2 PPDKiS Digest
BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA SELATAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita
Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmatNya sehingga
terhasilnya PPDKiS Digest terbitan pertama bagi tahun 2022. Pada edisi ini, kami
memaparkan perjalanan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Januari dan
Februari 2022. Terbitan kali ini amat bermakna kerana mengisahkan pelibatan PPD Kinta
Selatan secara langsung dalam misi bantuan banjir bukan sahaja di Pahang, tetapi di
SJKC Thung Hon, Chenderong.
Edisi ini juga memaparkan beberapa program utama
iaitu Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak
(PICKids), Aspirasiku 40 Hari Menuju Kegemilangan
SPM 2021/2022, Kenaikan Pangkat dan Pergerakan
Barisan Hadapan, Pemantauan Pembukaan Sekolah
Penggal 3 Sesi 2021/2022, Taklimat Catch-Up Plan
(CUP) Fasa 2 KPMPerkasaKU bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam, Bengkel Kerja e-Operasi Sekolah
Menengah Harian Bil 1/2022, Taklimat Keselamatan
Pengurusan Peperiksaan Awam Bersama-sama
Agensi Kerajaan Negeri Perak Tahun 2021 serta
Pentaksiran Personel Mystep Guru Ganti. Semua
program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan
SOP yang ketat. Semoga segala usaha dan komitmen
pihak penerbitan PPDKiS Digest dapat terus
dipertingkatkan bagi tahun 2022.
Akhir kata, kami amat berharap rakaman aktiviti ini
bakal memberi inspirasi dan idea kepada semua pihak
dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran demi mengangkat harga diri dan
maruah anak didik kita.
DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
EDISI 1/2022 3
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEPADA KANAK-
KANAK (PICKids)
Program Imunisasi Covid-19 kepada Kanak- program yang telah dilaksanakan secara
kanak atau lebih dikenali sebagai PICKids outreach pula telah dijalankan di SJKT
yang melibatkan kanak-kanak berusia antara Ladang Kota Bahroe, SK Changkat Tualang,
5 hingga 11 tahun telah dilaksanakan SK Ulu Geruntum dan SK Ayer Denak.
bermula pada 14 Februari sehingga 12 Mac Seramai 5749 orang murid telah menerima
yang lalu. Program ini telah dijalankan di Dos 1 di bawah program PICKids ini.
beberapa buah lokasi Pusat Pemberian
Vaksin Sekolah (PPVS), Pusat Pemberian Terdahulu, Pejabat Kesihatan Kampar
Vaksin Awam serta juga dilaksanakan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
secara outreach. Antara PPVS yang Selatan telah pun menandatangani
beroperasi bagi tujuan ini adalah PPVS SK Memorandum Persefahaman bertarikh 4
St. Bernadette’s Convent, PPVS SJKC Februari 2022 bagi menjayakan hasrat serta
Thung Hon Tanjung Tualang, PPVS SJKC objektif yang dirancang. Semoga usaha yang
Kampung Bali, PPVS SK Sahom, PPVS dijalankan ini mampu mencegah penularan
SJKC Mambang Diawan, PPVS SK Bukit Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak serta
Pekan dan PPVS SJKC Chung Huah. menjaga keselamatan dan kesihatan
Manakala PPV Awam yang terlibat pula permata hati kita.
adalah Dewan Dato’ Azman Mahalan, Kuala
Dipang dan Dewan KEMAS, Gopeng. Bagi
4 PPDKiS Digest
MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI TEMERLOH PAHANG
Pada 4 hingga 6 Januari 2022, KiSCare
sekali lagi mengorak langkah bermakna
dengan menyalurkan sumbangan serta
bantuan kemanusiaan melalui Misi Bantuan
Pasca Banjir di Temerloh Pahang. Dengan
pelibatan seramai 30 orang tenaga
sukarelawan yang diketuai oleh Dr. Mior
Hamdan bin Hj Ghazali, Pegawai Pendidikan
Daerah Kinta Selatan telah memberi
bantuan di beberapa lokasi seperti SJKC
Lanchang, SK Lanchang, SK Bukit Cermin,
SK Pulau Pasir Mandi dan SRA Al-Mukmin
Temerloh. Dalam misi ini, satu memorandum
persefahaman telah ditandatangani antara
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah
Temerloh bertujuan untuk menjalinkan
kerjasama dan jaringan kepakaran. Adalah
diharapkan usaha murni ini dapat membantu
meringankan sedikit beban kepada warga
yang terlibat sekaligus menjalin hubungan
baik antara semua pihak yang terlibat.
EDISI 1/2022 5
MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI SJKC THUNG HON,
CHENDERONG
Pada 24 Februari 2022, KiSCare terus Sekolah, En. Hanizam bin Harun@Isa. Misi
menghulurkan bantuan kemanusiaan utama bantuan pasca banjir kali ini adalah
melalui Misi Bantuan Pasca Banjir di SJKC untuk membersihkan beberapa kelas, lorong
Thung Hon, Chenderong. Pegawai penjalan kaki, koridor makmal komputer
Pendidikan Daerah, Dr. Mior Hamdan bin Hj serta stor peralatan sukan yang terkesan
Ghazali, yang juga merupakan Penasihat akibat banjir. Semoga bantuan yang
KiSCare turut hadir bersama-sama dihulurkan ini dapat meringankan beban
Timbalan PPD Perancangan, En. Azmi bin warga sekolah.
Mat Saat dan Timbalan PPD Pengurusan
6 PPDKiS Digest
ASPIRASIKU 40 HARI MENUJU KEGEMILANGAN SPM 2021/2022
Jawatankuasa Khas Centre Of Command kumpulan kecil serta Defend & Challenge
(COC) telah diwujudkan atas inisiatif Dr.
Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Pegawai bagi melihat dan mengatasi sebarang
Pendidikan Daerah Kinta Selatan. COC
bertindak sebagai peneraju bagi program permasalahan atau tindakan
Aspirasi 40 Hari Menuju Kegemilangan
SPM 2021/2022. Ketua Penyelaras COC penambahbaikan.
yang dilantik adalah Pn. Sarimah binti
Mabee, SISC+ Sains Sosial. Untuk makluman, Kunjung Bantu
Aspirasiku 40 Hari telah bermula pada 7
Antara peranan utama COC adalah Februari 2022 hingga 24 Februari 2022.
mengumpulkan semua pelaporan Sebanyak 20 rakaman yang melibatkan
termasuk Follow Up Follow Through subjek-subjek utama SPM serta slot
(FUFT) selepas konsultasi mengikut zon motivasi kepada calon SPM 2021.
yang diketuai oleh Timbalan-timbalan Platform Channel YouTube PPD Kinta
PPD. Selain itu juga, COC memainkan Selatan digunakan untuk slot rakaman di
peranan penting dalam operasi “Mini sebar luas kepada calon SPM PPD Kinta
Studio” bagi semua mata pelajaran, Selatan 2021/2022.
melaksanakan perbincangan dalam
EDISI 1/2022 7
PEMANTAUAN PEMBUKAAN SEKOLAH
PENGGAL 3 SESI 2021 /2022 PPD KINTA SELATAN
Pemantauan Pembukaan Sekolah Penggal
3 Sesi 2021/2022 telah dilakukan bermula
pada 09 hingga 11 Januari 2022.
Pemantauan melibatkan semua
sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sebanyak 12 buah sekolah telah dikunjungi
oleh Pegawai daripada Jabatan Pendidikan
Negeri Perak. Secara keseluruhan, semua
sekolah telah bersedia dengan sesi
persekolahan penggal 3 2021/2022 dan
mematuhi garis panduan yang telah
ditetapkan oleh KPM.
8 PPDKiS Digest
KENAIKAN PANGKAT DAN PERGERAKAN BARISAN HADAPAN
Berikutan dengan persaraan pilihan Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Tronoh dan
Penolong Kanan HEM SMK Yuk Kwan pada 15
Januari yang lalu, pengisian telah dibuat dan
rangkaiannya adalah seperti yang berikut:
Pn. Arbaiyah binti Untong : Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Tronoh telah bersara
pilihan. Tempat beliau diganti oleh Penolong
Kanan HEM SMK St. Bernadette’s Convent
iaitu Pn. Nor Azimah binti Sariat, manakala
tempat Pn. Nor Azimah diganti oleh Penolong
Kanan HEM SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf
iaitu Pn. Idayatul Hashima binti Sulaiman.
Penolong Kanan HEM baharu SMK Dato’
Bendahara CM Yusuf ialah Pn. Sakinah Md.
Noor iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SMK
Sentosa. Manakala En. Tan Aik Ho telah
dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sentosa yang baharu. Sebelum ini, beliau
menjawat jawatan sebagai Penolong PPD
Pendidikan Khas di PPD Kinta Selatan.
Pn. Lim Guat Hwa : Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SMK Yuk Kwan bersara pilihan.
Tempat beliau diisi dari Guru Kanan Bahasa
sekolah yang sama iaitu Cik Chen Seok Yuen.
Manakala tempat Cik Chen Seok Yuen diganti
oleh En. Kelvin Ting Sze Yan, juga dari SMK
Yuk Kwan.
Pn. Fairuz binti Mohamed, Penolong
Kanan Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf
telah dilantik sebagai Penolong PPD
Pendidikan Khas di PPD Kinta Selatan.
Tempat beliau diisi oleh Pn. Zuraidah binti
Ideris yang juga PK Pendidikan Khas SMK
Sentosa sebelum ini. Manakala tempat Pn.
Zuraidah diisi oleh guru Pendidikan Khas dari
SMK Idris Shah iaitu En. Mohamad Nazir
Khan bin Zainal Abidin.
EDISI 1/2022 9
TAKLIMAT CATCH-UP PLAN (CUP) FASA 2 KPMPERKASAKU BAGI
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN 2021
Taklimat berkaitan Catch Up Plan
(CUP) Fasa 2 KPMPerkasaKU ini telah
diadakan secara dalam talian yang
melibatkan penyertaan semua Ketua
Panitia Pendidikan Islam sekolah
menengah dan rendah, GPK1 (sekolah
rendah) dan Penolong Kanan
Pentadbiran sekolah menengah Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Sesi
taklimat yang berlangsung ini telah
disampaikan oleh Ustazah Norlita bt
Mohd Alias, Penolong PPD Pendidikan
Islam. Manakala, rumusan akhir oleh
Timbalan PPD Pembelajaran iaitu Puan
Haniza binti Subari yang sudi bersama-
sama semua peserta dalam
memastikan semua guru Pendidikan
Islam benar-benar memahami serta
dapat mempraktikkan aktiviti CUP Fasa
2 dengan jayanya.
Sesi yang berlangsung secara
dalam talian sekitar satu jam setengah
ini dimulakan dengan soal jawab
bersama peserta mengenai
KPMPerkasaKU dan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) sebelum diteruskan
dengan penerangan serta
pembentangan slaid power point
berkaitan oleh Penolong PPD
Pendidikan Islam. Rata-rata peserta
yang hadir memberikan respons
bahawa pengisian ini amatlah bermakna
dan telah membantu memberikan
mereka idea yang bernas dalam
melaksanakan pengisian CUP Fasa 2
dari segi aktiviti yang lebih bermakna
serta menyeronokkan murid.
10 PPDKiS Digest
BENGKEL KERJA VERIFIKASI e-OPERASI PENOLONG KANAN
SEKOLAH MENENGAH PEJABAT PENDIDIKAN KINTA SELATAN BIL
1/2022
Bengkel Kerja secara atas talian ini telah
diadakan pada 24 Januari 2022 melibatkan
14 orang Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Selatan. Bengkel kerja ini
telah diberi bimbingan oleh En. Mohd Mirza
bin Mohammad dan dibantu oleh En.
Sophist a/l Sanguan iaitu pegawai dari Unit
Menengah dan Tingkatan Enam. Turut
serta, Pn. Roslinda binti Shariff pegawai dari
Unit Swasta. Pn. Roslinda berkongsi
maklumat berkaitan peranan Persatuan
Ibubapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS).
Tujuan Bengkel kerja ini adalah untuk
mengemaskini ralat yang ada dan
mengemaskini maklumat perkhidmatan
guru.
TAKLIMAT KESELAMATAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM
BERSAMA-SAMA AGENSI KERAJAAN NEGERI PERAK TAHUN 2021
Sektor Pentaksiran dan Penilaian, Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah
melaksanakan Taklimat Keselamatan
Pengurusan Peperiksaan Awam Tahun 2021
Bersama-sama Agensi Kerajaan Negeri Perak
pada 11 Februari 2022 bertempat di Bilik
Mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta
Selatan. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh
Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Pegawai
Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Tujuan
taklimat adalah untuk menyelaras gerak kerja
semasa peperiksaan awam dilaksanakan,
berikutan peningkatan kes Covid-19 yang
semakin meningkat. Antara agensi yang terlibat
adalah Polis Di Raja Malaysia Ibu Pejabat
Daerah Kampar, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Kampar dan Pejabat Kesihatan
Daerah Kampar.
EDISI 1/2022 11
PENTAKSIRAN PERSONEL MySTEP GURU GANTI
PPD KINTA SELATAN
Pada 25 Januari 2022, telah diadakan sama calon-calon guru MyStep. Antara
panel pentaksir ialah Timbalan PPD Sektor
pentaksiran bagi 14 orang calon Guru Pengurusan Sekolah En. Hanizam bin
Harun@Isa, En. Loh Chee Kee, En. Mohd
MyStep bagi Pejabat Pendidikan Daerah Fakarul Radzi bin Dahari, Pn. Nor Azlina
binti Hashim, En. Mohd Mirza bin Mohamad
Kinta Selatan. Pegawai yang dan En. Sophist a/l Sanguan.
bertanggungjawab dalam hal ini ialah En.
Sophist a/l Sanguan. Pentaksiran telah
diadakan secara Google Meet bersama-