INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
[BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1
NAMA PELAJAR : i. ANGELINE ERICA BINTI ANDAN
ii. ESMELRILDA LIAH LOWRINCE
iii. FATIN NABILAH BINTI ISMAIL
iv. NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD
HUSSIN
NO KAD PENGENALAN : i. 031120121248
ii. 0205061202060
iii. 030621150026
iv. 030202120498
ANGKA GILIRAN : i. 2021072310007
ii. 2021072310009
iii. 2021072310014
iv. 2021072310027
KUMPULAN/UNIT : BMSK1 AMBILAN JUN 2021
KOD/NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA
TAJUK TUGASAN TUGASAN 2
PEMANFAATAN
TARIKH MULA
TARIKH HANTAR DIGITAL
/PENGHASILAN
PRODUK
(30%)
24 APRIL 2022
7 MEI 2022
NAMA PENSYARAH : PUAN KHADIJAH ADENAN
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TANDATANGAN TARIKH
7 MEI 2022
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya
telah merujuk dan memahaminya.
SKRIP JURUACARA MAJLIS HARI KECEMERLANGAN TAHUN 2021 SEKOLAH KEBANGSAAN
BERGAYA, KOTA KINABALU SABAH.
MASA TEKS CATATAN
7.30am Ketibaan murid dan ibu bapa
8.00am Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Puan Ketibaan perasmi
Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu diiringi oleh Puan Sabrina Nabila
Binti Hj Daud, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bergaya, Kota Kinabalu dan Puan Nurul Amirah Binti
Muhammad Hussin selaku Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, serta dif-dif jemputan yang masuk ke dalam
dewan.
Diminta semua hadirin untuk berdiri.
8.30am Bagi memulakan majlis kita pada hari ini, marilah kita Nyanyian 3 buah lagu
bersama- sama menyanyikan 3 buah lagu. Lagu pertama
lagu Negaraku, lagu kedua lagu Sabah Tanah Airku dan
diiringi oleh lagu ketiga, lagu sekolah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian
sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
8.50am Hadirin yang dihormati, Bacaan doa
Jalan ke hutan mencari buluh,
Hutan terletak di arah barat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang indah ini,
marilah kita bersama- sama membaca doa yang akan
dipimpin oleh Encik Mohd. Zulkifli Bin Mohd. Hamizan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin. amin. Ya Rabbal Alamin. Setinggi- tinggi ucapan
terima kasih atas doa yang telah dipimpin oleh Encik
Mohd. Zulkifli Bin Mohd. Hamizan. Semoga majlis kita
pada hari ini akan berjalan dengan lancar sesuai dengan
kehendaknya.
9.00am Ke Pekan Kuala Membeli Bingka, Salutasi
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis Bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Negeri Sabah aman sentosa,
Pendidikan gemilang misi utama,
Dengan tidak melengahkan masa,
Kita mulakan majlis pertama.
Yang dihormati, Puan Esmelrilda Liah Binti Lowrince,
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu,
Yang berusaha, Puan Sabrina Nabila Binti Hj Daud, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Bergaya, Kota Kinabalu,
Yang berusaha, Puan Angeline Erica Binti Andan,
merangkap Pegawai Kanan Pentadbiran,
Yang berbahagia, Encik Ivan Dexter, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang berusaha, Puan Nurul Amirah Binti Muhammad
Hussin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Berusaha, Tn. Hj Adam bin Hj Muaz, Yang Di-
pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ),
dan seterusnya ibu bapa dan murid- murid yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1
Malaysia saya hulurkan kepada semua hadirin dan
hadirat yang saya hormati sekalian.
9.20am Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat Ucapan alu- aluan mc
dan kurnianya, dapat kita bersua kembali di dalam majlis
Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan
Bergaya, Kota Kinabalu Sabah tahun 2021. Pihak
sekolah mengalu- alukan kedatangan hadirin dan hadirat
sekalian adalah untuk memberi ganjaran kepada semua
pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada
tahun 2021. Semoga majlis seperti ini, mampu untuk
membakar semangat pelajar- pelajar yang kurang
mendapat keputusan yang memuaskan di samping
mampu untuk mencetuskan lagi semangat murid- murid
untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelbagai
bidang pada masa yang akan datang.
9.30am Tak manis, jika ada kopi tiada gulanya, Ucapan alu-aluan Pn Sabrina
Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya Nabila Binti Hj Daud ( GB SK)
Tak sempurnalah majlis, jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,
Pembuka tirai kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan. Maka dengan itu, majlis
mempersilakan, Yang berusaha Pn Sabrina Nabila Binti
Hj Daud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bergaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, dengan segala
hormatnya dipersilakan.
********
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan Guru
Besar atas ucapan beliau sebentar tadi.
10.00am Hadirin warga dewan yang dimuliakan, Ucapan PIBG
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang diPertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Bergaya . Dengan itu, majlis
menjemput dan mempersilakan Yang dihormati, Tn. Hj
Adam bin Hj Muaz, Yang diPertua, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru Sk Bergaya untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
10.15am Pagi hari sinar mentari, Ucapan Perasmian (Pn.
Jangan diusik batang jerami, Esmelrilda , PPD)
Kepada puan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.
Tidak lengkap sekiranya majlis tanpa perasmi. Bagi tidak
melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan
ucapan perasmian. Dengan itu, majlis dengan segala
hormat dan takzim mempersilakan..
Yang dihormati,
Pn. Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, merangkap pegawai
pembimbing Sk Bergaya untuk merasmikan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang 2021. Dipersilakan…
*****
Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan atas ucapan perasmian sebentar
tadi.
10.30am Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput.. Cenderamata Perasmi
Yang berusaha, Pn Sabrina Nabilah Binti Hj Daud,
Guru Besar SK Bergaya,
Diiringi oleh, Yang berusaha, En. Ivan Dexter, Penolong
Kanan Pentadbiran,
Untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi,
Yang dihormati, Pn. Esmelrilda Liah Lowrince.
Dipersilakan.
******
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
penyampaian cenderahati tadi.
10.40am Adat tuan adat berserah, Persembahan murid
Mari datang membawa puan,
Adat bersirih adat sejarah, gabungan tahun 4 dan tahun 5
Untuk tuan kami sembahkan.
Hadirin yang dimuliakan,
Alangkah molek andai majlis kecemerlangan berseri dek
persembahan. Untuk itu, majlis akan diteruskan lagi
dengan persembahan murid-murid gabungan tahun 4
dan tahun 5 yang akan mempersembahkan sebuah koir
yang bertajuk “Getaran Jiwa” dibawah pimpinan Puan
Mina dan Cik Ain… Dipersilakan.
**********
Demikianlah sebentar tadi persembahan koir daripada
pelajar tahun 4 dan tahun 5 Sekoleh Kebangsaan
Bergaya. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir ini
sebentar tadi telah berjaya meraih kejayaan dengan
menjadi juara dalam pertandingan persembahan Hari
Kanak-kanak peringkat sekolah yang telah diadakan
pada bulan yang lalu. Tahniah diucapkan.
10.50am Berkebaya batik berwarna merah, Penyampaian Anugerah
Diserikan dengan permata berlian, Kecemerlangan Pelajar
Tibalah masa penyampaian anugerah, Tahap 1
Penerima teruja menunggu giliran.
Sebagai pembuka bicara acara penyampaian anugerah
pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Puan
Esmelrilda Liah binti Lowrince, Pegawai Pejabat
Pendidikan Daerah Kota Kinabalu diiringi Puan Sabrina
Nabila Binti Hj Daud, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bergaya, Kota Kinabalu bagi menyampaikan anugerah.
Dipersilakan.
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bagi tahun 2021
pada hari ini akan kita mulakan dengan penyampaian
Anugerah Akademik Terbaik Tahap 1.
Penyampaian dimulakan dengan :
Anugerah kedudukan terbaik tahun 1.
1. Danial bin Romi dari kelas Orkid
2. Tasha binti Alian dari kelas Mawar
3. Sarah Mendi dari kelas cempaka
Seterusnya, anugerah kedudukan terbaik tahun 2.
1. Anika binti Ali (Mawar)
2. Ann binti Aman (Orkid)
3. Putera Adi bin Mohammed (Cempaka)
Yang terakhir, anugerah kedudukan terbaik tahun 3.
1. Nana binti Andari (3 Mawar)
2. Didi binti Friendi (3 Mawar)
3. Lilianti James. (3 Mawar)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Dihormati Puan Esmelrilda Liah binti Lowrince atas
kesudian beliau dalam menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
11.20am Pergi sekolah seawal pagi, Penyampaian Anugerah
Melintas jalan berhati-hati, Kecemerlangan Pelajar
Penyampaian anugerah diteruskan lagi, Tahap 2
Penerima-penerimanya sabarlah menanti.
Hadirin dan hadirat,
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian
anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahap 2. Majlis
mempersilakan Tn. Hj Adam bin Hj Muaz, Yang Di-
pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ), diiringi
oleh Puan Angeline Erica Binti Andan, merangkap
Pegawai Kanan Pentadbiran bagi menyampaikan
anugerah kepada para penerima. Dipersilakan …
Penyampaian dimulakan dengan:
Anugerah kedudukan terbaik pelajar tahun 4:
1. Aqin Amat (Orkid)
2. Hanisah binti Alin (Mawar)
3. Malik Allo (Orkid)
Seterusnya, anugerah kedudukan terbaik pelajar tahun
5:
1. Alfried Manjo (cempaka)
2. Jesperi Alex (mawar)
3. Farahika binti Abdul (orkid)
Anugerah kedudukan terbaik pelajar tahun 6:
1. Harianti Din (mawar)
2. Fiona Amin(mawar)
3. Sabrina binti Said (cempaka)
Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj Adam bin Hj Muaz
atas kesudian dalam penyampaian anugerah sebentar
tadi.
Demikian, berakhirlah sudah majlis penyampaian
anugerah bagi pelajar terbaik tahap 1 dan tahap 2.
11.50am Warga cemerlang tersenyum manis Penyampaian sijil ketua kelas,
Hadir bersama ibu bapa wibawa penolong ketua kelas,
Sambutan anugerah penyeri majlis pengawas sekolah dan
Sematkan gagah di dalam jiwa. pengawas pusat sumber
Para hadirin sekalian, sekolah bukanlah sekadar tempat
untuk menimba ilmu. Tetapi juga
sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan membentuk
nilai kepimpinan dalam diri murid-murid. Oleh itu,
sekalung penghargaan kepada semua pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan
penolong Ketua Kelas atas jasa dan kepimpinan yang
telah ditunjukkan.
Untuk itu, bagi menyempurnakan penyampaian sijil ini,
Majlis mempersilakan Tn. Hj Adam bin Hj Muaz, Yang Di-
pertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk
menyempurnakan anugerah ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Penyampaian sijil yang pertama ialah penyampaian sijil
penghargaan kepada ketua kelas dan penolong ketua
kelas SK Bergaya bagi sesi 2021.
1. Mohd Afiq
2.Nur Nabilah
3. Wan Zafran
4.Siti Qamarina
5. Muhd Asyraf
6.Fatin Amirah
Penyampaian sijil yang seterusnya ialah penyampaian
sijil penghargaan kepada pengawas sekolah SK
Bergaya.
1. Sheryina Edora
2. Julita Aishah
3. Muhd Fahami
4. Muhd Azmi
5. Asneta Shafuana
6. Muhd Rizan
7. Norazlan Nasri
8. Ahmad Azman
9. Muhd Nasrulah
10. Nur Shahirah
Penyampaian sijil ini diteruskan lagi dengan
penyampaian hadiah penghargaan kepada pengawas
pusat sumber SK Bergaya.
1. Muhd Amiruddin
2. Muhd Zulfikar
3. Nur Marsha Dania
4. Sharif Ariffin
5. Naffiz Muaz
6. Nafisha Najwa
7. Nur Najihah
8. Muhd Haziq
9. Wan Ikmal
10. Nurul Syifa
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya
mendapat sijil penghargaan. Diharapkan agar semua
pelajar dapat meneruskan khidmat sebagai pemimpin
yang baik dan menabur bakti terhadap sekolah.
Majlis turut mengucapkan sekalung apresiasi kepada Tn.
Hj Adam bin Hj Muaz selaku YDP PIBG SK Bergaya atas
penyampaian sijil sebentar tadi.
12.00pm Terbang tinggi si burung helang, Penyampaian anugerah khas
Berkicau kenari sambil berterbangan, • Anugerah
Insan cemerlang negara terbilang, Penghargaan Khas
Anugerah diberi tanda kecemerlangan. • Anugerah Tokoh
Nilam
Hadirin dan hadirat sekalin, • Anugerah Tokoh Ko-
kurikulum
Majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah • Anugerah Tokoh
dan sijil kepada penerima Anugerah Khas Sekolah, Kurikulum
Tokoh Ko-kurikulum dan Tokoh Akademik sekolah bagi
tahun 2021. Oleh itu, majlis dengan penuh takzim,
menjemput dan mempersilakan Encik Ivan Dexter, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran bagi mengiringi Puan
Sabrina Nabila Binti Hj Daud, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bergaya.
Anugerah Penghargaan Khas
Majlis pada hari ini ingin memberi penghargaan kepada
murid-murid yang telah bertungkus-lumus untuk
mengharumkan nama sekolah pada peringkat yang
tinggi. Oleh itu, majlis mempersilakan Nurul Adriana binti
Aresnio dari kelas 5 Al-Farabi untuk naik ke atas pentas
sebagai penerima Anugerah Penghargaan Khas kerana
telah berjaya mendapat tempat kedua dalam
pertandingan mencipta poster sempena bulan
kemerdekaan peringkat kebangsaan. Tahniah
diucapkan.
Anugerah Tokoh Nilam
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Tokoh Nilam bagi Tahap 1 dan Tahap 2. Diumumkan
penerima Anugerah Tokoh Nilam bagi Tahap 1 ialah adik
Muhd Rayyan bin Firdaus dari kelas 3 Al-Ghazali dengan
jumlah bacaan buku sepanjang tahun sebanyak 45 buah
buku.
Tahniah diucapkan.
*****
Seterusnya, diumumkan Anugerah Tokoh Nilam bagi
Tahap 2 dianugerahkan kepada Alyssa Hayani binti
Effendi dari kelas 6 Ibnu Sina. Jumlah buku sepanjang
tahun yang dibaca oleh adik Alyssa adalah sebanyak 97
buah buku.
Tahniah diucapkan.
Anugerah Tokoh Ko-kurikulum
Baiklah, hadirin sekalian sekarang tibalah masa bagi
penyampaian anugerah tokoh ko-kurikulum kepada
murid yang telah berjaya menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang sukan sehingga peringkat
tertinggi. Penerima Anugerah Tokoh Ko-kurikulum bagi
SK Bergaya bagi tahun 2021 disandang oleh Muhd Naim
Azim bin Faizal dari kelas 6 Al-Farabi. Adik Muhd Naim
telah menunjukkan kecemerlangannya dalam sukan hoki
sehingga peringkat negeri dan mewakili daerah Tenom
dalam sukan olahraga.
Tahniah diucapkan.
Anugerah Tokoh Kurikulum
Seterusnya, Anugerah tokoh kurikulum diberikan kepada
murid sebagai tanda penghargaan kerana menunjukkan
kemajuan dalam bidang akademik. Baiklah, penerima
anugerah ini merupakan murid tahun enam yang telah
menunjukkan pencapaian terbaik dalam akademik
sepanjang tahun 2021. Penerima Anugerah Tokoh
Kurikulum jatuh kepada Nurul Husna binti Rahman.
Dipersilakan adik Nurul Husna bersama kedua-dua ibu
bapa naik ke atas pentas untuk menerima anugerah.
Tahniah diucapkan.
*****
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan
Sabrina Nabila Binti Hj Daud atas kesudian beliau bagi
menyempurnakan penyampaian anugerah sebentar tadi.
12.20pm Ibarat mendaki telah sampai ke puncak, Penutup
Ibarat memanjat sudah sampai ke pucuk,
Ibarat berlayar sudah sampai ke pelabuhan,
Ibarat berlari telah sampai ke garisan penamat.
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah Anugerah
Khas itu tadi, maka kita telah sampai ke penghujung
majlis.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima-
penerima Anugerah Cemerlang SK Bergaya bagi tahun
2021.
Semoga hari ini dapat menjadi dorongan kepada pelajar-
pelajar untuk meningkatkan serta mengekalkan prestasi
masing-masing pada masa akan datang.
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan
jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang telah bersama-
sama menjayakan dan memeriahkan majlis
pada hari ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada Pn.
Esmelrilda Liah Lowrince, Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Kinabalu diatas kesudian beliau
merasmikan majlis Anugerah Cemerlang SK Bergaya
tahun 2021.
12.30pm Bunga seroja di atas para , Majlis bersurai
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan
Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Semoga kita dapat
berjumpa lagi di lain hari. Sekian terima kasih.
RUMUSAN
Kesantunan merupakan aspek yang dititikberatkan semasa berkomunikasi bagi menjamin
perhubungan antara masyarakat dengan orang sekelilingnya . Kesantunan dapat diaplikasikan dalam
komunikasi baik secara verbal mahupun tak verbal bagi mewujudkan situasi bebas konflik.
Situasi bebas konflik ini diwujudkan dengan penggunaan pelbagai strategi bahasa. Selain strategi
bahasa, kesantunan berbahasa dalam sistem bahasa juga memainkan peranan yang besar. Antara
komponen sistem bahasa ialah tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan
peribahasa. Semasa menjadi pengacara dalam sesuatu majlis, pengacara harus menggunakan
tatabahasa yang betul dan sebutan serta intonasi yang sesuai untuk mengelakkan berlakunya
kekeliruan. Tambahan pula, gaya kesantunan berbahasa juga penting dalam pengacaraan majlis. Hal
ini kerana, pengacaraan majlis yang baik tidak akan memasukkan unsur-unsur negatif seperti cacian,
sindiran dan sebagainya dalam ucapan yang disampaikan. Dalam pada yang sama, isu kesantunan
juga dikaitkan dengan cara individu berkomunikasi dan penggunaan atau pemilihan kata yang
dipengaruhi dengan budaya luar yang membawa kesan kepada masyarakat. Antaranya, gaya
pertuturan yang tidak beretika dan tidak beradab, cara pemakaian yang kurang sopan, cara pergaulan
yang terlalu bebas dan sebagainya yang menyebabkan unsur kesantunan semakin luntur dalam diri
masyarakat. Oleh hal demikian, setiap individu sewajarnya mempunyai asas kesantunan dari aspek
gaya kesantunan, sistem bahasa dan strategi bahasa dalam setiap pergaualan agar dapat
mengwujudkan komunikasi yang berkesan dan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain
disebabkan nilai kesantunan dari segi bahasa dan tingkah laku yang tersemat dalam kalangan rakyat
Malaysia.