The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-a110-cm29, 2022-12-21 03:44:25

PPDKIS DIGEST Bil 4 2022

PPDKIS DIGEST Bil 4 2022

2 PPDKiS Digest

BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA SELATAN

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita

Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, PPDKiS Digest
terbitan keempat bagi tahun 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi ini merupakan terbitan
khas sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Terbitan kali ini
menyaksikan pelbagai aktiviti menarik bertemakan ‘Bersama Semarakkan Transformasi
Pendidikan’.

Selain Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta Selatan, edisi kali ini juga merakam
perkongsian menarik berkaitan transformasi
Pendidikan terutamanya dalam kemenjadian
murid. Di kesempatan tersebut juga, pihak
Pejabat Pendidikan Daerah juga telah
melaksanakan pelancaran dan pertandingan-
pertandingan sempena Bulan Kebangsaan yang
telah mendapat sambutan pelbagai pihak.

Akhir kata, bagi pihak sidang redaksi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Kami
amat berharap rakaman aktiviti ini bakal
memberi inspirasi dan idea kepada semua
pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran demi mengangkat harga diri
dan maruah anak didik kita.

DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH


EDISI 4/2022 3

HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KINTA SELATAN 2022

Pada 27 dan 28 Ogos yang lalu, Pejabat tersebut mencecah 8257 orang; iaitu 3245
Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah orang pengunjung pada hari Sabtu
menganjurkan Hari Terbuka Pejabat manakala 5012 orang pengunjung pada
Pendidikan Daerah Kinta Selatan bagi hari Ahad.
Tahun 2022. Program ini telah diadakan
dengan penuh meriah dan gemilang di Reruai-reruai pada Hari Terbuka
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) menonjolkan kemenjadian murid, guru dan
Gopeng, Perak. sekolah terutamanya dalam bidang inovasi,
robotik, sekolah orang asli, murid
Dengan bertemakan “Bersama berkeperluan khas, bimbingan dan
kaunseling serta Youtuber dan TVPSS.
Semarakkan Transformasi Pendidikan”, Lebih menarik, ditampilkan persembahan
murid yang terdiri daripada nyanyian,
rakan-rakan strategik telah turut serta tarian, persembahan ukulele dan
pengacara majlis dalam kalangan murid-
dalam menjayakan program tersebut. murid Tingkatan 6.

Antara rakan strategik terlibat adalah

Pejabat Daerah dan Tanah, Polis Diraja

Malaysia, Pusat Kesihatan Daerah. FAMA,

Arkib Negara Malaysia, PIBG / PIBKS,

Ketua Kampung dan Tok Batin. Selain itu,

Persatuan Camper’s Van & Motor Homes

dan Pertubuhan Pendidikan Perak

(PRKPP) turut bersama-sama

memeriahkan program tersebut.

Pengunjung yang hadir terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat
khususnya murid, guru serta warga
sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.
Kehadiran pengunjung selama dua hari


4 PPDKiS Digest

MAJLIS PERASMIAN : HARI TERBUKA PPD KINTA SELATAN 2022

Majlis Perasmian Hari Terbuka PPD Kinta Selatan Tahun 2022 telah disempurnakan oleh
Puan Faridah binti Yang Razali, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir Bersama dalam majlis ini adalah
Tuan Mohamad Fauzi bin Mahson, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Pegawai
Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Pn. Sim Joan Meah, Ketua Penolong Pengarah (KPP)
Perancangan, JPN Perak, Tuan Superintendan Mohamad Nazri Daud, Ketua Polis Daerah
Kampar, Tuan ASP Mahmood Bin Yahya mewakili Ketua Polis Daerah Batu Gajah,
Timbalan PPD, warga PPD, Pengetua Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan penjaga.

Majlis perasmian ini telah diadakan pada 27 Ogos 2022 jam 2.30 petang di pentas
utama RTC Gopeng. Majlis diserikan dengan paluan gendang 24 Musim oleh murid SMK
Pei Yuan dan persembahan tarian murid Orang Asli SK Ayer Denak.

Puan Faridah binti Yang Razali turut berbesar hati menyempurnakan pelancaran
Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat serta menyampaikan insentif kemenjadian
murid dan sijil rakan strategik. Turut disampaikan hadiah bagi Pertandingan Eureka dan
Pertandingan Pakaian Beragam sempena sambutan Bulan Kebangsaan.


EDISI 4/2022 5

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBARAN JALUR
GEMILANG

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibaran Jalur Gemilang telah diadakan pada 28 Ogos
2022 jam 9.00 pagi di RTC Gopeng. Majlis disempurnakan oleh Tuan Meor Hezbullah bin
Meor Abd Malik, Pegawai Daerah Kinta. Beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah
pemenang Deklamasi Sajak Prasekolah dan Sekolah Menengah. Majlis turut diserikan
dengan persembahan ukulele murid SK Air Hitam Labu dan persembahan murid
berkeperluan Pendidikan Khas SK Sultan Yussuf serta nyanyian solo murid SK Kampar.

YBhg. Datuk Normah Hanum bt Dato’ Ibrahim, YDP Pertubuhan Rakan Komuniti
Pendidikan Perak [PRKPP] turut membuat perkongsian berkaitan “Reading With Mum”.


6 PPDKiS Digest

RAKAMAN LENSA HARI TERBUKA PPD KINTA SELATAN 2022


EDISI 4/2022 7


8 PPDKiS Digest


EDISI 4/2022 9

BICARA TRANSFORMASI PENDIDIKAN BERSAMA PEGAWAI
PENDIDIKAN DAERAH

Bicara Transformasi Pendidikan disampaikan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Dr. Mior
Hamdan bin Hj. Ghazali, ACM. Antara
perkongsian beliau adalah visi, misi, hala tuju,
kemenjadian murid dan pencapaian Pejabat
Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Turut hadir
dalam majlis tersebut adalah Timbalan PPD,
warga PPD, Dato’ Baharum bin Katarji, Ketua
Penggerak PIBKS PPD Kinta Selatan, Majlis
Pengetua Sekolah Malaysia, Majlis Guru
Besar, Yang Dipertua PIBG, guru-guru, ibu
bapa dan penjaga.

SANTAI BERSAMA AKADEMI YOUTUBER (AYU)

Perkongsian menarik berkaitan Akademi Youtuber (AYU) dan teknologi dalam Pendidikan oleh
guru-guru iaitu Pn. Nur Fadhlina binti Khairuddin, Pn. Yenny Chee Fong Yeun, Pn. Nur Rahayu
binti Ayob dan En. Mohd Rizal bin Mat Arik.


10 PPDKiS Digest

PERTANDINGAN 3-MINUTE PDP PITCHING

Salah satu pertandingan yang mendapat
sambutan dalam kalangan guru adalah
Pertandingan 3-Minute PdP Pitching.
Pertandingan ini telah dilaksanakan di pentas
utama sepanjang dua hari berlangsungnya
Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah ini.

Objektif utama pertandingan adalah
untuk meningkatkan kepelbagaian pedagogi
bilik darjah, menggalakkan guru mencipta
atau menghasilkan inovasi dalam proses Pdp
serta berkongsi hasil inovasi guru untuk
dimanfaatkan oleh para pendidik yang lain di
samping menyediakan ruang dan peluang
bagi guru menampilkan hasil inovasi dalam
proses PdP.

Terdapat empat kategori utama yang
dipertandingkan secara individu atau
berkumpulan iaitu prasekolah, Pendidikan
khas, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Turut menyaksikan Pertandingan 3-Minute
PdP Pitching Dato’ Hang Tuah bin Din @
Mohamed Din, Ahli Pihak Berkuasa
Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)
Malaysia. Beliau turut berbesar hati
menyampaikan hadiah Pertandingan
Mendeklamasikan Sajak Kategori
Prasekolah.


EDISI 4/2022 11

PERTANDINGAN STEM PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN
TAHUN 2022

PERTANDINGAN EUREKA PERTANDINGAN DAPUR SOLAR
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT
DAERAH KINTA SELATAN 2022
DAERAH KINTA SELATAN 2022
Pertandingan Eureka ini telah disertai oleh 7
buah sekolah rendah. Setiap sekolah yang
menyertai diwakili oleh 4 orang murid dan
seorang guru pembimbing. Pertandingan
berlangsung selama 5 jam dan diadili oleh 2
orang hakim iaitu Pn. Sheilla bt Suhaimi dari
SK St. Bernadette’s Convent dan Pn.
Norkhamsiah bt Mohd Daud dari SK Changkat
Tin.

Pertandingan EUREKA ini memerlukan
murid-murid untuk menghasilkan satu model
rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan
ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan
sumber semulajadi secara optimum.

Tahniah kepada semua pemenang!

Pertandingan disertai 13 buah sekolah
menengah. Seramai 39 orang peserta
bersama-sama dengan 13 orang guru
pembimbing terlibat dalam pertandingan ini.
Pertandingan berlangsung selama 5 jam
dan diadili oleh 3 orang hakim iaitu Pn. Intan
Norwani bt Mohamad Ali (SMK Malim
Nawar), Pn. Nor Hanah bt. Abdul Rahim
(SMK Methodist (ACS), Kampar) dan Pn.
Veronica a/p Francis (SMK Toh Indera
Wangsa Ahmad)

Peserta menghasilkan dapur solar
sebenar yang mempunyai ciri-ciri Teknologi
Hijau yang dapat mengumpul tenaga haba
untuk memasak bahan berasaskan cecair
dan pepejal. Pertandingan ini secara tidak
langsung menggalakkan murid memahami,
mengamalkan dan mengaplikasi konsep
Teknologi Hijau bagi sektor pengurusan sisa
(3R).


Click to View FlipBook Version