The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahfatin450, 2022-05-21 08:15:23

TUGASAN 2 BMMB1144 (KUMPULAN 4) (3)

TUGASAN 2 BMMB1144 (KUMPULAN 4) (3)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

[BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1

NAMA PELAJAR : i. ANGELINE ERICA BINTI ANDAN

ii. ESMELRILDA LIAH LOWRINCE

iii. FATIN NABILAH BINTI ISMAIL

iv. NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD

HUSSIN

NO KAD PENGENALAN : i. 031120121248

ii. 0205061202060

iii. 030621150026

iv. 030202120498

ANGKA GILIRAN : i. 2021072310007
ii. 2021072310009
iii. 2021072310014

iv. 2021072310027

KUMPULAN/UNIT : BMSK1 AMBILAN JUN 2021

KOD/NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

TAJUK TUGASAN TUGASAN 2

PEMANFAATAN
DIGITAL

/PENGHASILAN
PRODUK
(30%)

TARIKH MULA 19 APRIL 2022

TARIKH HANTAR 10 MEI 2022

NAMA PENSYARAH : PUAN KHADIJAH ADENAN

JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Dengan ini saya mengaku bahawa TANDATANGAN TARIKH
10 MEI 2022
saya telah menerima maklum balas

dari pensyarah kerja kursus ini dan

saya telah merujuk dan

memahaminya.

SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI KECEMERLANGAN TAHUN 2021 SEKOLAH KEBANGSAAN
BERGAYA, KOTA KINABALU SABAH.

MASA TEKS CATATAN

7.30a Ketibaan murid dan ibu bapa
m

8.00a Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Puan Ketibaan perasmi
m Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu diiringi oleh Puan
Sabrina Nabila Binti Hj Daud, selaku Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bergaya, Kota Kinabalu dan
Puan Nurul Amirah Binti Muhammad Hussin selaku
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, serta dif-dif
jemputan yang masuk ke dalam dewan.

8.30a Diminta semua hadirin untuk berdiri. Nyanyian 3 buah lagu
m
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita
bersama- sama menyanyikan 3 buah lagu. Lagu
pertama lagu Negaraku, lagu kedua lagu Sabah
Tanah Airku dan diiringi oleh lagu ketiga, lagu
sekolah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

8.50a Hadirin yang dihormati, Bacaan doa
m

Jalan ke hutan mencari buluh,
Hutan terletak di arah barat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang indah ini,
marilah kita bersama- sama membaca doa yang akan
dipimpin oleh Encik Mohd. Zulkifli Bin Mohd. Hamizan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin. amin. Ya Rabbal Alamin. Setinggi- tinggi
ucapan terima kasih atas doa yang telah dipimpin
oleh Encik Mohd. Zulkifli Bin Mohd. Hamizan.
Semoga majlis kita pada hari ini akan berjalan
dengan lancar sesuai dengan kehendaknya.

9.00a Ke Pekan Kuala Membeli Bingka, Salutasi
m Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis Bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Negeri Sabah aman sentosa,
Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tidak melengahkan masa,

9.20a Kita mulakan majlis pertama. Ucapan alu- aluan mc
m

Yang dihormati, Puan Esmelrilda Liah Binti Lowrince,
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,

Yang berusaha, Puan Sabrina Nabila Binti Hj Daud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bergaya, Kota

Kinabalu,

Yang berusaha, Puan Angeline Erica Binti Andan,
merangkap Pegawai Kanan Pentadbiran,

Yang berbahagia, Encik Ivan Dexter, Penolong Kanan
Pentadbiran,

Yang berusaha, Puan Nurul Amirah Binti Muhammad
Hussin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha, Tn. Hj Adam bin Hj Muaz, Yang Di
pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ),

dan seterusnya ibu bapa dan murid- murid yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia saya hulurkan kepada semua hadirin dan

hadirat yang saya hormati sekalian.

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan
rahmat dan kurnianya, dapat kita bersua kembali di
dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar
Sekolah Kebangsaan Bergaya, Kota Kinabalu Sabah
tahun 2021. Pihak sekolah mengalu- alukan
kedatangan hadirin dan hadirat sekalian adalah untuk
memberi ganjaran kepada semua pelajar yang
mendapat keputusan yang cemerlang pada tahun
2021. Semoga majlis seperti ini, mampu untuk
membakar semangat pelajar- pelajar yang kurang
mendapat keputusan yang memuaskan di samping
mampu untuk mencetuskan lagi semangat murid-
murid untuk mencapai kecemerlangan di dalam
pelbagai bidang pada masa yang akan datang.

9.30a Tak manis, jika ada kopi tiada gulanya, Ucapan alu-aluan Pn
m Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya Sabrina Nabila Binti Hj
Tak sempurnalah majlis, jika tiada yang Daud ( GB SK)
berbicara Hadirin sekalian,

Pembuka tirai kita pada hari ini akan dimulakan
dengan ucapan alu-aluan. Maka dengan itu, majlis
mempersilakan, Yang berusaha Pn Sabrina Nabila
Binti Hj Daud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bergaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan,
dengan segala hormatnya dipersilakan.

********
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan

Guru Besar atas ucapan beliau sebentar tadi.

10.00a Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Ucapan PIBG
m
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua Ucapan Perasmian (Pn.
10.15a PIBG Sekolah Kebangsaan Bergaya . Dengan itu, Esmelrilda , PPD)
m majlis menjemput dan mempersilakan Yang
dihormati, Tn. Hj Adam bin Hj Muaz, Yang diPertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Bergaya untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Pagi hari sinar mentari,
Jangan diusik batang jerami,
Kepada puan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Tidak lengkap sekiranya majlis tanpa perasmi. Bagi
tidak melengahkan masa, majlis diteruskan lagi
dengan ucapan perasmian. Dengan itu, majlis
dengan segala hormat dan takzim mempersilakan..

Yang dihormati,

Pn. Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat

Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, merangkap

pegawai pembimbing Sk Bergaya untuk merasmikan

Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2021.

Dipersilakan…

*****
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi
tinggi penghargaan atas ucapan perasmian sebentar
tadi.

10.30a Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis Cenderamata Perasmi
m menjemput.. Yang berusaha, Pn Sabrina Nabilah
Binti Hj Daud, Guru Besar SK Bergaya,
Diiringi oleh, Yang berusaha, En. Ivan Dexter,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
Yang dihormati, Pn. Esmelrilda Liah Lowrince.
Dipersilakan.

10.40a ****** Persembahan murid
m Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas gabungan tahun 4 dan
penyampaian cenderahati tadi. tahun 5

Adat tuan adat berserah,
Mari datang membawa puan,
Adat bersirih adat sejarah,
Untuk tuan kami sembahkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Alangkah molek andai majlis kecemerlangan berseri
dek persembahan. Untuk itu, majlis akan diteruskan
lagi dengan persembahan murid-murid gabungan
tahun 4 dan tahun 5 yang akan mempersembahkan
sebuah koir yang bertajuk “Getaran Jiwa” dibawah
pimpinan Puan Mina dan Cik Ain… Dipersilakan.

**********
Demikianlah sebentar tadi persembahan koir daripada
pelajar tahun 4 dan tahun 5 Sekoleh Kebangsaan
Bergaya. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir ini
sebentar tadi telah berjaya meraih kejayaan dengan
menjadi juara dalam pertandingan persembahan Hari
Kanak-kanak peringkat sekolah yang telah diadakan
pada bulan yang lalu. Tahniah diucapkan.

10.50a Berkebaya batik berwarna merah, Penyampaian
m Diserikan dengan permata berlian, Anugerah
Tibalah masa penyampaian anugerah, Kecemerlangan
Penerima teruja menunggu giliran. Pelajar

Sebagai pembuka bicara acara penyampaian Tahap 1
anugerah pada hari ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati Puan Esmelrilda Liah binti Lowrince,
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
diiringi Puan Sabrina Nabila Binti Hj Daud, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bergaya, Kota Kinabalu
bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2021
pada hari ini akan kita mulakan dengan penyampaian

Anugerah Akademik Terbaik Tahap 1.

Penyampaian dimulakan dengan :

Anugerah kedudukan terbaik tahun 1.
1. Danial bin Romi dari kelas Orkid
2. Tasha binti Alian dari kelas Mawar
3. Sarah Mendi dari kelas cempaka

Seterusnya, anugerah kedudukan terbaik
tahun 2. 1. Anika binti Ali (Mawar)
2. Ann binti Aman (Orkid)
3. Putera Adi bin Mohammed (Cempaka)

Yang terakhir, anugerah kedudukan terbaik tahun 3.

1. Nana binti Andari (3 Mawar)
2. Didi binti Friendi (3 Mawar)
3. Lilianti James. (3 Mawar)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati Puan Esmelrilda Liah binti Lowrince atas
kesudian beliau dalam menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

11.20a Pergi sekolah seawal pagi, Penyampaian
m Melintas jalan berhati-hati, Anugerah
Penyampaian anugerah diteruskan lagi, Kecemerlangan
11.50a Penerima-penerimanya sabarlah menanti. Pelajar
m
Hadirin dan hadirat, Tahap 2

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan
penyampaian anugerah Kecemerlangan Pelajar
Tahap 2. Majlis mempersilakan Tn. Hj Adam bin Hj
Muaz, Yang Di pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
( PIBG ), diiringi oleh Puan Angeline Erica Binti
Andan, merangkap Pegawai Kanan Pentadbiran bagi
menyampaikan anugerah kepada para penerima.
Dipersilakan …

Penyampaian dimulakan dengan:

Anugerah kedudukan terbaik pelajar tahun
4: 1. Aqin Amat (Orkid)

2. Hanisah binti Alin (Mawar)
3. Malik Allo (Orkid)

Seterusnya, anugerah kedudukan terbaik pelajar
tahun 5:

1. Alfried Manjo (cempaka)
2. Jesperi Alex (mawar)
3. Farahika binti Abdul (orkid)

Anugerah kedudukan terbaik pelajar tahun
6: 1. Harianti Din (mawar)
2. Fiona Amin(mawar)
3. Sabrina binti Said (cempaka)

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Adam bin Hj
Muaz atas kesudian dalam penyampaian anugerah
sebentar tadi.

Demikian, berakhirlah sudah majlis penyampaian Penyampaian sijil ketua
anugerah bagi pelajar terbaik tahap 1 dan tahap 2. kelas, penolong ketua
kelas,
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa pengawas sekolah dan
Sambutan anugerah penyeri majlis pengawas pusat sumber
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Para hadirin sekalian, sekolah bukanlah sekadar
tempat untuk menimba ilmu. Tetapi juga
sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan
membentuk nilai kepimpinan dalam diri murid-murid.
Oleh itu,

sekalung penghargaan kepada semua pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan
penolong Ketua Kelas atas jasa dan kepimpinan yang
telah ditunjukkan.

Untuk itu, bagi menyempurnakan penyampaian sijil
ini, Majlis mempersilakan Tn. Hj Adam bin Hj Muaz,
Yang Di pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk
menyempurnakan anugerah ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian
sijil penghargaan kepada ketua kelas dan penolong
ketua kelas SK Bergaya bagi sesi 2021.

1. Mohd Afiq
2.Nur Nabilah
3. Wan Zafran
4.Siti Qamarina
5. Muhd Asyraf
6.Fatin Amirah

Penyampaian sijil yang seterusnya ialah
penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas
sekolah SK Bergaya.

1. Sheryina Edora
2. Julita Aishah
3. Muhd Fahami
4. Muhd Azmi
5. Asneta Shafuana
6. Muhd Rizan
7. Norazlan Nasri
8. Ahmad Azman
9. Muhd Nasrulah
10. Nur Shahirah

Penyampaian sijil ini diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah penghargaan kepada pengawas
pusat sumber SK Bergaya.

1. Muhd Amiruddin
2. Muhd Zulfikar
3. Nur Marsha Dania
4. Sharif Ariffin
5. Naffiz Muaz
6. Nafisha Najwa
7. Nur Najihah
8. Muhd Haziq
9. Wan Ikmal
10. Nurul Syifa

Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya
mendapat sijil penghargaan. Diharapkan agar semua

pelajar dapat meneruskan khidmat sebagai pemimpin
yang baik dan menabur bakti terhadap sekolah.

Majlis turut mengucapkan sekalung apresiasi kepada
Tn. Hj Adam bin Hj Muaz selaku YDP PIBG SK
Bergaya atas penyampaian sijil sebentar tadi.

12.00p Terbang tinggi si burung helang, Penyampaian anugerah
m Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang, khas ∙ Anugerah
Anugerah diberi tanda kecemerlangan. Penghargaan Khas

Hadirin dan hadirat sekalin, ∙ Anugerah Tokoh
Nilam
Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
dan sijil kepada penerima Anugerah Khas Sekolah, ∙ Anugerah Tokoh Ko
Tokoh Ko-kurikulum dan Tokoh Akademik sekolah kurikulum
bagi tahun 2021. Oleh itu, majlis dengan penuh
takzim, menjemput dan mempersilakan Encik Ivan ∙ Anugerah Tokoh
Dexter, Guru Penolong Kanan Pentadbiran bagi Kurikulum
mengiringi Puan Sabrina Nabila Binti Hj Daud, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bergaya.

Anugerah Penghargaan Khas

Majlis pada hari ini ingin memberi penghargaan
kepada murid-murid yang telah bertungkus-lumus
untuk mengharumkan nama sekolah pada peringkat
yang tinggi. Oleh itu, majlis mempersilakan Nurul
Adriana binti Aresnio dari kelas 5 Al-Farabi untuk naik
ke atas pentas sebagai penerima Anugerah
Penghargaan Khas kerana telah berjaya mendapat
tempat kedua dalam pertandingan mencipta poster
sempena bulan kemerdekaan peringkat kebangsaan.
Tahniah diucapkan.

Anugerah Tokoh Nilam

Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Tokoh Nilam bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Diumumkan
penerima Anugerah Tokoh Nilam bagi Tahap 1 ialah
adik Muhd Rayyan bin Firdaus dari kelas 3 Al-Ghazali
dengan jumlah bacaan buku sepanjang tahun
sebanyak 45 buah buku.

Tahniah diucapkan.

*****
Seterusnya, diumumkan Anugerah Tokoh Nilam bagi
Tahap 2 dianugerahkan kepada Alyssa Hayani binti
Effendi dari kelas 6 Ibnu Sina. Jumlah buku sepanjang
tahun yang dibaca oleh adik Alyssa adalah sebanyak
97 buah buku.
Tahniah diucapkan.

Anugerah Tokoh Ko-kurikulum

Baiklah, hadirin sekalian sekarang tibalah masa bagi

penyampaian anugerah tokoh ko-kurikulum kepada

murid yang telah berjaya menunjukkan prestasi

cemerlang dalam bidang sukan sehingga peringkat

tertinggi. Penerima Anugerah Tokoh Ko-kurikulum

bagi SK Bergaya bagi tahun 2021 disandang oleh

Muhd Naim Azim bin Faizal dari kelas 6 Al-Farabi.

Adik Muhd Naim telah menunjukkan

kecemerlangannya dalam sukan hoki sehingga

peringkat negeri dan mewakili daerah Tenom dalam

sukan olahraga.

Tahniah diucapkan.

Anugerah Tokoh Kurikulum

Seterusnya, Anugerah tokoh kurikulum diberikan
kepada murid sebagai tanda penghargaan kerana
menunjukkan kemajuan dalam bidang akademik.
Baiklah, penerima anugerah ini merupakan murid
tahun enam yang telah menunjukkan pencapaian
terbaik dalam akademik sepanjang tahun 2021.
Penerima Anugerah Tokoh Kurikulum jatuh kepada
Nurul Husna binti Rahman. Dipersilakan adik Nurul
Husna bersama kedua-dua ibu bapa naik ke atas
pentas untuk menerima anugerah.

Tahniah diucapkan.

*****
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan
Sabrina Nabila Binti Hj Daud atas kesudian beliau
bagi menyempurnakan penyampaian anugerah
sebentar tadi.

12.20p Ibarat mendaki telah sampai ke puncak, Penutup
m Ibarat memanjat sudah sampai ke pucuk,
Ibarat berlayar sudah sampai ke pelabuhan,
Ibarat berlari telah sampai ke garisan
penamat.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah Anugerah
Khas itu tadi, maka kita telah sampai ke penghujung

majlis.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima
penerima Anugerah Cemerlang SK Bergaya bagi

tahun 2021.

Semoga hari ini dapat menjadi dorongan kepada
pelajar pelajar untuk meningkatkan serta
mengekalkan prestasi masing-masing pada masa
akan datang.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan
dan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang telah bersama
sama menjayakan dan memeriahkan majlis
pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Pn.
Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu diatas kesudian
beliau merasmikan majlis Anugerah Cemerlang SK
Bergaya tahun 2021.

12.30p Bunga seroja di atas para , Majlis bersurai
m Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Semoga kita
dapat berjumpa lagi di lain hari. Sekian terima kasih.


Click to View FlipBook Version