2
PROFIL PROJEK
Tajuk : Pembinaan Bangunan 2 Tingkat
Sekolah SRA JAIM Kampung Pinang B (SRAJKPB)
Bajet Yang Dicadangkan / : RM 1,200,000.00
Dipohon
Anggaran Kos Projek : RM 1,180,000.00
Sinopsis Projek : Sebuah Bangunan Sekolah Dua Tingkat Yang Lengkap
Dengan Bahagian Bawah Terdiri Daripada Bilik Kelas 3
Unit, Kantin & Tandas Manakala Tingkat Atas Pula Terdiri
Daripada Bilik Kelas 3 Unit, Bilik Guru/Pejabat & Tandas.
3
KERTAS KERJA
1. TAJUK
Rancangan Cadangan Pembinaan Bangunan Sekolah 2 Tingkat
SRAJKPB.
2. DIPOHON OLEH
Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG) SRAJKPB
3. PERMOHONAN KEPADA
Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) Bahagian Pendidikan
4
KERTAS KERJA
4. OBJEKTIF
1. Keperluan yang mendesak bagi bangunan sekolah diwujudkan untuk
aktiviti-aktiviti khususnya aktiviti pembelajaran.
2. Menyediakan bangunan sekolah yang serba lengkap bagi menggantikan
bangunan sekolah yang lama dan bakal dirobohkan.
3. Menyediakan kemudahan kepada masyarakat setempat dan
mengembangkan ilmu menerusi platfom pembelajaran yang kondusif dan
selesa di sekolah.
5
KERTAS KERJA
5. TUJUAN
Pembinaan bangunan sekolah yang baru amat perlukan dalam usaha menyediakan
suasana yang kondusif kepada hampir 200 orang murid dan 5 orang guru SRAJKPB. Ini
kerana bangunan sekolah yang selama ini digunakan telah diistiharkan TIDAK SELAMAT oleh
pihak Jabatan Kerja Raya Melaka dan akan dirobohkan.
Situasi ini meyebabkan pihak sekolah terpaksa menyewa Bangunan Rumah Kedai Rumah
Pangsa Lereh daripada Lembaga Perumaahan Melaka sebagai tempat belajar sementara
dengan kadar sewaan RM 250.00 sebulan selama 2 tahun sejak 1 tahun yang lalu apabila
bangunan sekolah lama diistiharkan bakal dirobohkan.
Diharapkan agar dengan pembinaan bangunan sekolah ini secara tidak langsung akan lebih
6
memberi kemudahan kepada semua pelajar dan guru.
KERTAS KERJA
6. PENGENALAN
Bangunan sekolah merupakan keperluan utama yang sering digunakan oleh murid
& guru untuk pelbagai kegunaan dan aktiviti pembelajaran. Sekolah juga merupakan
kemudahan kepada masyarakat setempat kerana sumber ilmu dapat dibangun dan
dikembangkan di sini. Secara tidak langsung pembinaan sekolah ini akan dapat
mengatasi masalah ketiadaan Sekolah SRA JAIM sebelum ini di samping suasana
belajar yg tidak aman dengan kesibukan lalulintas bersebelahanrumah pangsa yang
mengganggu fokus murid.
7
KERTAS KERJA
6. PENGENALAN
Kedudukan cadangan tanah yang dipohon untuk pembinaan sekolah ini adalah 8
tanah tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Melaka (JAIM) di Lot 1210, Mukim Bukit
Rambai yang berkeluasan seluas 1.5 ekar. Pihak JAIM telah menyerahkan kepada
Kariah Jawatankuasa Masjid Pokok Asam sebagai pentadbir tanah tersebut.
Kedudukan tanah yang berada di Kampung Pinang B dikelilingi kawasan kampung
dan sawah padi amat sesuai serta membantu memberi suasana yang tenang untuk
murid belajar di sini. Tanah ini juga mempunyai keluasan yang luas dan berada
bersebelahan dengan Surau Ar-Rahim Kampung Pinang B menjadi tambah nilai bagi
guru mengadakan pelbagai aktiviti bersama murid & masyarakat setempat. Ianya
bakal memberi banyak manfaat kepada semua pihak.
KERTAS KERJA 9
7. RASIONAL
Ketiadaan bangunan sekolah yang baru setelah bangunan sekolah lama
telah diistiharkan TIDAK SELAMAT dan akan DIROBOHKAN oleh pihak Jabatan Kerja Raya Melaka.
Mempunyai beberapa tapak tanah yang sesuai untuk dibangunkan bangunan sekolah yang lebih
baik, besar dan selesa bagi menampung murid dan guru.
Keperluan penduduk yang mendesak memerlukan sebuah bangunan sekolah yang baru.
Pertambahan jumlah penduduk termasuk murid yang semakin meningkat dari masa ke semasa.
Setiap program dan aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih teratur.
Faktor keselamatan diambil kira kepada pihak sekolah serta kesukaran dan kebimbangan terhadap
kanak-kanak dan golongan tua untuk menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan.
KERTAS KERJA
8. KOMPONEN PROJEK
Beberapa komponen asas diperlukan untuk merealisasikan objektif di atas.
Komponen tersebut seperti di dalam senarai yang dilampirkan adalah dapat
menampung jumlah kepadatan murid dan guru serta kemudahan yang diperlukan
untuk setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Keperluan bilik darjah dan pejabat bagi menampung hampir 200 murid & 5 guru.
Keperluan kantin serta kemudahan yang berkaitan.
Keperluan tandas lelaki dan perempuan pada bahagian bawah dan atas. 10
Keperluan fasiliti tambahan seperti sistem audio yang lengkap, sistem hawa
dingin perabut serta kemudahan lain yang berkaitan mengikut perkembangan
semasa.
Terdapat empat fasa
yang telah diatur untuk
pembinaan sekolah
SRAJKPB ini.
11
• Pengurusan PIBG SRAJKPB membuat permohonan kebenaran tebus-guna tanah di Lot 1210
(seperti geran yang dilampirkan di dalam Muka Lampiran) untuk dijadikan tapak pembinaan
bangunan sekolah yang baru kepada Jawatankuasa Kariah Masjid Pokok Asam & Majlis
Agama Islam Melaka.
• Pengurusan PIBG SRAJKPB mebuat permohonan kebenaran membina bangunan sekolah
daripada pihak JAIM Bahagian Pendidikan.
• Penyediaan dokumentasi, surat menyurat, surat serahan tapak kepada JAIM Bahagian
Pendidikan, kertas kerja pembinaan bangunan sekolah, pelan lantai bangunan dan pelan
struktur.
• Pembentukan Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah & Jawatankuasa Pemilihan
Tender perlantikan kontraktor pembinaan. 12
Punca Dana dan Sumbangan
Kewangan Projek Selain dari
Pihak Kementerian
• Pengurusan peruntukan bajet dari Kementerian Kewangan melalui Kementerian Pendidikan 13
Bahagian Pendidikan Islam.
• Pengurusan peruntukan bajet dari Jabatan Agama Islam Melaka.
• Pengurusan permohonan sumbangan/ derma/ wakaf dari Pusat Zakat NegeriMelaka & Majlis
Agama Islam Melaka.
• Pengurusan permohonan derma dari penduduk sekitar.
• Pengurusan permohonan derma dari tokoh-tokoh korporat.
• Pengurusan permohonan derma dari syarikat dan majikan.
• Pengurusan resit dan senarai derma terkandung di dalam pengecualian cukai dari Lembaga
Hasil Dalam negeri.
• Pengurusan rekod dan pengauditan.
• Pembinaan bangunan sekolah SRAJKPB.
• Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
14
• Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan sekolah.
• Serahan tapak kepada pihak JAIM & pengurusan perasmian
bangunan sekolah
15
PERIHAL KEPERLUAN
Kapasiti Guru & murid SRAJKPB/ Seluruh penduduk
dari Kariah Masjid Pokok Asam.
Jenis Bangunan Bangunan dua tingkat.
Keluasan
Bangunan 880 meter persegi
Struktur
Konkrit tetulang
Binaan Bangunan Batu bata berplaster (reinforce)
Kemasan Dinding Lepaan simen (plaster luar dan dalam)
Bumbung Metal deck (kerangka bumbung jenis besi)
Siling 2 x 4 asbestos
Kemasan Cat Emulsion – kelas sederhana putih 16
Tingkap Nako
Pintu Pintu kayu
Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih
PERIHAL KEPERLUAN
Kemasan Lantai
a. lantai semua bilik – lepaan simen
licin
b. teres koridor – lepaan simen licin
c. teres keliling – lepaan simen licin
a. tangki simpanan air - 1 Unit
Bilik Air / Wudhu’ b. tandas lelaki & wanita - 4 unit
Pendawaian Triple Phase – 180 amphere (punca
Letrik
utama)
a. punca lampu – double fluorescent
with reflector
b. punca kipas – kipas siling dan
dinding
c. punca kuasa 13A – domestic
d. punca kuasa 15A – penyaman udara
17
PERIHAL KEPERLUAN
Lain-lain a. Longkang
Kelengkapan i - 6” dalam
ii - 8” lebar
iii – bentuk U
b. Salur air
i – UPVC gutter
c. Pagar
i – keliling kawasan
d. Pintu pagar
i – 1 pintu utama
ii – 2 pintu kecil
e. Menurap semua kawasan halaman
sekolah untuk tujuan parkir. 18
ANGGARAN KOS PROJEK
Anggaran Kos keseluruhan pembinan bangunan sekolah SRAJKPB
ialah:-
Bangunan RM 1,000,000.00
Infrastruktur RM 100,000.00
Perabut RM 30,000.00
Perunding RM 50,000.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1,180,000.00
19
KESIMPULAN
DAN OUPUT SERTA FAEDAH YANG
DIJANGKA DARIPADA PROJEK
Dengan mewujudkan ruang dan kemudahan bangunan sekolah akan memberikan
faedah yang amat besar kepada kesemua pihak terutama murid, guru, ibu bapa termasuk
penduduk sekitar yang sangat memerlukan bangunan sekolah yang baru. Setiap aktiviti
yang dijalankan akan berjalan dengan lancar dengan adanya kemudahan seperti ini.
Dengan pembangunan sekolah ini juga, perancangan aktiviti pembelajaran dan program
yang dijalankan di sekolah dan di kawasan ini dapat dijalankan dengan teratur dan
bersistematik. Ini juga memberi keselesaan kepada para murid untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang berfaedah khususnya menimba ilmu sebanyaknya di sini. Disamping itu, setiap
aktiviti yang dijalankan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak
JAIM melalui sekolah SRAJKPB,dan setiap penduduk sekitar.
Akhir kata, diharap permohonan pembinaan bangunan sekolah ini akan diangkat untuk
diberi perhatian di dalam bajet Kementerian seterusnya ianya dapat direalisasikan
segera agar kemudahan yang sangat ditunggu-tunggu ini akan memberi dan mendapat
manfaat sebilangan besar Pemimpin, Pelajar, Guru, Ibu, Bapa serta Masyarakat sekitar. 20
LAKARAN BANGUNAN
2 TINGKAT SEKOLAH AGAMA
JAIM KAMPUNG PINANG B
21