2 PPDKiS Digest
BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA SELATAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita
Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, PPDKiS Digest
terbitan keenam bagi tahun 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi ini merupakan terbitan
khas sempena Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Tahun 2022.
Majlis Apresiasi PPD Kinta Selatan merupakan majlis bagi menghargai kejayaan dan
jasa pegawai, guru anggota kumpulan pelaksana dan murid sepanjang tahun ini.
Selain Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan
Daerah Kinta Selatan, edisi kali ini juga
merakam penghargaan kepada warga
pendidikan yang telah bersara menerusi Majlis
Persaraan ‘Bakti Disemai, Budi Disanjung’.
Akhir kata, bagi pihak sidang redaksi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Kami
amat berharap rakaman aktiviti ini bakal
memberi inspirasi dan idea kepada semua
pihak demi mengangkat harga diri dan maruah
anak didik kita.
Kembara laksana ke Tanjung Lokan,
Berehat sebentar di pohon tualang,
Salam tahniah kami ucapkan,
Kepada penerima anugerah cemerlang.
DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
EDISI 6/2022 3
MAJLIS APRESIASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA
SELATAN “GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA”,
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2021 DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID TAHUN 2022
Pada tanggal 1 Disember 2022, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan sekali lagi
melakar sejarah melalui penganjuran Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 dan Anugerah
Kecemerlangan Kemenjadian Murid Tahun 2022. Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh
Yang Berhormat Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
YB Cikgu Khairudin, dalam ucapan beliau turut merakam ucapan tahniah kepada semua
penerima anugerah. Beliau turut berkongsi agenda pendidikan dalam Pelan Perak Sejahtera
2030 iaitu memperluaskan tumpuan TVET kepada latihan peningkatan kemahiran dan kemahiran
silang. Fokus ini dirangka bagi menambah baik kecekapan modal insan dan penggunaan bakat
yang optimum dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran murid.
4 PPDKiS Digest
Turut hadir memeriahkan majlis Pn. Mahfuzah binti Mokhtar mewakili Yang Dipertua
Majlis Daerah Kampar, ASP Mohamad Nasarudin bin Ariffin mewakili Ketua Polis Daerah
Kampar dan En. Mohamad Pauzi bin Zakaria, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kampar.
Majlis Apresiasi PPD Kinta Selatan ini meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang 2021 seramai 236 orang warga Pendidikan, yang terdiri daripada pegawai, guru
dan anggota kumpulan pelaksana (AKP). Selain itu, turut diraikan kecemerlangan
kemenjadian murid dan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan bagi tahun
2022. Seramai 30 orang murid diraikan bersama-sama Pegawai Teknikal dan Pengurus
Pasukan yang cemerlang.
Majlis ini turut meraikan dan menghargai jasa guru-guru sempena Sambutan Hari Guru
Tahun 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. Pingat Penghormatan Guru
(PPG) diterima oleh sepuluh orang guru dan pegawai iaitu Tn. Hj. Hassan Azahari bin Yunus
(Pegawai SIP+), En. Azmi bin Mat Saat, PPT. (Timbalan PPD Perancangan), Allahyarham
Mohd Erilzuddin Affendi bin Mohd Amir (SK Sahom), En. Kamil Sohaimi bin Mohd Yusop
(Pengetua SMK Toh Indera Wangsa Ahmad), Tn. Hj. Mokhlis bin Rasol (SMK Sultan Yussuf),
Pn. Lee Fong Foon (SJKC Kg Bali), En. Anuar bin Saad (Guru Besar SK Siputeh), Pn.
Halidah Laili binti Saarani (SK Sentosa), Pn. Rozziana binti Mohamad Som (SK Pos Dipang)
dan En. Mohamad Hazwan bin Mohamad Ashri (SMK Sentosa).
EDISI 6/2022 5
En. Mohd Ridzuan bin Adnan, PJK., PPT., mantan Guru Besar SK Malim Nawar
diumum penerima anugerah Tokoh Guru. Manakala Tokoh Kepimpinan Pendidikan pula
telah disampaikan kepada Tn. Hj. Mat Jaafar bin Hj, Mat Zain, PPT., mantan Ketua Sektor,
Sektor Pembangunan Murid JPN Perak yang juga merupakan mantan Pegawai Pendidikan
Daerah PPD Kinta Selatan (2015-2017).
Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil, piala dan anugerah. Semoga
dengan sokongan semua pihak, PPD Kinta Selatan akan bersama-sama mencapai
kejayaan dan mampu memartabatkan pendidikan demi anak watan.
6 PPDKiS Digest
RAKAMAN LENSA MAJLIS APRESIASI PPD KINTA SELATAN 2022
EDISI 6/2022 7
8 PPDKiS Digest
EDISI 6/2022 9
10 PPDKiS Digest
MAJLIS PERSARAAN
BAKTI DISEMAI, BUDI DISANJUNG
Pada 16 November 2022, Majlis Persaraan “Bakti Disemai, Budi Disanjung” telah diadakan di
Hotel Grand Kampar bagi meraikan warga pesara KPM peringkat Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta Selatan Tahun 2022. Seramai 52 warga pesara telah diraikan dalam majlis ini.
Tuan Haji Rozali bin Din selaku wakil pesara
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mior
Hamdan bin Haji Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan
Daerah Kinta Selatan dan semua jawatankuasa kerana
telah menganjurkan majlis yang meriah bagi meraikan
bekas penjawat awam dalam bidang pendidikan yang telah
bersara sepanjang tahun 2022. Beliau dan semua pesara
berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sedikit jasa
dan bakti kepada PPD Kinta Selatan. Mereka berharap
agar jasa bakti yang telah disumbangkan dapat
dimanfaatkan oleh semua warga pendidik khasnya dalam
kalangan guru demi melonjakkan nama dan pencapaian
Kinta Selatan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan, sahsiah dan kemenjadian murid.
Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali, A.C.M.,
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, dalam
ucapannya merakamkan penghargaan dan
mengiktiraf jasa dan sumbangan semua warga
pesara yang diraikan serta berharap majlis ini
dapat memperkukuh ikatan jalinan ukhuwah
sesama warga pendidik yang pernah bersama
berjuang dalam dunia pendidikan. Detik persaraan
bukanlah bermakna suatu pengakhiran tetapi
merupakan suatu permulaan fasa baharu dalam
meniti kehidupan setiap insan dan seharusnya
berasa bangga kerana telah berjaya mengharungi
onak duri dan menikmati kemanisan sepanjang
menggalas amanah dalam melayari cabaran dan
dugaan sepanjang berkhidmat sebagai kakitangan
perkhidmatan awam .
EDISI 6/2022 11
Akhir sekali, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, hadiah dalam bentuk Sijil
Simpanan Premium telah disampaikan kepada semua warga pesara yang diraikan.