The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ifah0579, 2024-05-09 01:10:38

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 6

Psikometrik Tahun 6

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK TALANG SEKOLAH KEBANGSAAN TALANG JALAN SULTAN NAZRIN SHAH 33000 KUALA KANGSAR


PENGENALAN Instrumen yang dibangunkan untuk mengenalpasti kecerdasan murid Tahun 6 adalah berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gartder dan Smith ( 2002 ) dapat disimpulkan bahawa kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Faktor yang membantu manusia menyelesaikan masalah ialah kebolehan dan keupayaan untuk mmbuat penaakulan, pemahaman dan penilaian terhadap sesuatu situasi dan keadaan yang dihadapi. Setiap murid mempunyai kecerdasan berbeza. Setiap kecerdasan itu perlu dinilai dan diadili secara sama rata. Kecerdasan murid-murid dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan aktiviti yang menyeronokkan.


APTITUD KHUSUS INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI ( IKeP Tahun 6 ) Format : Bilangan item : 90 soalan ( Bahagian A ) – format dwi pilihan respon YA atau TIDAK 30 soalan ( Bahagian B ) – aneka pilihan yang mempunyai empat pilihan jawapan. Bahagian B – menguji Kemahiran Menaakul dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Masa : 1 jam 30 minit


APTITUD KHUSUS INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI ( IKeP Tahun 6 ) 9 Konstruk i) Verbal Linguistik vi ) Logik Matematik ii ) Intrapersonal vii ) Interpersonal iii ) Visual Ruang viii ) Naturalis Iv ) Kinestatik ix ) Muzik v) Eksistensial


APA ITU KECERDASAN PELBAGAI Merupakan satu potensi yang ada dalam diri individu. Setiap individu mempunyai kecerdasan yang tersendiri dan unik. Kecerdasan adalah keupayaan manusia menggunakan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya untuk menyelesaikan masalah. Kebolehan membuat pemahaman dan penaakulan yang baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran yang dihadapi ( Albert Binet – 1905 ) Setiap individu mempunyai semua kecerdasan tetapi berbeza kekuatan, kemahiran dan tahap/had ( Howard Gardner – 1983 )


1. KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK Mempunyai Kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami perkataan. Murid cenderung belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil nota, berbincang dan berdebat. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Contoh kerjaya yang sesuai – pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, peyair, penulis skrip dan novelis.


2. KECERDASAN VISUAL RUANG Individu yang suka melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model kepada dunia fizikal. Berkebolehan membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Murid mahir menyelesaikan puzzle dan bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Contoh pekerjaan – arkitek, jurugambar, pengukir arca, pereka dalaman, kartunis, perancang bandar, pelukis


3. KECERDASAN LOGIK MATEMATIK Individu yang berupaya menganalisis masalah secara logik, menjalankan operasi matematik dengan mudah Dominan di bahagian otak kiri. Mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalis dan menggunakan computer dengan cekap. Murid memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Contoh pekerjaan – saintis, pakar statistik, ahli ekonomi, juruaudit, akauntan


4. KECERDASAN MUZIK Berkemahiran dalam persembahan, kompos lagu, penghayatan corak muzik, membezakan bunyi,muzik serta irama. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Contoh kerjaya – pencipta lagu, composer dan ahli muzik.


5. KECERDASAN KINESTATIK Berpotensi menggunakan seluruh tubuh atau bahagian badan ( tangan dan mulut ) untuk selesaikan masalah atau membuat sesuatu. Berkemampuan menggunakan tubuh untuk membuat produk,melakukan sesuatu yang memerlukan kemahiran Cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan pergerakan otot seperti sukan dan tarian. Contoh kerjaya – atlet, jurutera, mekanik


6. KECERDASAN NATURALIS Berupaya untuk mengenalpasti dan membezakan antara pelbagai jenis tumbuhan, haiwan dan formasi cuaca yang terdapat di dunia semula jadi. Seseorang yang mencintai alam yang dapat mengenali dan mengklafikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Gemar meluangkan masa di luar, mendengar bunyi-bunyian, sensitif dengan alam sekitar. Contoh kerjaya – ahli biologi, zoologi, ahli botani, ahli geologi, doctor haiwan, nelayan, pendaki, renjer hutan, tukang kebun, veterinary.


7. KECERDASAN INTERPERSONAL Berkeupayaan untuk memahami niat, motivasi dan keinginan orang lain dan memiliki keupayaan untuk mengenali dan memahami mood orang lain. Dapat berkomunikasi dengan baik secara lisan. Wujudkan hubungan positif dengan orang lain. Murid mempunyai empati yang tinggi, suka menolong orang dan minat membina hubungan sosial dengan orang lain. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah berkumpulan. Contoh kerjaya – pakar motivasi, kaunselor, ahli politik,guru dan pegawai diplomatik.


8. KECERDASAN INTRAPERSONAL Berkeupayaan untuk memahami diri sendiri – keinginan , ketakutan dan kemampuan diri sendiri. Muris mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri. Mempunyai kesedaran diri yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan, mengawal naluri diri, imaginasi yang tinggi, boleh mengawal emosi serta berdikari. Murid lebih suka belajar secara bersendirian dan gemar melakukan refleksi kendiri ( muhasabah diri ) Contoh kerjaya – pakar psikologi, ahli falsafah dan pedeta.


9. KECERDASAN EKSISTENSIAL Berkebolehan memahami erti kewujudan manusia dan alam, memahami makna sesuatu kejadian. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma Masyarakat. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian, renungan kendiri dan kaedah perkongsian. Contoh kerjaya – imam, pemimpin dan ahli agama.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version