The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiqf8593, 2023-05-24 07:42:59

Al yaqin la yuzal bi al syaq (stk)

Al yaqin la yuzal bi al syaq (stk)

AL YAQIN LA YUZAL BI AL SYAQ (اليقين ال يزال بالشك) “KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHAPUSKAN DENGAN KERAGUAN” DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD IQMAL FIRDAUS BIN MOHD ASRI (33DEI22F1053) MUHAMMAD AFIQ BIN FAIZAL NAZRI (33DEI22F1054) MUHAMMAD FAIZ UZAIR BIN ZULKIFLEE (33DEI22F1047) MUHAMMAD DANIAL HAQEEM BIN HAMDAN (33DEI22F1037) MUHAMMAD AMIR HAFIZ BIN MD SHA’EB (33DEI2F1055) PENSYARAH KURSUS : USTAZ MOHD FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH


MPU23052 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 2023 MUHAMAD IQMAL FIRDAUS BIN MOHD ASRI (33DEI22F1053) MUHAMMAD AFIQ BIN FAIZAL NAZRI (33DEI22F1054) MUHAMMAD FAIZ UZAIR BIN ZULKIFLEE (33DEI22F1047) MUHAMMAD DANIAL HAQEEM BIN HAMDAN (33DEI22F1037) MUHAMMAD AMIR HAFIZ BIN MD SHA’EB (33DEI22F1055) (اليقين ال يزال بالشك) “keyakinan tidak dapat dihapuskan dengan keraguan” APLIKASI PRINSIP AL YAQIN LA YUZAL BI AL SYAQ DALAM SOLAT MAY 2023


ISI KANDUNGAN 04 OBJEKTIF KAJIAN 05 PENDAHULUAN 06-12 SOLAT 13 KEPENTINGAN 14 KESIMPULAN 0 RUJUKAN


OBJEKTIF •Mengenal maksud Al Yaqin La Yuzal Bi Al Syaq •Memahami tarta tertib dalam solat •Menambah ilmu agama islam bagi kami mengenai solat yang dinyatakan dalam tajuk tugasan kami . •Mengukuhkan keyakinan dalam melaksanakan ibadah wajib


PENDAHULUAN MAKSUDYAKIN Dari sudut Bahasa : Al Jirjani – Pengetahuan yang tiada keraguan bersamanya Fairuz Abadi – Jauh dari keraguan Dari sudut Istilah : Jirjani – Beritiqad bahawa sesuatu itu dalam keadaan begini disamping itu ia juga beritiqad tidak mungkin selain dari diitiqad tadi , serta ia bersesuaian dengan keadaan dan tidak mungkin akan hilang. MAKSUD SYAK Dari sudut Bahasa : Jirjani – iaitu teragak-agak di antara dua perkara atau keadaan yang saling bertentangan tanpa adanya tarjih salah satu dari keduanya ketika syak tersebut Dari sudut Istilah : Imam Al Nawawi – Teragak-agak antara dua keadaan sama ada wujud atau tidak sesuatu perkara, sama ada kedua-duanya berada pada satu tahap atau satu yang lebih Al Yaqin La Yuzal Bi Al Syaq (keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan).Kaedah ini bermaksud keraguan yang timbul selepas keyakinan tidak boleh diambilkira bagi mengubah sesuatu perkara / urusan yang telah diasaskan atas dasar keyakinan.


SOLAT • Solat menurut bahasa ertinya doa. Manakala daripada segi istilah adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam berserta syarat-syarat yang ditetapkan.


HUKUM SOLAT • Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu dengan nama umum subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak


RUKUN SOLAT • Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbi, fi'li dan qauli. • Rukun solat tersebut adalah: • Niat • Berdiri tegak • Takbiratul Ihram • Membaca al-Fatihah • Rukuk • Iktidal • Sujud • Duduk antara dua sujud • Duduk tahiyat akhir • Membaca tahiyat akhir • Membaca selawat ke atas Rasulullah • Memberi salam • Tertib • Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat. • Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun


Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah — Riwayat Bukhari


KEPENTINGAN SOLAT • Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas daripada mengucap dua kalimah syahadah. • Amalan pertama yang akan dihitung di Hari Kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna. • Kewajipan solat merupakan perintah Allah S.W.T kepada hambaNya yang cukup syarat. Ia dapat memberi kesan positif dalam kehidupan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. • Mengerjakan solat dengan sempurna dapat memelihara diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud “sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (Surah alAnkabut ayat 45).


SYARAT SAH SOLAT • Syarat sah solat ialah syarat yang menentukan sama ada sah atau tidak solat itu. • Sah dalam erti kata mudah ialah apabila sesuatu ibadah itu dilakukan dengan dengan memenuhi rukun dan syarat yang membolehkannya menjadi suatu ibadah yang diterima oleh Allah. • Justeru, untuk menjadikan suatu ibadah itu diterima oleh Allah, selain memenuhi segala rukunnya, semua syarat sah juga perlu dipenuhi.


HIKMAH MENUNAIKAN SOLAT • 1. Menghampirkan diri kepadaAllah s.w.t • 2. Menguatkan keimanan dan ketaqwaan • 3. Mendidik diri supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t • 4. Mentaati perintahAllah s.w.t • 5. Menjauhkan diri daripada perkara keji dan mungkar • 6. Bersyukur kepadaAllah s.w.t • 7. Sebagai tanda pengabdian hamba denganAllah s.w.t • 8. Melapangkan fikiran • 9. Memberi kesihatan jasmani, kecerdasan akal dan meningkatkan kualiti rohani • 10. Mendapat pahala


KEPENTINGAN • Kaedah ini merupakan sandaran bagi kebanyakan hukum-hukum fiqah bahkan ia dapat diaplikasikan dalam kebanyakan bab– bab fiqh sama ada ibadat, muamalat, qadha, hukuman dan lain-lain lagi. Imam al-Nawawi berkata kaedah ini dapat diaplikasikan hampir kepada keseluruhan masalah kecuali dalam beberapa masalah sahaja. Bahkan Imam al-Suyuti telah menukilkan kepentingan kaedah ini dengan katanya


KESIMPULAN •Keadah al-Yaqin La Yuzalu Bi al-syak merupakan kaedah yang amat penting dalam kehidupan manusia. •Disamping mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. •Kaedah ini juga mempunyai hubungan yang rapat dalam kehidupan manusia.


RUJUKAN •Imam al-Nawawi •Al-Jirjani •Fairuz Abadi •Sahih Al-Bukhari •Laman web akuislam.com


Click to View FlipBook Version