KANDUNGAN
TAJUK: Muka Surat
1. Pendahuluan 2
2. Sejarah jalur gemilang 3-8
3. Maksud reka bentuk bendera Malaysia
4. Bagaimana bendera Malaysia 9
10 - 13
mendapat nama jalur gemilang
5. Maksud nama jalur gemilang 14
6. Lagu Benderaku 15
7. Lagu Jalur Gemilang 16
8. Ucapan terima kasih 17
1
Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait
rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah,
bangsa, agama dan ibu pertiwi. Bendera juga merupakan lambang
kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kewarganegaraan
bagi sesebuah negara. Oleh itu, penggunaan bendera dan
penghormatankeatasnya adalahsebaga satu simbol nasionalisme.
Semua negara di dunia mempunyai bendera iaitu sebidang kain yang
diperagakan bagi menunjukkan tanda atau lambang kewujudan
sesebuah negara. Biasanya bendera berbentuk empat segi bujur dan
mempunyai satu bahagian tepi yang digunakan untuk diikat pada tiang.
Maksud asas bendera adalah mengibarkan atau mengapungkan di atas
angin.
2
Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu
menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat
perakuan berkenaan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah mengambil
bahagian didalam pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat
akhir:
Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan
dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah
lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut.
Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning
di bahagian tepi kiri.
3
Sebelum memilih rekabentuk bendera yang menjadi juara, Majlis Perundangan Persekutuan
telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang rekebentuk
yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay kiri.
4
Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang
memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik
Mohamad bin Hamzah.
5
Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan Reka
bentuk bendera tersebut dengan beberapa pinda
Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan
oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut::
"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as
follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being
red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the
standard size of the flag to be six feet by three feet."
Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada
warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga
menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam
Persekutuan Tanah Melayu.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan
bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di
perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan
Pegawai-Pegawai King George VI.
7
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah
melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira penambahan
negeri-negeri tersebut.
Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama
Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan
Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut
reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan
jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan
Malaysia.
Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan
bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang
berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya.
8
Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia
Bendera Malaysia; dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan
putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan
berakhir dengan
jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri
dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan
Persekutuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah
yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak
bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk
dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).
Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning
pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
9
Bagaimana Bendera Malaysia mendapat nama Jalur
Gemilang
Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun
Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris mencadangkan bendera Malaysia diberikan
nama rasmi seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom
– Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.
10
Beliau memberi cadangan bendera Malaysia dinamakan sebagai "Si Tuah". Sempena nama Hang Tuah, pahlawan
Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.
Cadangan beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai
untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan.
Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan
dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.
Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah
bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi
memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada
wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan
tersebut. Nama Jawatankuasa itu kemudiannya ditukar menjadi, Jawatankuasa Induk Menamakan
Bendera Malaysia.
11
Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga
cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama
tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk
semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Pada 11 September 1996, usul dikemukakan kepada jemaah menteri mengenai tiga nama cadangan yang dipilih.
Namun, kesemua nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan
bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan
itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama
baru untuk bendera Malaysia.
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara
pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju
memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan
‘Jalur Sinar Gemilang’.
12
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua
Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah
membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan
seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan‘Jalur Sinar Gemilang’.
Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah
menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’.
Nama Jalur Gemilang di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan Bin Tumin
Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.
13
Maksud Nama Jalur Gemilang
JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.
Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala
tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke
Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian
Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi
apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan,
kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa
mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
14
Lirik Lagu Benderaku - Bendera Malaysia
Benderaku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia
Bendera Malaysia oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku
Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia
Bendera Malaysia bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.
Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka
15
Lirik Lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
16
Terima kasih saya ucapkan kepada semua guru-guru di
Sekolah Kebangsaan Methodist (L) Jalan Hang Jebat Kuala
Lumpur untuk memberi peluang untuk menerangkan
mengenai Bendera Malaysia kita.
Saya sangat gembira sebab dapat menyertai
pertandingan ini dan juga dapat belajar lebih dalam lagi
mengenai negara kita.
SAYA ANAK MALAYSIA
RAYNALD EMMANUEL RAMACHANDRAN
1 INOVATIF
17