INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
27-29 MEI 2022
Anjuran:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
DENGAN KERJASAMA
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN
KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam sejahtera,
Salam K.A.S.I.H.,
Salam IPGKTHO Kelas Pertama 2025,
Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah ke IPG Kampus Tun
Hussein Onn bagi menyertai Hari Sukarelawan Pelajar IPG Peringkat Kebangsaan 2022 Institut
Pendidikan Guru Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja khususnya pensyarah dan pelajar IPG Kampus Tun Hussein
Onn, Batu Pahat yang telah berganding bahu sederap dan selangkah dalam menjayakan
program besar yang dirancang ini. Tidak lupa juga kepada pihak Dewan Undangan Negeri
Johor Kawasan Sri Medan dan pihak Yayasan Guru Tun Hussein Onn yang menjadi penganjur
bersama bagi memastikan kejayaan program ini.
Program Hari Sukarelawan Pelajar IPG ini merupakan satu usaha bersepadu IPGM dalam
melahirkan bakal guru yang mempunyai kewibawaan dan ketrampilan dalam lapan kemahiran
(8K) yang perlu dikuasai iaitu Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Kerohanian, Kemahiran Asas,
Kemahiran Kepengelolaan, Kemahiran Kejurulatihan, Kemahiran Kepegawaian, Kemahiran
Kenegaraan dan Kemahiran Kesukarelawanan.
Hari Sukarelawan Kebangsaan ini adalah titik permulaan bagi pelajar IPG dalam
membentuk nilai insaniah serta menjadi elemen tambahan kebersamaan pelajar bersama
komuniti bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dari segi jasmani, rohani,
emosi dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Siswa guru yang mewakili
IPGK masing-masing, sememangnya bertuah kerana menjadi 'intan terpilih' bagi menggali
sebanyak mungkin ilmu kesukarelawan sebagai nilai tambah sebagai guru sebenar pada masa
hadapan. Hasrat IPGM dalam melahirkan bakal guru yang kompeten pasti akan terjelma jika
peserta menyertai program ini dengan penuh semangat serta dapat menghayati setiap
pengisian yang diharapkan memberi impak dan menjadi panduan yang berguna kepada
mereka.
Akhir kata, semoga peluang yang diperoleh ini menjadi pembakar semangat untuk
mengukirkan kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai pencorak
generasi muda negara pada masa hadapan. Selamat Menjayakan Hari Sukarelawan Pelajar
IPG Peringkat Kebangsaan Tahun 2022.
YBrs. Dr.Masitah binti Mohammad Yusof, A.M.N
Pengarah
2 IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
KATA ALU-ALUAN REKTOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa dengan
berlangsungnya Program Kesukarelawan IPGM Peringkat Kebangsaan 2022. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan kata alu-
aluan dalam buku program ini.
Matlamat utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih
sayang, bantu-membantu, semangat bersatu padu dan kemahiran insaniah ke dalam diri
setiap warga IPGM terhadap masyarakat. Selain dapat mengukuhkan semangat jati diri dan
patriotisme dalam kalangan pelajar IPG, program sebegini dapat membangunkan jiwa
pendidik dalam kalangan pelajar IPG melalui kerja-kerja kesukarelawan yang terancang
bersama masyarakat setempat, sekali gus mampu mencungkil satu kesedaran kepada pelajar
terhadap impak semangat kesukarelawan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
Harapan saya dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dalam menjayakan
program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IPG dan seluruh masyarakat ke arah
pembentukan pemikiran yang positif dan pembangunan personaliti yang mantap ke arah
melahirkan modal insan.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bersama-
sama terlibat untuk menjayakan program ini.
YBrs. Dr. Rosmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
3
KATA ALU- ALUAN TIMBALAN KPPM
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia
yang telah mengilhamkan pembentukan Sukarelawan Pelajar IPG. Tahniah juga diucapkan kepada
Pengarah dan warga IPG Kampus Tun Husein Onn kerana berjaya menganjurkan perasmian dan
penutupan Program Sukarelawan Pelajar IPG ini dengan sangat cemerlang. Tidak dilupakan juga,
sekalung penghargaan diucapkan kepada ADUN Seri Medan dan seluruh warga Seri Medan yang
turut sama menjayakan program ini.
Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha menyubur dan menyemarakkan semangat
kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara melalui warga pendidik. Melalui
aktiviti ini, para sukarelawan yang terdiri daripada warga pengurusan KPM, guru-guru dan pelajar
berpeluang membantu pihak Kementerian khasnya dan negara amnya dengan mendekati dan
menyantuni warga yang memerlukan bantuan. Sasaran kita adalah masyarakat yang memerlukan
seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan juga yang terkesan akibat bencana seperti
banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya.
Dengan melibatkan pelajar, khususnya dari IPG serta pelajar sekolah menengah, akan dapat
memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada mereka. Secara langsung, mereka dapat
mempelajari bagaimana mengorganisasi kerja-kerja kesukarelawan secara cepat, tangkas dan
sistematik melalui kerjasama dengan anggota pasukan keselamatan negara. Adalah diharapkan
program kesukarelawan yang dianjurkan ini dapat menjadi titik tolak kepada penubuhan sebuah
badan kesukarelawan yang sistematik dan efektif dari sudut matlamat penubuhan, aktiviti serta
dokumentasinya.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia,
serta semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan Program Sukarelawan Pelajar IPG pada hari
ini. Terima kasih juga diucapkan, kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk berkongsi
pandangan pada program ini.
YBrs. Dr. Ahmad Rafee Bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia
4
LATAR BELAKANG
Transformasi IPG telah dirangka oleh IPGM bagi memastikan Peningkatan Kualiti Pelajar pada
Kluster 6 yang merujuk keberhasilan IPG untuk melahirkan pemimpin pendidikan yang
berkualiti dalam profesion keguruan dapat direalisasikan. Rentetan daripada itu, IPG sebagai
pusat latihan berperanan menyediakan bakal-bakal guru yang mempunyai kemahiran dalam
komuniti dan terlibat aktif dalam aktitivti sukarelawan.
Bagi membentuk jati diri terutama dalam aspek pembangunan insaniah, IPGM telah
menerapkan lapan kemahiran (8K) yang perlu dikuasai oleh pelajarnya sebelum mereka
bergraduat. Kemahiran tersebut ialah Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Kerohanian,
Kemahiran Asas, Kemahiran Kepengelolaan, Kemahiran Kejurulatihan, Kemahiran
Kepegawaian, Kemahiran Kenegaraan dan Kemahiran Kesukarelawan. Pelaksanaan program
ini akan membolehkan pelajar mempelajari dan seterusnya mempraktikkan sekurang-
kurangnya enam daripada lapan kemahiran yang perlu mereka kuasai.
Selaras dengan PPPM 2013-2025, Transformasi IPG dan Penubuhan Penubuhan
Sukarelawan Institut Pendidikan Guru Malaysia (SIPGM) maka Program Hari Sukarelawan IPG
Peringkat Kebangsaan 2022 ini dirancang untuk kemenjadian pelajar sebagai bakal pendidik.
Program ini untuk membentuk nilai insaniah serta menjadi nilai tambah kebersamaan pelajar
bersama komuniti bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program Hari Sukarelawan IPG
Peringkat Kebangsaan 2022 ini akan diadakan serentak di semua 27 buah kampus di seluruh
Malaysia.
5
TENTATIF 27-29 MEI 2022
6
PERASMIAN PEMBUKAAN
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
HARI SUKARELAWAN PELAJAR IPG
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Tarikh : 27 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Seri Budiman,
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Perasmian oleh : Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
2.30 petang : Semua sukarelawan berhimpun di Dewan Seri Budiman
: Taklimat ringkas urus setia
: Ketibaan Tetamu Jemputan
: Nyanyian
Lagu Negaraku
Lagu Bangsa Johor
Lagu IPG
: Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan Pengarah IPGK Tun Hussein Onn
7
MAJLIS TAHLIL
ATUR CARA MAJLIS TAHLIL BERSAMA ALUMNI
SEMPENA HARI SUKARELAWAN PELAJAR IPG
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Tarikh : 27 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 7.00 malam
Tempat : Masjid At-Tarbiah
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Perasmian oleh : Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
7.00 malam : Peserta bersedia di masjid
7.10 malam : Ketibaan alumni IPGKTHO
7.15 malam : Ketibaan Pengarah IPGKTHO
7.20 malam : Solat Maghrib
8.40 malam Bacaan Yassin
Solat Isyak
: Jamuan
Sesi sembang santai bersama IPGKTHO dan
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM
8
MAJLIS FORUM
ATUR CARA FORUM BERSAMA MAJLIS BELIA MALAYSIA
SEMPENA HARI SUKARELAWAN PELAJAR IPG
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Tarikh : 27 Mei 2022 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Seri Budiman,
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Perasmian oleh : Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Ucap Utama:
Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee,
Setiausaha Agung Majlis Belia Asia
8.40 malam : Peserta masuk ke dalam dewan
8.50 malam : Ketibaan Tetamu Jemputan
8.55 malam : Ketibaan Pengarah IPGKTHO
9.00 malam : Acara Dewan Bermula
- Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
- Ahli Panel Mengambil Tempat
11.00 malam : Majlis Bersurai
9
MAJLIS HARI KELUARGA
ATUR CARA MAJLIS HARI KELUARGA MALAYSIA
SEMPENA HARI SUKARELAWAN PELAJAR IPG
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Tarikh : 28 Mei 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Sri Medan, Batu Pahat
Perasmian oleh : Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Sri Medan
8.15 malam: Ketibaan Tetamu jemputan
8.20 malam: Ketibaan Timbalan Rektor Kanan
8.25 malam: Ketibaan ADUN Sri Medan
8.30 malam: Acara Dewan Bermula
- Bacaan Doa
- Ucapan Timbalan Rektor Kanan
- Ucapan ADUN Kawasan Sri Medan
- Jamuan
- Persembahan
- Penyampaian Hadiah
10.30 malam: Peserta balik ke IPGKTHO
10
PERASMIAN PENUTUPAN
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
HARI SUKARELAWAN PELAJAR IPG PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 &
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN
SUMBANGAN YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN (YGTHO)
Tarikh : 29 Mei 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman,
IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
Perasmian oleh :
Timbalan Ketua Pengarah
Sektor Pembangunan Profesionalisme
Kementerian Pendidikan Malaysia
9.40 pagi : Ketibaan Tetamu Jempuran
9.45 pagi : Ketibaan Rektor
9.50 pagi : Ketibaan Ketua Eksekutif YGTHO
9.55 pagi : Ketibaan Ahli Lembaga Pengarah YGTHO
10.00 pagi : Ketibaan TKPPM (SPP)
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor
- Bacaan Doa
- Ucapan Rektor
- Ucapan wakil YGTHO
- Ucapan TKPPM (SPP)
- Gimik Pelancaran Hari Sukarelawan Pelajar IPG
- Penyerahan Bantuan Persekolahan kepada Wakil
sekolah- sekolah Daerah Batu Pahat
- Persembahan
- Nyanyian Lagu IPGM
12.45 tgh hari: Makan Tengah hari
11
JAWATAN
KUASA PELAKSANA
Penaung
YBhg. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pengerusi Bersama
Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Timbalan Pengerusi 1
Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Insaniah, IPGM
Timbalan Pengerusi 2
Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tun Hussein Onn
Setiausaha Bersama
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Insaniah, IPGM
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tun Hussein Onn
Bendahari
Penolong Akauntan , IPG Kampus Tun Hussein Onn
Urus setia
Ketua Unit, Pembangunan Insaniah, IPG Kampus Tun Hussein Onn
12
JAWATANKUASA KERJA
Pengurus Program JK Program Yassin & Tahlil
Dr. Mohd Yusoff bin Dagang En Khairul Anwar bin Abu Bakar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Islam
JK Sambutan & Protokol
En Mohd Rosman bin Salubin JK Keselamatan Peserta
Jabatan Ilmu Pendidikan & Ahli M3P En.Lukman bin Sa'adon
JPP dan EMO (Pelajar) Jabatan Pendidikan Jasmani, Kesihatan &
Kokurikulum
JK Hadiah & Cenderamata
Tn Hj Zamidi bin Ismail JK Urusan Perbelanjaan & Kewangan
En. Samsudin bin Saad
Jabatan Kecemerlangan Akademik En. Sukiman bin Saad
Unit Khidmat Pengurusan
JK Jamuan Peserta Unit Peperiksaan & Penilaian
Tn. Hj. Ismail bin Saiman
JK Kit Peserta
Pn. Zuraida binti Talib Dr Mohd Asmadi bin Samdin
Pn. Norzeha binti Othman
Jabatan Sains, Teknologi, Matematik Unit Praktikum
& Sains Sosial &
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
JK Dokumentasi, Seranta & Publisiti
(Youtube Live & FB)
JK Pendaftaran Peserta En. Zahidi bin Khamis
Dr Siti Saleha binti Samuri
En ,Mohd Faizal bin Ghazali En. Norizan bin Hasrat
Unit Pusat Sumber & JK IPTHO Media
Jabatan Pembangunan Latihan &
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
JK Slot Refleksi
Cik Nizatuledayu binti Jamai
Urusan Stakeholder dan LO Unit Psikologi & Kaunseling PRS
Tn Hj Abu Bakar bin Kassim
Unit Komunikasi Korporat
JK Rehersal, Majlis Perasmian
JK Buku Program, Teks Ucapan &
(Gimick Pelancaran), Persembahan &
Kata alu-aluan
Pn Siti Dahlia binti Abdullah Majlis Penutupan
Jabatan Pengajian Melayu Dr Halif bin Md.Saleh
Dr. Salbihana binti Samsudin
Jawatankuasa Majlis Rasmi & JPPI
JK Jemputan & Pengurus FORUM
Pn Nor Hida bin Ibrahim
Jabatan Bahasa Inggeris JK Jamuan VIP
En. Mohd Faizal bin Ghazali
Kelab Staf IPGKTHO (KESTHO) 13
AJK PELAJAR
MAJLIS
Nurul Syuhada Binti Mohd Noor
Yasmin Syamini Binti Sahat
PENDAFTARAN
Nur Sabrina Binti Ibrahim
Azharuddin Bin Abdul Aziz
PENGINAPAN
Muhammad Haikal Bin Ariffin
Nurul Haziqah Aqilah Binti Sabri
PENGURUSAN MAKANAN
Nur Dina Hanani Binti Mohd Zaid
Nur Alia Natasha Binti Zakaria
FASILITATOR
Muhammad Iman Firdaus Bin Mohamed Sukri
Nurin Aqilah Binti Abdul Jalil
PENGACARAAN MAJLIS
Nur Zahirah Binti Zaman
Nornaimah Binti Mahat
SISTEM PA
Ahmad Ridhauddin bin Rosman
Muhamad Haziq Fahmi Bin Hisham
MEDIA & FOTOGRAFI
Muhammad Omar Ilhan Bin Omar
Muhammad Harith Akmal Bin Md Halim
LIVE YOUTUBE & FACEBOOK
Muhammad Akmalhadi Bin Mohd Zin
DOKUMENTASI
Muhammad Mifdhal Sufi Bin Ab Aziz
Norsakinah Binti Arjuna
BUKU PROGRAM
Masryaudhatul Najeeha binti Mohd Syarul
Siti Nurhasya Dinie binti Abdul Mahdi
14 Nur Aina Soffea binti Zulkifli
CATATAN
15
PPEENNGGHHAARRGGAAAANN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEGURUAN
REKTOR IPGM
TIMBALAN REKTOR PUSAT HAL EHWAL PELAJAR IPGM
PENGARAH IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PENGARAH-PENGARAH IPG KAMPUS
KETUA EKSEKUTIF YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN
PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH IPGK
KETUA PENOLONG PENGARAH
JABATAN PEMBANGUNAN INSANIAH IPGM
PENSYARAH & PELAJAR IPGK
PELAJAR-PELAJAR PRA-U SEKOLAH SMK SERI MEDAN
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberikan sumbangan tenaga, wang
dan masa dalam menjayakan program Hari
Sukarelawan Pelajar IPG Peringkat Kebangsaan
2022