PANDUAN UMUM KERTAS 2 Bahagian A - Kefahaman dan Pelajaran Jawi. • Majoriti jawapan untuk soalan kefahaman ada dalam petikan, kecuali yang memerlukan jawapan untuk pendapat pelajar sendiri. • Jawab dengan ayat lengkap. • Untuk soalan memberi maksud perkataan, gunakan perkataan yang kamu fahami/gunakan kata sinonim. Jika tidak faham perkataan yang diberikan, baca semula perenggan yang mengandungi perkataan tersebut. • Untuk pelajaran jawi: Pelajar hendaklah memilih untuk menjawab sama ada A atau B, dan soalan C adalah WAJIB dijawab. Bahagian B - Ringkasan. • Baca petikan dengan teliti, dan fahami 'petikan ini tentang apa?'. Dalam soalan Peperiksaan SPE, tidak ada arahan tertentu (there is no specific 'direction' tentang apa yang perlu pelajar buat/cari). • Jika kebanyakan isi di dalamnya tentang 'faktor', atau 'kebaikan' dan sebagainya.. rumuskan sahaja tentang 'faktor sesuatu', atau 'kebaikan sesuatu' itu. Cari kata kunci/ key word nya. • Kebiasaannya, isi-isi penting terletak dalam baris pertama setiap perenggan. Tetapi ada juga yang terletak di baris pertengahan atau baris akhir perenggan. • Sekurang-kurangnya ada 1/2 isi dalam setiap perenggan, kecuali jika perenggan itu panjang (mungkin ada 2/3 isi penting). • Setelah pelajar mendapat isi-isi penting, cuba kira dahulu patah perkataannya (jumlah maksimum ialah 70-75 patah perkataan. Jika lebih, markah akan dipotong = ikut arahan soalan). • Sekiranya jumlah tidak melebihi dari yang dibenarkan, barulah menulis isi-isi penting tersebut sebagai 'final answer'/ jawapan akhir. *Sekurang-kurangnya cuba cari 5-6 isi penting. • Gunakan penanda wacana dan kata hubung (dan, serta, lalu) untuk menghubungkan isi-isi penting. • Tulisan hendaklah jelas dan boleh dibaca. • Pemarkahan akhir : akan ditentukan mengikut skim pemarkahan dari pihak MOE (dari segi pemotongan markah dan sebagainya).
Bahagian C – Tatabahasa • Soalan MCQ (contoh soalan mungkin seperti kata nama, kata seru, kata ganti nama, imbuhan, kata ganda, kata kerja dan sebagainya). • Soalan Imbuhan (kebiasaannya ketiga-tiga jenis imbuhan akan diberikan; awalan, apitan dan akhiran), • Soalan menukarkan ayat aktif dan ayat pasif *Penting! • Soalan menukarkan cakap ajuk dan cakap pindah * Bahagian D - Peribahasa dan Perambahan Brunei. • 6 soalan MCQ kebiasaannya diambil dari Peribahasa (mengandungi simpulan bahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan). • 2 soalan subjektif pula kebiasaannya adalah diambil dari Perambahan Brunei (dan dalam kes jarang-jarang berlaku, ada juga diambil dari Peribahasa). • Cuba untuk mengulangkaji nota-nota tahun 7 hingga tahun 8. Fahami ertinya.