BUKU LOG LENCANA KEAHLIAN
ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA
KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI
Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz
No. MyKid : 111229 – XX - XXXX
Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Kegemaran : Bermain komputer dan basikal
Cita-Cita : Pereka Cipta
Alamat Rumah : Seremban. Negeri Sembilan
BUTIRAN BAPA
Nama :
No. Telefon :
Pekerjaan :
BUTIRAN IBU
Nama :
No. Telefon :
Pekerjaan :
REKOD UJIAN LENCANA KEAHLIAN
Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz
No. MyKid : 111229 – XX - XXXX
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana
No. Kumpulan : 05
Daerah : Seremban Barat
Negeri : Negeri Sembilan
No. Perkara Tarikh Penguji
1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang
Pengakap Sedunia
2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang
Pengakap
3. Lima Prinsip Rukun Negara
4. Hormat Pengakap & Cogan Kata
Pengakap
5. Sejarah Pergerakan Pengakap
6. Cerita Hutan
7. Laung Agung
Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Keahlian Pengakap Kanak-Kanak.
Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
(Nama & cop)
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
3 kelopak bermaksud “Persetiaan Pengakap” iaitu Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,
Menolong orang setiap masa dan Menurut undang-undang Pengakap.
2 bintang pecah lima bermaksud “Undang-Undang Pengakap”
Ikatan yang mengikat kelopak bermaksud "Persaudaraan Pengakap"
Bintang pecah 14 bermaksud "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
Bulan Sabit bermaksud "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
Lingkaran Tali bermaksud "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna pada lambang bermaksud unit-unit pengakap iaitu Kuning - Pengakap Kanak-Kanak,
Hijau - Pengakap Muda dan Merah - Pengakap Remaja.
LAMBANG PENGAKAP SEDUNIA
Tiga kelopak yang berwarna putih melambang Persetiaan Pengakap.
2 bintang pecah lima bermaksud “Undang-Undang Pengakap”
Ikatan Buku Sila berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap Dunia.
Warna Ungu melambangkan Warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna Putih melambangkan Kebersihan dan Kesucian.
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Yang Saya
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya
Akan
Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada
dipercayai maruah dan kehormatan segala binatang.
dirinya.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa
2. Pengakap adalah seorang yang taat
kepada Yang Dipertuan Agong, kepada menurut perintah dan suruhan ibu-
Rajanya, Negaranya, pemimpin-
pemimpin Pengakapnya, ibu-bapanya, bapanya, kepala patrolnya atau
orang-orang diatas dan orang-orang
yang dibawahnya. pemimpin-pemimpin Pengakapnya
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya dengana tiada apa-apa soalan.
berguna dan menolong orang pada
setiap masa. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa
sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian 10. Pengakap itu bersih dan suci
dan saudara kepada lain-lain Pengakap fikirannya, perkataannya dan
walau apa negeri, pangkat dan agamanya perbuatannya
sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi
pekertinya dan sentiasa berbudi.
10. Suci Fikiran, Suci 1. Dipercayai
Perkataan, Suci Perbuatan
9. Berjimat 2. Taat
8. Tabah Hati 3. Berguna
7. Menurut 4. Bersaudara
Perintah 5. Berbudi
6.Kasihkan
Binatang
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
MAKA KAMI
Rakyat Malaysia berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
HORMAT PENGAKAP
Waktu Hormat Pengakap dilakukan
1. Menemui Pengakap lain sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan.
2. Menemui pemimpin, penolong pemimpin Pengakap dan ketua patrol.
3. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
4. Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera Pengakap.
Cara Hormat Pengakap
Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk,
hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari
kelingking.
MAKNA HORMAT PENGAKAP
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Menolong orang pada setiap masa
3. Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap.
Jari kelingking membawa maksud ahli Pengakap.
Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli Pengakap,
kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.
Juga sebagai tanda golongan yang kuat atau kaya membantu golongan yang lemah atau
miskin.
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan
Pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.
COGAN KATA PENGAKAP
Pengakap Kanak-Kanak
“Buat Habis Baik”
Pengakap Muda
“Selalu Bersedia”
Pengakap Remaja
“Pandang Luas”
Pengakap Kelana
“Berkhidmat”
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Pengakap dunia telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Beliau
dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Lebih dikenali dengan panggilan
BP (Baden Powell).
Semasa berusia 19 tahun, BP telah menyertai pasukan tentera. Hasil dari kecekapan,
kepintaran dan kebolehan mengakap yang luarbiasa, BP telah dinaikkan berbagai pangkat
dari Leftenan Muda hinggalah ke Leftenan Jeneral.
Semasa mengetuai pasukan tentera Mafeking di Afrika Selatan yang dikepung dan
diserang oleh jumlah musuh yang ramai. BP menggunakan budak-budak untuk membawa
pesanan kepada askar-askar di medan perang.
Kepantasan dan kecekapan budak-budak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati
BP. Setelah berperang selama 217 hari, bandar Mafeking telah berjaya dibebaskan dan
BP menjadi pujaan seluruh rakyat England.
Pada tahun 1901, BP pulang ke England sebagai hero seluruh rakyat England terutamanya
budak-budak. BP juga mendapati buku karangannya, “Aids For Scouting” telah diminati
ramai dan dijadikan subjek pembelajaran di sekolah.
Pada tahun 1907, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan musim panas
di Pulau Brownsea bagi 20 orang budak-budak lelaki. Ini merupakan perkhemahan budak-
budak Pengakap pertama di dunia!
Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah
mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys sebagai panduan melatih budak-budak
menjadi Pengakap dan telah mengasaskan satu pergerakan yang menyatukan budak-budak
seluruh dunia kecuali negara-negara komunis.
CERITA HUTAN
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan
paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak
sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan
seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu,
unggun api menyala dengan maraknya.
Shere Khan
Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya
Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong
kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua
batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba
dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam,
dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak
itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya
melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan
dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka
malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka
sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya
dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang
lain.
Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu
itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu
memakan budak itu nanti.
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu,
yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti
budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama
keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala
sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan
berbatu yang dipanggil Batu Sidang.
Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota
Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota
Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak
mereka ke Batu Sidang itu.
Akela
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula
menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-
anggota Kumpulan.
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga.
Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat
keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan,
apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada
anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota
Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua
Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak
bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang
bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah
Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang
Hutan.
Baloo
Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu
Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang
yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara,
tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan
seekor buruan.
Bagheera
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan
tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota
apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah
Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
LAUNG AGUNG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh
dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis
Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung
hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
TUJUAN
1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring).
Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia.
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat
kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela.
3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan
membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut
sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan
PKK menjatuhkan tangan mereka.
6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit.
Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan
kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan
hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus
berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan
perkataan BAIK, PKK suadah bangun tegak dalam keadaan sedia.
7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMU BUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan
tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam
Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan
tiang bendera.
3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera
untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat
bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali
ke tempat asalnya dengan berkawad.
4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan
lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali
ke dalam bulatan seperti asal.
5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata
"up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas
tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat
turunkan tangan.
6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketau Pemimpin atau
minta menjalankan tugas lain.
7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform
PKK sebelum membuat pengumuman.