Stratifikasi Sosial Oleh: Afif Umar Implikasi terhadap Budaya Sekolah dan Strategi Pembentukan Budaya Positif EDUP3143 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : MUHAMAD AFIF UMAR BIN RAMLI No. K/P : 040516-07-0381 Angka Giliran : 2022202340142 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.02 Nama Pensyarah : DR. RUBAAIAH BINTI SIDEK Tarikh Hantar : 14 MAC 2025 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: UMAR Tarikh: 14/03/2025 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: UMAR Tarikh: 14/03/2025
2 Penghargaan Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat yang dikurniakan dari segi masa, tenaga dan kesihatan, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan penulisan akademik pentaksiran berterusan, EDUP3143, Sosiologi Dalam Pendidikan. Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah EDUP3123, iaitu Dr. Rubaaiah binti Sidek di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang terbaik sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusannya. Seterusnya, dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan semangat dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, mereka juga telah menyediakan kepada saya segala kelengkapan dan alatan pembelajaran bagi memudahkan saya melengkapkan serta menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan seperjuangan yang tidak jemu memberikan semangat dan membantu saya dalam beberapa persoalan mengenai tugasan ini. Semoga Allah SWT memberikan kita semua kejayaan di dunia dan akhirat. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat dalam proses menyiapakan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sekian, terima kasih
3 Isi Kandungan Penghargaan ........................................................................................................................ 2 Pengenalan........................................................................................................................... 4 2.0 Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah......................................................... 5 2.1 Ketidaksamaan Peluang Pendidikan ........................................................................... 5 2.2 Pemisahan Sosial antara Pelajar................................................................................. 6 2.3 Kesan terhadap Motivasi dan Aspirasi Pelajar............................................................. 7 3.0 Strategi Memanipulasi Impak Stratifikasi Sosial untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah................................................................................................................................. 8 3.1 Mengurangkan Keciciran Murid di Sekolah Akibat Kemiskinan.................................... 8 3.2 Menggalakkan Interaksi Sosial yang Seimbang dan Inklusif........................................ 9 3.3 Meningkatkan Motivasi Murid dari Keluarga yang Tidak Berpendidikan....................... 9 4.0 Kesimpulan ................................................................................................................... 10 Rujukan............................................................................................................................... 11
4 Stratifikasi Sosial dan Implikasinya terhadap Budaya Sekolah serta Strategi Pembentukan Budaya Positif Pengenalan Stratifikasi sosial merupakan salah satu isu utama dalam bidang sosiologi. Perkara ini merujuk kepada pembahagian masyarakat ke dalam kelas-kelas sosial yang berbeza berdasarkan faktor ekonomi, pendidikan, dan status sosial. Menurut Kartini et al. (2018), kelas sosial telah wujud akibat berlakunya pembahagian masyarakat kepada beberapa kategori segmentasi individu yang menghasilkan suatu ketidaksamaan. Ketidaksamaan ini tertumpu kepada perbezaan peranan yang lazimnya ditemui dan dalam kehidupan bermasyarakat (Idrul et al., 2025). Di Malaysia, fenomena ini bukan sahaja beredar dalam kelompok masyarakat namun turut juga berlaku dalam sistem pendidikan, di mana pelajar dikategorikan secara tidak langsung mengikut latar belakang keluarga, pencapaian akademik, dan akses kepada kemudahan pembelajaran. Menurut Ghandi & Sivaperagasam (2019), sejak awal lagi pendidikan tertumpu di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi yang pesat hasil daripada jajahan yang berlaku di negara kita. Dalam konteks sekolah, stratifikasi sosial mempunyai kesan yang signifikan terhadap budaya sekolah, termasuk peluang pendidikan yang tidak seimbang, perbezaan interaksi sosial antara pelajar, dan tahap motivasi mereka untuk mencapai kecemerlangan akademik. Budaya sekolah yang terpengaruh oleh stratifikasi sosial boleh melahirkan persekitaran yang tidak harmoni, yang akhirnya menjejaskan pembelajaran dan perkembangan pelajar. Namun, impak ini boleh dikurangkan melalui pelbagai strategi bagi membentuk budaya sekolah yang lebih positif dan inklusif. Oleh itu, dalam penulisan ini akan dibincangkan bagaimana stratifikasi sosial mempengaruhi budaya sekolah serta mencadangkan langkah-langkah untuk mengurus kesan tersebut secara berkesan.
5 2.0 Impak Stratifikasi Sosial terhadap Budaya Sekolah 2.1 Ketidaksamaan Peluang Pendidikan Salah satu kesan utama stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah ialah ketidaksamaan dalam peluang pendidikan. Dalam konteks pendidikan, terdapat satu teori yang mengatakan terdapat perhubungan di antara kemiskinan dan pendidikan dan murid dari keluarga berpendapatan tinggi cenderung dilihat mempunyai kelebihan dalam peluang pendidikan. Menurut Zuraida et al. (2019), kanakkanak daripada keluarga kurang berkemampuan sering dikatakan ketinggalan dalam pembelajaran mereka di sekolah berbanding dengan rakan mereka yang datang daripada keluarga berada. Sebagai contoh murid berada mampu memperoleh bahan pembelajaran yang lebih berkualiti, seperti buku rujukan, alat teknologi moden, dan kelas tambahan. Hal ini kerana keluarga berstatus tinggi sentiasa mempunyai inisiatif tinggi kerana tiada kekangan dari segi kewangan (Ghandi & Sivaperagasam, 2019). Maka, dengan akses yang lebih baik kepada pendidikan, mereka lebih bersedia menghadapi peperiksaan dan cenderung untuk mencapai keputusan akademik yang lebih cemerlang. Namun, situasi ini sebaliknya bagi pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Keadaan ini sering berlaku kepada murid di luar bandar selain struktur keluarga yang turut memberikan kesan. Murid dalam kelompok ini cenderung mengalami keciciran dalam pembelajaran mereka dan para pengkaji turut bersetuju dengan pernyataan ini (Bao Chuanyou, 2006 & Siti, 2018). Satu kajian mengukur faktor kemiskinan dijalankan di kawasan luar bandar iaitu Jajahan Bachok yang melibatkan seramai 230 responden, hasilnya 38% iaitu 88 orang mempunyai masalah kewangan dan menjadi cabaran besar kepada mereka terutama dalam pendidikan anak -anak (Siti & Narimah, 2018). Mereka ini berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan pembelajaran yang mencukupi dan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Bukan itu sahaja,
6 terdapat juga ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak -anak sehingga memberi kesan keciciran dalam pendidikan. Keadaan ini mewujudkan jurang pencapaian akademik yang ketara antara pelajar dari kelas sosial yang berbeza, yang akhirnya mempengaruhi budaya sekolah dengan menghasilkan kurangnya penguasaan dalam pembelajaran dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan. 2.2 Pemisahan Sosial antara Pelajar Stratifikasi sosial juga membawa kepada pemisahan sosial dalam kalangan pelajar, yang menjejaskan keharmonian budaya sekolah. Pelajar cenderung untuk bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang sama, menyebabkan wujudnya kelompok sosial yang eksklusif di dalam sekolah. Menurut petikan akhbar Awani (2023), seorang murid berasa sedih kerana tiada siapa yang mahu makan biskut yang dibawanya ketika jamuan oleh kerana dia seorang yang miskin. Perkara ini jelas menggambarkan murid yang miskin dipinggirkan oleh rakan -rakan akibat perbezaan kelas sosial. Selain itu, situasi ini turut berlaku dalam penyertaan aktiviti kokurikulum. Murid dari keluarga berada lebih mudah untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang memerlukan yuran tinggi, seperti kelab sukan elit dan lawatan sambil belajar ke luar negara, sementara pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terpaksa memilih aktiviti yang lebih menjimatkan kos. Satu temu bual bersemuka dilaksanakan, akibat masalah kewangan ibu bapa cenderung memberi tumpuan kepada akademik sahaja berbanding kokurikulum kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar Maka, anak -anak akan disekat daripada menyertai aktiviti kokurikulum (Komathy & Rosniza, 2021). Akibatnya, interaksi sosial antara pelajar daripada pelbagai latar belakang menjadi terhad, mewujudkan jurang sosial yang boleh menghalang pembentukan budaya sekolah yang inklusif. Selain itu, perbezaan status sosial juga boleh menyebabkan stereotaip dan diskriminasi terhadap pelajar dari golongan kurang berkemampuan, yang seterusnya mengurangkan interkasi dalam kalangan murid si sekolah.
7 2.3 Kesan terhadap Motivasi dan Aspirasi Pelajar Stratifikasi sosial turut mempengaruhi tahap motivasi dan aspirasi pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Aurora & Affendi (2019), mendefinisikan motivasi sebagai dorongan yang menarik minat individu untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan optimam. Dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh Salasiah et al. pada 2012 didapati bahawa motivasi murid dalam mengecapi kecemerlangan pendidikan terhalang akibat kekurangan dorongan keluarga, masalah rakan di sekolah dan desakan kewangan (Nadirah et al., 2018). Perkara ini membuktikan bahawa sratifikasi sosial menjejasan motivasi murid sebagai contoh murid dari keluarga yang berpendidikan tinggi cenderung untuk mempunyai motivasi yang lebih tinggi kerana mereka mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada ibu bapa mereka. Dalam kes ini, anak- anak mereka akan lebih bermotivasi di sekolah kerana disokong kuat oleh ibu bapa sama ada dari sudut kelengkapan sekolah yang lengkap ataupun bahan- bahan pembelajaran tambahan. Sebaliknya, pelajar dari keluarga kurang berkemampuan mungkin kurang mendapat sokongan akademik kerana ibu bapa mereka lebih sibuk dengan pekerjaan atau kurang berpendidikan. Murid dari kelas sosial rendah hanya bergantung kepada pendidikan di sekolah sahaja tanpa bantuan ibu bapa dan bahan tambahan. Selain itu kelengkapan pembelajaran juga hanya sekadar dalam bahasa pasar “bagi ada” sahaja tanpa memikirkan kualiti dan sebagainya. Akibatnya, pelajar dari kelas sosial rendah mungkin kurang bermotivasi untuk berusaha mencapai kejayaan kerana mereka tidak mempunyai harapan tinggi terhadap masa depan mereka. Keadaan ini menjejaskan budaya sekolah kerana wujudnya perbezaan sikap terhadap pembelajaran dalam kalangan pelajar, yang seterusnya boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam pencapaian akademik dan perkembangan sahsiah mereka.
8 3.0 Strategi Memanipulasi Impak Stratifikasi Sosial untuk Membentuk Budaya Positif di Sekolah 3.1 Mengurangkan Keciciran Murid di Sekolah Akibat Kemiskinan Salah satu punca utama keciciran murid ialah ketidakmampuan keluarga untuk menanggung kos pendidikan, termasuk bayaran yuran, pembelian buku, pakaian seragam, dan perbelanjaan harian. Untuk mengatasi masalah ini, sekolah dan pihak berkepentingan seperti kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk biasiswa, bantuan tunai, dan pemberian keperluan asas secara percuma. Program seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga boleh diperluaskan untuk membantu murid daripada keluarga miskin agar mereka tidak perlu ponteng atau berhenti sekolah akibat kekurangan makanan. Sebilangan murid yang berasal dari keluarga miskin terpaksa bekerja sambil belajar untuk membantu keluarga mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka tercicir dalam pembelajaran dan tidak mendapat peluang pendidikan secara optimam sehingga akhirnya berhenti sekolah. Kajian Nik et al. (2018), menyatakan pendidikan formal bukanlah budaya yang sesuai untuk orang asli, sebaliknya memerlukan kelas di luar bilik darjah yang mendekatkan mereka dengan alam semula jadi supaya dapat mengurangkan keciciran pendidikan. Kajian ini jelas memberikan signal supaya pelaksanaan kelas perlu bersifat alternatif maka sekolah boleh menyediakan program pendidikan alternatif yang lebih fleksibel, seperti kelas petang, kelas hujung minggu bagi menyesuaikan jadual mereka. Dengan pendekatan ini, murid yang menghadapi tekanan ekonomi masih boleh meneruskan pendidikan mereka tanpa perlu memilih antara bekerja atau bersekolah.
9 3.2 Menggalakkan Interaksi Sosial yang Seimbang dan Inklusif Pemisahan sosial antara murid kaya dan miskin sering berlaku apabila aktiviti sekolah memerlukan perbelanjaan yang tinggi, seperti lawatan ke luar negara, penyertaan dalam pertandingan berbayar, atau penyediaan pakaian khas untuk acara tertentu. Oleh itu, sekolah perlu merancang aktiviti yang lebih inklusif dan tidak membebankan murid dari segi kewangan. Contohnya, program gotong-royong, sukan rakyat, dan pertandingan akademik yang tidak memerlukan bayaran boleh dijadikan aktiviti utama dalam sekolah. Dengan ini, semua murid dapat berinteraksi dan bekerjasama tanpa rasa rendah diri atau perbezaan status sosial. Selain itu, sekolah perlu mewujudkan suasana yang bebas daripada diskriminasi berdasarkan status sosial dan ekonomi. Dalam PPPM 2013 -2025 mengariskan antara elemen utama dalam FPK ialah memberikan hak kepada setiap masyarakat dengan layanan yang adil tanpa wujudnya jurang perbezaan. Justeru Amalan Pendidikan Anti- Bias ini diterapkan dalam pendidikan yang berfokus kepada sosiobudaya dan agama (Abdullah et al., 2021). Salah satu cara untuk mencapai matlamat ini ialah dengan menerapkan nilainilai empati dan perpaduan melalui mata pelajaran sivik dan aktiviti kokurikulum. Misalnya, guru boleh menggalakkan murid untuk memahami kepelbagaian latar belakang sosial rakan mereka dengan mengadakan sesi perbincangan atau projek komuniti. Aktiviti seperti "Siapakah Kita?" di mana murid kaya dan miskin saling memahami cabaran masing-masing boleh membantu merapatkan jurang sosial dan meningkatkan kepekaan terhadap realiti kehidupan yang berbeza 3.3 Meningkatkan Motivasi Murid dari Keluarga yang Tidak Berpendidikan Murid yang berasal dari keluarga yang tidak berpendidikan sering kurang mendapat sokongan dalam pelajaran kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai latar belakang akademik yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, sekolah boleh memperkenalkan program mentor akademik, di mana murid yang cemerlang dalam akademik membantu rakan yang kurang
10 berkemampuan dalam pembelajaran. Dengan adanya mentor yang boleh membimbing mereka, murid dari keluarga kurang berpendidikan akan lebih bersemangat untuk belajar dan mencapai kejayaan akademik. Selain itu, murid daripada keluarga yang tidak berpendidikan mungkin kurang menyedari potensi dan peluang yang boleh mereka capai melalui pendidikan. Oleh itu, sekolah boleh menjemput individu yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, terutamanya mereka yang berasal daripada latar belakang yang sama, untuk berkongsi kisah kejayaan mereka. Menurut Norfarahzatul et al. (2021), pelajar yang termotivasi biasanya memiliki dorongan yang kuat untuk tetap tertarik dengan apa yang disampaikan termasuklah untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Ini berlaku daripada rangsanganrangsangan dan dorongan motivasi daripada masyarakat sekeliling pelajar. Kisah-kisah inspirasi ini dapat memberikan dorongan kepada murid untuk terus berusaha dan tidak merasa rendah diri hanya kerana mereka tidak mempunyai sokongan akademik di rumah. 4.0 Kesimpulan Stratifikasi sosial memberi kesan yang besar terhadap budaya sekolah, termasuk dalam aspek peluang pendidikan, interaksi sosial, dan motivasi pelajar. Ketidaksamaan dalam akses kepada sumber pembelajaran boleh menyebabkan jurang pencapaian akademik yang ketara, sementara pemisahan sosial boleh menghalang pembentukan persekitaran pembelajaran yang inklusif. Selain itu, perbezaan dalam tahap motivasi dan aspirasi pelajar juga memberi impak terhadap budaya sekolah secara keseluruhan. Namun, kesan negatif stratifikasi sosial boleh diminimumkan melalui strategi yang berkesan, seperti mengurangkan keciciran murid di sekolah, menggalakkan interaksi sosial yang inklusif dan meningkatkann motivasi murid di sekolah. Dengan usaha yang berterusan daripada pihak sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat, budaya sekolah yang lebih positif dan harmoni dapat dibentuk, seterusnya memberikan manfaat kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosial mereka.
11 Rujukan Abdullah, K., Mariani, M. N., & Fonny, D. H. (2021). Penerapan dan sumber halangan amalan pendidikan anti bias dalam pengajaran di prasekolah luar bandar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 75-94. Aurora, A., & Effendi, H. (2019). Pengaruh penggunaan media pembelajaran e-learning terhadap motivasi belajar mahasiswa di Universitas Negeri Padang. Jurnal Teknik Elektro dan Vokasional, 5(2), 11-16. Bao Chuanyou (2006). Policies for Compulsury education Disparity Between Urban and Rural Areas in China Frontier Education China. 40-55 Ghandi, M., & Sivaperagasam, R. (2019). Impilkasi status sosioekonomi keluarga dan persekitaran terhadap keciciran murid india: Kajian kes di Puchong. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 284-297. Idrul, H., & Rosly, K., & Mohd, H. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publication. Kartini, A. T., Noorulhawa, A. K., & Phoon, L. J. (2018). Akal budi alam Melayu. International Colloqium on Integration Platform. Komathy, L., & Rosniza, A. (2021). Cabaran dan isu yang dihadapi dalam pelaksanaan program sekolah lestari di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 17(1), 238-254. https://doi.org/10.17576/geo-2021-1701-18 Mingguan Wanita (2023, Feb 18). Kawan tak makan sebab saya miskin -Guru kongsi kisah jamuan kelas. Awani. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/kawan-tak-makansebab-saya-miskin-guru-kongsi-kisah-jamuan-kelas-407055 Nadirah, H., Saemah, R., & Shahlan, S. (2024). Kemurungan dan motivasi belajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 9(6), 1-20. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i6.2866 Nik, N., Halman, Ramle., & Norizan, M. (2018). Keciciran Pendidikan di peringkat sekolah rendah dalam kalangan murid Orang Asli Hulu Terengganu. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam.
12 Norfarahzatul, A., & Mohamad, Z. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2), 1-11. http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v7i2.1288 Siti, M., & Narimah, S. (2018). Kemiskinan keluarga dan pengaruhnya terhadap tahap pendidikan rendah masyarakat luar bandar: Kajian kes di Jajahan Bachok, Kelantan. Journal of Social Sciences and Humanities, 13(2), 11-23. Zuraidah, A., Siti, N., Salwati, S., Mohd, S., & Muhammad, F. (2019). Pengaruh pembelajaran anak- anak keluarga fakir miskin di sekolah -sekolah Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(2), 44-70.