PPDKiS Digest PPDKIS DIGEST JAN - FE B 2023 EDISI 1/2023 PENGOPERASIAN PPS SK SAHOM MISSION POSSIBLE KiS SPM 2022
EDI S I 1/ 202 3 Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmatNya sehingga terhasilnya PPDKiS Digest terbitan pertama bagi tahun 2023. Pada edisi ini, kami memaparkan perjalanan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Januari dan Februari 2023. Terbitan sulung 2023 ini menampilkan aktiviti-aktiviti Mission Possible PPD Kinta Selatan yang kian giat dilaksanakan menjelangnya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu juga, terbitan kali ini turut memaparkan aktiviti Pemantauan Pembukaan Sekolah Sesi Persekolahan Penggal 3 2022/2023, Pusat Pemindahan Sementara SK Sahom, Mesyuarat Jawatankuasa Daerah Bil. 3/2022, serta Kunjung Bantu Peperiksaan SPM dan Pematuhan SPI Bil. 2 Tahun 2023. Akhir kata, kami amat berharap rakaman aktiviti ini bakal memberi inspirasi dan idea kepada semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi mengangkat harga diri dan maruah anak didik kita. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BICARAPEGAWAIPENDIDIKAN DAERAHKINTASELATAN
MISSIONPOSSIBLE KISSPM2022: PEER TO PEER MAKEITEASY EDI S I 1/ 202 3 Mission Possible KiS SPM 2022 bagi calon Layak Memiliki Sijil SPM telah dirancang iaitu program Peer To Peer dan Make It Easy bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik yang telah diadakan di De5@PPDKiS pada 16 Januari 2023 (Bahasa Melayu), 18 Januari 2023 (Matematik) dan 19 Januari 2023 (Sejarah). Manakala, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar pada 19 Januari 2023. Semoga anak didik kita beroleh kejayaan dalam SPM 2022.
MISSIONPOSSIBLE KIS SPM2022: GEARUPTO EXCELLENCE EDI S I 1/ 202 3 GEAR UP TO EXCELLENCE merupakan salah satu program Mission Possible KiS SPM 2022 yang telah diadakan pada 17 Januari 2023 (Selasa) yang lalu. Program yang telah dijalankan di UTAR, Bandar Baru Kampar telah mengumpulkan 124 orang murid cemerlang dari 15 buah sekolah menengah PPD Kinta Selatan, 6 orang guru pengiring, 6 orang penceramah dan 8 orang urusetia pegawai dari PPD. Program jalinan antara PPD Kinta Selatan bersama-sama UTAR Bandar Baru Kampar ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Semoga calon SPM beroleh kecemerlangan dalam SPM 2022.
EDI S I 1/ 202 3 PENGOPERASIANPUSATPEMINDAHAN SEMENTARA(PPS) SK SAHOM, KAMPAR Berikutan hujan lebat di sekitar kawasan Sahom dan Pos Dipang pada 11 Januari 2023, kawasan Sahom telah dinaiki air sungai. En. Nazrul Fazami bin Mohamad, Pegawai Daerah Kampar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kampar telah mengumumkan Pembukaan PPS SK Sahom bermula jam 9.00 malam pada 11 Januari 2023. Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah mengambil tindakan pantas untuk mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana PPD Kinta Selatan untuk bersama-sama agensi. Guru Besar diarahkan ke sekolah bersama-sama beberapa orang pegawai PPD Kinta Selatan bagi membantu proses pembukaan dan pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sahom.
E D I S I 1 / 2 0 2 3 S e b u a h Bilik G e r a k a n B e n c a n a P P D Kin t a S ela t a n t ela h dib u k a b a gi u r u s a n k ela n c a r a n p e n g o p e r a sia n P P S di S K S a h o m. Sehubungan itu, Smart Support Team (SST) diaktifkan dan penggiliran bertugas di PPS SK Sahom telah ditetapkan. SST yang terlibat terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa SK Kampar, SK Sentosa, SK Gopeng Jalan Ilmu, SJKC New Kopisan dan SJKC Chung Huah. Manakala, pegawai dan AKP PPD Kinta Selatan dan guru SK Sahom terlibat dalam penggiliran di sekolah tersebut. Setelah pengumuman penutupan operasi PPS pada 14 Januari 2023, Pasukan Rimau KiS-Care yang diterajui oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M. telah diaktifkan untuk pembersihan PPS SK Sahom dan membantu mangsa banjir Kg Sahom yang memerlukan (Pasca Banjir). Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam misi pengoperasian PPS SK Sahom.
EDI S I 1/ 202 3 OPERASIPEMBERSIHAN RUMAHMANGSABANJIR KG SAHOM (BANTUANPASCABANJIR) RIMAUKISCARE-PPDKINTASELATAN
EDI S I 1/ 202 3 DIALOG PRESTASIPERCUBAANSPM2022 Semua Sekolah Menengah dalam PPD Kinta Selatan telah mengadakan Dialog Prestasi Percubaan SPM 2022 bermula 3 hingga 9 Januari 2023. Dialog Prestasi ini telah dihadiri oleh Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, guru Tingkatan 5 dan Guru Bimbingan Kaunseling. Dialog prestasi ini turut dihadiri oleh pegawai dari PPD Kinta Selatan bagi membimbing pihak sekolah. Dialog Prestasi ini amat penting agar pihak sekolah terus meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan calon SPM 2022. Semoga usaha kita dalam mengangkat harga diri dan maruah anak didik kita berterusan dan beroleh kejayaan.
EDI S I 1/ 202 3 Pada 3 dan 4 Januari yang lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah turun padang untuk menjalankan Kunjung Bantu Pembukaan Sekolah Sesi Persekolahan Penggal 3 2022/2023. Kunjung bantu ini bertujuan untuk melihat persediaan bilik darjah bagi memastikan sekolah telah bersedia untuk menerima murid dan jadual waktu dilaksanakan seperti yang telah dijana. Selain itu juga, kunjung bantu ini bertujuan memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar demi mengangkat harga diri dan maruah anak didik kita. Tahniah diucapkan kepada semua pentadbir, guru dan murid serta ibu bapa atas komitmen dan kerjasama semua pihak. KUNJUNG BANTUPEMBUKAAN SEKOLAHSESIPERSEKOLAHAN PENGGAL 32022/2023
EDI S I 1/ 202 3 Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah berlangsung bermula 20 Februari 2023. Sehubungan itu, pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah bersama-sama pihak sekolah untuk memberi sokongan kepada murid dan guru melalui Pemantauan SPM 2022 pada 20 hingga 23 Februari 2023. Pemantauan ini adalah salah satu usaha bagi meningkatkan kehadiran calon SPM, terutamanya dalam minggu pertama peperiksaan. KUNJUNG BANTUPEMBUKAAN SEKOLAHSESIPERSEKOLAHAN PENGGAL 32022/2023
EDI S I 1/ 202 3