The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Deanasyafika, 2020-04-21 07:48:35

Nurdeanasyafika binti Rody Suhasman

-RLI-W

INSTITUT PENILAIAN NEGARA
JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH (SPGT)
SESI 2018/2019

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA PELAJAR : NURDEANASYAFIKA BINTI RODY SUHASMAN

NO.KAD PENGENALAN : 000102-11-0498

NO.KAD MATRIK : SPGT-11-18-008

NAMA PENYELIA MDB : ENCIK TARMIZI BIN AHMAD

NAMA PENYELIA INSPEN : PUAN SOLEHA BINTI HASHIM

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK MUKA SURAT
1 KATA PENGHARGAAN 1
2 PENGENALAN 2-3
3 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN HARTANAH 4
4 PENGENALAN KEPADA ORGANISASI
5
( Majlis Daerah Besut) 6
i. Latar belakang organisasi 7
ii. Logo organisasi 8
iii. Objektif 8
iv. Misi dan visi 9-10
v. Fungsi organisasi
vi. Carta organisasi 11
11
5 PENGENALAN KEPADA SEWAAN 11
i. Definisi sewaan 12
ii. Tujuan sewaan 12
iii. Syarat sah sewaan
iv. Perkara yang membatalkan sewaan 13
v. Definisi perjanjian 14
15
6 PENGENALAN KEPADA SEWAAN PREMIS 16-17
i. Prosedur sewaan premis
ii. Carta organisasi jabatan
iii. Fungsi jabatan
iv. Tugas dan tanggungjawab jawatan

v. Proses sewaan premis bangunan 18-21
vi. Proses sitaan bangunan MDB 22
23
7 KOMEN 24
8 RUMUSAN
9 LAMPIRAN 25
26-28
i. Notis tawaran penyewaan premis
ii. Borang permohonan sewaan premis 29
iii. Sijil perniagaan 30
iv. Notis tawaran temuduga penyewaan premis 31
v. Notis kelulusan permohonan sewaan 32-37
vi. Surat perjanjian penyewaan premis 38
vii. Notis pembatalan perjanjian/penamatan sewa
39
premis

viii. Gambar premis perniagaan

KATA PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Uzmah Binti Yaakub, Penolong
Pegawai Tadbir Majlis Daerah Besut atas kesudian beliau untuk menerima saya sebagai salah
seorang pelajar latihan industri di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Di Majlis Daerah
Besut.

Saya turut berterima kasih kepada Puan Nur Syuhaidah Binti Ab Rahman (Penolong Pegawai
Penilaian W32) dan Encik Tarmizi Bin Ahmad (Pemb. Penilaian W22) selaku penyelia
organisasi saya dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta untuk sokongan dan bimbingan
beliau kepada saya dalam menjalankan tugasan ini. Ribuan terima kasih turut diucapkan
kepada pegawai dan rakan sekerja saya di Majlis Daerah Besut yang banyak membantu saya
sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan tersebut.

Puan Soleha Binti Hashim selaku penyelia kolej saya juga banyak membantu saya dengan
sokongan beliau dan kesanggupan beliau menghabiskan masa untuk membantu saya
menyelesaikan tugasan ini. Tanpa bantuan daripada beliau , saya mungkin gagal menyiapkan
tugasan ini mengikut spesifikasi yang diinginkan.

Hasil dan kejayaan yang saya dapat daripada tugasan ini memerlukan bimbingan dan
penglibatan daripada banyak pihak dan saya sangat beruntung mendapat rakan sekerja yang
baik dalam menyiapkan semua tugasan ini. Apa jua yang saya telah lakukan adalah
disebabkan oleh pertolongan daripada pihak Majlis Daerah Besut dan Inspen.

Saya sangat bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini mengikut tempoh yang
diberikan oleh pensyarah kepada saya. Tugasan ini tidak akan mampu disiapkan tanpa usaha
dan kerjasama daripada mereka yang banyak membantu saya. Akhir kata , saya sekali lagi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan dan pegawai yang terlibat dengan
tugasan saya untuk kesanggupan mereka semua meluangkan masa untuk membantu saya.

PENGENALAN

Berdasarkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang latihan industri ini, saya
selaku pelajar dari kursus Sijil Pengurusan Harta Tanah diarahkan untuk mengkaji tentang
tugas dan tanggungjawab setiap kakitangan yang terlibat dalam bidang pengurusan harta serta
menyiasat tentang pengurusan sewaan.

Menurut buku “MALAYSIA PROPERTY MANAGEMENT STANDARD” (edisi
kedua 2016), pengurusan hartanah merupakan amalan professional yang dikawal selia oleh
Penilai dan Agen Hartanah pada akta 1981 (akta 242) yang memberi definisi kepada
pengurusan harta dan tanggungjawab pengurus hartanah di dalam bidang pengurusan segala
jenis hartanah.

Buku ini menjelaskan dengan lebih spesifik segala tugas-tugas, kelulusan dan kod
tatalaku sebagai seorang pengurus hartanah yang baik supaya setiap pelanggan dan orang
awam dipastikan untuk mendapat layanan dan servis terbaik yang akan disediakan oleh setiap
pengurus hartanah yang professional.

Untuk tugasan ini, saya memilih Majlis Daerah Besut sebagai tempat untuk saya
menjalani latihan industri tersebut. Saya memilih pengurusan sewaan sebagai tugasan yang
akan saya lakukan sepanjang berada di tempat latihan industri ini.

Jabatan penilaian dan pengurusan harta menguruskan sewaan premis perniagaan yang
dibangunankan oleh pihak Majlis Daerah Besut untuk kemudahan para peniaga di sekitar
perkampungan di Kuala Terengganu. Antaranya ialah di kawasan Mukim Kuala Besut, Ulu
Keruak, Pasir Akar dan banyak lagi.

Jumlah kadar sewaan yang dikenakan adalah mengikut jenis perniagaan yang
dijalankan dan keluasan kedai yang disewa. Secara umumnya, jumlah kadar sewaan adalah

berdasarkan keluasan premis tersebut. Semakin luas premis yang disewa, semakin tinggi
kadar sewaan premis tersebut.



LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH BESUT

Majlis Daerah Besut telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171) untuk menggantikan Jumlah Bandaran Besut dan Majlis
Mesyuarat Daerah Besut. Kawasan di bawah dewan ini adalah 81.92 km persegi.

Pada 18hb Julai 1996, melalui Written No. 908 Kerajaan, kawasan pentadbiran MDB
telah diperluaskan lalu menjadikan jumlah kawasan dewan tersebut sebanyak 123,367 km
persegi.

Terdapat 3 bandar utama dan 4 kawasan penempatan yang memainkan peranan
penting dalam membekalkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk di
kawasan Majlis Daerah Besut. Pekan ini adalah Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut
manakala kawasan penempatan terdiri daripada Pasir Akar, Apal dan Alor Lintah.

Bagaimanapun, kawasan operasi majlis hanya 78.82 km persegi atau meliputi 90%
kawasan keseluruhan.

Penduduk di kawasan dewan pada tahun 1991 dianggarkan 53,793 orang atau 55%
dari jumlah penduduk Besut dan terdiri dari 95% orang Melayu, 1% Cina dan 1% kaum lain.

Bilangan pegangan yang dikenakan cukai di kawasan majlis adalah kira-kira 10,122
unit termasuk bangunan kediaman (9,622 unit) dan perkedaian (500 unit). Majlis juga
mencukaikan bangunan milik kerajaan negeri, persekutuan dan badan berkanun yang
berjumlah 279 unit.

Bilangan bangunan/pegangan yang boleh dikenakan kadar di dalam kawasan majlis
adalah kira-kira 26,000 buah unit terdiri daripada kediaman, perkedaian dan kediaman dalam
kategori perlancongan. Pihak MDB mendapat Caruman Bantu Kadar daripada Kerajaan
Negeri sebanyak RM1.7 juta setahun dan dari Persekutuan sebanyak RM4.46 juta setahun.

LOGO MAJLIS DAERAH BESUT

OBJEKTIF ORGANISASI

Penubuhan Majlis Daerah Besut adalah untuk menyediakan semua kemudahan bandar dan
sosio-ekonomi kepada penduduk di kawasan majlis daerah besut untuk meningkatkan taraf
hidup mereka melalui objektif yang berikut: -

● Untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan Tempatan yang kuat, cekap dan
berkualiti.

● Menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan infrastruktur dan
perkhidmatan bandar.

● Menyediakan rancangan dan pembangunan kawasan penyelesaian berstruktur
selaras dengan prinsip perancangan bandar.

● menyelia kebersihan dan keindahan bandar dan kesihatan.
● Melaksanakan aktiviti sosioekonomi seperti membuka pusat perniagaan untuk

meningkatkan status peruncit kecil.

MISI DAN VISI
MISI

● “Bersatu dalam meningkatkan keupayaan untuk menjadikan Daerah Besut sebuah
daerah maju dan tegas dengan prinsip Islam Hadhari untuk memastikan masyarakat
yang damai, cemerlang dan glamor ”

VISI
● “ Membangun dan bandar yang damai ”

FUNGSI

❖ Rancang dan mengawal pembangunan.
❖ Menyediakan perkhidmatan / kawalan kebersihan alam sekitar.
❖ Merancang, melaksana, menyelenggara dan menggalakkan program

pengindahan taman.
❖ Merancang dan melaksanakan program struktur kemudahan awam dan

sosial
❖ Melaksanakan kemudahan perniagaan, perdagangan dan perumahan.





DEFINISI SEWAAN

Maksud penyewaan adalah perjanjian di mana pembayaran dibuat untuk kegunaan sementara
sesuatu barang atau harta milik orang lain sesuai dengan harga yang ditentukan. Barang yang
boleh disewa, kadar dan tempoh pajakan juga berbeza mengikut jenis. Sebagai contohnya,
rumah biasanya disewa dalam unit tahun, kereta dalam unit hari, permainan komputer seperti
PlayStation disewa dalam unit jam. Untuk penyewaan kereta, syarikat sewa kereta biasanya
memohon kadar setiap 12 jam atau setiap 24 jam.

TUJUAN PENYEWAAN

● Mengurangkan risiko kerugian
● Untuk simpanan kewangan
● Mengurangkan kos sekiranya barang hanya digunakan buat sementara

waktu
● Barang yang di beli sudah dalam perjalanan ke tangan anda
● Mengurangkan kos penyelenggaraan barangan
● Faktor alam sekitar seperti : menyewa bermaksud mengurangkan populasi

kenderaan dan juga mengurangkan pengurangan emisi.

SYARAT SAH SEWA :

● Kedua-dua pihak mestilah bersetuju mengadakan kontrak sewa
● Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh

syarak
● Barang yang disewakan bukan menjadi kewajipan kepada orang yang

memberi sewa, contohnya menyewakan rumah kepada isteri
● Pekerjaan yang menjadi tujuan sewa mestilah bukan perkara yang fardhu

atau wajib kepada orang yang memberi sewa

PERKARA YANG MENYEBABKAN SEWA TERBATAL

▪ Barang yang disewa hilang atau rosak
▪ Batal kontrak
▪ Kontrak sewa tamat dengan sebab tamat tempoh kecuali uzur
▪ Tidak menepati syarat-syarat kontrak
▪ Barang yang disewa rosak

DEFINISI PERJANJIAN

Maksud perjanjian atau persetiaan adalah suatu persetujuan di bawah undang-undang
antarabangsa oleh para peserta di dalam undang-undang antarabangsa, iaitu negara berdaulat
dan pertubuhan antarabangsa. Satu perjanjian boleh juga dikenali sebagai: persetujuan
(antarabangsa) , protokol, persepakatan, konvensyen, pertukaran surat dan lain-lain. Apa jua
pun istilah yang digunakan, semua perjanjian antarabangsa di bawah undang-undang
antarabangsa adalah perjanjian dan peraturan yang sama. Menurut Perlembagaan Amerika
Syarikat, istilah "perjanjian" mempunyai makna yang istimewa yang mana di peringkat
antarabangsa, maknanya lebih dikekang

PROSEDUR PERMOHONAN SEWA PREMIS
Proses tawaran iklan dan temuduga harta sewa

Pemohon

Terima permohonan Semak dan jika tidak
lengkap akan dikembalikan

kepada pemohon
Daftar dan buka fail lalu edarkan kepada PPP

Edar fail ke PPP untuk siasatan

Teliti dan buat penyesyoran lalu diedarkan kepada YDP/SU
Menimbang dan membuat keputusan lalu edar kepada PPP

Buat surat penawaran dan penolakan

Kemaskini data dalam system e-PBT

Sediakan bil cagaran, sewa dan bil terimaan pelbagai dan siapkan surat

Terima aduan Serah kunci Pemohon buat bayaran
kerosakan
Jika masih tidak bayar, fail Jika tidak buat bayaran
diedar ke pihak berkuasa dalam masa 3 bulan, notis

pembatalan sewa akan
dikeluarkan

CARTA ORGANISASI JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Yang dipertua N52
[Ahmad Azizi bin Zulkifli]

Setiausaha N44
[Sharifah Noornaimah Binti Syed Mahmood]

Penolong Pegawai Penilaian W32
[Nur Syuhaidah Binti Abdul Rahman]
Penolong Pegawai Penilaian W29
[Wan Noraimanadia Binti Wan Othman]

Pemb. Penilaian Kanan W22
[Tarmizi Bin Ahmad]

Pemb.Penilaian W19 Pemb.Penilaian W19 Pemb.Penilaian W19 Pemb.Penilaian W19

[Wan Mohd Zaie] [M.Hafizuddin] [Sarah Adiba] [Amirul Bakhtiar]

Pemb.Penilaian W19 Pemb.Tadbir P/O N19 Pemb.Tadbir N19
[Zakhwan Aiman] [Zahani Akima Farha] [Ahmad Halimi]

Pemb.Tadbir N19 Pemb.Awam H11

[Mohd Nazro Bin Mohd Nor] [Rosmi Hisyam Bin Che Mansor]

Pemb.Awam H11 Pemb.Takdir N19

[Akmal Binti Hj Mohamed] [Ahmad Ifwat Arumi]

FUNGSI JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Penilaian (cukai taksiran)

● Penentuan cukai taksiran
● Pengesahan kadar cukai
● Proses terima bantahan
● Memproses kemasukan data
● Memproses bil cukai taksiran
● Membuat kutipan luar
● Mengukurperiksa bangunan
● Membuat siasatan dan laporan mengenai bangunan roboh dan kosong
● Membuat siasatan dan pengesahan kedudukan dan pemilikan bangunan
● Membuat carian rasmi keatas pegangan harta
● Mengurus pindah milik pegangan

Pengurusan harta (sewa)

● Penyewaan dan pajakan harta majlis
● Proses penentuan kadar sewa
● Proses tawaran iklan dan temuduga harta sewa
● Memproses kemasukan data sewa
● Membuat kutipan sewa

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAKITANGAN PENGURUSAN HARTA

PEMBANTU TADBIR P/O N19

● Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua, Setiausaha dan Penolong Pegawai
Penilaian

● Menerima salinan SKD/CCC Bersama sesalinan pelan yang diluluskan dari Bahagisan
Bangunan dan buka fail berkenaan

● Menyediakan penyata tahunan bagi sewaan setiap akhir tahun
● Menerima kutipan sewa bulanan / cukai taksiran dan menyediakan bil-bil sewa dan

bil cukai taksiran serta membuat kutipan sewaan di tapak premis
● Mengeluarkan notis senarai meminda nilaian kepada pemilik bangunan selepas

diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa
● Mengurus pindah milik pegangan berkadar dan mengemaskini rekod dalam sistem e-

PBT
● Membuat surat menyurat yang berkaitan dengan pengurusan harta
● Mengeluarkan notis sewaan premis yang tidak membayar sewa melebihi 3bulan ke

atas

PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

● Bertanggungjawab kepada Yang Dipertua, Setiausaha
● Mengetuai jabatan penilaian dan pengurusan harta
● Mengemaskini dan mengawal system penilaian , sewaan serta cukai taksiran
● Bertanggungjawab membuat nilaian harta-harta bagi maksud mendapatkan kadar

seperti kadar taksiran harta dan caruman membantu kadar
● Menyediakan kertas kerja bagi pertimbangan mesyuarat jawatankuasa penilaian dan

pengurusan sewaan

● Menjawab surat-surat yang berkaitan dengan jabatan penilaian dan pengurusan harta
● Menyemak penyata kira-kira akhir tahun bagi sewaan

PROSES SEWAAN PREMIS BANGUNAN PERNIAGAAN

Pengurusan sewaan premis perniagaan (gerai/kedai makan) merupakan tugasan yang saya
buat untuk latihan industri saya. Antara maklumat-maklumat gerai tersebut ialah :

Alamat Harta : No.1, Gerai Air Tawar Besut, 22200 Besut Terengganu

Jenis Perniagaan : Kedai Makan

Kadar Sewa Bulanan : RM 140.00

Secara umumnya, tawaran iklan premis(rujuk lampiran i) dibawah Majlis Daerah
Besut akan dibuka kepada umum sekiranya didapati bahawa terdapat premis yang kosong
(tidak menjalankan perniagaan). Pemohonan yang berminat harus mendapatkan borang
permohonan sewaan premis (rujuk lampiran ii) di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan
Harta Majlis Daerah Besut dengan kadar bayaran RM 2 bagi setiap borang. Jika pemohon
ingin memohon 2 buah premis, pemohon haruslah mengisi 2 borang permohonan.

Penyewa haruslah menyertakan bersama dua salinan kad pengenalan, sijil perniagaan
yang sah(rujuk lampiran iii) serta dokumen yang berkenaan. Bagi pemohon yang ingin
menyewa premis MDB, pemohon tersebut tidak perlu membuat permohonan untuk
mendapatkan cukai pintu. Cukai taksiran (cukai pintu) haruslah dibuat terlebih dahulu bagi
pemilik perniagaan secara persendirian sekiranya premis tersebut tidak mempunyai cukai

pintu. Kegagalan premis tersebut dalam mendapatkan cukai pintu boleh membuatkan proses
permohonan lesen perniagaan tidak diluluskan. Bagi premis yang sudah mempunyai cukai
pintu, pihak MDB membenarkan pembayaran cukai tersebut dilakukan sebanyak 2 kali dalam
tempoh setahun.

Borang permohonan haruslah diserahkan di kaunter Jabatan Penilaian dan Pengurusan
Harta MDB. Pembantu tadbir sewa (PT SEWA) akan mengecop akuan terima bertarikh di
borang permohonan tersebut dan memastikan bahawa bayaran borang sewaan sudah dibuat
oleh pemohon.

Seterusnya, pembantu tadbir sewa perlu menyemak borang yang dihantar dan harus
mengembalikan semula borang tersebut kepada pemohon sekiranya didapati tidak lengkap.
Jika borang tersebut didapati lengkap, pembantu tadbir sewa hendaklah mendaftarkan
permohonan tersebut ke dalam buku daftar dan buka fail penyewa yang baru.

Fail penyewa akan di angkat dan diserahkan kepada Penolong Pegawai Penilaian
(PPP) untuk tindakan selanjutnya. Jika permohonan tersebut telah memenuhi syarat yang
ditetapkan, PPP akan mengedarkan fail tersebut kepada yang dipertua (YDP) atau setiausaha
(SU) untuk kelulusan permohonan.YDP atau SU akan mempertimbangkan permohonan dan
kelulusan akan dibuat kepada pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat penyewaan.

Fail penyewa tersebut akan diedarkan kembali kepada PPP untuk tindakan
selanjutnya. Pembantu tadbir sewa akan mengemaskini data pemohon ke dalam system e-
PBT dan menyediakan surat tawaran(rujuk lampiran v) untuk dihantar kepada pemohon.
Bil sewa serta bil cagaran sewa akan disediakan oleh pembantu tadbir sewa. Surat tawaran
akan diberikan tempoh selama 14hari dan sekiranya pemohon gagal membuat bayarandalam
tempoh tersebut, permohonan penyewaan terbatal dengan sendirinya.

Pemohon/penyewa akan datang ke pejabat setelah menerima surat tawaran penyewaan
premis dan membuat bayaran deposit sewaan serta menandatangani surat perjanjian sewa
premis(rujuk lampiran vi). Pihak Majlis Daerah Besut akan menyeerahkan kunci premis
kepada penyewa dan seterusnya penyewa sudah boleh menjalankan perniagaan.

Notis pembatalan perjanjian/penamatan sewa premis(rujuk lampiran vii) akan
diserahkan sekiranya penyewa gagal membuat bayaran sewa premis melebihi 3bulan. Jika
selepas menerima notis dan penyewa masih gagal membuat sebarang pembayaran, fail
penyewa akan diedarkan kepada pihak Penguatkuasa Majlis Daerah Besut agar premis
tersebut dikunci. Penyewa akan diarahkan untuk membuat bayaran dalam tempoh lanjutan
7hari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian, maka pihak penguatkuasa MDB akan
menyita premis tersebut. Segala harta benda di dalam premis tersebut akan dilelong untuk
menanggung kos hutang penyewa terhadap pihak MDB.

PROSES SITAAN BANGUNAN MILIK MAJLIS DAERAH BESUT

Pembantu tadbir (PT SEWA) akan mengenal pasti bangunan atau premis yang masih
tidak menjelaskan tunggakan hutang sewaan atau tidak berniaga sendiri walaupun telah
dikeluarkan Notis Tamat Penyewaan. Fail akan diedarkan oleh Pembantu Tadbir kepada PPP
untuk pengeluaran Notis Sitaan. Notis penyitaan akan disediakan oleh Pembantu Tadbir
terhadap bangunan atau premis yang berkaitan.

Setelah diteliti, sitaan premis akan dijalankan oleh Pihak Penguatkuasa berserta
Pembantu Penilaian. Penyewa akan diberikan peluang oleh PPP untuk membuat rayuan
sekiranya masih berminat untuk meneruskkan penyewaan dan menjelaskan hutang yang
tertunggak. Semakan akan dibuat oleh Pembantu Tadbir sekiranya penyewa masih
mengulangi kesilapan yang sama dan jika didapati kesaalahan itu masih berulang, maka sitaan
sewa premis akan dilakukan dan segala harta benda di dalam premis tersebut akan dilelong
oleh pihak MDB untuk melunaskan hutang tunggakan.

KOMEN

Sepanjang 3 bulan saya menjalani latihan industri di Majlis Daerah Besut, saya amat
berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pihak penyelia saya iaitu encik tarmizi bin
ahmad yang banyak membantu saya untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan cukai
taksiran (cukai pintu). Saya turut memperolehi begitu banyak ilmu pengetahuan yang
berharga dan bermanfaat. Semua yang saya perolehi adalah disebabkan bimbingan dan tunjuk
ajar daripada kakitangan dari jabatan penilaian dan pengurusan harta serta jabatan lain.
Mereka yang banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya dalam melakukan
pelbagai perkara.

Encik Tarmizi Bin Ahmad , Puan Sarah Adiba serta Puan Zahani Akima merupakan
diantara kakitangan yang paling banyak membantu saya dalam proses penghasilan tugasan
pengurusan sewaan yang saya lakukan. Mereka banyak mengajar saya tentang cara
menguruskan hal berkaitan sewaan dan cukai yang merangkumi cara-cara untuk membuat bil
sewaan premis, bil untuk cukai pintu serta proses mengeluarkan surat notis pembatalan sewa
premis. Ketiga-tiga mereka tidak pernah jemu dalam memberi tunjuk ajar kepada saya
sekiranya ada perkara yang tidak saya fahami.

Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan
pihak pengurusan dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk menjadi salah
seorang daripada kakitangan pihak majlis daerah besut ini apabila sudah tamat pengajian
kelak. Hal ini untuk memudahkan saya mencari pekerjaan kelak.

Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Besut
atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya. Menjalani latihan industri di MDB merupakan
pengalaman yang paling bermakna bagi diri saya sepanjang saya berada di sini.

RUMUSAN

Sebagai konklusinya, setiap perkara yang dilakukan pasti mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Pengurusan sewaan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Antaranya, pengurusan sewaan mampu membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung
oleh penduduk kampung yang tidak berkemampuan untuk membangunankan premis
perniagaan sendiri serta boleh menaikkan taraf hidup penduduk dan meningkatkan ekonomi
kerajaan negeri. Pengurusan sewaan boleh menjadi bermasalah seandainya penduduk yang
menyewa bangunan tersebut tidak menjelaskan bayaran sewa premis mahupun cuka taksiran
(cukai pintu). Sekiranya pengurusan sewaan diuruskan dengan baik, bangunan tersebut
mampu menjana ekonomi penduduk pada masa hadapan. Kegagalan penyewa dalam menjaga
harta benda pihak MDB yang akan menjadi punca timbulnya masalah ketidakselesaan kepada
pelanggan atau pengunjung.

Secara keseluruhannya, pengurusan sewaan yang dijalankan oleh pihak MDB adalah
sangat baik dan teratur disebabkan oleh para kakitangan yang cepat bertindak sekiranya
mendapat tahu tentang sebarang masalah. Bangunan MDB kebanyakkannya masih baharu
dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diselenggara atau diubah suai.

Tugasan ini banyak membantu saya untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya
yang sedia ada dan meningkatkan kemahiran saya dalam bidang pengurusan sewaan dan lain-
lain lagi. Oleh itu, bidang pengurusan sewaan mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya
yang tersendiri.


Click to View FlipBook Version