INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM 98000 MIRI SARAWAK PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP] AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH [SK] KERJA KURSUS GAPD1032 ASAS PEMBELAJAR DIGITAL TAJUK TUGASAN 3 PENULISAN REFLEKTIF NAMA : JEE OCTAVIA AJAU JEPUN ANGKA GILIRAN : 2022022310011 NO. KAD PENGENALAN : 040521-13-0158 KUMPULAN : PPRBMM3-1 KOD DAN NAMA KURSUS : GAPD1032 : ASAS PEMBELAJAR DIGITAL NAMA PENSYARAH : DR. HUANG CHWEI ING TARIKH HANTAR : 11 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH :
KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 1 2.0 ISU KEWARGNEGARAAN DIGITAL 2 2.1 LERAIAN 2 2.2 POLA 2 2.3 PENISKALAAN 2 2.4 ALGORITHMA 3 2.5 PENAAKULAN LOGIK 3 2.6 PENILAIAN 3 3.0 ANALISIS SWOT 4 3.1 KEKUATAN 4 3.2 KELEMAHAN 4 3.3 PELUANG 4 3.4 ANCAMAN 4 KESIMPULAN 6 RUJUKAN 7
1 1.0 PENGENALAN Kewarganegaraan digital atau lebih dikenali sebagai “digital citizenship” ialah keprihatinan terhadap teknologi dan masyarakat. Kewarganegaraan digital adalah konsep yang dapat digunakan untuk memberikan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi dunia maya dengan baik dan benar. (Sinar Harian, 2019). Pemikiran komputasional adalah suatu proses untuk memahami sesuatu isu yang rumit dan membahagikan isu tersebut untuk mencari jalan penyelesaian. Perkara ini disokong oleh Lin Jin Hwa Julia, Tan Lean Chuen dan Roslinda Rosli (2022) yang mengatakan Pemikiran komputasional merupakan suatu proses pemikiran yang membolehkan seseorang individu memahami sesuatu masalah yang kompleks dan memecahkannya kepada beberapa bahagian dalam proses penyelesaian masalah.
2 2.0 ISU KEWARGNEGARAAN DIGITAL Penggunaan teknologi yang berkembang pesat menyebabkan isu keselamatan siber semakin merisaukan banyak pihak. Penggunaan teknologi pada hari ini adalah kebanyakannya dalam golongan remaja. Oleh hal yang demikian, undang-undang siber dicipta dan diperkenalkan agar memastikan netizen menggunakan ruang siber dengan baik serta berhemah. Isu kewarganegaraan ini boleh kita kaitan dengan artikel yang bertajuk “Memahami jenayah siber dan keselamatan siber di Malaysia: suatu pemerhatian terhadap pandangan sarjana dan intelektual”. 2.1 TEKNIK LERAIAN Leraian merupakan pembahagian masalah sistem kepada bahagian yang kecil. Proses ini dibuat agar mudah difahami dan diteliti. Kesannya, masalah yang besar dapat diselesaikan dengan mudah. Penulis artikel mampu untuk mengaplikasikan teknik leraian contohnya memberikan kesan, faktor dan usaha untuk membanteras jenyah siber. 2.2 TEKNIK POLA ATAU CORAK Pola merujuk kepada mengenal pasti corak tertentu setelah bahagian-bahagian kecil diasingkan dan akan dinilai berdasarkan ciri-ciri dan persamaa. Persamaan pada pola yang dikenal pasti dapat memudahkan menyelesaikan masalah yang kompleks. Misalnya, penulis mengemukakan kesan yang akan terjadi sekiranya kegiatan jenayah siber ini semakin meluas. Antaranya ialah kesan kepada individu, ekonomi, sosial dan kesihatan. 2.3 PENISKALAAN Peniskalaan memfokuskan kepada aspek aspek yang penting dan tinggalkan perkara yang kurang penting. Penulis tidak mementingkan perkara yang kecil seperti kerugian yang dilanda negara Malaysia. Antara perkara penting yang ditekankan oleh penulis ialah faktor berlakunya peningkatan jenayah siber iaitu tahap kesedaran masyarakat dan penguasaan undang-undang yang lemah.
3 2.4 ALGORITHMA Algorithma ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau tugasan mengikut urutan dan pernyataannya haruslah difahami. Dalam karya artikel ini, penulis menyusun artikel dengan teratur dan mudah untuk difahami. Dalam artikel yang dirujuk, penulis menyusun satu persatu agar mudah difahami oleh pembaca. Penulis meletakkan abstrak terlebih dahulu kemudian pengenalan dan metodologi. Akhir sekali, penulis akan membuat analisis dan perbincangan serta kesimpulan akhir. Kesannya, pembaca dapat menangkap isi yang disampaikan oleh penulis. 2.5 PENAAKULAN LOGIK Penaakulan logik ialah proses pemikiran secara kritis yang melibatkan aplikasi logik mengikut pemikiran manusia. Perkara ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dengan fakta yang berikan. Contohnya, penulis memberikan fakta berkenaan dengan isu jenayah siber pada peringkat ASEAN pada tahun 2014 hingga 2019. Pengkaji menyatakan bahawa Singapura telah menghadapi serang siber yang besar pada Julai 2018 di mana data pesakit telah dicuri sebanyak 1.5 juta. 2.6 PENILAIAN Penilaian ialah keputusan yang telah dilakukan bagi menentukan kesahihan sesuatu maklumat tersebut. Berpandukan artikel, penulis telah merumuskan bahawa pelaksanaan struktur kerangka P3CSA yang berkesan memerlukan keupayaan dan pelaporan insiden yang berkesan pada semua peringkat dan organisasi bagi melindungi infrastruktur kritikal sekali gus menjamin keselamatan nasional.
4 3.0 ANALISIS SWOT Analisis SWOT ialah perancangan yang strategik yang bermaksud kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis ini bertujuan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi sesuatu pelaksanaan. 3.1 KEKUATAN Berdasarkan artikel, undang-undang yang diperkenalkan tidak memberikan kesan melainkan semua pihak termasuk individu, masyarakat, agensi, kerajaan swasta perlu berusaha dalam menangani ancaman keselamatan siber ini. Menyedari kepentingan keselamatan teknologi maklumat, Pusat Respons Kecemasan dan Keselamatan ICT Kebangsaan (NISER) telah ditubuhkan. 3.2 KELEMAHAN Menurut artikel yang dipilih, jenayah ini juga dikaitkan dengan pengodaman komputer itu sendiri. Antara perkara yang paling memudaratkan ialah pengekploitasian kod yang menganggu operasi komputer. Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat tidak menyukai undang-undang kerana mereka beranggapan hidup mereka tidak bebas. (Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah, 2019). Menurut pengkaji juga mengatakan sehingga hari ini masih tiada undang-undang yang dibuat untuk menghapus jenayah secara keseluruhan . 3.3 PELUANG Dengan adanya kelemahan dalam menangani isu jenayah siber ini, pengkaji mencadangkan untuk kajian yang lebih terperinci dilaksanakan dengan meneliti dengan lebih khusus kepada definisi mengenai jenayah siber itu sendiri agar penguatkuasaan undang-undang yang seragam dapat diwujudkan dan diperkenalkan.
5 3.4 ANCAMAN Namun begitu, perkembangan teknologi pada hari ini menyebabkan peningkatan jenayah siber. Peningkatan jenayah siber yang meluas kini berada dalam keadaan mengkhawatirkan dan dengan kekerapan penggunaan internet yang semakin menginjak tinggit terhadap teknologi sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan ancaman siber.
6 KESIMPULAN Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam membanteraskan jenayah siber yang semakin luas di negara kita. Undang-undang harus diperketatkan walaupun tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk membanteras jenayah siber ini. Adalah diharapkan dengan gabungan pelbagai faktor seperti kesedaran keselamatan IT di pihak remaja, pemantauan di pihak ibu bapa, kewujudan undang-undang khusus berkaitan jenayah siber serta agensi-agensi penguatkuasaan, kejadian intipan siber dapat ditangani dengan lebih berkesan. (Asiah Bidin, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad & Akmal Mohamad, 2015) 988 patah perkataan
7 RUJUKAN Asiah Bidin, Shariffah Nuridah Aishah Syed Nong Mohamad & Akmal Mohamad. (2015). Intipan siber: jenayah baru dalam masyarakat kontemporari. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 11, 12-25. https://doi.org/10.37231/jimk.2015.11.3.134 Lin Jin Hwa Julia, Tan Lean Chuen & Roslinda Rosli. (2022). Pemikiran komputasional dalam matematik: satu tinjauan literatur bersistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(4), 2504-8562. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1455 Muhammad Adnan Pitchan & Siti Zobidah. (2019). Dasar keselamatan siber Malaysia: Tinjauan terhadap kesedaran netizen dan undang-undang. Malaysian Journal of Communication, 35(1), 103-119. https://shorturl.at/goJ24 Sinar Harian. (11 Julai 2023). Apa itu kewarganegaraan digital? https://shorturl.at/mzM18v
8