JABATAN PENGAJIAN AM - MPU23032 (PENGAJIAN ISLAM) TUGASAN E-FOLIO PENYALAHGUNAAN ICT: PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA PENSYARAH: UST MOHD AZRUL BIN JAAFAR SEMESTER 2 SESI 2: 2023/202 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. PENDAFTARAN ALIFF HAIKAL BIN ABDUL RAHMAN 21DDT23F1045 NURHAZIQ HAKIMI BIN ROSLAN 21DDT23F1048 ISAMUDDIN TAN BIN ASMAN TAN 21DDT23F1014
0 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ................................................1 OBJEKTIF ..........................................................2 PENGENALAN ...................................................3 PENYALAHGUNAAN ICT: PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA .......4 • PANDANGAN ISLAM • KESAN DAN CARA MENGATASINYA KESIMPULAN ....................................................5 RUJUKAN ..........................................................6
1 PENGHARGAAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kamu ucapkan kepada sesiapa yang membaca e-folio ini. Alhamdulillah, Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia dan izinya dapatlah kami sekumpluan menyiapkan tugasan MPU23032 (PENGAJIAN ISLAM) di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang. Setinggi-tinggi penghargaann dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Azrul Bin Jaafar, selaku pensyarah bagi kursus MPU23032 (PENGAJIAN ISLAM) untuk semester 2 sesi 2:2023/2024 yang telah memberi bimbingan, pengajaran dan juga nasihat sehingga la tugasan e-folio ini disiapkan. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga ahli keluarga yang banyak memberi sokongan, dorongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan e-folio ini. Akhir sekali, terima kasih kami ucapkan kepada mana-mana pihak yang telah membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan e-folio ini. Walaupun serba sedikit kami dapat banyak pengajaran yang kami perolehi dengan melakukan tugasan e-folio ini. Semoga Allah S.W.T memberikan keredhaan dan balasan yang lebih baik jua. Aamin Ya Rabbal Alamin.
2 OBJEKTIF Melalui tugasan ini, ia merangkumi beberapa objektif seperti yang berikut: Tugasan e-folio ini dilakukan secara amnya bagi mengenal pasti pandangan Islam dalam penyalahgunaan ICT yang dilakukan oleh orang- orang di Malaysia sekarang. Dalam tugasan e-folio ini, kami melakukan segalanya dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat bagi menjayakan tugasan e-folio ini. Kami juga menguasai kemahiran dalam mencari, mengumpul, dan menganalisiskan segala maklumat mengenai penyalahgunaan ICT dan apa pandangan Islam terhadapnya di masa sekarang ini. Tugasan e-folio ini juga dapat menambah pengetahuan kami tentang penyalahgunaan ICT dari sudut pandangan Islam di kalangan masyarakat Malaysia. la juga memberi kami banyak pendedahan bagi mengenali dan memahami apakah asal usul penyalahgunaan ICT ini. Bukan itu sahaja, malah hal ini memberi kesan negatif terhadap diri seseorang yang terlibat. Dalam tugasan e-folio ini, kami juga mencadangkan beberapa cara untuk menghindari kegiatan penyalahgunaan ICT ini.
1 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penyalahgunaan adalah perihal iaitu perbuatan menyalahgunakan sesuatu tak kira dadah, kuasa mahupun tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Dalam bahasa Inggeris iaitu, misuse (menyalahgunakan) yang bermaksud penggunaan yang salah tidak betul; salah guna. (Dictionary.com) Penyalahgunaan ICT ini selalunya terjadi di kalangan masyarakat anak-anak muda kerana mereka suka sangat mengambil tahu tentang ICT ini. Dengan itu, terdapat beberapa punca daripada permasalahan tersebut mendatangkan kesan negatif pada mereka. Oleh itu, kami akan menerangkan apakah penyalahgunaan ICT dari sudut pandangan Islam, beberapa punca, akibat dan cara untuk menangani permasalahan penyalahgunaan ICT dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan melalui talian diwujudkan seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia sekarang untuk mencari maklumat, mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi dan mewujudkan budaya celik komputer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan, membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan kewangan. Dari sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh menimbulkan masalah sosial disebabkan petiyalahgunaan teknologi di kalangan belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan belia akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara kita?
2 PENYALAHGUNAAN ICT: PADANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA UNTUK MENGATASINYA ❖ PANDANGAN ISLAM Menurut pandangan Islam, umat Islam telah menunjukkan cara yang terbaik dalam usaha penyebaran maklumat yang lebih awal daripada penganut-penganut agama lain, iaitu dengan memulakan industri kertas pada tahun 729M di Baghdad, berbanding orang Kristian yang pertama sekali menggunakan percentakan kertas dalam tahun 1276M. Sejak 1040M lagi, kerajaan Islam kita telahpun menggunakan kertas dalam urusan rasmi kerajaan, tetapi malangnya, apabila muncul soal isu bidaah tentang penggunaan teknologi pada abad ke-17M, umat Islam mengambil sikap yang agak mudah dan berpuas hati denga napa sahaja mereka ada. Ini mengakibatkan, industry percetakan dikuasai oleh masyarakat Barat (Abu Bakar dan Siti Fatimah, 1999). Sejarah di atas, telah membuktikan bahawa teknologi telah lama wujud dalam kalangan kehidupan manusia dari dulu, sehinggalah sekarang ini. Merujuk kepada sejarah Islam kita, teknologi merupakan sesuatu yang bukanlah asing. lanya adalah satu proses yang berterusan, sama berkembang dengan kepandaian manusia untuk memudahkan urusan kehidupan. Islam tidak pernah menghalang mahupun mengharamkan teknologi ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam system pendidikan kita. Oleh itu, hukum asal sesuatu adalah harus, termasuk segala yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama ataupun baharu. Tidak ada sama sekali bahawa sesuatu itu hukum haram kecuali terdapat nas dan dalil agama yang sesuai dengan perubahan zaman dan menuntut agar umatnya selalu maju dalam peradaban masing-masing.
3 Agama Islam juga merupakan satu agama yang menitikberatkan soal ilmu pengetahuan. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah S.W.T merupakan satu arahan untuk kita semua, untuk mempunyai ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi segala bidang dan juga sub bidang. Ini tidak terkecuali ilmu yang berhubung erat dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Tegasnya, kegunaan ICT masih tertakhluk keoada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh Islam. ICT yang digembar-gemburkan sebagai hebat itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui cara yang dipercayai paling berkesan dan pantas. Jikalau diperhalusi, ICT yang diterajui oleh barat tidak membincangan tentang beberapa perkara yang penting seperti matlamat ICT, isikandungan (contents) ICT, amanah dan adab-adap berkaitan ICT secara serius. Melihat pula as-Sunnah dan al-Hadith iaitu sumber rujukan kedua umat, persoalan tentang teknologi, maklumat dan komunikasi sebenarnya telah disentuh oleh Rasulullah walaupun secara tidak langsung. Tanpa niat untuk mengulas dengan mendalam, penulis cuba untuk mencari hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang berkaitan dengan teknologi, maklumat dan komunikasi dan isu-isu yang berkaitan yang mungkin boleh dijadikan rujukan kepada pemain dan peneraju ICT, insya Allah.
4 ❖ KESAN DAN CARA MENGATASINYA Dalam penyalahgunaan ICT, terdapat perkara yang boleh dilihat bahawa golongan remaja mudah terdedah kepada perkara negative tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya hal ini tidak terkawal, perkara ini memberi kesan yang lebih besar kepada psikologi dan tindakan remaja sekarang, ia juga akan membawa kepada permasalahan moral. Seterusnya, kesan yang boleh dilihat adalah peningkatan keterlibatan remaja dengan seks luar nikah dan menglibatkan kelahiran anak nikah. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong remaja sekarang melakukan perbuatan yang lebih buruk iaitu menggugurkan kandungan dan membuang bayi yang tidak berdosa sama sekali. Selain daripada itu, terdapat juga isu utama yang dikenalpasti seperti penyebaran maklumat palsu, dan gambar-gambar yang tidak bermoral. Lagi, penyebaran maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya semakin berleluasa sekarang. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang yang ingin mengenali dan berhubungan dengan seseorang yang lain secara terbuka dan bebas. Ini bukan sahaja berlaku diantara golongan remaja, tetapi juga di golongan dewasa terdedah pada permasalahan ini sehinggalah mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara sulit yang tidak sepatutnya dikongsikan. Menurut punca-punca di atas, boleh memberi kesan kepada remaja seperti keskes kehilangan remaja, kesannya daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal. Tambahan pula, penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet juga semakin meningkat. Penipuan ini telah semakin merebak dan banyak masyarakat yang telah menjadi mangsa daripadanya.
5 KESIMPULAN Kemajuan dan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam melahirkan masyarakat dan generasi yang berilmu pengetahuan dan bijak dalm mentadbir negara di masa depan nanti. Berkenaan dengan penggunaan ICT dari sudut pandangan Islam, umat Islam haruslah tahu bahawa: • Dalam dunia ini, umat Islam harus memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang kuat dan terpengaruh. Hal ini boleh membantu dalam usaha penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan lebih berkesan. • Semua ilmu berasal daripada Allah S.W.T sendiri, jugalah termasuk sains, teknologi dan ICT. Selain daripada itu, umat Islam terdahulu telah Berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam bidang ini. Maka umat Islam sekarang harus berusaha dalam mengembalikan status tersebut. Perbincangan di atas telah membuktikan bahawa sains, teknolgi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat penting bagi kehidupan manusia sekarang. Dengan penguasaan yang kuat dalam sains, teknologi dan ICT, kita mampu menjadi lebih kuat, dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat.
6 RUJUKAN • https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-positif-dan-negatifteknologi.html • https://www.researchgate.net/publication/283471061_IsuIsu_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_Menurut_Hadith • https://www.scribd.com/document/383317636/PMSDDTS18122017- pdf • https://journalarticle.ukm.my/10024/1/V31_2_24.pdf • https://ictchungkonglan.blogspot.com/2012/11/penggunaan-ictdalam-pembelajaran.html