The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuranwar1211, 2020-10-19 00:56:28

MAULIDUL RASUL SK SERI KELANA

Pertandingan Selawat Individu


( Tahap 2 Sahaja )







Pertandingan membuat ‘Banner’



sempena Maulidul Rasul



( Tahap 1 & 2 )





Kuiz Terbuka ( Tahap 1 dan 2 )





Pertandingan Mewarna



( PRA dan PPKI )





Alunan Selawat setiap pagi bermula


19/10/2020-30/10/2020

PETIKAN MAULIDUL RASUL 1441 H

BUAT WARGA SK SERI KELANA.




Junjungan Penghulu ALam Buana Saidina wa Maulana Muhammad
Sallallahu Alaihi Waala Alihi Wasohbihi wasallama taslima..




Merupakan sebaik- baik dalam penciptaan dan budi pekertinya,

Baginda adalah insan yang paling suka memberi petunjuk , pada

jalan kebenaran.



Akhlaknya adalah Al-Quran,


Tabiatnya memberi kemaafan,

Baginda memberi nasihat kepada manusia dan amat gemar
membuat kebaikan.




Baginda (ص) selalu memaafkan kesalahan orang lain, jika itu soal
hak peribadinya.

Namun, jika hak Allah yang dilanggar maka tak seorang pun

sanggup berdiri menghadapi kemarahannya.



Siapa pun melihat baginda (ص)


Walau sekilas pandang pasti akan menggeruninya.



Jika ada orang miskin mengundang baginda,


Tentu dia didatanginya.

Baginda (ص) tetap mengatakan kebenaran walaupun pahit,

Tak pernah dirinya menyimpan dendam didalam hati,


Lagi tak pernah bohong atau membahayakan orang Musyrik.



Siapapun yang pernah melihat wajah baginda (ص)


akan segera tahu, bahawa baginda bukan seorang penipu,

Dirinya bukan seorang pengumpat, apatah lagi seorang pencela.




Baginda (ص) jika gembira, wajahnya bagai belahan bulan,

Bila berbicara kepada manusia, seolah-olah mereka memetik buah
nan manis dari bicaranya itu.

Pabila baginda tersenyum, maka senyumanya itu sesejuk titisan

embun.

Dan apabila berkata-kata, seakan butiran mutiara berjatuhan dari
perkataannya.




Karya ini telah dipetik dari petikan;

Kitab Maulid Al Diba’i karya Ulama besar Hadith Al-Imam

Wajihuddin Abdur Rahman bin Muhammad Ad Diba’I Asy- Syaibani
R.A

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI KELANA,SEREMBAN


Tarikh : 08.JAN 2016 (Jumaat)
Masa : 7.40-8.40 PAGI
Tempat : TAPAK PERHIMPUNAN



Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah bagi tahun
2016M/1437H yang bertemakan "PERPADUAN NADI TRANSFOMASI NEGARA"

telah diadakan pada 08 Jan 2016 yang dianjurkan oleh PanitiaAgama Islam Sekolah
Kebangsaan Seri Kelana. Ianya melibatkan semua warga sekolah iaitu murid pra sekolah

hingga tahun enam serta semua guru. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa
oleh wakil murid dan pada jam 7.45 pagi majlis diteruskan dengan selawat keatas nabi

junjungan besar nabi Muhammad S.A.W oleh Ustaz Ibrahim b.Abas.




Setelah selesai berselawat program diteruskan lagi dengan ceramah sempena

Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Faizal b.Mohd Badri guru Pendidikan
Islam SK Seri Kelana .Beliau menyampaikan ceramah berkaitan sifat-sifat Mahmudah

Rasulullah SAW yang patut dicontohi dan diteladani oleh semua murid. Ustaz telah
menyampaikan ceramah beliau dalam bentuk cerita yang sangat menarik,selain itu ustaz

telah memberi soalan kuiz secara spontan kepada murid ketika beliau sedang bercerita,
dan murid mendapat hadiah terus daripada ustaz.Ceramah itu telah diakhiri tepat pada

jam 8.40 pagi. Semua murid bersurai dan meneruskan PdP masing-masing didalam kelas

KERTAS CADANGAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
SK SERI KELANA,SEREMBAN


1. PENDAHULUAN

Sambutan Maulidul Rasul merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang
disambut pada 12 Rabiul Awal setiap tahun hijrah. Dengan pelaksanaan sambutan ini
dapat meningkatkan kecintaan,pengetahuan dan ingatan murid terhadap Nabi
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan cahaya kepada seluruh
ummat Islam.

2. MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid tentang keperibadian Nabi Muhammad S.A.W
dan menguji pengetahuan sedia ada murid.

3. RASIONAL

Majlis ini dirancang untuk mengingati hari kelahiran Nabi junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W supaya semua warga sekolah dapat menjadikan Nabi Muhammad
S.A.W sebagai ‘ROLE MODEL’ dalam kehidupan.

4. OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan
rahmat sekalian alam.
4.2 Meningkatkan pengetahuan mengenai sejarah kehidupan Nabi Muhammad
dengan lebih jelas
4.3 Mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.


5. SASARAN

Semua murid beragama Islam


6. MASA / TEMPAT

Tarikh : 30/10/2020
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 am

7. KAEDAH / METODOLOGI

7.1 Pertandingan Selawat individu ( Tahap 2 sahaja )
7.2 Pertandingan membuat ‘Banner’ sempena Maulidul Rasul ( Tahap 1 & 2 )
7.3 Kuiz Terbuka ( Tahap 1 dan 2 )
7.4 Pertandingan Mewarna ( PRA dan PPKI )
7.5 Alunan Selawat setiap pagi bermula 19/10/2020-30/10/2020


8. TENTATIF PROGRAM

7.40 – 8.00 PAGI : 1.Bacaan Doa
2.Bacaan info Maulidul Rasul
3.Nasyid
4. Alunan Selawat oleh Ustaz Ibrahim bin Abas


8.00 – 8.10 PAGI : Pengumuman Keputusan:
1. Pertandingan Selawat individu tahap 2
2. Pertandingan ‘Banner’ antara kelas tahap 1 dan 2
3. Pertandingan Kuiz Terbuka.
3. Pertandingan mewarna PPKI dan PRA


9. JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : En Amir Fikri bin Ithnin (Guru Besar SK Seri Kelana)

Timbalan Pengerusi : Pn Norashikin binti Baharudin ( GPK Ko-Kurikulum)


Naib Pengerusi I : Puan Juliya binti Hapido (GPK 1)

Naib Pengerusi II Puan Harizan binti Hashim (GPK HEM)
Puan Faridah binti Mohd Isa ( GPK PETANG )
Puan Nik Khairun Nisa binti Abu Bakar (GPK PPKI)

Ketua Panitia : Pn Zanaliza binti Mohamed
Penyelaras : En Ibrahim bin Abas / Pn Zanariah Binti Anwar


Pengacara Majlis Sesi Pagi : En Ibrahim bin Abas


Pengacara Majlis Sesi Petang : En Suzairi Bin Ab Rahman

Penyelaras Pertandingan Selawat Individu : Guru Pendidikan Islam
Tahap 2


Penyelaras Pertandingan ‘Banner’ Maulidul Rasul : Guru Pendidikan Islam &

Bahasa Arab serta Guru Kelas Tahap 2


Penyelaras Kuiz Terbuka : Guru Pendidikan Islam Tahap 1 dan 2


Penyelaras Pertandingan mewarna PPKI dan PRA : Guru Pendidikan Islam

PRA dan PPKI


10. SUMBER KEWANGAN

Bayaran Bantuan Tambahan Persekolahan ( BBTP ) Kegiatan Pendidikan Islam :
RM 5185.94


11. PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH

JOHAN RM 100 X 2 KELAS RM200
1 Cenderamata Pertandingan NAIB JOHAN RM 80 X 2KELAS RM160
Banner Tahap 1&2 TEMPAT KE-3 RM70 X 2 KELAS RM140
SAGUHATI RM50 X 10 KELAS RM500



CenderamataPertandingan JOHAN :RM 30 X 13 KELAS RM390
2 Selawat Tahap 2 NAIB JOHAN :RM20 X 13 KELAS RM260
TEMPAT KE 3 :RM 15 X 13 KELAS RM195
SAGUHATI :RM 10 X 2 ORANG X 13 RM260
KELAS




3 Pertandingan Kuiz Terbuka Tahap RM5 X 10 ORANG X 28 KELAS RM 1,400
1 & 2


4 Pertandingan mewarna PRA JOHAN RM 20 X 1 ORANG RM20

NAIB JOHAN RM 15 X 1 ORANG RM15
TEMPAT KE-3 RM10 X 1 ORANG RM10


5 Pertandingan mewarna PPKI JOHAN RM 20 X 1 ORANG RM20
NAIB JOHAN RM 15 X 1 ORANG RM15
TEMPAT KE-3 RM10 X 1 ORANG RM10


JUMLAH RM3595



12. PENUTUP

Panitia Pendidikan Islam berharap semoga program dapat dilaksanakan dengan baik
dan mencapai objektif program. Disamping itu juga, semua murid dan warga sekolah
akan sentiasa terdedah dengan ilmu Sirah ini untuk meningkatkan lagi rasa cinta dan
kasih kepada Nabi junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.







DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH

______________________ _____________________
(EN IBRAHIM BIN ABAS ) (EN AMIR FIKRI BIN ITHNIN)

PENYELARAS PROGRAM GURU BESAR
SK SERI KELANA

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH
SK SERI KELANA,SEREMBAN


Tarikh : 08.JAN 2016 (Jumaat)
Masa : 7.40-8.40 PAGI
Tempat : TAPAK PERHIMPUNAN


Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah bagi tahun

2016M/1437H yang bertemakan "PERPADUAN NADI TRANSFOMASI NEGARA"

telah diadakan pada 08 Jan 2016 yang dianjurkan oleh PanitiaAgama Islam Sekolah
Kebangsaan Seri Kelana. Ianya melibatkan semua warga sekolah iaitu murid pra sekolah

hingga tahun enam serta semua guru. Majlis pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa
oleh wakil murid dan pada jam 7.45 pagi majlis diteruskan dengan selawat keatas nabi

junjungan besar nabi Muhammad S.A.W oleh Ustaz Ibrahim b.Abas.




Setelah selesai berselawat program diteruskan lagi dengan ceramah sempena
Maulidul Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Faizal b.Mohd Badri guru Pendidikan

Islam SK Seri Kelana .Beliau menyampaikan ceramah berkaitan sifat-sifat Mahmudah

Rasulullah SAW yang patut dicontohi dan diteladani oleh semua murid. Ustaz telah

menyampaikan ceramah beliau dalam bentuk cerita yang sangat menarik,selain itu ustaz
telah memberi soalan kuiz secara spontan kepada murid ketika beliau sedang bercerita,

dan murid mendapat hadiah terus daripada ustaz.Ceramah itu telah diakhiri tepat pada
jam 8.40 pagi. Semua murid bersurai dan meneruskan PdP masing-masing didalam kelas


Click to View FlipBook Version