2 PPDKiS Digest
BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA SELATAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita
Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, PPDKiS Digest
terbitan kelima bagi tahun 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi ini merupakan rangkuman
aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan September dan Oktober 2022..
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah
Majlis Sambutan Maulidur Rasul, ACE
Collaboration Programme, Hari Sukan
Negara, Majlis Bersama Rakan Strategik
Sekolah Murid Orang Asli, Kursus Kenaikan
Pangkat Koperal Tunas Kadet Remaja
Sekolah (TKRS) dan rakaman lensa
sokongan dan pelibatan Le Tour De
Langkawi.
Akhir kata, bagi pihak sidang redaksi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Kami amat berharap rakaman aktiviti ini
bakal memberi inspirasi dan idea kepada
semua pihak dalam meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran demi
mengangkat harga diri dan maruah anak
didik kita.
DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
EDISI 5/2022 3
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah
diadakan pada tanggal 7 Oktober 2022. Majlis ini telah dihadiri oleh barisan pegawai dan
anggota kumpulan pelaksana Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan bertempat di Dataran
Ilmu secara bersemuka. Kehadiran penceramah jemputan dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampar, al-Fadhil Ustaz Nor Aizan bin Sukirman dengan tajuk ceramahnya
“Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” telah berjaya memenuhi objektif dengan
pengisian kerohanian yang sangat menarik. Rata-rata peserta mendapat inspirasi daripada
kisah tauladan hijrah dan kekeluargaan yang ditonjolkan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w yang menjadi topik utama perbincangan. Dalam majlis yang sama, para
peserta turut mengalunkan selawat beramai-ramai menggunakan pelbagai irama qasidah
dengan dipimpin oleh Tn. Hj. Azmin Basya bin Abdul Karim selaku Penolong PPD Pendidikan
Islam. Tahniah dan syabas kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan atas
penganjuran majlis ini dan terima kasih juga diucapkan kepada Dr Mior Hamdan bin Hj
Ghazali, A.C.M. selaku Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan atas sokongan padu yang
telah diberikan.
4 PPDKiS Digest
ACE COLLABORATIVE PROGRAMME
ACE Collaborative Programme yang diterajui oleh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Gopeng (SBPI) telah diadakan pada hari Khamis 27 Oktober 2022 bermula jam 8.00 pagi
hingga 1.00 tengah hari. Program ini memberi fokus kepada empat orang calon cemerlang
SPM 2022 bagi setiap sekolah menengah di PPD Kinta Selatan. Program ini menggunakan
alat kolaboratif PLC iaitu Galeri Walk.
Seramai 21 orang Calon Cemerlang SBPI telah dipilih menjadi mentor dalam subjek
Sejarah. Mereka mengetuai setiap daripada 10 kumpulan yang dibentuk. Murid-murid lain
bergilir-gilir bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain dan mendengar
penerangan daripada mentor tersebut. Setiap kumpulan diperuntukkan 10 minit bagi memberi
penerangan terperinci berkaitan topik Sejarah KSSM Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Apabila
selesai, murid bergerak ke kumpulan seterusnya sehinggalah selesai 10 topik.
Pengajaran dan pembelajaran melalui rakan sebaya ini dilihat mampu membantu murid
mengukuhkan ingatan tentang teknik dan taktik dalam menjawab soalan SPM. Sesi PdP
beranjak daripada buku teks kepada Peta-peta Minda atau peta i-Think serta daripada guru
kepada rakan sebaya.
ACE Collaborative Programme ini berakhir dengan Majlis Penutupan ringkas oleh
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M. Besarlah
harapan kami agar program ini dapat membuka mata warga pendidik tentang kepentingan
Kolaboratif dalam PdP seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia.
EDISI 5/2022 5
6 PPDKiS Digest
RAKAMAN LENSA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
PPD KINTA SELATAN 2022
EDISI 5/2022 7
8 PPDKiS Digest
MAJLIS BERSAMA RAKAN STRATEGIK
(SEKOLAH MURID ORANG ASLI) JPN SELURUH MALAYSIA DAN
PPD KINTA SELATAN
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
berbesar hati mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pengoperasian Pembelajaran Murid
Orang Asli dan Peribumi Bil. 2/2022 di Perak. Pihak PPD Kinta Selatan telah merebut peluang
tersebut untuk mengadakan Majlis Bersama Rakan Strategik (Sekolah Murid Orang Asli) JPN
Seluruh Malaysia dan PPD Kinta Selatan di Hotel Grand Kampar pada 12 September 2022.
Majlis tersebut menyaksikan 9 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menandatangani
memorandum persefahaman bersama Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, ACM., Pegawai
Pendidikan Daerah Kinta Selatan dalam usaha menjalinkan kerjasama ke arah meningkatkan
kecemerlangan pencapaian akademik, sahsiah dan kokurikulum Sekolah Murid Orang Asli
(SMOA).
EDISI 5/2022 9
Lawatan penanda arasan juga telah dibuat
ke SK Pos Dipang pada 13 September
2022. Pelbagai perkongsian idea dan
pengalaman berkaitan pembelajaran murid
orang asli telah dikongsikan. Lawatan
tersebut diketuai oleh BPSH KPM iaitu Pn.
Noor Shaliza binti Zulkifli, Pn. Rogayah
binti Mat Salleh dan En. Nik Mohd Fazreen
Shah bin Azman Shah dan 9 JPN iaitu
JPN Johor, Kelantan, Negeri Sembilan,
Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Perak.
10 PPDKiS Digest
KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL TUNAS KADET REMAJA
SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT PPD KINTA SELATAN 2022
Pada 28 hingga 30 Oktober 2022, telah dilaksanakan Kursus Kenaikan Pangkat Koperal Tunas
Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat PPD Kinta Selatan. Perkhemahan tiga hari dua
malam itu telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar. Dr. Mior Hamdan bin Hj Ghazali,
ACM., Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah berbesar hati menyempurnakan Majlis
Perasmian Penutupan program tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang
telah dilantik sebagai Koperal Tunas Kadet
Remaja Sekolah (TKRS).
EDISI 5/2022 11
SOKONGAN DAN PELIBATAN
LE TOUR DE LANGKAWI 2022
Pada 14 OKtober 2022, Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta Selatan dan sekolah-sekolah di Laluan Stage 4
(LTDL) terlibat secara langsung dalam memberi
sokongan dan meraikan acara LTDL 2022. Antara
sekolah yang terlibat adalah SMK Toh Indera Wangsa
Ahmad, SJKT Changkat, SK Changkat Tin, SK
Tanjung Tualang, SJKC Thung Hon Tanjung Tualang,
SK. St. Bernadette’s Convent, SMK Dato’ Bendahara
C M Yusuf, SK Siputeh dan SK St. Paul.
Di samping itu juga, SK St. Bernadette' s
Convent, Batu Gajah diberi kepercayaan oleh
panganjur bagi mengadakan persembahan tarian di
Penamat LTDL - Meru ( Stage 4).
Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, ACM, hadir di
Majlis Penamat LTDL 2022 (Stage 4) di Meru, Ipoh
bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan lain. Turut hadir,
YB Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu dan
isteri.
Tahniah dan terima kasih diucapkan atas
sokongan dan pelibatan warga PPD Kinta Selatan.