KARANGAN PENDEK : Berdasarkan maklumat yang disediakan,
tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 – 80
patah perkataan.
• Pelancong melihat
keunikan warisan budaya
negara
• pPeroladnuckon••gapnf Manfaat Mempopularkan • Mengisi masa
Permainan Tradisional lapang
• Mengekalkan
warisan budaya
Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional semakin dilupakan
kerana generasi kini lebih meminati permainan video. Permainan
tradisional mempunyai banyak manfaatnya. Oleh itu, pelbagai usaha
perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mempopularkan
permainan tradisional semula. Permainan tradisional dapat dijadikan
sebagai produk pelancongan yang menguntungkan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana banyak pelancong datang ke Malaysia
untuk melihat keunikan warisan budaya pelbagai bangsa dan dapat
menghilangkan tekanan. Seterusnya, masa lapang dapat diisi
dengan aktiviti yang berfaedah juga. Masa lapang tidak akan
terbuang dengan perkara yang sia-sia. Permainan tradisional
merupakan warisan budaya negara yang harus dikekalkan supaya
tidak luput ditelan zaman. Tuntasnya, kita perlu mengembalikan
kegemilangan permainan tradisional kerana permainan ini banyak
manfaatnya kepada rakyat dan negara.
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan
petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
cara-cara menangani masalah remaja.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Iklan ini tentang tiga buah taman tema air yang terdapat di negara kita,
iaitu Sunway Lagoon, Lost World of Tambun dan Bukit Gambang Water Park.
Sunway Lagoon terletak di Subang Jaya, Selangor. Lost World of Tambun
terletak di Ipoh, Perak, manakala Bukit Gambang Water Park terletak di
Kuantan, Pahang. Para pelancong tempatan boleh memilih untuk datang ke
taman tema air yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka. Setiap
taman tema air tersebut mengenakan harga tiket yang berbeza bagi
golongan dewasa dan kanak-kanak. Hal ini bertujuan untuk memberikan
n
keistimewaan kepada kanak-kanak yang merupakan golongan majoriti di
negara kita. Sunway Lagoon dibuka pada setiap hari manakala Lost World of
Tambun dan Bukit Gambang Water Park dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa.
Hal ini memudahkan orang ramai untuk mengunjungi taman tema air tempat yang
sesuai untuk seisi keluarga. Oleh itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak
mandi-manda di taman air ini.