ULANG TAHUN KE-68Majlis Sambutan
Sepatah Bicara Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan rahmat dan kurniaan-Nya jua hari ini organisasi keramat yang lahir daripada kesaktian lidah rakyat menyambut ulang tahun yang ke-68. Usia yang lebih sedekad bagi organisasi yang berjuang memartabatkan bahasa Melayu ini membuktikan bahawa keupayaan dan kekentalan mengharungi cabaran arus perdana tidak pernah selesai. Dewan Bahasa dan Pustaka kekal relevan sebagai pemersatu bangsa di negara ini melalui bahasa Melayu yang juga agenda utama negara berkonsepkan Malaysia MADANI. Reformasi Pendidikan yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan kepentingan DBP dalam melahirkan anak bangsa yang megah jati dirinya terhadap bahasa dan budaya ketimuran. Walaupun teknologi menguasai zaman milenium, namun jangan dikesampingkan pentingnya bahasa Melayu. Jadikan teknologi sebagai alat untuk menyebarluaskan lagi penutur dan pengguna bahasa Melayu. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada DBP. Moga angka 68 ini menjadi gerakan reformasi pembaharuan cara kerja, cara berfikir dan cara mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia. Dirgahayu DBP! YB FADHLINA SIDEK Menteri Pendidikan 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Bahasa Jiwa Bangsa dan Salam Malaysia MADANI. Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, pada hari ini organisasi keramat Dewan Bahasa dan Pustaka telah mencapai usia ke-68 tahun penubuhannya. Dalam tempoh ini, DBP telah melalui pelbagai proses rintangan, cabaran, halangan dan dugaan demi memastikan bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan di negara tercinta ini. Tempoh yang panjang ini sudah tentu mematangkan organisasi ini untuk terus mengharungi cabaran semasa dalam mencapai misi dan visinya. Dalam mendepani cabaran masa hadapan, DBP perlu terus berevolusi dan mengadaptasi dengan cepat kepada perubahan, untuk terus kekal relevan. Kepesatan dunia tanpa sempadan melalui penggunaan pelbagai aplikasi dalam talian, impak media sosial, dunia pendigitalan dan terkini teknologi kecerdasan buatan (AI), menjadi cabaran baharu buat DBP agar kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat dan terus kukuh menjadi bahasa ilmu kepada semua bidang. Untuk menghadapi semua cabaran ini, DBP tidak boleh bergerak sendiri. Sokongan daripada semua pihak, institusi, jabatan, kementerian dan malahan daripada seluruh masyarakat Malaysia amat diperlukan agar bahasa Melayu terus gemilang bukan sahaja sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa pemersatu malah gah di persada antarabangsa sebagai salah satu bahasa utama dunia. Saya berdoa agar DBP terus kekal utuh sebagai sebuah institusi ilmu yang menjadi teras kepada peradaban dan ketamadunan negara. Semoga segala usaha yang dilakukan ini akan terus dipermudahkan dan saya berdoa agar barisan pengurusan tertinggi DBP dan para karyawannya mampu melalui semua cabaran masa hadapan untuk mencipta lebih banyak kegemilangan. Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-68 kepada seluruh karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Jiwa Bangsa! 2 Seuntai Kata SASTERAWAN NEGARA DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
3 Sekapur Sireh Tanggal 22 Jun 1956, sederap langkah jua keramatnya “Kesaktian Lidah Rakyat” lahirlah sebuah institusi dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini, institusi tersebut telah mencecah usianya yang ke-68 tahun. Sepanjang 68 tahun ini, pelbagai rancangan, program, aktiviti dan kerjasama yang telah diaturkan serta dikendalikan untuk memenuhi visi dan misi dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia. Macetnya perkembangan teknologi dan maklumat, serta segala-galanya yang boleh diperoleh pada hujung jari telah menuntut kita untuk bertindak dan berfikir dengan lebih pantas dan maju seiring dengan keperluan semasa. Setiap gerak kerja perlu diperkemas dan dimantapkan supaya mendapat hasil yang terbaik dan sempurna. Hal ini menjadi cabaran tetapi juga semangat untuk kita terus berdaya saing dan memastikan setiap yang dirancang dapat dilaksanakan. Pada sambutan ulang tahun kali ini, DBP membawa kelainan dengan meraikan hari penuh bermakna ini di sekolah, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pada hari ini, DBP mengadakan pelbagai aktiviti bahasa dan sastera untuk pelbagai peringkat umur supaya DBP sentiasa dekat dengan setiap lapisan masyarakat. Kegiatan memartabatkan bahasa Melayu akan terus dipergiat dan menjadi agenda utama perancangan DBP. DBP juga akan sentiasa menambah baik mutu dan perkhidmatannya bagi memenuhi kehendak masyarakat pada era globalisasi ini. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa semoga DBP terus teguh dan gemilang dalam melaksanakan fungsi dan matlamatnya. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua warga kerja DBP yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan fungsi dan matlamat DBP ini tercapai. Bahasa Jiwa Bangsa! DR. HAZAMI BIN JAHARI Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
ULANG TAHUN KE-68 Majlis Sambutan aattuurrccaarraa 22 JUN 2024 (SABTU) | 8.00 MALAM DEWAN SERI MAWAR SMK SERI NIBONG, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
11.00 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan 11.15 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat : Ketibaan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Lagu Negaraku, Untuk Negeri Kita dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Persembahan Pembukaan Doa Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Montaj Ulang Tahun Ke-68 DBP dan Gerak Gempur Program Majalah Dalam Kelas Kembali ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Bicara Berirama Ucapan Perasmian oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Gimik Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-68 DBP dan Pelancaran Gerak Gempur Program Majalah Dalam Kelas Kembali ke Sekolah Peringkat Kebangsaan dan Buku Kesaktian Lidah Rakyat Penyampaian Cenderamata Tayangan Video Pertandingan Doodle Jawi Persembahan Khas Lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan Dewan Bahasa 11.30 Pagi 12.30 Tengah Hari : Jamuan 5
ULANG TAHUN KE-68 Sambutan TAKWIM
ttaakkwwiimm SAMBUTAN ULANG TAHUN KEKongsi Cerita 9.00 - 9.15 Malam | Media Sosial DBP Suara dari Anjung: Dewan Bahasa Rabu | 10.00 Pagi | Anjung DBP, Menara DBP Teater Malam Minggu 8.00 Malam | Sudut Karyawan, Wisma DBP Majlis Korban Perdana DBP Rabu | 8.00 Pagi | Wisma DBP Hari Ini dalam Sejarah DBP 12.00 Tengah Hari | Media Sosial DBP Ceramah Penyegaran Bahasa Khamis | 9.00 Pagi | DBP Wilayah Timur Pertandingan Forum Remaja Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Peringkat Negeri Sarawak 2024 Selasa | 8.00 Pagi | Dewan Undangan Sarawak, Kuching Jualan Mega DBP 8.00 Pagi - 4.00 Petang | DBP Cawangan Sabah Minggu Bertemu Pelanggan 8.00 Pagi - 5.00 Petang | DBP Cawangan Sabah Program Jerayawara Sastera Siri 3/2024 Jumaat | 8.00 Pagi | Dewan Lembaga Pengurusan Bersekutu Sekolah Menengah Cina Swasta Sarawak, Sibu Ceramah Perdana dan Bacaan Yasin DBP Jumaat | 9.00 Pagi | Ibu Pejabat, DBP Cawangan dan DBP Wilayah 2 0 2 47
SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPertandingan Eksplorasi Bahasa Sabtu | 8.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Forum Kesaktian Lidah Rakyat Sabtu | 9.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Malam Bahasa Jiwa Bangsa Sabtu | 8.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Pameran Kesaktian Lidah Rakyat Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Pameran Multimedia Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Program Seronoknya Membaca Sabtu | 8.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang ttaakkwwiimm Program Majalah Dalam Kelas (Guru) Sabtu | 8.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Program Majalah Dalam Kelas (Sekolah Menengah) Sabtu | 8.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang 2 0 2 4Malam Bahasa Jiwa Bangsa Jumaat | 8.00 Malam | Dataran Bandaraya Kota Bharu, Kelantan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-68 DBP Sabtu | 11.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Program Majalah Dalam Kelas (Sekolah Rendah) Sabtu | 8.00 Pagi | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Wacana Ilmu: Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita Jumaat | 9.00 Pagi | Dewan IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang 8
ttaakkwwiimm SAMBUTAN ULANG TAHUN KEEkspresi Seni Remaja Ahad | 8.00 Pagi | DBP Wilayah Timur Pentas Bahasa Jiwa Bangsa Sabtu | 2.00 Petang | DBP Wilayah Selatan Bersama-sama Ahmad Fedtri Yahya Sabtu | 9.00 Pagi | DBP Wilayah Selatan 2 0 2 4Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Jualan Buku DBP Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Pameran dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Poster "Kesaktian Lidah Rakyat" Sabtu | 9.00 Pagi | DBP Wilayah Selatan Program Bimbingan Pemantapan Tatabahasa Sabtu | 8.00 Pagi | Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak Program Jerayawara Sastera Siri 4/2024 8.00 Pagi | IPGM Kampus Sarawak Miri dan SMK Bekenu Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Sastera (Puisi Seni Coret) 8.30 Pagi | UiTM Cawangan Sarawak Kampus 2, Kota Samarahan, Sarawak Program Bimbingan Seni Pengucapan 8.30 Pagi | SM Jalan Riam, Miri, Sarawak Pameran Akademi DBP Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang Roda Kata Perkamusan Sabtu | 8.00 Pagi - 11.00 Malam | SMK Seri Nibong, Pulau Pinang 9
ttaakkwwiimm SAMBUTAN ULANG TAHUN KESuara dari Anjung: Pelancaran Buku Pandemik dan Wacana Khamis | 10.00 Pagi | Anjung DBP, Menara DBP 2 0 2 4Syarahan Keris Mas Kali Ke-3 Khamis | 9.00 Pagi | Kompleks Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru Wacana Kesaktian Lidah Rakyat Selasa | 9.00 Pagi | Auditorium DBP, Menara DBP Wacana 152: Kesaktian Lidah Rakyat Selasa | 8.00 Pagi | DBP Wilayah Timur Pentas Budaya Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail Rabu | 9.00 Pagi | DBP Wilayah Selatan Pementasan Teater Perdana DBP 8.00 Malam | Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Suara dari Anjung: Dewan Sastera Rabu | 10.00 Pagi | Anjung DBP, Menara DBP Eksplorasi Bahasa Rabu | 10.00 Pagi | DBP Cawangan Sabah Wacana Penulis Utara Khamis | 10.00 Pagi | DBP Wilayah Utara Pertandingan Melarik Puisi 7.30 Pagi | UiTM Cawangan Sarawak Kampus 2, Kota Samarahan, Sarawak Pelancaran Buku dan Wacana Kearifan Tempatan Selasa | 8.00 Pagi | DBP Cawangan Sabah Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Isnin | 8.00 Pagi | DBP Wilayah Timur 10
ttaakkwwiimm SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPementasan Teater Kesaktian Lidah Rakyat Jumaat | 8.30 Malam | DBP Wilayah Timur Anugerah Citra Iklan Sabtu | 8.00 Pagi | DBP Cawangan Sabah Santai Petang di DBP Sabtu | 5.00 Petang | Wisma DBP Aroma Meja Bulat Sabtu | 8.00 Pagi | DBP Cawangan Sabah Sekalung Seni DBP Jumaat | 9.00 Pagi | Auditorium DBP Suara dari Balai Budaya Sabtu | 8.00 Malam | Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP Sukan antara Rumah DBP 8.00 Pagi - 5.00 Petang | DBP 2 0 2 4Pertandingan Ceritalah Ayah, Ibu dan Guru! Khamis | 7.30 Pagi | Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Sarawak Festival Bahasa dan Sastera Peringkat Negeri Sarawak 2024 Isnin | 8.00 Pagi | Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Negeri Sarawak DBP Khamis | 8.00 Pagi | Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak Pertandingan Baca Berita Khamis | 7.30 Pagi | Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Sarawak Program Muafakat Keluarga DBP Jumaat | 9.00 Pagi | Wisma DBP 11
ppeenngghhaarrggaaaann 12 Kementerian Pendidikan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara Majlis Bandaraya Seberang Perai Polis Daerah Seberang Perai Selatan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Jabatan Pendidikan Negeri Perak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pulau Pinang Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Serai Selatan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Sekolah Tinggi Persendirian Jit Sin Sekolah Kebangsaan Seri Bayu Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau Rakan-rakan Media Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan ULANG TAHUN KE-68
13 Terbitan Istimewa sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-68 Dewan Bahasa dan Pustaka.