The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JUAL BELI SECARA ISLAM DAN MUAMALAT YANG DILARANG DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 386-9-azza, 2021-03-24 22:57:40

pembentangan tugasan 2 pendidikan islam (gpi1083)

JUAL BELI SECARA ISLAM DAN MUAMALAT YANG DILARANG DALAM ISLAM

PEMBENTANGAN TUGASAN 2

PENDIDIKAN ISLAM

(GPI1083)

PENSYARAH: USTAZAH AZEAH BINTI MOHD JESAN
PEMBENTANG:
1.AZZA IZZATI BINTI AZMAN (2020192310085)
2.
3.

MAKSUD muamalat dalam ISLAM

Muamalat merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia
sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan
syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat
yang dimaksudkan ialah perhubungan antara manusia sesama mereka untuk
mendapat keperluan masing-masing dengan cara yang baik sesuai dengan
ajaran dan tuntutan agama serta landasan syarak iaitu jual-beli, tukar-
menukar dan pinjam-meminjam. Segala harta yang ada di alam ini samada di
muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah s.w.t secara mutlak. Manusia
memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang di anugerahkan kepada mereka. Manusia yang memiliki harta
kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan
bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

Firman Allah S.W.T :

‫ُﻫ َﻮ اﻟﱠ ِﺬ ْي َﺟ َﻌ َﻞ ﻟَﻜُ ُﻢ ا ْﻻَ ْر َض َذﻟُ ْﻮ ًﻻ َﻓﺎ ْﻣ ُﺸ ْﻮا ِﻓ ْﻲ َﻣ َﻨﺎ ِﻛ ِﺒ َﻬﺎ َو ُﻛﻠُ ْﻮا ِﻣ ْﻦ رﱢ ْز ِﻗ ٖ ۗﻪ َواِﻟَ ْﻴ ِﻪ اﻟ ﱡﻨ ُﺸ ْﻮ ُر‬

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah
digunakan,maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah
daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah

s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah
nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk : 15)







MUAMALAT YANG DILARANG DALAM ISLAM

Jual beli barangan yang haram untuk kegunaan maksiat atau
keburukan. Contohnya, menjual patung berhala ataupun dadah;
- Jual beli yang mempunyai unsur perjudian. Contohnya, membeli

sesuatu barang sebagai pertaruhan untuk mendapat hadiah lumayan;
- Jual beli yang mempunyai unsur penipuan. Contohnya, menjual
buah- buahan yang diperagakan elok di bahagian atas tetapi buruk
didalam serta dibawahnya;
- Jual beli yang mengandungi dua akad (kontrak) dalam satu.
Contohnya, kita menjual kereta kepada seseorang dengan harga
RM10,000 secara tunai dan dengan harga RM2,000 secara ansuran
selama setahun;

- Jual hutang dengan hutang. Contohnya, kita ada berhutang RM100
dengan Ahmad. Pada masa yang sama, Borhan membayar hutang

dengan kita RM100. Kemudian, kita meminta Borhan membayar hutang
kita sebanyak RM100 itu kepada Ahmad;

- Jual beli barangan yang tidak sempurna hak milik. Contohnya, kita
menjual suatu barangan yang dibeli tetapi belum diserahkan barangan

itu kepada kita oleh pemiliknya;
- Jual beli barangan gharar, tiada kepastian dan tidak boleh
diserahkan kepada pembeli. Contohnya, menjual burung di udara atau

ikan di lautan.
- Jual beli barangan yang belum wujud. Contohnya, menjual buah-
buahan putik yang masih dipokok atau anak lembu yang masih dalam

kandungan;
- Jual beli barangan bersyarat. Contohnya, kita berkata “ aku jual
keretaku ini dengan syarat engkau jual kereta engkau kepadaku.”










Click to View FlipBook Version