BUKU LOG LENCANA PENUNGGANG BASIKAL
ABDUL HAKIM BIN ABDUL AZIZ
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KELANA
KUMPULAN 05 DAERAH SEREMBAN BARAT NEGERI SEMBILAN
BUTIRAN DIRI
Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz
No. MyKid : 111229 – 10 - 2251
Tarikh Lahir : 29hb. Disember 2011
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
Jantina : Lelaki
Kegemaran : Bermain komputer dan menunggang basikal
Cita-Cita : Pereka Cipta
Alamat Rumah : No. 456 Lorong Makmur 1/4, Taman Temiang Jaya, 70400
Seremban
BUTIRAN BAPA
Nama : Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab
No. Telefon : 016-6033 603
Pekerjaan : Penolong Pengurus, Berembun Resort Sdn Bhd
BUTIRAN IBU
Nama : Rafida Rahinna Binti Abdul Kahar
No. Telefon : 016-284 0084
Pekerjaan : Suri Rumah
REKOD UJIAN LENCANA PENUNGGANG BASIKAL
Nama Penuh : Abdul Hakim Bin Abdul Aziz
No. MyKid : 111229 – 10 - 2251
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Kelana
No. Kumpulan : 05
Daerah : Seremban Barat
Negeri : Negeri Sembilan
No. Perkara Tarikh Penguji
1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya
semasa berbasikal
2. Mengetahui dan menyatakan 10 peraturan
semasa berbasikal.
3. Menunjukkan cara memberi isyarat tangan
semasa berbasikal.
Menyebutkan 10 perkara yang
4. menyebabkan kemalangan semasa
berbasikal.
Menjaga basikal seperti membaiki
5. kerosakan kecil dan menjaga
kebersihannya.
Menunggang basikal dengan diperhatikan
oleh penilai/pemeriksa mengikut jalan yang
ditetapkan dan cukup faham mengenai
6. peraturan jalanraya bagi penunggang
basikal dan mengetahui undang-undang
jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang
basikal termasuk penggunaan jalan
simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
Adalah disahkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak di atas telah lulus semua ujian dan
memenuhi segala kehendak dalam Lencana Penunggang Basikal Pengakap Kanak-Kanak.
Tarikh Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak
(Nama & cop)
UNDANG-UNDANG JALAN RAYA
1. Patuhi semua undang-undang, tanda-tanda dan isyarat lalu lintas yang dikenakan
kepada pemilik kenderaan yang lain semasa menunggang basikal di jalanraya,
2. Basikal mesti bergerak di dalam arah yang sama dengan kenderaan lain.
3. Dilarang menunggang dari arah yang bertentangan dengan arah lalu lintas kerana
ianya berbahaya dan menyalahi undang-undang.
4. Menungganglah basikal di sepanjang lorong pejalan kaki dan mestilah patuhi semua
papan tanda dan isyarat yang disediakan untuk pejalan kaki.
5. Bila menghampiri pejalan kaki dari belakang, perlahan dan beri isyarat yang boleh
didengar untuk memberi amaran kepada pejalan kaki kehadiran penunggang basikal
dari arah belakang pejalan kaki yang ingin melintasi mereka
PERATURAN SEMASA BERBASIKAL
1. Pastikan basikal selamat digunakan. Periksa angin tayar, brek, lampu hadapan, lampu
merah belakang dan loceng boleh digunakan.
2. Pakai topi keselamatan, pakaian dan kasut yang bersesuaian. Pastikan pakaian tidak
terlalu besar dan labuh.
3. Sebelum belok basikal ke kanan, ke kiri atau ke belakang, hendaklah memandang ke
belakang dan kemudian beri isyarat.
4. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.
5. Guna lorong basikal, jika ada.
6. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal
(pedal).
7. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.
8. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.
9. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.
10. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.
ISYARAT TANGAN SEMASA BERBASIKAL
Isyarat untuk belok kiri kanan
Isyarat untuk belok ke kiri
Isyarat untuk memperlahankan basikal
Isyarat untuk memberhentikan basikal
KEMALANGAN SEMASA BERBASIKAL
1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna keadaannya, misalnya brek, lampu dan
sebagainya tidak boleh digunakan lagi.
2. Tidak memberi isyarat yang jelas semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok
atau sewaktu memberhentikan basikal.
3. Membawa penumpang atau benda-benda yang boleh menggangu imbangan semasa
menunggang basikal.
4. Menunggang dan mengikuti kenderaan lain pada jarak yang dekat.
5. Menunggang basikal beriring-iringan terutama di jalan raya yang sibuk dan sempit.
6. Membawa haiwan semasa menunggang basikal.
7. Bergurau atau bercakap-cakap semasa menunggang di jalan yang sibuk.
8. Memotong atau melintas di celah-celah kenderaan lain.
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai saiznya dengan penunggang. Contohnya,
menunggang basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil.
10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak selaras dan tidak sesuai dengan
penunggang.
PENJAGAAN BASIKAL
1. Rantai basikal perlu selalu diminyak. Ini penting untuk pelinciran terutama di
bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah.
2. Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Ia penting sebagai
pelincir kabel. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari
supaya minyak titis dan pasangkan kembali.
3. Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau
mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak.
4. Pastikan basikal sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek
untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.
5. Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Periksa had
tekanan pada tayar sebelum mengisi angin.
6. Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan
basah kerana kurang cengkaman.
7. Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang 'handle' dan ketinggian penunggang
supaya tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. Pelana yang
terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika berhenti
secara mengejut.
MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL (MENAMPAL TIUB BASIKAL)
1. Terbalikkan basikal dengan pemegang ‘handle’ dan pelana
duduk berada di atas tanah
2. Cari punca kebocoran tiub seperti paku, skru atau apa-apa
sahaja
3. Tekan pada injap untuk mengeluarkan semua baki udara
4. Keluarkan tayar dari rim. Gunakan alat yang sesuai.
5. Keluarkan tiub dari tayar.
6. Pam angin tayar secukupnya
7. Rendam tiub di dalam bekas berisi air untuk mengesan
kebocoran di tiub. Gelembung udara akan kelihatan.
8. Keluarkan tiub dari bekas air. Keringkan dan tandakan
kawasan berlubang.
9. Gunakan kertas pasir untuk merata & melicinkan
permukaan berlubang
10. Letakkan gam di kawasan lubang. Biarkan ia kering.
11. Tampalkan pelekat di kawasan yang telah di gam. Biarkan
pelekat kering.
12. Rendam tiub sekali lagi di dalam bekas berisi air untuk
mengesan jika kebocoran masih ada.
13. Pasangkan semula tiub di rim tayar. Pastikan injap
dimasukkan di lubangnya
14. Masukkan tayar ke rim semula. Gunakan alat yang sesuai.
15. Pasangkan semula tayar ke basikan.
16. Pam angin ke tayar secukupnya
TANDA-TANDA ISYARAT LALU LINTAS
BAHAGIAN BASIKAL