The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pendidikan Kesenian Tahun 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najiha jamal, 2021-10-06 22:40:23

Menghayati Muzik

Pendidikan Kesenian Tahun 3

MUZIK

ORKESTRA

Orkestra adalah sebuah ensembel (kumpulan) muzik,
kebiasaannya mempunyai banyak alat-alat muzik

bertali, alatan muzik bras, bahagian khas alat muzik
tiupan, bahagian woodwind dan bahagian alat muzik

genderang.

KONDUKTOR

Konduktor muzik ataupun pemimpin muzik ialah
seorang pemimpin persembahan sesebuah orkestra,

opera, koir, konsert atau ensembel muzik.

NYANYIAN

A CAPELLANyanyian adalah muzik vokal atau nyanyian tanpa iringan

alat muzik

Nyanyian TRADISIONAL MELAYU boleh didengari dalam pelbagai

konsep. Antaranya ialah keroncong, asli, boria, ghazal, dikir barat, zapin
dan pelbagai lagi mengikut negeri masing-masing. Setiap nyanyian akan

diiringi alatan muzik tradisional seperti angklung, gambus, gendang,
gong, akordian dan sebagainya.

SOPRANOPerkataan "" secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang

bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita, sesekala digunakan

juga untuk lelaki. Penyanyi kanak-kanak lelaki yang belum pecah suara

dikenali sebagai "boy soprano". Penyanyi lelaki dewasa yang mampu

menyampaikan nada setinggi ini dikenali sebagai "sopranis" dan

penyanyi lelaki yang menggunakan falseto (teknik pemalsuan suara)

untuk nyanyian nada setinggi ini dikenali sebagai kauntertenor.

KOIRNyanyian adalah gabungan dua, tiga atau empat jenis suara

penyanyi vokal mahupun muzik untuk membentuk suatu ensembel yang

menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; diketuai oleh seorang

konduktor yang mengarahkan kelompok-kelompok ini menyanyi mengiikut

cara, nada atau masa tertentu secara serentak.

KOIR

Nyanyian berkumpulan sebegini kebiasaannya diketuai oleh
seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai
konduktor muzik (sama seperti orkestra).



Kebanyakan kumpulan ini mengandungi empat bahagian,
namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa
iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan alat-alat
muzik dipanggil sebagai a cappella.



Koir campuran adalah corak kumpulan koir yang paling kerap
dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor

dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB.


Click to View FlipBook Version