PPDKiS 2023 Digest EDISI KHAS PROGRAM NEURO-LINGUISTIK (NLP) "MENGGAPAI PELANGI MENDAKAP MIMPI"
PROGRAM NEURO-LINGUISTIK (NLP) MENGGAPAI PELANGI MENDAKAP MIMPI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2023 DENGAN KERJASAMA YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN Pada 14 hingga 16 Mac 2023 yang lalu, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn telah menganjurkan Program Neuro-linguistik (NLP) Menggapai Pelangi Mendakap Mimpi Tahun 2023. Program ini telah dihadiri 38 orang pegawai dan tiga orang penceramah di Hotel WP, Kuala Lumpur. Program selama tiga hari dua malam ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M. Program ini telah dirangka agar pegawai dapat menguasai potensi dan kemampuan diri untuk meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan, selain membina rapport yang kukuh dan teguh antara pegawai dan warga sekolah. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran pegawai dalam memahami gaya pemikiran murid, guru dan pentadbir sekolah dalam komunikasi berkesan serta mengukuhkan kemahira nmengenalpasti pembentukan personaliti diri murid, guru dan pentadbir di sekolah.
RAKAMAN LENSA AKTIVITI-AKTIVITI NLP
RAKAMAN LENSA AKTIVITI-AKTIVITI NLP
RAKAMAN LENSA PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KEPADA PENCERAMAH
RAKAMAN LENSA AKTIVITI-AKTIVITI NLP DAN DI SEBALIK TABIR RAKAMAN PROGRAM
RAKAMAN LENSA
PEMBENTANGAN PEMUKIMAN DISTRICT TRASNFORMATION PROGRAMME (DTP) 2023 Pada 22 dan 23 Februari 2023, PPD Kinta Selatan telah melaksanakan program pembentangan pemukiman DTP yang telah disampaikan oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, Pegawai Pendidikan Daerah bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Kinta Selatan. Semua pegawai terlibat dengan program ini. Dengan adanya program ini pegawai-pegawai di beri input dan kefahaman tentang hasrat DTP iaitu menggunakan data secara agresif, melindungi masa pengajaran dan pembelajaran, memperhebat sokongan kepada guru, menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid dan memberikan keutamaan kepada program yang menjurus kepada keberhasilan murid.
Hasrat inisiatif DTP juga sangat bertetapan dengan moto PPD Kinta Selatan iaitu Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita. Di samping itu, pembentangan DTP ini juga dapat mengupayakan kecekapakan pegawai-pegawai PPD Kinta Selatan untuk membimbing, membantu dan penglibatan secara langsung kepada sekolah-sekolah daerah Kinta Selatan.
RAKAMAN LENSA
RAKAMAN LENSA
SIDANG REDAKSI 05-465 0521 [email protected] PPDKiS 08 Digest 05-465 0519 ppdks.edu.my/main/ PENASIHAT DR. MIOR HAMDAN BIN HJ. GHAZALI, A.C.M PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KETUA EDITOR EN. AZMI BIN MAT SAAT, P.P.T TIMBALAN PPD PERANCANGAN EDITOR EN. MUHAMMAD SHAHABUDIN BIN TALIB PENOLONG PPD PERANCANGAN PN. SUHAILA BINTI MOHD MUSLIM PENOLONG PPD PRA SEKOLAH & RENDAH GRAFIK EN. MUHAMMAD HANIF BIN MOHD ALI PENOLONG PPD PERANCANGAN FOTO PN. SARIMAH BINTI MABEE PEGAWAI SISC+ EDISI KHAS