PPDKiS DIGEST PPDKiS DIGEST MEI - JUN 2023 EDISI 3 /2023 PSKPP Pelancaran Jubli Emas KAJIAN TINDAKAN Kolaborasi Universiti Tunku Abdul Rahman PERSARAAN En. Ismailbin Ebrahim, AMN., AMP. HARI GURU "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI & IBADAH KORBAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BICARAPEGAWAIPENDIDIKAN DAERAHKINTASELATAN Edisi kali ini amat bermakna kerana PPD Kinta Selatan berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Sambutan Ibadah Korban Peringkat PPD Kinta Selatan. Selain itu juga, terbitan kali ini turut memaparkan Pelancaran Jubli Emas Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP), Majlis Persaraan En. Ismail bin Ebrahim, AMN., AMP., Bengkel Kerja Pembentangan Kajian Tindakan Warga Pendidikan, Majlis Sambutan Hari Guru, Majlis Pelancaran Bulan Galakan Membaca Tahun 2023 dan Program One Stop School Assessment Day (OSSAD). Akhir kata, kami amat berharap rakaman aktiviti ini bakal memberi inspirasi dan idea kepada semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi mengangkat harga diri dan maruah anak didik kita. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmatNya sehingga terhasilnya PPDKiS Digest terbitan ketiga bagi tahun 2023. Pada edisi ini, kami memaparkan perjalanan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei dan Jun 2023. EDI S I 3 / 202 3 2
MAJLISSAMBUTAN HARI RAYAAIDILFITRIPERINGKAT PEJABATPENDIDIKANDAERAHKINTA SELATANTAHUN2023 EDI S I 3 / 202 3 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah diadakan dengan gemilangnya pada 5 Mei 2023. Menariknya, majlis sambutan pada tahun ini turut disertakan dengan Majlis Pelancaran Pesta Sukan dan Kebudayaan (PSKPP) Kali ke-50 dan Majlis Persaraan En. Ismail bin Ebrahim. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang telah dihadiri oleh beberapa kenamaan. Antaranya, Toh Sedewa Raja Datuk Haji Abdul Taib bin Abd. Fahmi, Orang Besar Jajahan Kampar, Yang Berhormat Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerjaan Tempatan Negeri Perak dan Yang Berhormat Puan Angeline Koo Haai Yen, ADUN Keranji. Turut hadir bersama Yang Berusaha Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Ketua- ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Daerah Kinta dan Kampar. 3
4 EDI S I 3 / 202 3
MAJLISPELANCARANPESTA PERSATUANSUKAN& KEBUDAYAAN PERKHIDMATANPENDIDIKANPERAK (PSKPPPERAK) KALI KE-50 Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan diberi peluang menganjurkan Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Negeri Perak (PSKPP Negeri Perak) kali ke-50. Majlis Pelancaran PSKPP Jubli Emas ini disempurnakan oleh Yang Dihormati, Toh Sedewa Raja Datuk Haji Abdul Taib bin Abd. Fahmi, Orang Besar Jajahan Kampar dan Yang Berhormat Cikgu Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi Negeri Perak. Sebanyak 16 acara akan dipertandingkan sepanjang pesta berkenaan, yang akan berlangsung pada 10 hingga 12 November 2023 di sekitar daerah Kampar. 5 EDI S I 3 / 202 3
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan turut meraikan persaraan En. Ismail bin Ebrahim, AMN., AMP., yang bersara wajib pada 4 Mei 2023. Sepanjang 37 tahun perkhidmatan beliau dalam bidang pendidikan, pelbagai anugerah dan kejayaan berjaya diraih. Ini menggambarkan dedikasi beliau dalam bidang pendidikan. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pegawai SIPartners+ PPD Kinta Selatan. PPD Kinta Selatan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan bakti yang dicurahkan. MAJLISPERSARAAN EN.ISMAIL BINEBRAHIM,AMN.,AMP. PEGAWAISIPARTNERS+ EN. ISMAIL BIN EBRAHIM, AMN., AMP. 6 EDI S I 3 / 202 3
BENGKEL KERJAPEMBENTANGAN KAJIANTINDAKANWARGAPENDIDIKAN PEJABATPENDIDIKANDAERAH KINTASELATANTAHUN2023 Bengkel Kerja Pembentangan Kajian Tindakan Warga Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Berkolaborasi Bersama-sama UTAR Tahun 2023 telah diadakan pada 17 Mei 2023. Pembentang Kajian Tindakan dalam bengkel ini terdiri daripada sembilan individu dan kumpulan guru serta dua individu dan dua kumpulan pegawai. Bengkel kerja ini turut disertai Pengetua Guru Besar Program Immersion daripada tujuh buah sekolah, guru kajian tindakan sekolah fokus DTP dan pegawai PPD Kinta Selatan. Bengkel Kajian Tindakan ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dalam kalangan guru dan pegawai serta Pensyarah UTAR. Sehubungan itu, diharapsiri perbengkelan kajian tindakan ini dapat diteruskan di masa akan datang agar kajian tindakan menjadi satu budaya dalam kalangan warga pendidikan PPD Kinta Selatan. 7 EDI S I 3 / 202 3
MAJLISSAMBUTAN HARI GURU PERINGKATPPDKIS TAHUN2023 Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia bagi menghargai guru-guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan. Tema "Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" dipilih sebagai Tema Hari Guru pada tahun ini. Tidak ketinggalan, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan turut menyambut Hari Guru bagi menghargai warga pendidik yang bertugas di PPD Kinta Selatan dalam majlis ringkas yang dimeriahkan dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Ikrar Hari Guru serta bacaan Perutusan Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Terima kasih juga diucapkan kepada Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional yang telah menaja kek pada hari tersebut. 8 EDI S I 3 / 202 3
MAJLISPELANCARAN BULANGALAKAN MEMBACA TAHUN2023 Bulan Galakan Membaca merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sifat mencintai ilmu melalui pelbagai aktiviti pembacaan dalam kala ilmu mela, guru serta warga pendidikanlu Pada 18 Mei 2023, YBrs. Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan berbesar hati telah melancarkan Bulan Galakan Membaca Tahun 2023 peringkat daerah. Pelancaran ini diadakan serentak dengan pelancaran di peringkat negeri oleh YBrs. En. Mohamad Fauzi bin Mahson, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Program Jom Membaca 10 minit turut disertai oleh semua pegawai dan AKP dalam pelancaran tersebut. 9 EDI S I 3 / 202 3
PROGRAMONESTOPSCHOOL ASSESSMENTDAY(OSSAD)SIRI2&3 TAHUN2023 One Stop School Assessment Day (OSSAD) merupakan satu program berkonsepkan "semua dalam satu” yang mana saringan dilakukan secara menyeluruh dan lengkap bagi murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan pendidikan khas dilaksanakan dalam satu hari. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Pemulihan Khas dan Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan Kinta serta Pejabat Kebajikan Masyarakat Kampar dan Batu Gajah. OSSAD Siri 2 telah dilaksanakan pada 24 Mei 2023 bertempat di De5@PPDKiS Gopeng melibatkan 27 orang murid daripada 9 buah sekolah dalam Zon Kampar dan Gopeng. Manakala, pada 15 Jun 2023 bertempat di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES) Batu Gajah telah diadakan OSSAD Siri 3 melibatkan 19 orang murid daripada 11 buah sekolah dalam Zon Batu Gajah. Murid-murid tersebut hadir bersama-sama ibu bapa dan guru pemulihan khas sebagai pemudah cara. Dokumen-dokumen dan evidens perlu dilengkapkan oleh ibu bapa dan guru pemulihan khas sebelum hadir pada hari tersebut untuk memastikan proses saringan berjalan lancar. Dengan adanya program seperti ini, diharapkan dapat membantu memudahkan urusan ibu bapa dalam mendapatkan perkhidmatan yang lebih cekap dan menjimatkan masa bagi saringan murid-murid yang dikenalpasti mempunyai ciriciri berkeperluan pendidikan khas. 10 EDI S I 3 / 202 3
MAJLISSAMBUTAN IBADAHKORBANPERINGKATPEJABAT PENDIDIKANDAERAHKINTASELATAN TAHUN2023 Ibadah korban merupakan sunat muakkad yang amat dituntut dan dilihat mampu bertindak sebagai mekanisme yang dapat mengeratkan silaturrahim serta kebersamaan khususnya dalam sesuatu organisasi. Justeru, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah berinisiatif mengadakan majlis sambutan korban pada tarikh 30 Jun 2023 bersamaan 11 Zulhijjah 1444H. Tahun ini merupakan tahun kedua bagi warga Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan menjalankan ibadah korban dan diharapkan akan menjadi acara rutin setiap tahun. Pegawai Pendidikan Daerah, Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, A.C.M., turut merebut peluang beribadah dengan melaksanakan ibadah korban pada kali ini. Beliau turut bersama turun padang bagi menyertai kerja penyembelihan yang membabitkan seekor lembu korban di Pusat Sembelihan Tapah Abattoir Complex Department of Veterinary Services. Pada tahun ini, sebahagian daging korban telah diserahkan kepada pegawai Pejabat Agama Kampar untuk diagihkan kepada golongan muallaf orang Asli di sekitar Sungai Gapis, Sahom. Manakala selebihnya diedarkan kepada warga pegawai dan staf. Majlis di peringkat PPD dimeriahkan dengan aktiviti gotongroyong dan jamuan makan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa. 11 EDI S I 3 / 202 3