The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Penulis:

MUHAMMAD NURALIF BIN AL
(05DAT22F1044)

MUHAMMAD MAHYUDDIN BIN ROSLAN
(05DAT22F1083)

Pensyarah kursus:
PUAN. FADHLINA MOHAMAD AHMAD
(Pengajian Islam)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alif, 2023-05-15 00:27:19

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN KONVENSIONAL

Penulis:

MUHAMMAD NURALIF BIN AL
(05DAT22F1044)

MUHAMMAD MAHYUDDIN BIN ROSLAN
(05DAT22F1083)

Pensyarah kursus:
PUAN. FADHLINA MOHAMAD AHMAD
(Pengajian Islam)

perbezaan sistem ekonomi islam dan konvensional MAC 2023 LIF&DIN www.lifndinsite.com

ISI KANDUNGAN 02 SIDANG REDAKSI MAJALAH 03 DEFINISI EKONOMI SECARA UMUM 08 MEKANISME SISTEM EKONOMI ISLAM 06 DEFINISI DAN CIRI-CIRI BAGI SETIAP SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL 07 DEFINISI DAN CIRI-CIRI BAGI SISTEM EKONOMI ISLAM 04 MASALAH ASAS EKONOMI 05 MAKSUD SETIAP MASALAH ASAS EKONOMI 10 CONTOH NEGARA MENGAMALKAN SISTEM EKONOMI ISLAM 11 KESIMPULAN 12 RUJUKAN

MUHAMMAD NURALIF BIN AL (05DAT22F1044) SIDANG REDAKSI MAJALAH Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Majalah GenQurani merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu -isu islam dan cabaran semasa. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada DAT2B dan DPM2B, Jabatan Perdagangan bagi pengajian sesi II 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah GenQurani untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang Islam sebagai cara hidup yang merupakan key performance indicator kehidupan seorang muslim. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis ke arah pembentukan modal insan yang holistic dan komprehensif. PUAN. FADHLINA MOHAMAD AHMAD (Pengsyarah Pengajian Islam) MUHAMMAD MAHYUDDIN BIN ROSLAN (05DAT22F1083) PENULIS

DEFINISI EKONOMI SECARA UMUM Ilmu ekonomi merupakan satu bidang sains sosial yang mengkaji cara manusia mengurus sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Dalam ekonomi terdapat tiga konsep iaitu kehendak, kekurangan dan pilihan. Kehendak merupakan keinginan manusia terhadap barang dan perkhidmatan yang terhad agar dapat mencapai kehidupan yang lebih selesa dan mewah atau kepuasan maksimum. Terdapat empat jenis sistem ekonomi. Antaranya, Sistem Ekonomi Pasaran Bebas atau Kapitalis atau Laissez-faire, Sistem Ekonomi Perancangan Pusat atau Sosialis, Sistem Ekonomi Campuran dan Sistem Ekonomi Islam. Setiap sistem ekonomi ini mempunyai matlamat dan tujuan yang tersendiri.

Masalah asas ekonomi Apa yang hendak dikeluarkan Berapa yang hendak dikeluarkan Bagaimana hendak dikeluarkan Untuk siapa dikeluarkan

MAKSUD BAGI SETIAP MASALAH ASAS EKONOMI pengeluaran barang atau perkhidmatan yang paling cekap dengan tujuan meminimumkan kos. Masalah asas ekonomi yang terakhir ialah untuk siapa barang dikeluarkan. Masalah asas ekonomi ini merujuk kepada corak agihan barang. Perkara ini mengikut corak agihan pendapatan wang, dari segi pendapatan dan sebagainya. Tujuan untuk siapa barang dikeluarkan agar dapat mengikut agihan kepada individu atau golongan tertentu. Pertama sekali, masalah asas ekonomi ialah apa yang hendak dikeluarkan. Penentuan apa yang hendak dikeluarkan ialah mengikut jenis barang berdasarkan oermintaan masyarakat agar kehendak individu dapat dipenuhi. Masalah asas ekonomi seterusnya ialah berapa yang hendak dikeluarkan. Berapa yang hendak dikeluarkan ialah mengikut kuantiti atau jumlah yang diminta oleh masyarkat. Hal ini, dapat membantu dalam mencukupkan kuantiti barang. Serta tidak lagi wujud lebihan dan kekurangan barang. Terutama sekali dalam pasaran. Selain itu, masalah asas ekonomi yang ketiga ialah bagaimana hendak dikeluarkan. Masalah asas ekonomi ini merujuk kepada teknik atau cara bagaimana barang itu dikeluarkan. Dengan memlih teknik atau cara

Apakah Sistem Ekonomi Konvensional? Sistem ekonomi konvensional merupakan sistem ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. Terdapat tiga jenis sistem ekonomi yang ada dibawah sistem ekonomi konvensional. Antara sistem ekomi tersebut ialah Sistem Ekonomi Kapitalis, Sistem Ekonomi Perancangan Pusat dan Sistem Ekoomi Campuran.

Apakah yang dimaksudkan dengan SIstem Ekonomi Pasaran Bebas atau nama lainnya Kapitalis juga digelar dikenali sebagai Laissez-faire. Sistem ekonomi ini merupakan sistem perusahaan bebas, tanpa camur tangan kerajaan dan berasakan keuntungan Seterusnya, sistem Ekonomi Perancangan Pusat atau nama lainnya sosialis. Sistem ekonomi ini hanya kerajaan atau badan perancangan pusat yang berkuasa penuh dalam segala aktiviti dan membuat keputusan berkaitan ekonomi. Individu atau firma tidak bebas dalam membuat keputusan. Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan berbagai masalah yang timbul dari Sistem Ekonomi Pasaran Bebas. Secara umumnya, sistem ekonomi ini hanya individu dan firma sahaja yang bebas untuk membuat keputusan. Matlamat utama ialah bebas mencari keuntungan. Sistem ekonomi ini tidak mementingkan kebajikan masyarakat tetapi hanya menjaga kepentingan individu. Hal ini menyebabkan wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin. Contoh-contoh negara yang mengamalkan sistem Ekonomi Pasaran Bebas ialah Amerika Syarikat, Hong Kong, Switzerland dan banyak lagi. Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu, pihak swasta dan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Pengguna bebas untuk memilih kerana mereka mempunyai kuasa beli. Kerajaan hanya menetapkan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Kelebihan yang terdapat dalam sistem ekonomi ini ialah kepuasan individu dan masyarskat dapat dimaksimumkan, semua pihak bebas untuk melakukan semua kegiatan ekonomi dan menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi. Kalau ada kelebihan sudah tentu ada kelemahan. Kelemahan yang terdapat dalam sistem Ekonomi Pasaran Bebas ialah wujudnya agihan pendapatan yang tidak setara dan kesan luaran yang negatif. Pengguna dan pihak pengeluar berhak membuat keputusan ekonomi bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi. Mereka bebas membuat pilihan untuk memaksimumkan kepuasan. Manakala pengeluar bebas menggunakan faktor pengeluaran dan bersaing untuk memaksimumkan keuntungan. Maksud Bagi Setiap Sistem Ekonomi Konvensional Dalam sistem ekonomi ini, kerajaan mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pemilikan faktor pengeluaran, manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk memilik atau menggunakannya. Oleh hal demikian, hanya kerajaan sahaja yang boleh membuat keputusan menyelesaikan masalah asas ekonomi, merancang dan mengawal faktor pengeluaran serta agihan pendapatan Sistem ekonomi ini bertentangan dengan sistem ekonomi pasaran bebas dari semua aspek. Termasuklah dalam membuat pilihan.

APAKAH SISTEM EKONOMI ISLAM? Secara umumnya, sistem ekonomi Islam adalah satu disiplin sains yang mengkaji permasalahan dan kegiatan berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam. Pengurusan sumber-sumber alam secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat demi mendapat keredhaan Allah SWT. Dalam sistem ekonomi Islam, amalan riba dan faedah sangat ditegah kerana mempunyai unsur-unsur penindasan. Berikut adalah ciri-ciri ekonomi Islam. Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan. Perkara tersebut merujuk kepada pemilikan sumber Allah. Seterusnya, matlamat ekonomi ini yang ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dari aspek, tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana yang lebih penting adalah kebajikan masyarakat. Selain itu, persaingan secara adil dan saksama digalakkan atau dibenarkan kerana dalam sistem ini kegiatan seperti riba, sorokan, faedah dan sebagainya adalah diharamkan. Oleh hal demikian, individu bebas untuk membuat pilihan. Contohnya, menentukan jenis barang, cara barang yang hendak dikeluarkan dan sebagainya. Dengan syarat tidak melanggar hukum syarak. Akhir sekali, sistem ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. Dengan tegasnya, manusia tidak boleh mengubah hukum yang ditentukan oleh syarak. sumber ciotaan Allah dengan cekap dan adil agar dapat mengelakkan pembaziran. Semua sumber ialah hak milik Allah SWT dan manusia ialah khalifah untuk menjaga, mengurus dan mengawal sahaja. Pengagihan sumber untuk sistem ekonomi ini ialah secara sama rata. istem ekonomi Islam merujuk kepada suatu sistem ekonomi yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Salah satu objektif sistem ekonomi ini ialah menggunkan semua S

MEKANISME SISTEM EKONOMI ISLAM Mekanisme ekonomi adalah mekanisme melalui aktiviti ekonomi yang bersifat produktif. Berbagai kegiatan pengembangan harta atau tanmiyatul mal dalam akad-akad muamalah dan sebabsebab kepemilikan juga dikenali sebagai asbab at-tamalluk. Antara cara dalam mekanisme ekonomi ini ialah membuka kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya sebab-sebab kepemilikan dalam individu. Contohnya, mereka yang bekerja disektor pertanian, penternakan dan seangkatannya. Seterusnya, memberikan kesempatan seluas-luasnya bagi berlangsungnya pengembangan harta atau tanmiyah mal melalui kegiatan investasi Contohnya, dengan syirkah inan, mudharabah, dan sebagainya. Akhir sekali, memberikan rakyat hak pemanfaatan barang-barang milik umum atau al- milkiyah al-amah yang dikelola negara seperti hasil hutan, barang galian, minyak, elektrik, air dan sebagainya demi kesejahteraan rakyat.

Seterusnya, mekanisme non-ekonomi adalah mekanisme yang tidak melalui aktiviti ekonomi yang produktif, malah melalui aktiviti non-produktif, misalnya pemberian hibah, sedekah, zakat, atau warisan. Mekanisme non-ekonomi bertujuan untuk mengatasi peredaran kekayaan yang tidak berjalan sempurna jika hanya mengandalkan mekanisme ekonomi semata. Mekanisme non-ekonomi sangat diperlukan kerana adanya sebab-sebab alamiah maupun non-alamiah. Sebab alamiah misalnya keadaan alam yang tandus, badan yang cacat, akal yang lemah atau terjadinya musibah bencana alam. Semua ini akan dapat menimbulkan terjadinya gangguan ekonomi dan terhambatnya edaran kekayaan kepada orang-orang yang memiliki keadaan tersebut. Dengan mekanisme ekonomi biasa, edaran kekayaan boleh tidak berjalan kerana orang-orang yang memiliki hambatan yang bersifat alamiah tadi tidak dapat mengikuti kegiatan ekonomi secara normal sebagaimana orang lain. Mekanisme non-ekonomi juga diperlukan kerana adanya sebab-sebab non-alamiah, iaitu adanya penyimpangan mekanisme ekonomi. Penyimpangan mekanisme ekonomi ini jika dibiarkan akan boleh menimbulkan ketimpangan edaran kekayaan. Bila penyimpangan terjadi, negara wajib menghilangkannya. Sebagai contoh, jika terjadi monopoli, hambatan masuk, baik administratif maupun non-adminitratif dan sebagainya atau kejahatan dalam mekanisme ekonomi, harus dihilangkan oleh negara dalam kadar segera. Mekanisme non-ekonomi bertujuan untuk segera mewujudkan keseimbangan ekonomi dalam masyarakat yang akan ditempuh dengan beberapa cara. Antaranya, pemberian harta zakat yang dibayarkan oleh muzakki kepada para mustahik, serta pemberian infaq, sedekah, wakaf, hibah dan hadiah dari orang yang mampu kepada yang memerlukan.

Berikut merupakan negara yang mengamalkan SIstem Ekonomi Islam Turki Indonesia UAE Arab Saudi Malaysia

PERBEZAAN SISTEM EKONOMI ISLAM DAN KONVENSIONAL KESIMPULAN Kesimpulannya, Sistem Ekonomi Islam mempunyai lebih banyak kebaikan kalau dibandingkan dengan Sistem Ekonomi Konvensional. Hal ini kerana, menurut pandangan kasar, sistem ekonomi Islam lebih mengutamakan kebajikan dan kebebasan yang berlandaskan al_Quran dan Hadis. Oleh hal demikian, setiap orang perlukan kebebasan dan kebajikan terutama sekali, mereka yang memerlukan bantuan tidak kira dari pelbagai aspek.

RUJUKAN PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM VS SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL (https://www.slideshare.net/mohdadibmuin/perbezaanantara-sistem-ekonomi-islam-vs-ekonomikonvensional) SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL : SUATU PERBANDINGAN (http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/05/sistemekonomi-islam-dan-sistem-ekonomi.html#) SISTEM EKONOMI ISLAM (https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_ekonomi_Islam) EKONOMI ISLAM (https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahanilmiah/pembangunan_sistem_ekonomi_islamsyed_wafa.pdf) NOTA EKONOMI TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 (disediakan oleh Cg.Chan Pei Sze) 1. 2. 3. 4. 5.

Click to View FlipBook Version