The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asfa304, 2024-03-02 11:19:19

INTEGRITY

JANUARI 202 1 # 1 LAGI BERITA BERKAITAN BERITA INTEGRITI Kerajaan Terpaksa Bayar Pampasan Ganti Rugi - Murid Tercedera Kerana Guru Hadiri Mesyuarat Dalam Waktu PdPc 26 Julai 2019 AMedium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Cikgu disaman kerana tidak hadir kelas selama 7 bulan MELAKA - Seorang murid dilaporkan mengalami kecederaan di mata kerana berlaku kemalangan sewaktu bermain di dalam kelas ketika ketiadaan guru. Guru tersebut didakwa telah meninggalkan kelas dalam waktu PdPc kerana diarahkan menghadiri suatu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan. Tindakan tersebut telah melanggar arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981: Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah. Kecuaian guru tersebut dan Pentadbir sekolah dalam hal ini telah menyebabkan pihak Kerajaan terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membayar pampasan ganti rugi kepada pihak awam. Tindakan guru dan Pentadbir sekolah tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai serta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(j), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. SABAH - Tiga pelajar memfailkan saman terhadap guru bahasa Inggeris kerana didakwa gagal hadir ke kelas di SMK Taun Gusi, Kota Kinabalu, Sabah. Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, melalui firma guaman Tetuan Roxana & Co. memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada November 2020. Ketiga-tiga mereka kini berusia 19 tahun, memfailkan saman tersebut terhadap guru berkenaan atas dakwaan gagal mengajar mereka dalam kelas bahasa Inggeris antara Mac dan November 2017. "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera"


B E R IT A I N TEG R ITI "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" ETI K A P A K A I A N PEG AWA I AWAM Cara berpakaian melambangkan keperibadian, disiplin dan profesionalisme pegawai awam. Etika berpakaian pegawai awam merangkumi pemakaian baju, kasut, tanda nama dan gaya/potongan rambut yang perlu sentiasa bersih, kemas dan bersesuaian. Pegawai awam yang dibekalkan dengan pakaian seragam pula hendaklah memakai pakaian seragam tersebut sepanjang masa bertugas. Selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang pegawai awam semasa bertugas hendaklah sentiasa mengikut etika berpakaian yang ditentukan oleh Kerajaan melalui surat arahan dan pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pelanggaran terhadap arahan tersebut boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(i), peraturan-peraturan yang sama. b il. 1/2022 #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6 Tahun 1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7 Tahun 2001 Surat Edaran JPA bertarikh 15 Mac 2005 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 Surat Siaran KPPM bertarikh 26 Julai 2010 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2013 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2021 Surah Al-A'raaf 7: 26 "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya."


F E B R U A R I 2 0 2 1 | # 2 BERITA INTEGRITI Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka TINDAKAN TATATERTIB JIKA TIDAK PATUH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) PUTRAJAYA - Penjawat awam perlu menyedari risiko yang perlu mereka tanggung sekiranya melanggar perintah, peraturan dan pekeliling dikeluarkan Kerajaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengingatkan semua penjawat awam supaya mematuhi segala peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKP yang dilaksanakan Kerajaan ketika ini. Kegagalan mematuhi SOP PKP boleh menyebabkan seseorang penjawat awam itu bukan sahaja dikenakan kompaun, malahan juga boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(d), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] kerana telah mencemarkan nama perkhidmatan awam. 18 PENJAWAT AWAM DIKOMPAUN RM1000 KERANA LANGGAR SOP KEDAH - Polis mengenakan kompaun kepada 18 penjawat awam atas pelbagai kesalahan ingkar SOP yang ditetapkan sepanjang PKP. "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman #jpnmelakajenamakerajaannombor1


BERITA INTEGRITI M A C Me d i um S i a r a n R a smi S e k t o r I n t e g riti , J a b a t a n P e n d i d i k a n Ne g e ri Me l a k a MELAKA - Sehingga bulan Mac 2021, Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menerima 2 aduan kes penyelewengan melibatkan 7 orang individu manakala bilangan kes tatatertib penyelewengan yang masih aktif sehingga kini adalah sebanyak 6 kes. Majoriti kes penyelewengan yang diterima Jabatan ini adalah melibatkan pengurusan kewangan di sekolah di mana dapat dikesan hasil daripada pemeriksaan audit sekolah oleh Bahagian Audit Sekolah Negeri. Pelbagai modus operandi yang digunakan oleh pelaku bagi menyembunyikan kegiatan penyelewengan mereka seperti meniru tandatangan Ketua Jabatan, meminda amaun di penyata kewangan dan menyorokkan dokumen-dokumen kewangan. Bak kata pepatah, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." Salah laku yang cuba disembunyikan pasti akhirnya terbongkar jua. Perbuatan penyelewengan boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah, tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah serta boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(f), 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan juga boleh dikenakan hukuman surcaj di bawah Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957. Antara punca berlakunya kes penyelewengan: "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 # 3 2 0 2 1 "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua" Ketua Jabatan kurang pengetahuan tentang pengurusan kewangan. Kurang pemantauan oleh Ketua Jabatan ke atas pegawai bawahan. Pegawai yang menguruskan kewangan TIDAK BERINTEGRITI. Tidak mematuhi tatacara pengurusan kewangan.


Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai, Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok kedua pandai. BERITA INTEGRITI Medium Siaran Rasmi Sektor Integri t i, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" #j p n m e l a k a j e n a m a k e r a j a a n n o m b o r 1


PENJAWAT AWAM WAJIB AMBIL VAKSIN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan media baru-baru ini MEWAJIBKAN semua penjawat awam untuk mengambil vaksin Covid-19 dan segera melengkapkan imunisasi tersebut sebelum 1 November 2021. Dasar pelaksanaan imunisasi Covid-19 bagi pegawai perkhidmatan awam persekutuan ini diperjelaskan dengan lebih terperinci dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2021. Dalam hal ini, pegawai awam yang masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapat pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah selaras dengan Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sehubungan itu, semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka adalah diingatkan untuk mengambil vaksin dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. Pegawai awam yang didapati melanggar arahan tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib. BERITA I N TE G RITI O K T O B E R 2 0 2 1 M E D I U M S I A R A N R A S M I S E K T O R I N T E G R I T I , J A B A T A N P E N D I D I K A N N E G E R I M E L A K A " P E N D I D I K A N B E R K U A L I T I , I N S A N T E R D I D I K , N E G A R A S E J A H T E R A " # j p n m e l a k a j e n a m a k e r a j a a n n o m b o r1 B I L A N G A N 1 0


BERITA INTEGRITI Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka B I L . 2/2022 Peraturan 5(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam boleh menjalankan pekerjaan luar dengan mendapatkan terlebih dahulu kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya. Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut boleh dibatalkan sekiranya pegawai tersebut melanggar syarat-syarat melakukan pekerjaan luar seperti yang digariskan dalam subperaturan (3), peraturan-peraturan yang sama. Muat turun borang permohonan melakukan pekerjaan luar di https://jpnmelaka.moe.gov.my/tu-muat-turun/category/26- borang-permohonan. Permohonan hendaklah dihantar kepada urus setia (Sektor Integriti, JPN Melaka) dalam tempoh 4 BULAN dari tarikh memulakan pekerjaan luar. Sudahkah anda mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan? PERATURAN 5 ( 3 ), PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWA M (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1 9 9 3 Tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai dikehendaki melaksanakan tugas rasminya. Tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam. "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai sebagai penjawat awam. PPeekkeerrjjaaaann Luar


BERITA INTEGRITI Anda Sudah Isytihar Harta? Punca kuasa Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka BIL. 3/2022 Selaras dengan Peraturan 10, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai awam dikehendaki untuk mengisytihar harta yang dimilikinya atau pasangannya atau anaknya (dalam tanggungan) atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau pihak pasangannya atau pihak anaknya. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 3 TAHUN 2002 "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 baru dilantik dalam perkhidmatan awam; dikehendaki oleh Kerajaan; peroleh harta tambahan; harta yang pernah diisytihar dilupuskan; dan setiap 5 tahun dari tarikh terakhir perisytiharan harta. Pegawai awam WAJIB membuat perisytiharan harta apabila: Kegagalan pegawai awam membuat perisytiharan harta ditafsirkan sebagai ingkar perintah dan boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 8 TAHUN 2008 "Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta; dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya." Sahih al-Bukhari: no. 6421


BERITA INTEGRITI Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka BIL. 4/2022 "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 IINNTTEEGGRRIITTII Kejujuran, Ketelusan, Keikhlasan dan Amanah dalam menjalankan tugas DALAM PEKERJAAN BERUSAHALAH MENCARI KEBERKATAN REZEKI "Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan." (Surah Al-A'raf: 96)


INTEGRITI BERITA BIL. 5/ 2022 "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" Semua pegawai awam DILARANG membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan tersebut untuk diri sendiri atau tuntutan anggota perkhidmatan awam yang lain. Sebagai contoh, meminta ahli politik menyokong permohonan peruntukan pembangunan sekolah dan menggunakan orang kenamaan atau ahli politik dalam urusan pertukaran/penempatan tempat bertugas. Larangan ini selaras dengan Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan sekiranya didapati bersalah, pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan tatatertib. #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka LARANGAN MENGGUNAKAN PENGARUH LUAR Peraturan 4(2)(h), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


B E R IT A I N T E G R ITI Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka BIL. 6/2022 "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" Isu Semasa Kes Tatatertib Kes Aduan LARANGAN MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL Peraturan 4A, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U. (A) 395/1993 MELAKA - Mutakhir ini, didapati bahawa terdapat peningkatan kes gangguan seksual dalam kalangan warga pendidik di negeri Melaka. Kes berlaku bukan sahaja sesama guru malahan antara guru dengan murid. Terdapat juga kes di mana guru wanita melakukan gangguan seksual terhadap guru lelaki. Dalam hal ini, sekiranya terbukti bersalah, pegawai yang dituduh melakukan gangguan seksual boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan 4A, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.(A) 395/1993. "Membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual daripada orang itu." "Perbuatan bersifat seksual sama ada secara lisan, bertulis, visual, psikologi, fizikal atau dengan apaapa lain." "Perbuatan bersifat seksual berhubung dengan orang lain setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut." "Perlakuan bersifat seksual tidak terhad di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam." #jpnmelakajenamakerajaannombor1


BERITA Isu Tatakelakuan Pegawai: Kaedah Menguruskannya INTEGRITI Sering kali pihak Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Pejabat Pendidikan Daerah menerima laporan berkaitan isu tatakelakuan pegawai - pegawai yang bermasalah atau pegawai berprestasi rendah. Lazimnya, Ketua Jabatan akan mengambil tindakan awalan seperti mengadakan perbincangan dua hala, mendapatkan penjelasan surat tunjuk sebab, mengeluarkan surat peringatan dan merujuk pegawai kepada kaunselor. Dalam hal ini, Ketua Jabatan hendaklah membuat pemerhatian, penilaian dan pendekatan yang tepat bagi menguruskan pegawai yang bermasalah. Dasar Pemisah (Exit Policy); Lembaga Perubatan; Jawatan Kumpulan; atau Tindakan Tatatertib Pendekatan yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan adalah seperti berikut: "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 BIL. 7/2022 Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka


BERITA BIL. 8/2022 I N T E G R I T I Pematuhan Guru Terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Semua guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan WAJIB mematuhi segala bentuk arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). Terdapat pelbagai SPI yang telah dikeluarkan oleh KPM dan masih berkuat kuasa. Contohnya, SPI Bil. 2/1981: Ketepatan Masa di Sekolah-Sekolah, SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dan SPI Bil. 3/2017: Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru dan Murid. Namun begitu, terdapat kes di mana guru tidak mematuhi SPI sehingga berlakunya kejadian yang tidak diingini di sekolah. Bertambah teruk apabila kes tersebut melibatkan murid. Sebagai contoh, guru mendenda murid sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan fizikal ke atas murid dan kes difailkan ke mahkamah oleh ibu bapa murid. Dalam hal ini, guru tersebut bukan sahaja telah ingkar perintah terhadap arahan yang ditetapkan dalam SPI yang berkaitan, malahan telah mencemarkan imej perkhidmatan awam. Sekiranya didapati bersalah, guru berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana perbuatannya boleh ditafsirkan mencemarkan imej perkhidmatan awam dan ingkar perintah di bawah Peraturan 4(2) (d) dan 4(2)(i), PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. MEDIUM SIARAN RASMI SEKTOR INTEGRITI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" #jpnmelakajenamakerajaannombor1


Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Berita Integriti Daripada Ibn Umar r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: (Wajib) Ke atas semua muslim untuk mendengar dan mentaati pemerintah sama ada dalam perkara yang dia suka atau tidak, melainkan sekiranya pemimpin itu memerintahkan kepada perkara maksiat. Sekiranya dia memerintahkan perkara maksiat, maka tidak perlu didengari dan ditaati. (Sahih Muslim, Buku 20, Hadith 4533) Bekerja dalam sesebuah organisasi memerlukan mutual understanding antara pemimpin dan pegawai bawahan. Kedua-dua pihak saling memerlukan bagi memastikan visi dan misi organisasi tercapai. Pemimpin (Pengetua/Guru Besar) mempunyai peranan yang sangat penting dalam mencorakkan pengurusan sekolah tanpa mengetepikan kepentingan mewujudkan kesepakatan dan suasana yang harmoni dalam organisasi. Hubungan yang baik antara Pengetua/Guru Besar dengan guru-guru dan staf sokongan merupakan 'essence' kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Sebarang perselisihan faham atau ketidakpuasan hati antara Pentadbir dan guru-guru atau staf sokongan hendaklah ditangani dengan bijaksana dan diplomasi. Pada masa yang sama, arahan Pengetua/Guru Besar hendaklah sentiasa dipatuhi selagi tidak bercanggah dengan pekeliling dan peraturan sedia ada. Aduan secara semberono tanpa bukti dan hearsay semata-mata boleh memberi kesan negatif kepada pengurusan organisasi, imej perkhidmatan awam dan pegawai yang diadu. Oleh itu, sama-samalah kita bermuhasabah, membuat refleksi diri dan memfokuskan semula gerak kerja ke arah kecemerlangan organisasi. #jpnmelakajenamakerajaannombor1 "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" BIL. 9/ 2022Kepatuhan Kepada Ketua/Pemimpin


MELAKA - Keterhutangan kewangan yang serius didefinisikan sebagai situasi di mana tanggungan hutang adalah melebihi pendapatan dan baki gaji akhir kurang daripada 40%. Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerap menerima laporan daripada pelbagai syarikat dan bank berkaitan tunggakan hutang yang gagal dibayar oleh pegawai awam di bawah pentadbiran Jabatan ini. Antara jenis hutang yang kebiasaannya melibatkan pegawai awam adalah seperti pinjaman Ahlong, pinjaman kenderaan atau barangan mewah, kad kredit dan hutang kerana berjudi. Sehubungan itu, Ketua Jabatan perlu memantau gaya hidup pegawai di bawah seliaan untuk mengelakkan isu keterhutangan kewangan yang serius. Seseorang pegawai boleh diambil tindakan tatatertib di bawah Peraturan 14, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 disebabkan keterhutangan kewangan yang serius. BERITA INTEGRITI "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera" BI L . 7 | J U L A I 2 0 2 1 KETERHUTANGAN KEWANGAN SERIUS PEGAWAI AWAM Merancang perbelanjaan. Berbelanja mengikut kemampuan. Utamakan keperluan daripada kehendak. Dapatkan konsultasi daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Pastikan pendapatan bersih tidak kurang daripada 40%. Amalkan doa berikut: TIPS BEBAS DARI BEBANAN HUTANG YANG SERIUS: #jpnmelakajenamakerajaannombor1


YB Menteri Kanan Pendidikan baru-baru ini mengumumkan bahawa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bersambung bagi sesi persekolahan mulai 13 dan 14 Jun 2021 selama 25 hari. Sehubungan itu, para guru tidak boleh mengambil kesempatan dalam tempoh pelaksanaan PdPR untuk tidak menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Perbuatan tidak menyediakan atau menghantar RPH boleh diambil tindakan tatatertib kerana tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah di bawah Peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Guru Tidak Buat RPH Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka BIL. 6 | JUN 2021 d C a ikgu-cikgu sudah siapkan n hantar RPH? R K P e H tu g a Jabatan sudah semak uru-guru? "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Peraturan 8, PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 berkenaan Penyediaan Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


BERITA INTEGRITI PUNCA KUASA Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 14 Mei 2010. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3 Tahun 2017. Medium Siaran Rasmi Sek tor Integriti , Jabatan Pendidi kan Negeri Melaka BIL. 5 ME I 202 1 "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1


BERITA INTEGRITI M e d i u m S i a r a n R a s m i S e k t o r I n t e g r i t i , J a b a t a n P e n d i d i k a n N e g e r i M e l a k a N O V E M B E R 2 0 2 1 Sebagai contoh, kerja lebih masa hendaklah dibuat berdasarkan kebenaran Ketua Jabatan bagi kerja-kerja bersifat kecemasan dan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa bekerja biasa. Pegawai yang didapati mengemukakan tuntutan palsu boleh ditafsirkan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan boleh diambil tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 4(2)(f), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai awam adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4 dalam membuat tuntutan bayaran. Ketua Jabatan hendaklah memastikan setiap pegawai mematuhi pekeliling yang ditetapkan dan tidak terlibat dalam mengemukakan tuntutan palsu. # j p n m e l a k a j e n a m a k e r a j a a n n o m b o r 1 " P E N D I D I K A N B E R K U A L I T I , I N S A N T E R D I D I K , N E G A R A S E J A H T E R A " PALSU TUNTUTAN Contoh Tuntutan: Elaun makan Elaun harian Bayaran sewa hotel Elaun perjalanan kenderaan Elaun lebih masa


BERITA INTEGRITI "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" Peraturan 4(2)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan jelas menyatakan bahawa seseorang pegawai awam TIDAK BOLEH membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi. Pegawai awam yang didapati melakukan perbuatan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sebagai contoh, seseorang pegawai tidak boleh melakukan pekerjaan lain selain pekerjaan hakiki semasa waktu bekerja meskipun telah diberi kebenaran melakukan pekerjaan luar. Hal ini selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1/1999, Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil. 1/2006 dan Surat Siaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 6 Mac 2014. TUGAS HAKIKI VS. KEPENTINGAN PERIBADI OGOS 202 1 ISU BIL. 8 #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Selaras dengan aspirasi dan anjakan transformasi pendidikan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, hakikatnya seorang pendidik itu memikul tanggungjawab yang berat di bahu bagi memastikan matlamat pelan pembangunan pendidikan tercapai dengan jayanya. Oleh yang demikian, seseorang pendidik itu hendaklah memberi prioriti kepada tugas hakikinya iaitu mendidik dan tidak membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya dalam apa jua keadaan. Aku Janji Penjawat Awam yang telah diperakui ketika mula-mula dilantik dalam perkhidmatan awam hendaklah dihayati sepanjang bergelar pegawai awam. TIPS RANCANG kerja hakiki dan urusan peribadi ke S r USUN ja pr ikut ioriti FOKUS selesaikan kerja hakiki dalam tempoh yang ditetapkan URUS masa dengan efisien


Q U A R T E R L Y E C H O BERITA INTEGRITI MEDIUM SIARAN RASMI SEKTOR INTEGRITI, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA SE P T EMB E R 2021 B I LANGAN 9 KKOONNFFLLIIKK KKEEPPEENNTTIINNGGAANN -- AANNTTAARRAA TTUUGGAASS DDAANN PPEERRIIBBAADDII "PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA" #jpnmelakajenamakerajaannombor1 Peraturan 4(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan bahawa seseorang pegawai awam TIDAK BOLEH berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya. Pegawai awam yang didapati melakukan perbuatan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Antara contoh pelanggaran di bawah Peraturan tersebut adalah seperti menguruskan tender/ sebut harga sedangkan pegawai mengetahui ada antara pembekal perkhidmatan yang mengemukakan tender/ sebut harga tersebut terdiri daripada saudara-maranya. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya konflik kepentingan (conflict of interest). Oleh yang demikian, pegawai awam yang terlibat dengan perolehan Kerajaan adalah tertakluk kepada Tatacara Perolehan Kerajaan seperti yang digariskan dalam Pekeliling Perbendaharaan dan hendaklah menandatangani Integrity Pact bagi memastikan perolehan Kerajaan dilaksanakan dengan berintegriti dan telus. PEROLEHAN PRINSIP-PRINSIP Akauntabiliti awam Diuruskan secara telus Nilai faedah terbaik Saingan terbuka Adil dan saksama


BERITA INTEGRITI DISEMBER 2021 BIL. 12 Medium Siaran Rasmi Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, pegawai tersebut boleh dikenakan mana-mana satu atau apaapa gabungan dua atau lebih hukuman bergantung kepada keseriusan kesalahan. NOTA: "PENDIDIK A N BERKU A L I T I, INS A N T ERDIDIK, NEG A R A SE J A HT ER A " #jpnme l a k a j e n ama k e r a j a a n n ombo r1


Click to View FlipBook Version