The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU DALAM ASPEK PERDAGANGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainussafiyyah2007, 2021-09-13 05:34:55

KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU DALAM ASPEK PERDAGANGAN

KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU DALAM ASPEK PERDAGANGAN

KEGEMILANGAN
KESULTANAN JOHOR
RIAU DALAM ASPEK

PERDAGANGAN

NAMA :NURFARISAH AFRINA BT MUHAMAD
KELAS :2 GIGIH
GURU MATA PELAJARAN:
HJH NAZRAH BT HJ JAMALUDIN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya
dapat menyiapkan kajian kes sejarah ini. Dengan terhasilnya kajian kes
ini saya berharap ia akan dapat meningkatkan kemahiran saya dalam
membuat kerja kursus Sejarah di masa hadapan. Di sini saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah
iaitu Cikgu Nazrah Binti Jamaludin di atas tunjuk ajar beliau selama ini.
Tidak dilupakan juga penghargaan ini ditujukan khas buat kedua ibu
bapa saya iaitu Pn.Norhidayah Bt Yazid dan En.Muhamad bin Abdul
Wahab yang sangat memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang turut membantu
saya antaranya Marsya Yasmin Bt Adam. Sesungguhnya tanpa bantuan
dan sokongan mereka, saya tidak mungkin dapat menyiapkan kajian kes
ini dengan jayanya.

PERNYATAAN MASALAH

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah.
Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor Riau termasuklah
memajukan aktiviti
perdagangan. Namun, maklumat berkaitan aktiviti perdagangan di
Johor Riau di dalam buku teks adalah terhad. Oleh itu, kajian kes ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong kepada kegemilangan perdagangan di Johor Riau.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Menerangkan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor Riau.

2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau yang

gemilang.

3. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Johor Riau sebagai

sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang kepada
kegemilangan kerajaan Johor Riau.

4. Menghuraikan kesan perdagangan ke atas kemajuan kerajaan

Johor Riau dan kerajaan pada hari ini.

KAEDAH KAJIAN

Terdapat 3 jenis kaedah kajian iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan
kaedah arkeologi. Namun, dalam kajian kes ini, saya menggunakan dua
kaedah berikut:

1. Kaedah Lisan

Saya telah menemu bual guru Sejarah, ibu bapa saya, kakak dan abang
termasuklah kawan-kawan saya bagi mendapatkan penjelasan lanjut
tentang Kerajaan Johor Riau dan cara menghasilkan penulisan kerja
kursus sejarah ini.

2. Kaedah Bertulis

Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan rujukan antaranya
buku teks sejarah, membuat carian menggunakan internet dan buku
rujukan sejarah yang lain.

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 29 JULAI 2021 Taklimat kajian kes Tingkatan2 daripada guru subjek Sejarah Cikgu Panduan pemilihan

Nazrah. tajuk kajian oleh

guru

2 30 JULAI 2021 Melengkapkan perancangan awal kajian kes. Usaha sendiri

i.Menulis penghargaan

ii.Pernyataan Masalah

iii.Objektif Kajian

iv.Kaedah Kajian

3 11 OGOS 2021 Membuat Jadual Kerja Penerangan guru

Membuat kerangka kasar kajian dan usaha sendiri

4 12 OGOS-18 Melengkapkan jadual kerja dan kerangka kasar Usaha sendiri

OGOS 2021

5 18 OGOS 2021 Membuat kerangka kasar kajian kes mengikut pecahan tajuk di bawah. Penerangan guru

i.Sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau. dan usaha sendiri

ii.Ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau.

iii.Faktor-faktor Johor Riau sebagai sebuah pelabuhan entrepot.

iv.Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah negeri yang mempunyai

sistem perdagangan yang gemilang.

v.Pandangan saya terhadap sistem ekonomi negara kita.

vi.Langkah untuk memajukan sistem ekonomi negara pada hari ini.

vii.Nilai dan iktibar

viii.Harapan

6 25 OGOS 2021 Memasukkan maklumat tambahan hasil dari pencarian maklumat dari Penerangan guru

buku teks dan juga sumber dari internet selain dari bantuan penerangan dan usaha sendiri

guru,ibu bapa dan lain-lain.

7 1 SEPTEMBER Menulis langkah untuk memajukan sistem ekonomi negara. Penerangan guru
2021 dan usaha sendiri

8 8 SEPTEMBER Menulis nilai dan iktibar Penerangan guru
2021 dan usaha sendiri

9 15 SEPTEMBER Menulis Harapan Penerangan dari
guru dan usaha
2021 Menulis serta menyiapkan laporan akhir sendiri
Penerangan dari
10 22 SEPTEMBER Sumber rujukan guru dan usaha
2021 sendiri
Penerangan dari
11 23 SEPTEMBER Membuat buku digital menggunakan apps anyflp guru dan usaha
2021 sendiri
Penerangan dari
12 25 SEPTEMBER Menghantar tugasan (memberi link anyflip kepada guru). guru dan usaha
2021 sendiri

KERANGKA KASAR

Sejarah pengasasan Kemahiran 1. Pengasasan Kerajaan
Kesultanan Johor Riau
-Kemahiran Johor Riau diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatimah, Baginda menggunakan
gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528- 1564).

-Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

-Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan
di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.

-Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang
lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk.

-Kawasan berbukti bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang.

Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau -Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis pada tahun 1535.

-Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat
pemerintahan di Kota Sayong.

-Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar
melintasi sungai yang sempit.
Pusat Pemerintahan Kota Batu Johor Lama

-Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama

-Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu
-Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan
dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.

1. Kedudukan Strategik

-Pelabuhan Johor Lama, Batu sawar dan Panchor mudah
dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan
dalam.

-Lokasi pelabuhan dikawasan selatan Selat Melaka
membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari
Timur dan Barat.

-Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas
maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar
untuk berurus niaga.

2. Tumpuan Para Pedagang

-Tumpuan pedagang dari China, Gujerat Belanda dan
pedagang Inggeris.

-Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan
disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di
Melaka.

-Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras.
-Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan
naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai
Dagangan

-Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran
barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China,
India dan Arab.

-Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan
naungan Johor ialah lada hitam, biji timah dan emas.

-Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari ideragiri
-Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu, gaharu,
damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belangan,
lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang, Timur
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan
Rembau
-Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi usat perdagangan
untutk barangan yang dibawa dari China.
-Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih,
barang tembikar, seramik ,kuali besi dan tembaga
-Perdagangan Jawa membawa beras
-Perdagangan Gujerat pula membawa kain wangian dan
manik.
-Johor juga mendapat bekalan nears yang diniagakan oleh
pedagangan Siam

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

-Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa
berlabuh di pelabuhan Riau

-Antaranya kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam, Portugis, Inggeris dan pulau – pulau di Alam Melayu.

Faktor – factor Johor Riau sebagai 1. Kemudahan Pelabuhan
sebuah pelabuhan entrpot
-Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan
barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.

-Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan
perdagangan

-Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan rempah – ratus

2. Urusan Jual beli

-Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang.

-Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata wang
emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang
dan wang timah sebagai katun.

-Pada akhir abad ke- 18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico, dan duit Belanda turut digunakan.

-Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab
mengurus system jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai
pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah
berpatutan, Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan.

3. Sistem Naungan

Bukti Kesultanan Johor Riau -Perdagangan luar dan pedagangan tempatan medapat
sebagai sebuah negeri yang nanugan dari Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
mempunyai sistem perdagangan Indera Bongsu.
yang gemilang
-Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang
memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan
berdasarkan system naungan.

-Melalui system ini pedagang mudah mendapat surat
kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa
gangguan di Selat Melaka.
-Di Johor, Kesultanan melayu Johor telah mewujudkan
matawang emas diedarkan semasa perintahan Sultan Alauddin
Riayat Shah I (1527 / 28- 1564)
-Matawang ini merupakan yang tertua pernah digunakan di
negeri Johor. Menurut Mohd Kassim (1984), duit itu
dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu dinar dan kupang dan
ianya diterima oleh sebahagian besar Asia Tenggara dengan
kadar tukaran Antarabangsa yang ditetapkan pada sesetengah
(1/2) dan seperlapan (1/8 ) Dolar Sepanyol.
-Satu emas bersamaan dengan empat Kupang, Mulai
pertengahan abad ke-16, emas dianggap bernilai separuh dari
Dolar Sepanyol atau bersamaan dengan empat perak Portugis.
Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya hanya

digunakan pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil II (1571-1579)
dan Sultan Abdullah Riayat Shah (1615-1623) sahaja.
-Menurut Abdullah Zakaria dan Zainal Abidin (1994), duit
emas adalah berbentuk bulat, permukaan depan tentera
tulisan jawi atau Arab dengan nama Sultan yang memerintah,
manakala bahagian belakang pula terdapat kata-kata pujian
Kahlifatul Mukminin.
-Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677) dan
Sultan Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling
berbentuk segi lapan yang diperbuat daripada perak.
-Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan
barangan dari kepulauan Melayu dan pusat pengedaran
barangan dari Timur dan Barat ke kepulauan Melayu.
-Johor menguruskan barang-barang dagangan dari seluruh
pelosok dunia. Syahbandar ditugaskan bagi mengawal
pelabuhan entrepot dan antara tugas-tugasnya ialah:

-Mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk ke
pelabuhan entrepot.
-Menjadi hakim bagi sebarang peselisihan antara pedagang
dan merujuk kepada mahkamah jika kesnya berat.
-Memeriksa cukai.
-Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal
tersebut.
-Kini kerajaan Johor menjadi salah satu kerajaan Melayu yang
dikagumi kerana pernah mencipta keagungannya yang
tersendiri.

Pandangan anda terhadap sistem Malaysia berpontesi menjadi kuasa ekonomi dunia
ekonomi negara kita hari ini
-Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia
Langkah untuk memajukan sistem -Malaysia merupakan negara bab halal, hab elektronik, hab
ekonomi negara pada hari ini perlancongan dan industri yang mapan
-Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata wang
lain di dunia
-Penggunaan teknologi temaju dalam bidang pembanggunan
ekonomi serta social
-Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti PWTC,
KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya
-Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu
dan sebagainya

IPTA Menyediakan Kursus dalam Bidang Berkaitan Ekonomi
-Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu

menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan

Nilai dan iktibar Menyediakan Pinjaman Modal dan Bantuan Teknologi Serta
Konsultasi

-Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman
modal atau konsultasi bagi menangani masalah pencarian
sumber pendapatan bagi golongan yang kurang
berkemampuan.

Mengenal Pasti Sumber negara yang Berpotensi Untuk
Dimajukan

-Antaranya contoh sumber negara yang boleh dimajukan alah
sector pelancongan memandangkan Malaysia kaya dengan
tempat – tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati

Menghasilkan Produk Tempatan yang Bertaraf Dunia
-Pada masa kini banyak produk – produk pengeluaran

tempatan mendapat tempat di masa orang luar. Contohnya
jenama Getha (jenama pengeluaran tilam), Yokomaha (jenama
pengeluaran tayar dan bateri kereta), Mamee (jenama
makanan), Fujiaire (jenama penghawa dingin) dan Joven
(jenama pemanas air).

Mengadakan Program Pembangunan Seperti FELDA dan
FELCRA

-Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber pendapatan
sekaligus mengembangkan sector ekonomi negara.

SPRM Sebagai Badan Berkuasa Menangani Rasuah Ekonomi

Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi negara
bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.
Kita Mestilah Mementingkan Strategi yang Berkesan

-Strategi yang berkesan amatlah diperlukn bagi memastikan
kelancaran sesuatu bidang. Strategi ekonomii/perdagangan
perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem ekonomi
negara semakin berkembang.

Mempunyai Pentadbiran yang Berkesan
-Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah penting

dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh. Contohnya,
dalam Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem naungan
bagi menjamin keselamatan pedagang asing.

Mempunyai Pemimpin Berwibawa
-Seorang pemimpin peranan yang penting dalam pelbagai

sector negara selaku ketua negara. Pemimpin yang berwibawa
boleh merancang strategi yang berkesan bagi memastikan
kemajuan negara semakin berkembang.

Harapan Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah penting
untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk
memahami dan menghayati kewujudan tentang kerajaan
Johor Riau di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui
pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang
wujudnya satu ketamadunan Johor Riau yang tinggi pada
zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan
Johor Riau membuktikan bahawa negeri ini mempunyai
kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Johor Riau. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya
mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan
lebih mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati
diri terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud
Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat
Shah I (1528 – 1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor. Sultan Alauddin Riayat
Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan tua pada tahun 1528.
Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang lebar dan dalam
memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota
Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.

Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada
tahun 1535. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat
pemerintahan ke Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang
musuh sukar melintasi sungai yang sempit. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin
Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu. Kedudukannya
yang strategic di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan
kapal dagang.

Seterusnya Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimiliki
oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi pelabuhan di
kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas kapal
dagang dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu
lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk

berurus niaga. Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan pedagang
Inggeris. Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan
disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.

Pedagang Siam lalu memasarkan hasil pertanian seperti beras. Turut menjadi
tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam
Melayu. Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab.

Antara barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan
Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas. Biji timah dibawa masuk dari Klang,
Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera. Lada hitam dibawa dari
Jambi dan emas pula dari Inderagiri. Terdpat juga barang tempatan lain seperti
kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk
belangan, lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang, timur Sumeatera,
Kepulauan Riau, Sungai ujong, Klang, naming dan Rembau. Pelabuhan Batu
Sawar juga menjadi pusat perdagangan unutk barangan yang dibawa dari China.

Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang tembikar,
seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang Jawa membawa beras. Pedagang
Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik. Johor juga mendapat bekalan
beras yang diniagakan oleh pedagang Siam. Terdapat 500 hingga 600 buah kapal
dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan
Riau. Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis,

Inggeris dan pulau – pulau di Alam Melayu.

Kemudian, kemudahan pelabuhan di Johor Riau dapat menyediakan gudang
bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan urusan
perdagangan. Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada
hitam dan rempah ratus. Perdagnagan dijalankan seecara tukar barang dan
menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata
wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai wang kupang dan
wang timah sebagai katun. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turt digunakan.

Syahbbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus
sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang dikenakan
terhadap pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga menetapkan ukuran
dan berat timbangan barangan. Perdagangan luar dan pedagang tempatan
mendapat naungan dari Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera
Bonsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan
naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan.

Melalui sistem ini, pedagang mudah mendapat surat keberanian aripada
Belanda dan dapat berlayar tanpa gangguan di Selat Melaka. Orang laut
ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah
kepada pada pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Orang
Laut juga terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi

tentera angkatan laut. Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan
membaiki dan membina kapal bersaiz kecil. Orang Laut mahir dalam pembinaan
kapal. Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap,
balok dan pencalang. Kemahiran ini telah membantu memajukan Kesultanan
Johor Riau.

Di Johor, kesultana melayu Johor telah mewujudkan mata wang emas dan
diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alaudddin Riayat Shah I (1527/28-1564).
Matawang ini merupakan yang tertua pernah digunakan di negeri Johor.
Menurut Mohd kassim (1984), duit dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaiatu
dinar dan kupang dan ianya diterima oleh sebahagian besar Asia Tenggara
dengan kadar tukaran antarabanga yang ditetapkan pada setengah (1/2) dan
sperlapan (1/8) Dolar Sepanyol.

Satu emas bersamaan dengan empat Kupang. Mulai pertengahan abad ke-16,
emas dianggap bernilai separuh dari Dolar Sepanyol atau bersamaan dengan
empat tanga perak Portugis. Duit –duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya
hanya digunapakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil II (1571-1597) dan
Sultan Abdullah Riayat Shah (1615-1623) sahaja. Menurut Abdullah Zakaria dan
Zainal Abidin (1994), duit emas adalah berbentuk bulat, permukaan depan
tentera tulisa jawi atau Arab dengan nama Sultan yang memerintah, manakala
bahagian belakang pula terdapat kata – kata pujian Khalifatul Mukminin. Semasa
pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam
(1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk segi lapan yang diperbuat daripada
perak.

Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari
Kepulauan melayu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke
Kepulauan melayu. Johor menguruskan barang – barang dagangan dari seluruh
pelosok dunia. Syahbandar ditugaskan bagi mengawal pelabuhan entrepot dan
antara tugas – tugasnya ialah mengawal pedagang – pedagang yang keluar
masuk ke pelabuhan entrepot.

Menjadi hakim bagi sebarang peselisihan antara pedagang dan merujuk
kepada mahkamah jika kesnya berat. Seterusnya memeriksa segala cukai serta
muatan kapal – kapal dagang dan saiz kapal – kapal tersebut. Kini kerajaan Johor
menjadi salah satu kerajaan Melayu yang dikagumi kerana pernah mencipta
keagungannya yang tersendiri.

Pandangan saya, Malaysia mempunyai ramai pelabur asing ternama melabur
di negara ini ialah kerana Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik,
hab pelancongan dan industri yang mapan. Nilai ringgit yang kukuh atau stabil
berbanding nilai mata wang lain di dunia. Penggunaan teknologi termaju dalam
bidang pembangunan ekonomi serta social. Selain itu, di Malaysia juga
mempunyai kemudahan yang bertaraf dunia seperti PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC,
Litar Sepang dan sebagainya. Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum,
kayu dan sebagainya.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu menyediakan kursus
berkaitan ekonomi seperti bidang keusahawanan. Pihak berkaitan digalakkan
untuk menyediakan pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani masalah
pencarian sumber pendapatan bagi goglongan yang kurang berkemampuan.
Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan adalah sector pelancongan
memandangkan Malaysia kaya dengan tempat – tempat pelancongan yang
menarik untuk dilawati. Pada masa kini banyak produk – produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di masa orang luar.

Contohnya jenama Getha (jenama pengeluaran tilam), Yokomaha (jenama
pengeluaran tayar dan bateri kereta), Mamee (jenama makanan), Fujiaire
(jenama penghawa dingin) dan Joven (jenama pemanas air). Seterusnya,
mengadakan program pembangunan bertujuan bagi membantu rakyat miskin
menaik taraf sumber pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi
negara. Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi negara bersifat bersih
dan bebas daripada jenayah rasuah. Strategi yang berkesan amatlah diperlukan
bagi memastikan kelancaran sesuatu bidang.

Strategi ekonomi perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi memastikan
sistem ekonomi negara semakin berkembang. Tidak dinafikan pentadbiran yang
berkesan amatlah penting dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh.
Contohnya, dalam Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem naungan bagi
menjamin keselamatan pedagang asing. Seorang pemimpin peranan yang
penting dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara. Pemimpin yang

berwibawa boleh merancang strategi yang berkesan bagi memastikan kemajuan
negara semakin berkembang.

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah penting untuk kita
sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati
kewujudan tentang kerajaan Johor Riau di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui
pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu
ketamadunan Johor Riau yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan
dan kelahiran kerajaan Johor Riau membuktikan bahawa negeri ini mempunyai
kedaulatan tersendiri.Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan
yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Johor Riau.

Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para
pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan lebih
mendalam.Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan menghargai
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

SUMBER KAJIAN

Buku Teks.

Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM), Dr. Suffian bin Mansor et. Al, Dewan
Bahasa dan Pusaka, Kuala Lumpur.

Internet.
https://www.academia.edu/16915470/kerajaan_johor_riau_sejarah_malaysia_
https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/


Click to View FlipBook Version