN ROPE MASTER CHALLENGE


Rope Master Challenge ialah ujian kepantasan murid dalam membuat ikatan dan simpulan
dengan betul dan kemas. Pertandingan Rope Master Challenge ini merupakan inisiatif Pusat
Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang sentiasa
berusaha dalam melaksanakan program bagi meneruskan aktiviti pendidikan luar walaupun
secara dalam talian. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid berdasarkan kepada
kategori pertandingan yang ditetapkan.

5 KATEGORI PERTANDINGAN DAN KOD QR PENDAFTARAN

KOD QR: KOD QR:
SEKOLAH PERTANDINGAN SEKOLAH PERTANDINGAN
MENENGAH VIDEO TIKTOK RENDAH VIDEO TIKTOK
IKATAN & SIMPULAN IKATAN & SIMPULAN

Menengah Rendah
(Tingkatan 1, 2 dan 3)
Tahun 4, 5 & 6
Menengah Atas
(Tingkatan 4 dan 5)



6 KAEDAH PROGRAM

6.1 Peserta perlu menghantar pautan (link) video TikTok berkenaan beserta butiran
lengkap melalui imbasan kod QR atau link Google Form yang disediakan.
6.2 Maklumat peserta mestilah lengkap seperti nama penuh, jantina, bangsa, nama
kelas, nama sekolah, nombor kad pengenalan.
6.3 Peserta WAJIB menggunakan aplikasi TikTok.
6.4 Peserta perlu memuat naik SATU (1) video bertemakan Ikatan dan Simpulan yang
telah siap disunting ke akaun TikTok sendiri. Sila sertakan tanda pagar (#)
#ropemasterchallenge #cabaranonlinepkkc21.
6.5 Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dengan kebenaran serta di bawah pengawasan
ibu, bapa, penjaga atau guru.
6.6 Karya terbaik (mengikut kategori) akan dihantar terus kepada penganjur untuk dibuat
saringan mewakili daerah masing-masing.
6.7 Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan.




6 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

7 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1 Setiap penyertaan perlu disertakan nama penuh, jantina, bangsa, nama kelas,
nama sekolah dan nombor Mykad / Mykid pada borang Google Form.
7.2 Peserta perlu ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ laman rasmi Facebook Pusat Kokurikulum Shah
Pahang (@PKKSHAH) sebagai syarat sah pertandingan.
7.3 Tema : Ikatan dan Simpulan
7.4 Penggunaan sepenuhnya aplikasi TikTok SAHAJA.
7.5 Akaun TikTok peserta hendaklah ditetapkan ‘public’ dan bukan ‘private’.
7.6 Video yang dihasilkan mestilah berdurasi 1 minit SAHAJA.
7.7 Peserta hanya boleh menggunakan maksima dua tali sahaja. Tali perlulah
bersesuaian, berdiameter besar dan jelas untuk dilihat. Penggunaan kayu sebagai alat
sokongan ikatan atau simpulan adalah dibenarkan.
7.8 TIADA HAD bilangan dan jenis ikatan. Walaubagaimanapun hanya terbatas jenis
ikatan yang dipelajari di sekolah sahaja dan mengikut kategori menengah dan rendah.
7.9 Semua peserta bebas untuk menggunakan peralatan rakaman yang bersesuaian.
7.10 Elemen lakonan, animasi, audio, paparan imej dan perkataan atau unsur-unsur lain
berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
7.11 Rakaman video hendaklah dibuat dengan jelas. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungajwab terhadap kualiti video dan audio yang boleh menjejaskan penilaian
para hakim.
7.12 Isi kandungan video mestilah tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh
sensitiviti perkauman, politik dan agama.

8 PENGHAKIMAN

8.1 Kriteria Pemarkahan Pertandingan Rope Master Challenge.




KRITERIA KETERANGAN MARKAH

Kekemasan Kekemasan ikatan dan simpulan 30%


Jumlah Ikatan dan simpulan 30%

Kualiti 20%
Penerangan dan gaya yang jelas
Persembahan
Kreativiti Suntingan video 20%

Jumlah Markah 100%







7 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

8 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

PERTANDINGAN SURVIVAL CHEF CHALLENGE

Survival Chef Challenge yang berkonsepkan MASAKAN RIMBA (Backwoodsman)
membawa maksud kaedah memasak tanpa perkakasan dapur moden seperti periuk dan
dapur gas. Sebagai ganti, peserta boleh menggunakan buluh, batu, daun, kulit buah-buahan
tertentu, tanah liat dan sebagainya. Pertandingan Survival Chef Challenge ini merupakan
inisiatif Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang
sentiasa berusaha dalam melaksanakan program bagi meneruskan aktiviti pendidikan luar
walaupun secara dalam talian. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid
berdasarkan kepada kategori pertandingan yang ditetapkan.

9 KATEGORI PERTANDINGAN DAN KOD QR PENDAFTARAN

KOD QR:
SEKOLAH MENENGAH PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK SEKOLAH RENDAH
SURVIVAL CHEF CHALLENGE

Menengah Rendah
(Tingkatan 1, 2 dan 3)
-
Menengah Atas
(Tingkatan 4 dan 5)


10 KAEDAH PROGRAM

10.1 Peserta perlu menghantar pautan (link) video TikTok berkenaan beserta butiran
lengkap melalui imbasan kod QR atau link Google Form yang disediakan.
10.2 Peserta WAJIB menggunakan aplikasi TikTok.
10.3 Peserta perlu memuat naik SATU (1) video bertemakan MASAKAN RIMBA yang
telah siap disunting ke akaun TikTok sendiri. Sila sertakan tanda pagar (#)
#survivorchefchallenge #cabaranonlinepkkc21
10.4 Peserta bebas memasak apa-apa menu MASAKAN RIMBA serta menggunakan
sebarang kaedah memasak masakan rimba seperti contoh :
 Membakar / memanggang / menyalai / merebus
 Memasak di dalam buluh / ubi kentang / labu / kelapa
 Menggunakan batu / daun / tanah liat
10.5 Peserta perlu memilih lokasi memasak yang sesuai dan selamat (persekitaran
kediaman sendiri) di bawah seliaan penjaga tanpa mengabaikan SOP PKP yang
telah ditetapkan MKN.
10.6 Penggunaan bahan api atau alatan yang tajam adalah dengan kebenaran serta
di bawah pengawasan ibu, bapa, penjaga atau guru.
10.7 Karya terbaik (mengikut kategori) akan dihantar terus kepada penganjur untuk
dibuat saringan mewakili daerah masing-masing.


9 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

11 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


11.1 Setiap penyertaan perlu disertakan nama penuh, jantina, bangsa, nama kelas,
nama sekolah dan nombor Mykad / Mykid pada borang Google Form.

11.2 Peserta perlu ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ laman rasmi Facebook Pusat Kokurikulum
Shah Pahang (@PKKSHAH) sebagai syarat sah pertandingan.
11.3 Tema : Masakan Rimba
11.4 Penggunaan sepenuhnya aplikasi TikTok SAHAJA.

11.5 Akaun TikTok peserta hendaklah ditetapkan ‘public’ dan bukan ‘private’.
11.6 Video yang dihasilkan mestilah berdurasi 1 minit SAHAJA.

11.7 Peserta DILARANG menggunakan peralatan dapur seperti PERIUK dan DAPUR
GAS sepanjang tempoh penyediaan menu tersebut.
11.8 Semua peserta bebas untuk menggunakan peralatan rakaman yang bersesuaian.
11.9 Elemen lakonan, animasi, audio, paparan imej dan perkataan atau unsur-unsur lain
berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.

11.10 Rakaman video hendaklah dibuat dengan jelas. Pihak penganjur tidak akan
bertanggungajwab terhadap kualiti video dan audio yang boleh menjejaskan
penilaian para hakim.
11.11 Isi kandungan video mestilah tidak ada unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, politik dan agama.

11.12 Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan.

12 PENGHAKIMAN

12.1 Kriteria Pemarkahan Pertandingan Survival Chef Challenge



KRITERIA KETERANGAN MARKAH

Keaslian Menu masakan rimba 30%
Proses penyediaan makanan
Kebersihan 30%

Gaya Hiasan makanan 20%
Persembahan

Kreativiti Suntingan video 20%
Jumlah Markah 100%




10 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

11 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

12 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

PERTANDINGAN BUKU SKRAP DIGITAL


Buku Skrap Digital bermaksud buku yang dihasilkan secara digital atau elektronik
menggunakan perisian atau aplikasi dari komputer riba, telefon bimbit, tablet dan pelbagai lagi.
Pertandingan Buku Skrap Digital ini merupakan inisiatif Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad
Shah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang sentiasa berusaha dalam melaksanakan
program bagi meneruskan aktiviti pendidikan luar walaupun secara dalam talian. Pertandingan
ini adalah terbuka kepada semua murid berdasarkan kepada kategori pertandingan yang
ditetapkan.



13 KATEGORI PERTANDINGAN DAN KOD QR PENDAFTARAN


KOD QR:
SEKOLAH KOD QR: SEKOLAH Buku Skrap Digital
Buku Skrap Digital
MENENGAH IKATAN & SIMPULAN RENDAH SPESIS TUMBUHAN
HERBA

Menengah Rendah
(Tingkatan 1, 2 dan 3)
Tahun 4, 5 & 6
Menengah Atas
(Tingkatan 4 dan 5)




14 KAEDAH PROGRAM


14.1 Setiap peserta perlu mengisi maklumat dan mendaftar di Google Form
melalui imbasan kod QR yang disediakan.
14.2 Maklumat peserta mestilah lengkap seperti nama penuh, jantina, bangsa, nama
kelas, nama sekolah, nombor kad pengenalan.
14.3 Peserta bebas menggunakan apa-apa perisian bagi menghasilkan buku skrap
digital contohnya seperti Microsoft Powerpoint, Microsoft Publisher, Paint 3D,
Canva dan lain-lain yang bersesuaian.
14.4 Peserta perlu menghantar Poster Digital berkenaan dalam (format PDF) beserta
butiran lengkap melalui imbasan kod QR atau link Google Form yang disediakan.
14.5 Karya terbaik (mengikut kategori) akan dihantar terus kepada penganjur untuk
dibuat saringan mewakili daerah masing-masing.
14.6 Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak
mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

13 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah

15 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

15.1 Setiap penyertaan perlu disertakan nama penuh, jantina, bangsa, nama kelas,
nama sekolah dan nombor Mykad / Mykid pada borang Google Form.
15.2 Peserta perlu ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ laman rasmi Facebook Pusat Kokurikulum
Shah Pahang (@PKKSHAH) sebagai syarat sah pertandingan.
15.3 Penggunaan sepenuhnya perisian atau aplikasi elektronik bagi buku skrap digital.
15.4 Tema : Spesis Tumbuhan Herba (SR) dan Ikatan & Simpulan (SM).
15.5 Karya yang dihasilkan mestilah mengandungi TIGA (3) bahagian yang berikut
a. Sekolah Rendah:
o Biodata (Nama, Umur, Sekolah, Daerah dll)
o Spesis Tumbuhan Herba (Nama pokok, jenis, kebaikan dll)
o Penutup (Kredit dll)
b. Sekolah Menengah:
o Biodata (Nama, Umur, Sekolah, Daerah dll)
o Ikatan & Simpulan (Nama, Cara Ikat, Fungsi Ikatan dll)
o Penutup (Kredit dll)
15.6 Bilangan muka surat :-

a. Tahun 4, 5 dan 6 (minimum 5 dan maksimum 7)
b. Tingkatan 1 hingga 5 (minimum 7 dan maksimum 10)
15.7 Semua peralatan yang digunakan dalam buku skrap digital ini adalah di bawah
tanggungjawab masing-masing.

15.8 Isi kandungan buku skrap mestilah tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.


16 PENGHAKIMAN

16.1 Kriteria Pemarkahan Pertandingan Buku Skrap Digital.

KRITERIA KETERANGAN MARKAH


Tema Karya yang bersesuaian dengan tema 20%
Ulasan/penerangan yang bertepatan dan jelas
Kandungan 30%
dengan tema yang dipilih.
Keupayaan mereka cipta buku skrap digital
Kreativiti yang menarik dengan menggunakan perisian 30%
pilihan.

Keaslian Buku skrap digital adalah hasil ciptaan sendiri 20%
Jumlah Markah 100%




14 Hak Milik Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah


Click to View FlipBook Version