The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS_KERJA_SAMBUTAN_AIDIL_FITRI_DAN_JAMUAN_HARI_RAYA_TAHUN_2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizahsharif83, 2022-05-21 10:24:45

sambutan hari raya

KERTAS_KERJA_SAMBUTAN_AIDIL_FITRI_DAN_JAMUAN_HARI_RAYA_TAHUN_2022

KERTAS KERJA SAMBUTAN AIDIL
FITRI DAN JAMUAN HARI RAYA
TAHUN 2022

ANJURAN

UNIT HAL EHWAL MURID

TARIKH

27 MEI 2022

TEMPAT

BILIK DARJAH

MATLAMAT
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diharap dapat merapatkan silahturahim antara warga sekolah sama
ada guru,staff sokongan, pekerja swasta serta murid-murid sekolah SMK Panchor.

RASIONAL
Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan di SMK Panchor selain daripada aktiviti-aktiviti lain.
Sambutan ini dapat sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kerajaan membentuk warganegara yang
mempunyai nilai murni yang tinggi dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain tanpa
mengira kaum dan agama.

OBJEKTIF PROGRAM

Selepas program ini seluruh warga sekolah dapat:

1 Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.

2 Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan
boleh diraikan oleh semua kaum.

3 Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu
sama lain.

SASARAN PROGRAM

Semua warga sekolah SMK Panchor.

TARIKH

27 Mei 2022 (Jumaat)

MASA

8.00-10.30 pagi

TEMPAT

Bilik darjah SMK Panchor

CADANGAN AKTIVITI

7.30 pagi Guru kelas atau mentor mengambil kehadiran murid di kelas masing-masing.

Bacaan Yaasin di kelas masing-masing.

8.00 pagi Guru kelas bersama murid menyusun atur juadah yang dibawa oleh murid-
murid.

Jamuan makan.

Sesi fotografi dalam kelas masing-masing.

10.30 pagi Murid-murid membersihkan kelas masing-masing di bawah pemantauan guru
kelas/mentor.

11.00 pagi Pdpc dijalankan seperti biasa.

12.00 pagi Bersurai.

ANGGARAN PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH
5x27 kelas RM
BIL PERKARA
1 Peruntukan plastik sampah untuk setiap RM

kelas

JUMLAH BESAR

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi: Dr. Fadzil Bin Jamil (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 En Rosni Bin Pilus (GPK 1)

Naib Pengerusi 2 Pn Suhailah Binti Salim (GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 Pn Azliza Haniem Bt Abdul Aziz (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 4 Pn Hasmah Bt Abu Bakar (GPK Pendidikan Khas)

Penyelaras program Pn Nurul Hafiza Bt Muda

Penolong Penyelaras Pn Azizah Binti Mohd Sharif

AJK Semua guru kelas dan mentor

JAWATANKUASA KERJA

BIL JAWATANKUASA KERJA TUGASAN
1 Penyelaras program sambutan Hari raya Aidilfitri dan -Menyelaras perjalanan program daripada
semasa ke semasa.
jamuan Hari Raya Aidilfitri

 Pn Nurul Hafiza Bt Muda -Memastikan program berjalan dengan lancar
daripada mula hingga akhir.

-Menyediakan laporan program

2 Jamuan raya/keberadaan murid dalam kelas -Mengambil kehadiran murid
 Guru kelas dan mentor untuk dikemas kini dalam
APDM.

-Mengawal keberadaan murid dalam kelas
masing-masing.

-Mengumpul makanan yang dibawa oleh
murid dan mengatur juadah makanan.

3 Kawalan disiplin murid -Mengawal disiplin murid sebelum,semasa
dan selepas program dijalankan.
 En Mohd A’lim Bin Ismail
 Pn Ruslidawaty Bt Mohamed Sabran -Memastikan murid tidak berlegar-legar di
 Ketua Bidang koridor dan berjalan ke kelas lain.
 Semua guru kelas

4 Kebersihan -Guru kelas perlu memastikan keadaan

kelas bersih selepas program berlangsung.

 Penyelaras tingkatan

-Penyelaras setiap tingkatan perlu

(Menengah Rendah) memantau dan meronda supaya setiap

Tingkatan 1-Pn Faizah Hanum Bt Mohd Romli kelas berada dalam keadaan bersih dan

Tingkatan 2-Pn Mimi Norashikin Bt Md Jaini terjaga selepas program berlangsung.

Tingkatan 3-Pn Nurul Hafiza Bt Muda

-Semua sampah hendaklah dimasukkan dalam

(Menengah Atas) plastik sampah, diikat dengan kemas dan

Tingkatan 4-Pn Norzaharah Bt Ab Hamid dihantar ke tempat pembuangan sampah

Tingkatan 5-Pn Nor Ashikin Bt Moh Yusof (sebelah kantin).

 Semua guru kelas dan mentor

5 Fotografi -Mengambil gambar sepanjang program
 Semua guru kelas dan mentor Berlangsung.

6 Brosur program -Menyediakan brosur program untuk kegunaan
Sekolah.
 Pn Norazwita Shahida Bt Nordin -Mengedarkan brosur untuk hebahan warga
 Pn Nurul Athiqah Bt Ahmad Dzulkifli sekolah melalui telegram/whatsapp.

PAKAIAN MURID

1. Lelaki:
a) Baju melayu bersamping dan bersongkok atau
b) Kurta dipakai dengan seluar slack (jeans tidak dibenarkan)
c) Selain dari (a) dan(b), murid bukan Islam boleh memakai:
i) pakaian tradisional mengikut kaum masing-masing atau
ii) kemeja/ t-shirt berkolar dan seluar slack
iii) baju sekolah
d) Kasut sekolah

2. Perempuan:
a) Baju kurung dan bertudung
b) Selain dari baju kurung, murid bukan Islam boleh memakai:
i) blaus dan skirt labuh atau
ii) pakaian tradisional kaum masing-masing atau
iii) baju sekolah
c) Kasut sekolah

MAKANAN
1. Makanan yang dibenarkan adalah makanan yang tidak berkuah. Makanan berkuah seperti mi
kari, lontong, mi sup dan yang seumpamanya tidak dibenarkan.

PENUTUP
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan
buat semua warga kerja yang menjayakan program sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun
2022. Moga segala sumbangan ikhlas yang dihulurkan mendapat ganjaran yang setimpal daripada
Allah S.W.T.

Disediakan oleh,

(AZIZAH BINTI MOHD SHARIF)
Penolong penyelaras program Jamuan Hari Raya

Disahkan oleh,

(SUHAILAH BINTI SALIM)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Click to View FlipBook Version