PPDKiS Digest PPDKIS DIGEST MAC - APRI L 2023 EDISI 2/2023 AKTIVITI IHYA' RAMADAN PROGRAM JARINGAN RAKAN SEPROFESION BPSH, KPM
Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah melimpahkan rahmatNya sehingga terhasilnya PPDKiS Digest terbitan kedua bagi tahun 2023. Pada edisi ini, kami memaparkan perjalanan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Mac dan April 2023. Terbitan ini menampilkan aktivitiaktiviti sepanjang bulan Ramadan yang telah dilaksanakan di peringkat PPD Kinta Selatan. Selain itu juga, terbitan kali ini turut memaparkan Program Jaringan Rakan Seprofesion oleh Timbalan PPD Kluang dan Dialog Prestasi Pemulihan Khas Bilangan 1 Tahun 2023. Akhir kata, kami amat berharap rakaman aktiviti ini bakal memberi inspirasi dan idea kepada semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran demi mengangkat harga diri dan maruah anak didik kita. BICARAPEGAWAIPENDIDIKAN DAERAHKINTASELATAN EDI S I 2 / 202 3 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M. PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
MAJLIS KHATAMAL-QUR'ANDAN PENUTUPANIHYA' RAMADAN PERINGKATPEJABATPENDIDIKAN DAERAHKINTASELATAN1444H/2023M EDI S I 2 / 202 3 Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan telah berkesempatan menganjurkan majlis Khatam al-Qur'an & Penutupan Ihya' Ramadan pada 14 April 2023 bersamaan 23 Ramadan 1444H. Majlis yang diadakan secara ringkas tetapi penuh bermakna ini melibatkan penyertaan seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin serta doa sebelum ke acara kemuncak Khatam al-Qur'an yang diketuai oleh al-fadil Ustaz Mohd Shir Afzal Khan bin Mohd Tamin, Guru Besar SK St Paul.
EDI S I 2 / 202 3 Seramai 22 peserta khatam Al Qur'an termasuk Yang Berbahagia Dr. Mior Hamdan bin Hj Ghazali A.C.M mewakili keseluruhan warga PPD Kinta Selatan telah mengalunkan bacaan indah surahsurah lazim dan menyempurnakan majlis tersebut. Penutupan majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr Mior Hamdan bin Hj Ghazali, A.C.M, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, serta penyerahan cenderamata khatam kepada semua peserta. Usai majlis, Pegawai Pendidikan Daerah dan semua peserta seterusnya terlibat dengan rakaman takbir hari raya dan ucapan salam lebaran kepada warga Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Terima kasih atas sokongan padu daripada kepimpinan tertinggi Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Dr Mior Hamdan bin Hj Ghazali A.C.M dalam setiap gerak kerja program yang dilaksanakan.
MAJLISIFTAR JAMA'IEPERINGKAT PEJABATPENDIDIKANDAERAHKINTA SELATANTAHUN1444H/2023M EDI S I 2 / 202 3 Warga pegawai dan AKP Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan berbesar hati menerima kunjungan Yang Berusaha Tuan Fauzi bin Mahson Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang sudi hadir menyerikan majlis Iftar Jamaie peringkat PPD yang berlangsung pada 1 April 2023 bersamaan 10 Ramadan 1444H. Dalam kunjungan ini, Tuan Fauzi telah sudi menyertai solat Isyak dan terawih secara berjemaah bersama semua warga yang hadir dan seterusnya menikmati jamuan moreh yang disediakan. Majlis secara ringkas tetapi bermakna ini turut dihadiri Exco Tertinggi daripada Persatuan Guru Besar (PGB) cawangan Kinta Selatan dan Exco Tertinggi Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) serta barisan pentadbir sekolah berhampiran, SMK Kampar. Dalam ucapannya, Tuan Fauzi meluahkan rasa gembira dapat bersama semua warga yang terlibat dalam menunaikan tuntutan ibadah puasa dan mengucapkan terima kasih atas jemputan PPD Kinta Selatan ke majlis istimewa ini. Dalam majlis yang sama, Dr. Mior Hamdan bin Hj Ghazali A.C.M. Pegawai Pendidikan Daerah, telah berbesar hati menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada Yang Berusaha Tuan Fauzi bin Mahson atas kunjungannya bersama isteri.
EDI S I 2 / 202 3
MAJLISSAMBUTANNUZULAL-QUR'AN DANWORLD#QURANHOUR PERINGKAT PEJABATPENDIDIKANDAERAHKINTA SELATAN1444H/2023M EDI S I 2 / 202 3 Tanggal 13 April 2023 bersamaan hari Khamis telah berlangsung Majlis Sambutan Nuzul al-Quran dan World Quran Hour peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Majlis ini telah melibatkan penyertaan semua pegawai dan anggota kumpulan pelaksana bertempat di Bilik Mesyuarat PPD KIS. Pengisian ceramah Nuzul a-Quran telah disampaikan oleh alfadhil Ustaz Islah bin Othman bertajuk “Ibrah Nuzul al-Quran.” Sejurus selesai slot ceramah, majlis diteruskan dengan pengisian World Quran Hour dengan tadabbur surah al-Insaan dan akur janji yang selaras dengan 11 karektor al-Abrar dalam surah yang telah dibaca dan diperhalusi. Pemilihan surah al-Insaan amat sesuai dengan tema World Quran Hour pada tahun ini iaitu “Memanusiakan Ummah”. Memetik ucapan Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan berharap supaya program seumpama ini dapat menjadi salah satu wadah ke arah pembentukan jati diri yang cemerlang semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Semoga dengan usaha ini, al-Qur’an akan dibudayakan dalam kehidupan dan sentiasa dekat di hati.
EDI S I 2 / 202 3 Program Jaringan Rakan Seprofesion BPSH, KPM telah diadakan pada 11 - 12 April bertempat di Studio Cikgu Saarani, PPD Kinta Selatan. Ia merupakan sebahagian dari tiga fokus Program Tranformasi Daerah Tahun 2023. Program ini bertujuan untuk memperkasakan peranan kepimpinan PPD dalam mengerakkan tranfomasi pendidikan secara berkesan, mengukuhkan pemahaman PPD terhadap DTP, meningkatkan keupayaan PPD dalam melaksanakan bimbingan berkesan serta menekankan penyelesaian masalah melalui strategi yang kreatif, inovatif dan pelaksanaan yang berimpak tinggi. Siri pertama bimbingan rakan seprofesion ini telah disampaikan oleh Timbalan PPD (Perancangan) PPD Kluang, Puan Kartini binti Sahirin. Sepanjang dua hari program tersebut, beliau telah berkongsi dan membimbing berkaitan kepimpinan yang berkualiti. PROGRAMJARINGANRAKAN SEPROFESIONBPSH, KPM
EDI S I 2 / 202 3 UTAR INTER-SCHOOLACCOUNTING CHALLENGECOMPETITION2023 Pertandingan ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama memperkenalkan kajian kes. Peserta diminta menjawab soalan kajian kes dan penyediaan video. Peserta menjawab 50 soalan objek dalam bahagian kedua pada 9 Mei 2023 yang juga upacara penutupan dan penyampaian hadiah. Pegawai Pendidikan Daerah, YBhg Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M. merupakan tetamu jemputan khas menyempurnakan majlis penutupan program. Pertandingan ini telah disertai oleh murid daripada SMK Seri Kampar, SMK Methodist ACS, SMK Pei Yuan, SMK Dato’ Bendahara CM Yusuf, SMK Tronoh, SMK Kampar dan SMK Idris Shah. SMK Idris Shah telah mengungguli pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai RM600 dan sijil. Tempat kedua dimenangi oleh SMK Methodist (ACS) Kampar dan membawa pulang wang tunai RM400 dan sijil, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Pei Yuan dan membawa pulang wang tunai RM200 dan sijil. Anugerah pembentang terbaik dimenangi oleh Nur Athirah Amani Binti Hasrudin dari SMK Dato’ Bendahara C.M Yusuf yang membawa pulang wang tunai RM 100 dan sijil. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. UTAR Inter-School Accounting Challenge Competition 2023 telah diadakan bermula 10 April 2023. Pertandingan ini adalah inisiatif dari Jabatan Perakaunan dan Perdagangan, Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan.
Pada 30 Mac 2023 bertempat di Dewan Warisan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah telah diadakan Program Dialog Prestasi Pemulihan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Bilangan 1 2023. Program yang dijalankan melibatkan kehadiran 161 warga pendidik dalam kalangan Guru Besar, Pegawai PPD, Guru Pemulihan Khas, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Ketua Panitia Matematik. Timbalan PPD Sektor Perancangan, Encik Azmi bin Mat Saat, semasa menyampaikan ucapannya telah menyentuh Isu Strategik Ke-7 Pejabat Pendidikan Kinta Selatan iaitu Penguasaan 3M terutamanya dalam kalangan murid Tahun 3 yang turut menjadi Petunjuk prestasi (KPI) Guru Besar. Perkara utama yang dibincangkan dalam Dialog Prestasi ini adalah berkaitan data Pemulihan Khas (Tahun 6) dan Status Tidak Menguasi Bahasa Melayu (Tahun 2-6) selain isu-isu penting berkaitan Kelas Pemulihan Khas. Selain itu, Cikgu Seri Tanjong daripada SK Air Hitam Labu turut berkongsi amalan tebaik sekolah beliau yang bertajuk Guru Kecil. Manakala, Encik Ahmad Shauri bin Alias, PK HEM SK Seri Tronoh turut membentangkan Amalan Terbaik TS25 sekolah beliau. EDI S I 2 / 202 3 DIALOG PRESTASIPEMULIHANKHAS BILANGAN1TAHUN2023
EDI S I 2 / 202 3