The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FAKTOR KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYAH pb munirah (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadfahmi45900, 2024-03-13 11:12:31

FAKTOR KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYAH pb munirah (1)

FAKTOR KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYAH pb munirah (1)

PENTAKSIRAN BERTERUSAN PENDIDIKAN ISLAM / A06401 TAHUN 2 SVM SEMESTER 4 TAJUK:KERAJAAN TURKI UTHMANIAH “Iktibar dari kegemilangannya” PROGARAM:2 SVM ETE SEMESTER 4 GURU:PN SITI SARAH BINTI AHMAD KUSAIRI NAMA PELAJAR & NO KAD PENGENALAN: MUHAMMAD NAIM MUNIR BIN KAMIL (060929-05-0117) AHMAD AFIQ FAHMI BIN AHMAD (060822-05-0475) MOHAMMAD FIRAS HAKIM BIN MOHAMMAD RIZAL (060906-10-1751) MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD SAUFFI (060630-05-0155) ADAM HAKIMI BIN HASROL (061026-02-0843


LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIYAH Pembentukan Kerajaan Turki Uthmaniyah Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini,iaitu Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah Amir atau pun gebenor Saljuk bagi Kawasan sebelah barat daerah Anatolia. Kawasan ini bersempadan dengan Kawasan empayar Byzantine, ataupun dikenali juga sebagai Rom Timur. Kawasan di bawah pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding wilayah yang lain. Pada tahun 1301M, Uthman Berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini meyebabkan ramai ghazi ataupun pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluas Kawasan penaklukannya. Uthman mula menakluki Kawasan sekitar Anatolia dan kemudiannya menjadikan bandar Bursa sebagai ibu negeri. Uthman meninggal dunia pada tahun 1326M dan usaha perluasan kuasa diteruskan oleh anaknya Orhan 1 dan pemerintah Uthmaniyah seterusnya.


. Kerajaan Uthmaniyah mula terkenal dan bertambah kukuh apabila Kota Constantinople telah ditalkluk oleh Muhammad al-Fatih (1432M-1481M). Penaklukan kota ini oleh umat Islam telah membawa erti sebuah kejayaan yang besar iaitu menewaskan pihak yang menjadi seteru kepada Islam. Ia menjadi lambing kejatuhan empayar yang terkenal iaitu Empayar Byzantine (Rome) yang berteraskan Kristian. Empayar Rome Byzantine dan Empayar Byzantine juga telah membuka ruang dkawah yang luas untuk Islam terus tersebar di Eropah, terutama Eropah Timur. Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada beberapa penggal: Peringkat awal penubuhan (1299-1453) Perkembangan dan pengukuhan (1453-1682) Perkembangan mendatar, kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak barat (1683-1827) Kemerosotan dan kejatuhan (1828-1908) Pembubaran pemerintahan (1908-1924 Zaman perkembangan Kerajaan Uthmaniyah bermula selepas kejayaan pemerintahannya, Sultan Muhammad 2 (Sultan Muhammad Al Fateh) menakluki Kota Konstantinnople dari kekuasaan Empayar Byzentine pada 29 Mei 1953. Sultan Abdul majid II merupakan pemerintah terakhir bagi kerajaan Turki Uthmaniyah. Bilangan keseluruhan pemerintah bagi kerajaan Turki Uthmaniyah adalah 37 orang.


FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH Aspek Pentadbiran I. Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tantara, ketua agama dan hakim tertinggi. II. Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran. III. Penguasaan laluan diantara Benua Eropah dengan Benua Asia apabila menguasai Selat Dardanelles dan Selat Bosporus.


2.Aspek Keilmuan I. Menjadikan masjid sebagai pusat perkembangan ilmu sehingga mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan,pembangunan,falsafah,kesenian seni bina dan teknikal. II. Menaik taraf dan membina instituasi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan aktiviti keagamaan. III. Mempunyai sistem Pendidikan yang teratur dan sistematik seperti sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan. IV. Menggalakkan penulisan ensiklopedia yang berkaitan sians Islam. V. Menubuhkan perpustakaan di masjid,hospital dan rumah untuk membudayakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan.


3. Aspek Sosial I. Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang mermelukan. II. Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. III. Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, Pendidikan dan kesihatan.


4.Aspek Ketenteraan. I. 1.Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera demi mempertahankan agama dan negara. II. 2. Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan serta kelengkapan senjata. III. 3. Antara kelebihan ketenteraan pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah ialah: Mempunyai tentera berkuda. Mempunyai kumpulan infantri yang kuat. Mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam taktik peperangan. Mempunyai senjata moden seperti Meriam besar- peralatan moden ini sangat membantu perluasan empayar Uthmaniyah seperti yang dibuktikan dalam penawaran Constantinople. Mempunyai armada laut yang kuat – semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada tentera laut Uthmaniyah mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.


IKTIBAR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIYAH I. Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan pentadbiran berjalan lancer. II. Kita hendaklah sentiasa memperbanyakkan penerokaan ilmu agar mampu bersaing diperingkat antarabangsa . III. Kita hendaklah sentiasa menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban mempertahankannya daripada serangan musuh . IV. Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah SWT. V. Kita hendaklah menolak campur tangan asing untuk menjaga kedaulatan negara.


RUMUSAN Pemerintahan dan pentadbiran yang bercorak ketenteraan di mana diketuai oleh seorang sultan yang secara langsung menjadi Ketua tentera,Ketua Agama dan Hakim tertinggi. Selepas itu, Empayar Turki Uthmaniyah mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan,pembanggunan,falsafah,kesenian dan teknikal. Lahir pusat pusat penyelidikan sejarah dan kesusasteraan islam. Rakyat diwajibkan mengikuti Pendidikan dan latihan kententeraan. Selain itu, Kerajaan Uthmaniyah menyediakan pasukan ketenteraan yang tersusan dengan adanya pangkat,pakaian seragam, pakaian rasmi dan kelengkapan senjata bagi pengawal tentera dan pembesar-pembesar negara.


Click to View FlipBook Version