The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ppd-a110-cm29, 2022-12-21 03:43:16

PPDKIS DIGEST Bil 3 2022

PPDKIS DIGEST Bil 3 2022

2 PPDKiS Digest

BICARA PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA SELATAN

‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Salam Mengangkat Harga Diri dan Maruah Anak Didik Kita

Puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmatNya, PPDKiS Digest
terbitan ketiga bagi tahun 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi ini memaparkan
perjalanan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Mei dan Jun 2022. Terbitan
kali ini amat bermakna kerana pelbagai aktiviti utama PPD Kinta Selatan telah
dilaksanakan.

Penerbitan edisi ini juga dilihat lebih menarik
kerana memaparkan beberapa program utama
iaitu Jerayawara YBhg. Pengarah Pendidikan
Perak, Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri
Perak, Sambutan Hari Raya dan Hari Guru
Peringkat PPD Kinta Selatan, serta Jaringan
Kepakaran dan Rakan Strategik Bil. 1 Tahun
2022. Turut dirakam dalam terbitan kali ini
Penerima Anugerah Sempena Sambutan Hari
Guru Tahun 2022. Segala detik indah suka duka
telah dilakarkan dalam edisi terbitan ketiga ini.

Akhir kata, bagi pihak sidang redaksi
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung. Kami amat
berharap rakaman aktiviti ini bakal memberi
inspirasi dan idea kepada semua pihak dalam
meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran demi mengangkat harga diri dan
maruah anak didik kita.

DR. MIOR HAMDAN BIN HAJI GHAZALI, A.C.M.
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

EDISI 3/2022 3

JERAYAWARA YBHG. PENGARAH PENDIDIKAN PERAK - BICARA
EKSEKUTIF PENGARAH BERSAMA WARGA PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN TAHUN 2022

Pada 20 Jun yang lalu, Pejabat Pendidikan Pengetua dan Guru Besar berhubung
Daerah Kinta Selatan telah menganjurkan peranan dan tanggungjawab Penjawat
Jerayawara YBhg Pengarah Pendidikan Awam (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
Perak—Bicara Eksekutif Pengarah dan menegaskan amanat yang penting
Bersama Warga Pendidikan PPD Kinta yang dijadikan pedoman dalam
Selatan bagi tahun 2022. Amanat YBhg. melaksanakan tugas dan tanggungjawab
Tn. Aznan bin Hj. Alias, AMP., Pengarah kepada rakyat. Antaranya adalah Amanat
Pendidikan Perak dalam Program Bicara Menteri Kanan Pendidikan berkaitan
Eksekutif warga pendidikan PPD KiS ini dengan huruf “KPM” iaitu Kualiti,
dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Produktiviti dan Modenisasi.
Timbalan PPD dan pegawai-pegawai PPD
serta Pengetua dan Guru Besar. Selain itu, beliau turut menyampaikan
Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan
Aturcara dimulai dengan Awam (KPPA) dan Perancangan Strategik
pembentangan “Report Card” - Success JPN Perak (2020 - 2024) yang merangkumi
Stories PPD KiS, Murid & Guru, Misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Bantuan Banjir dan kecemerlangan inovasi 2013 - 2025, “Sekolahku Sejahtera” serta
oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj Ghazali., cabaran SPM dan School Performance
ACM., Pegawai Pendidikan Daerah Kinta “Booster”.
Selatan. “Report Card” yang dibentang
menunjukkan peningkatan dalam aspek Dengan huraian dan penegasan
inovasi dan kemenjadian murid sepanjang amanat yang telah disampaikan oleh YBhg.
cabaran Pandemik dan Fasa Endemik. Tuan Pengarah Pendidikan Perak, warga
pendidikan PPD Kinta Selatan akan terus
YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan memberi dokongan dan bersama dalam
Perak telah menggariskan amanat dan memastikan tindakan dan susulan dapat
pesanan kepada semua pegawai, dilaksanakan serta memberi impak kepada
kemenjadian “Murid Kalis Masa Hadapan”.

4 PPDKiS Digest

YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Perak Reruai pameran tersebut disertai oleh
turut sudi meluangkan masa melawat reruai Pn. Siti Nurani binti Mukhtar (SBP Integrasi
Pameran Inovasi Pendidikan yang Gopeng), Pn. Roziana binti Mohamad Som
diadakan melibatkan guru-guru dan murid- (SK Pos Dipang) bersama 4 murid SK Pos
murid yang telah mencapai kecemerlangan Dipang, Pn. Aznee Fazrien binti Ramli (SK
dalam pertandingan inovasi peringkat Malim Nawar), Pn. Hassrina binti Hassan
kebangsaan dan antara bangsa. Beliau Basri (SK Bukit Pekan) serta murid dan
berkesempatan beramah mesra dengan guru PPKI SMK Sentosa (Pembuatan Roti).
semua peserta serta menyampaikan kata-
kata semangat dan pujian untuk terus
berinovasi.

EDISI 3/2022 5

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan, Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali, ACM., Timbalan-
timbalan PPD, Penolong-penolong PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru hadir sama-
sama memeriah dan menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak Tahun
2022 di Dewan Tuanku Canselor, UPSI pada 19 Mei 2022 (Khamis). PPD Kinta Selatan
menyertai Pameran Inovasi : Satu PPD Satu Kehebatan yang diselaraskan oleh Tn. Hj.
Hassan Azahari bin Yunus (SIP+), Jawatankuasa Penyelaras dan guru-guru. Warga
pendidikan PPD Kinta Selatan turut menerima beberapa anugerah semasa majlis ini. Majlis
penuh gemilang ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar
Perak Darul Ridzuan. PPD Kinta Selatan tidak melepaskan peluang menyampaikan
Cenderamata Kenangan Hari Guru kepada YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri
Besar Perak Darul Ridzuan, yang merupakan seorang guru. Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali,
ACM., menyampaikan Kompilasi Anekdot Guru-Guru PPD Kinta Selatan “Rezeki Tak Salah
Alamat” serta Jambangan Bunga kepada YAB Menteri Besar Perak.

6 PPDKiS Digest

PENERIMA ANUGERAH : SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
NEGERI PERAK TAHUN 2022

Pada Majlis Sambutan Hari Guru 3. Pn. Zuliza binti Zakaria – Guru SK Pos
Peringkat Negeri Perak Tahun 2022, PPD Dipang
Kinta Selatan telah menerima anugerah 4. Pn. Aznee Fazrein binti Ramli – Guru
pelbagai kategori. Tahniah diucapkan SK Malim Nawar
kepada semua penerima anugerah yang 5. Pn. Siti Nuraini binti Mukhtar – Guru
sama-sama memastikan Slogan PPD SBPI Gopeng
Kinta Selatan “Mengangkat Harga Diri dan 6. Pn. Maslin binti Kamaruddin – Guru
Maruah Anak Didik Kita” direalisasikan SMK Sultan Yussuf
seiring dengan Tema Hari Guru ‘Guru 8. Pn. Nur Fadhlina binti Khairuddin –
Tunjang Sekolah SEJAHTERA’. Dr. Mior Guru SK Gopeng Jalan Ilmu
Hamdan bin Hj. Ghazali, A.C.M., Pegawai 9. En. Mohammad Irfan Mustaqim bin
Pendidikan Daerah, berharap anugerah Ariffin – Guru SK Methodist (ACS)
yang diterima ini akan menjadi pencetus Kampar.
dan penanda aras kepada semua warga
pendidikan PPD Kinta Selatan untuk terus Pingat Penghormatan Guru
mengecapi kecemerlangan dalam 10. Tn. Hj. Rostam bin Abdul Razak -
berinovasi, pengurusan pendidikan dan Pengetua Cemerlang, SMK Sultan Yussuf
PdP. 11. Shee Yuen Ling - Guru SJKC New
Kopisan
Senarai Penerima Anugerah:
Tahniah dan Syabas kepada semua
1. Pn. Rozziana binti Mohamad Som – penerima anugerah!
Guru SK Pos Dipang

2. Pn. Roziawaty binti Mohd Sayuty – Guru
SK Pos Dipang

EDISI 3/2022 7

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI GURU
PPD KINTA SELATAN 2022

Pada 27 Mei 2022 (Jumaat) bersamaan 25 Acara kemuncak sambutan kali ini ialah
Syawal 1443H, Pejabat Pendidikan pengumuman Pertandingan Gerai/Kiosk
Daerah Kinta Selatan telah menganjurkan Terceria di samping nyanyian merdu
satu sambutan terbesar dengan alunan penyanyi guru dan murid dengan
mensasarkan 1500 orang jemputan. Majlis irama suasana Hari Raya serta lagu-lagu
tersebut merupakan Sambutan Hari Raya popular diiringi oleh "The Gems Stone"
Aidil Fitri dan Hari Guru Peringkat Pejabat yang terdiri daripada pemuzik guru-guru
Pendidikan Daerah Kinta Selatan. termasuk guru yang telah bersara.

Sambutan kali ini diserikan dengan Pelbagai juadah disediakan termasuk
kehadiran Yang Di Hormati, Toh Sedewa Rendang, Lemang dan Bahulu [dimasak
Raja Dato' Haji Abdul Talib Bib Abd. secara gotong-royong] Laksa, Bihun Sup,
Fahmi., Orang Besar Jajahan Kampar, YB Sate, Lontong, bubur-bubur dan minuman,
Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi, cendol serta pencuci mulut disediakan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,
Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dalam penutupan majlis sambutan,
Negeri Perak., Timbalan Pengarah Sektor Pegawai Pendidikan Daerah Kinta
Pengurusan Sekolah - Mewakili Pengarah Selatan, Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali,
Pendidikan Perak; Ahli Parlimen & Ahli A.C.M., melahirkan kesyukuran dengan
Dewan Undangan Negeri; Ketua-ketua cuaca yang amat menyenangkan serta
Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah pelaksanaan sambutan kali ini berjalan
Kampar dan Batu Gajah (Kinta) & wakil; lancar, penuh ceria, dan mendapat
Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri maklum balas yang positif dari jemputan
Perak Bersara; Pegawai-Pegawai yang hadir.
Pengurusan Tertinggi JPN - KPPK, KPP &
wakil; Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Semoga pengalaman dalam
Utara & wakil PPD Negeri Perak, Pegawai-
pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan menganjurkan sambutan sebegini besar
Bersara; Pengetua & Guru Besar semua
sekolah PPD KiS, petugas-petugas, guru- akan menjadi teladan serta pengalaman
guru, AKP, PIBG, PIBKS, ibu bapa, murid-
murid dan komuniti setempat. indah buat semua warga Pejabat

Pendidikan Daerah sama ada bertugas di

PPD, sekolah mahupun Guru-guru, Ibu

Bapa, PIBKS & Murid-murid

Sambutan dilengkapi dengan

penyampaian Sijil & Plaq penghargaan

kontigen PSKPP PPDKiS 2022 yang

memperoleh tempat TERBAIK dalam

pertandingan yang diadakan dan

penghargaan turut disampaikan kepada

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah,

Rakan-Rakan Strategik dan Health Care

Organisation (HCO).

8 PPDKiS Digest

EDISI 1/2022 9

PENYERAHAN BENDERA PSKPP PERAK KEPADA
TUAN RUMAH TAHUN 2023 KALI KE-50 (JUBLI EMAS)

Pesta Sukan dan Kebudayaan
Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Perak
Tahun 2022 Kali ke-49 telah melabuhkan
tirainya pada Majlis Penutupan yang
diadakan di UPSI pada petang Ahad, 22 Mei
2022. Majlis Penutupan PSKPP Perak
Tahun 2022 Kali ke-49 ini disempurnakan
oleh YB. Ahmad Saidi bin Mohamad Daud,
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia.
Semasa majlis ini, Penyerahan Bendera
PSKPP Perak kepada Tuan Rumah Tahun
2023 telah dilaksanakan. Tiba giliran PPD
Kinta Selatan untuk melaksanakan
tanggungjawab sebagai Tuan Rumah pada
tahun 2023.

Majlis Penyerahan Bendera PSKPP
Perak kepada Tuan Rumah Tahun 2023
Kali ke-50 (Jubli Emas) telah
disempurnakan oleh YB. Ahmad Saidi bin
Mohamad Daud, Pengerusi Jawatankuasa
Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber
Manusia. Bendera Kejohanan PSKPP Perak
diserahkan kepada Dr. Mior Hamdan bin Hj.
Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan
Daerah Kinta Selatan.

Dr. Mior Hamdan bin Hj. Ghazali,
ACM., ketika ditemui menyatakan
kesyukuran kerana PPD Kinta Selatan diberi
peluang menjadi Tuan Rumah PSKPP
Perak pada Sambutan Ulang Tahun kali ke-
50 (Jubli Emas). Beliau bertekad, PPD Kinta
Selatan akan bersedia dan merancang
secara terperinci setiap sudut pelaksanaan
PSKPP Perak Tahun 2023 kali ke-50 ini,
menjadikan Sambutan Jubli Emas penuh
bermakna, penuh gilang-gemilang dan
berprestij. Gerak kerja perancangan,
penyusunan dan pelaksanaan akan
dimulakan segera untuk memenuhi
tanggungjawab dan amanah yang diterima.

10 PPDKiS Digest

JARINGAN KEPAKARAN DAN RAKAN STRATEGIK PENDIDIKAN
BIL. 01 TAHUN 2022

Pada 23 Jun yang lalu, bertempat di Kemuncak Jaringan kali ini ialah
De5@PPDKiS, Gopeng, satu pengupayaan acara menandatangi Memorandum
kepakaran pendidikan telah dizahirkan Persefahaman Jaringan Kepakaran dan
bersama Sektor Pembelajaran Jabatan Rakan Strategik Pendidikan Bil 01/22
Pendidikan Negeri Selangor (JPNS). antara JPN Selangor bersama-sama
Timbalan PPD Pembelajaran seluruh
Kehadiran peneraju utama - YBhg. Datin Negeri Selangor bersama PPD Kinta
Hjh. Nor Faridah binti A. Bakar, Timbalan Selatan yang berfokuskan kepada :
Pengarah Sektor Pembelajaran JPNS - Penarafan Kecemerlangan JPN
bersama-sama KPPK dan Pegawai Sektor (PKJPN)
serta Timbalan PPD Sektor Pembelajaran - Penarafan Kecemerlangan PPD
seluruh negeri Selangor telah menjadikan (PKPPD)
program yang dianjurkan kali ini mempunyai - Perkongsian Amalan Baik.
signifikan serta objektif untuk digapai. - Pengurusan Berkesan

Jalinan kepakaran ini dimeterai bersama
PPD Kinta Selatan dalam suasana cukup
bermakna dengan Slot Perkongsian Jaringan
Kepakaran oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj.
Ghazali, A.C.M., Pegawai Pendidikan Daerah
Kinta Selatan. “Sharing Session” oleh Dr. Mior
Hamdan Hj Ghazali menyentuh “Report Card”
iaitu laporan kemajuan PPD KiS bermula
tahun 2017 sehingga kini dan
membentangkan usaha berterusan dalam
khidmat komuniti, kebitaraan, success story,
inovasi dan peluang-peluang kepakaran yang
ada dan boleh dilaksanakan bersama-sama
PPD Kinta Selatan.

Peserta yang terlibat menzahirkan
keterujaan untuk merealisasikan hasrat
jaringan kepakaran dan sebagai rakan
strategik bersama-sama PPD Kinta
Selatan dalam bidang-bidang yang
berkaitan.

Semoga usaha antara Sektor
Pembelajaran JPNS bersama-sama
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
seluruh Negeri Selangor bersama PPD
Kinta Selatan diberkati demi kemajuan
dan kemenjadian “Anak-anak Murid Kalis
Masa Hadapan”

EDISI 2/2022 11

INSPIRASI QASEH KAMI : SUMBANGAN AIDILFITRI 2022 -
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM)

YaPEIM telah menyampaikan sumbangan Menurut Dr. Mior Hamdan bin Hj.
Aidilfitri 2022 kepada 5 keluarga asnaf dan Ghazali, A.C.M., PPD Kinta Selatan akan
75 orang anak yatim melalui Program terus bekerjasama dengan YaPEIM dari
Inspirasi Qaseh Kami dengan kerjasama masa ke masa. Sebelum ini, YaPEIM dan
PPD Kinta Selatan. PPD Kinta Selatan pernah bekerjasama
dalam sumbangan Food Bank - YaPEIM.
Sumbangan telah disampaikan oleh
YaPIEM Perak diwakili oleh En. Mohd.
Nazmi bin Mohd Hizan, Ketua Penyelaras
Komuniti, YaPEIM kepada 5 keluarga
asnaf. Sumbangan kepada 75 anak yatim
disampaikan kepada Dr. Mior Hamdan bin
Hj. Ghazali, ACM., Pegawai Pendidikan
Daerah dan seterusnya akan diserahkan
kepada anak-anak yatim melalui sekolah
masing-masing.

LATIHAN PUSAT & RAKAMAN VIDEO PERTANDINGAN PADNI
PERINGKAT NEGERI PERAK

Pada 1 hingga 23 Jun 2022, telah
diadakan Latihan Pusat dan Rakaman
Video Pertandingan PADNI Peringkat
Negeri Perak dengan usahama Unit
Pendidikan Islam (UPI), Studio Cikgu
Saarani (SCS) dan Guru-guru muzik serta
Guru-guru Pendidikan Islam.

Latihan pusat kali ini telah dipantau
sepenuhnya oleh Dr. Mior Hamdan bin Hj.
Ghazali, A. C. M. yang secara langsung
melibatkan diri dalam memberi semangat,
idea, pandangan, cadangan dan
memastikan peserta-peserta berlatih
dengan baik dan lancar.

Adalah menjadi harapan agar murid-
murid yang pilih dalam latihan pusat ini
dapat menjadikan usaha ini sebagai satu
wadah untuk memperolehi kejayaan atas
tiket “JUARA” dan seterusnya mewakili
PPD Kinta Selatan dalam pertandingan
MQSS, ILSS, FKISS & KAFOA di
peringkat daerah.


Click to View FlipBook Version