The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

semua tentang cap jari dan tulang sulbi ada di sini

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ngiaugung, 2024-05-13 10:51:27

Keajaiban cap jari dan tulang sulbi

semua tentang cap jari dan tulang sulbi ada di sini

Tulang Sulbi & Cap Jari Manusia Telah dinyatakan di dalam ayat-ayat al-Quran Hal menarik berkaitan cap jari manusia? Keistimewaan tulang sulbi? Kunci kebangkitan semula? SAIN B S TEKNOLO I GI & O KEJURUTERAAN -NIK DALAM ISLAM MPU23052 RM 1 9.9 0


ISI KANDUNGAN PENGENALAN 4&5 (TULANG SULBI) DEFINISI FUNGSI 1 KELEBIHAN TULANG 6 SULBI KEISTIMEWAAN 7 TULANG SULBI KEAJAIBAN 8 TULANG SULBI PENGENALAN 9 (CAP JARI) AL-QURAN DAN 10 HADIS PENCIPTAAN CAP JARI 11 TANDA KEBESARAN ALLAH SWT DIHIDUPKAN DALAM 12 KEADAAN SEMPURNA JENIS CAP JARI 13 KESIMPULAN 15&16 APLIKASI CAP JARI 14 RUJUKAN & 17&18 NOTA TAMBAHAN


SIDANG REDAKSI Faiq Rahimie Bin Hamiza 2 05DPE23F1074 Mohammad Rezahafizudin bin Kasrumi @ Roslee 05DPE23F1018 Carl Eyoxi 05DPE23F1056 PENGARANG PEREKA GRAFIK PENYUNTING Shahmirul Akmal 05DPE23F1082 EDITOR


Pena Penasihat (e-majalah) Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. e-Majalah ini merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan folio bagi Kursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (MPU23052). Sorotan tugasan ini berkonsepkan penulisan kreatif mengenai (tuliskan tajuk perbincangan kumpulan anda). Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas (?), Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi II 2023/2024 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan sehingga terhasil emajalah ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang (ulaskan dgn ringkas berkaitan tajuk e-majalah anda). Semoga usaha murni ini menberi suntikan dalam diri masyarakat di Malaysia serta generasi akan datang. PUAN SHARIFAH KHUZAIMAH BT. WAN YUSUP PENSYARAH, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK 3


VOL. 01 Apa itu tulang sulbi? Dipanggil sebagai koksiks atau ‘coccyx’ (tulang ekor). Tulang sulbi merupakan segmen tulang belakang manusia yang paling hujung dan dianggap sebagai tulang rudimentari manusia. PENGENALAN TULANG SULBI 4 DITULIS OLEH : CARL EYOXI


PENGENALAN VOL. 01 TULANG SULBI Fungsi tulang sulbi Tulang sulbi adalah penampung berat badan dalam keadaan duduk serta menerima pelekatan beberapa otot dan ligamen. Ia merangkumi empat tulang vertebra koksigeal yang bercantum dan terletak di bawah sakrum. Bentuknya meruncing ke bawah seperti paruh dan merupakan tulang paling kecil berbanding tulang vertebra yang lain. Tulang manusia tidak akan mereput apabila ditanam. Tetapi ia akan hancur atau menjadi debu apabila dibakar. Tulang koksiks turut hancur menjadi debu seperti tulang lain. 5 DITULIS OLEH : CARL EYOXI


KELEBIHAN TULANG SULBI Kelebihan tulang sulbi - Tulang sulbi merupakan tulang yang terletak pada bahagian bawah ruas tulang belakang manusia. Tulang ini keberadaannya dianggap tidak memiliki fungsi penting bagi manusia. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajar mengenai fungsi dan keistimewaan tulang sulbi serta mengkajinya dalam perspektif alQuran dan Sains. 6 DITULIS OLEH : FAIQ RAHIMIE BIN HAMIZA


KEISTIMEWAAN TULANG SULBI Keistimewaan tulang sulbi - Telah dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis. Ada juga pembuktian secara sains moden saat ini. Beberapa keistimewaan tulang sulbi adalah memiliki peranan paling penting dalam proses penciptaan manusia. Ia juga merupakan satu-satunya bahagian tubuh manusia yang tidak akan mengalami kerosakan. Dilihat dari sisi anatomi manusia, ash-Shulbi wa at-Tarā’ib ini mencakup tulang belakang yang terdiri dari 7 tulang belakang leher, 12 tulang dada, 5 tulang lumbar, 5 tulang ekor dan 5 tulang pinggul. Adapun at-Tarā’ib bukan merupakan tulang rusuk dada sebagaimana diketahui umum, melainkan pengkhususan, 4 tulang rusuk dari bahagian kanan dan kiri dada yang mengikuti tulang selangka ditempat pemakaian kalung. Yang paling menarik, tulang sulbi mempunyai keistimewaan dan keajaiban yang telah disebutkan di dalam al-Quran dan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis, serta penelitian-penelitian yang telah dilakukan oleh para ilmuwan tentang fakta tersebut. 7 DITULIS OLEH : MOHAMMAD REZAHAFIZUDIN BIN KASRUMI@ROSLEE


KEAJAIBAN TULANG SULBI Tulang sulbi mempunyai keajaiban tentang kebenaran yang telah disebutkan dalam al-Quran: َبۡيِن الُّصۡلِب َوالَّتَرإِٓٮ ِؕب ٧ َّيۡخ ُرُج ِم ۢۡن Surah At-Tariq, Ayat 7 Tulang sulbi mempunyai keistimewaan dan keajaiban, yaitu tentang kebenaran tulang sulbi yang telah disebutkan dalam Al-Quran (yakhruju min bain ash-Sulbi wa at-Tharalb), Al-Quran Surat. Aththariq [86:7, dan hadits Nabi Muhammad SAW 1400 tahun silam, serta penelitian yang dilakukan oleh para ilmuwan tentang fakta tulang sulbi tersebut. Dilihat dari sisi anatomi tubuh manusia, ashShulbi wa at-Taraib (tulang punggung dan tulang dada) ini mencakup tulang belakang yang terdiri dari 7 tulang belakang leher, 12 tulang dada, 5 tulang lumbar, 5 tulang ekor, dan 5 tulang pinggul. As-Solb (tulang sulbi) dimula dari pundak. Tulang sulbi adalah: tulang belakang dada + tulang lumbar + pangkal punggung setara: 12+5+5= 22 tulang belakang. Adapun at-Tara'ib bukan merupakan tulang rusuk dada sebagaimana diketahul pada umumnya, melainkan pengkhususan, 4 tulang rusuk dari bagian kanan dada, 4 tulang rusuk dari bagian kiri dada yang mengikuti tulang selangka ditempat pemakaian kalung. Kemudian yang paling menarik adalah, tulang sulbi mempunyai keistimewaan dan keajaiban, yaitu tentang kebenaran tulang sulbi yang telah disebutkan dalam Al-Quran can yang teiah disabdakan Nabi: Muhammad SAW di dalam hadits, serta penelitian-penelitian yang telah dilakukan oleh para limuwan tentang fakta tulang sulbi tersebut. 8 DITULIS OLEH : FAIQ RAHIMIE BIN HAMIZA


Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah pastibenar bagi mengenal pasti individu secara unik. Namun, kaedah ini lebih kepada seni berbanding sains. Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri-ciri cap jari ini ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan cap jari tersebut tidak akan berubah. 9 CAP JARI Manusia Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana-mana permukaan rata oleh kulit yang timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai “rabung dermis” atau “papila dermis”. Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit timbul tangan atau mungkin dibuat oleh dakwat ataupun bahan cemar lain yang terkena jari lalu ditinggalkan pada permukaan yang rata. DITULIS OLEH : SHAMIRUL AKMAL


Ayat ini diturunkan oleh Allah SWT tatkala baginda Rasulullah SAW didatangi oleh orang kafir yang mempersoalkan bahawa tidak mungkin Allah SWT mampu menghidupkan semula orang yang mati lantaran mayat mereka yang hancur lebur. Bagi mereka, tidak mungkin Allah SWT dapat mengenali dan mencantum kembali anggota orang yang telah mati mengikut tuan punya anggota masing-masing. Lalu Allah SWT menjawab bahawa Dia berkuasa menghidupkan mereka semua dan mampu menyususn kembali jari mereka dengan sempurna (yakni dapat mengumpul semula anggota badan mereka mengikut tuan punya anggota masing-masing) Istilah yang perlu ditekankan ialah jari-jemari mereka. Persoalannya ialah mengapa Allah SWT tidak menggunakan anggota yang lain seperti muka, kepala, kaki dan lain-lain? Apakah keistimewaan jari sehingga Allah SWT mengambilnya sebagai perbandingan? Semua ini berkait rapat dengan pengenalan atau identiti manusia yang tidak sama sejak Nabi Adam A.S sehinggalah umat akhir zaman. 10 AL-QURAN &Hadis ِدِرۡيَن َعىٰٓل . َبىٰل ٰق َيۡحَسُب ا ِاۡل ۡنَساُن َاَّلۡن َّنۡجَمَع ِعَظاَمؕٗه َا َاۡن ُّنَسِّوَى َبَناَنٗه SURAH AL-QIYAMAH, AYAT 3-4 Apakah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? (Bahkan) Kami mampu menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. 10 DITULIS OLEH : CARL EYOXI


Penciptaan Cap Jari Tanda Kebesaran Allah SWT SEGALA KEJADIAN TERMASUK HIDUP DAN MATI AMAT MUDAH DILAKUKAN OLEH ALLAH SWT ! Bermula dari zaman Nabi Adam A.S, amat sulit untuk kita bayangkan betapa banyaknya cap jari khas yang telah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Dengan kekuasaan Allah SWT, penciptaan cap jari yang berlainan rupa ini akan terus bertambah seiring dengan penambahan populasi manusia sehinggalah hari kiamat. Dengan perbezaan yang dimiliki, setiap individu menerima satu bentuk identiti yang eksklusif buat pemiliknya. Selain itu, cap jari terkenal dengan penggunaannya untuk pengecaman identiti di seluruh dunia. Yang lebih istimewa, cap jari tidak tertanggal mahupun hilang kerana ia melekar pada permukaan jari kita selama-lamanya. Pada saat Allah SWT menurunkan wahyu yang menerangkan tentang kebangkitan manusia setelah kiamat, ramai orang kafir pada waktu itu meragui dan mempersoalkan kekuasaan Allah SWT. Pada pendapat mereka, tidak mungkin ada orang yang telah mati dapat dihidupkan kembali setelah hancur segala jasadnya. Maka, Allah SWT menghadirkan jawapan melalui ayat itu untuk menepis persoalan dan keraguan orang kafir. Berdasarkan ayat di atas, ternyata Allah SWT Maha Berkuasa keatas segala sesuatu dan mampu menghidupkan kembali manusia lengkap dengan jari-jemarinya sekali. 11 DITULIS OLEH : MOHAMMAD REZAHAFIZUDIN BIN KASRUMI@ROSLEE


DIHIDUPKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA Sekiranya semua ciptaan Allah SWT adalah sama, maka tiada sebarang variasi yang dapat dilihat. Dengan itu, manusia pasti tidak dapat membezakan sesebuah penciptaan tersebut. Namun, Allah SWT Maha Bijaksana dalam mencipta sesuatu. Dia menghadirkan ciptaan hebat yang pelbagai dan memberikannya keistimewaan masing-masing yang tidak ada pada makhluk lain selain manusia. Yang pasti, Allah SWT Maha Berkuasa untuk mencipta, mematikan dan menghidupkan segala makhluk kembali sebagaimana dikehendaki-Nya. Apabila tiba waktunya, Allah SWT akan menghidupkan orang yang telah mati dan menyusun semula tulang yang ada pada setiap tubuh manusia dengan sempurna. Firman Allah SWT: ِذۡى ُيۡحٖى َّل ۡيِه ُتۡحَش ُرۡوَن. َوُهَو ا َل ُكۡم ِفى ا َاۡلۡرِض َوِا ِذۡى َذَرَا َّل َوُهَو ا ۡوَن َا َفاَل َتۡعِقُل ۡيِل َوالَّنَهاؕ​ِر َّل ـُه اۡخِتاَلُف ا َوُيِمۡيُت َوَل Surah al-Mukminun, Ayat 79-80 “Dan Dialah yang menciptakan dan mengembangbiakkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dikumpulkankan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pergantian malam dan siang. Tidakkah kamu mengerti?” 12 DITULIS OLEH : SHAMIRUL AKMAL


JENIS CAP JARI Pernahkah anda mengalami di mana anda diminta menurunkan cap jari kanan atau kiri pada helaian borang- borang tertentu ketika anda berurusan di kaunter-kaunter pejabat pos, bank-bank, pejabat imigresen atau di pejabat-pejabat tertentu? Walaupun kita sudah menandatangani borang-borang tersebut, mereka masih memerlukan cap jari kita lebih-lebih lagi untuk urusan yang berkaitan dengan 'wang' dan urusan-urusan yang berkaitan dengan pengesahan yang lebih mendalam. Ini adalah kerana cap jari seseorang individu adalah 'unik'. Setiap manusia memiliki cap jari yang tersendiri iaitu tidak sama dengan mana-mana individu yang lain walaupun kembar siam. Dalam erti kata lain, tandatangan masih boleh ditiru, tetapi cap jari tidak akan boleh ditiru. Istilah cap jari merujuk kepada corak permukaan kulit pada jari. la turut merangkumi corak pada tapak tangan. Corak cap jari terbentuk dari rabung dan lekuk pada permukaan kulit. Berikut adalah jenis-jenis corak cap jari. Pada amnya, la terbahagi kepada 3 jenis utama iaitu gerbang (arches), membulat (loop) dan pusaran (whorl) Jenis cap jari yang mempunyai bentuk gerbang (arch) dikenalpasti melalui corak laluan rabung yang bermula dari satu tempat dan berakhir di satu tempat lain pada permukaan jari. Bentuk cap jari ini dikategorikan kepada dua jenis aitu gerbang biasa dan gerbang khemah. Bentuk cap jari membulat (loop) boleh dilihat melalui corak rabung yang bermula dari satu tempat dan berakhir di tempat yang sama pada permukaan jari manakala bentuk pusaran (whorl) pula adalah bentuk cap jari yang terjadi apabila corak rabung membentuk jaluran yang bertemu di bahagian tengah jari. Disebabkan keunikannya, cap jari juga digunakan sebagai salah satu cara bagi ahli forensik sebagai bahan bukti bagi mengesan penjenayah. Corak permukaan cap jari terbentuk sebelum kelahiran dan akan kekal hingga seseorang itu mati dan mereput. Keunikan ini membolehkan cap jari digunakan sebagai kaedah pengecaman yang berkesan DITULIS OLEH : MOHAMMAD REZAHAFIZUDIN BIN KASRUMI@ROSLEE 13


A P L I K A SI C A P J A R I KESELEMATAN BIOMETRIK Pengecaman cap jari biasanya digunakan dalam sistem keselamatan biometrik untuk kawalan akses bagi menjamin lokasi, peranti elektronik (seperti telefon pintar dan komputer riba) FORENSIK SAINS Cap jari adalah unik untuk setiap individu, menjadikannya tidak ternilai dalam penyiasatan jenayah. Mereka sering digunakan untuk mengenal pasti suspek atau menghubungkan individu dengan tempat kejadian jenayah. Pakar forensik boleh menganalisis cap jari yang ditemui di tempat kejadian dan memadankannya dengan individu yang dikenali dalam pangkalan data. PERKHIDMATAN KEWANGAN Pengesahan cap jari semakin digunakan dalam perkhidmatan kewangan untuk akses selamat kepada akaun bank, transaksi kad kredit dan platform perbankan dalam talian. Ia menambah lapisan keselamatan tambahan melebihi kata laluan atau PIN tradisional 14 DITULIS OLEH : FAIQ RAHIMIE BIN HAMIZA


Tulang sulbi ini terletak pada bahagian terbawah dari tulang belakang. Oleh sebab itu ia juga dikenali sebagai tulang ekor.Tulang sulbi adalah tulang yang pertama sekali bagi manusia yang diciptakan diciptakan oleh Allah ketika proses penciptaan datuk moyang manusia yang sulung iaitu nabi Adam a.s.semua makhluk akan dimatikan termasuklah malaikat dan ketikan itu hanya Allah sahajalah yang maha hidup. Sewaktu hari kebangkitan nanti, Allah akan membangunkan semua manusia dari nabi Adam sehinggalah manusia terakhir yang lahir sebelum kiamat dengan dari asalnya melalui tulang sulbi masing-masing. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah dan termasuk dalam salah satu benda yang tidak akan musnah dengan izin Allah. TULANGSULBI CAPJARI KESIMPULAN DITULIS OLEH : CARL EYOXI 15


CAP JARI "Bermula dari zaman Nabi Adam as, kita tidak dapat bayangkan betapa banyaknya cap jari khas yang telah dicipta dan disusun oleh Allah swt. Dengan kekuasaan Allah swt, penciptaan cap jari yang berlainan rupa ini akan terus bertambah, iaitu manusia akan terus dilahirkan dengan cap jari berbeza hingga ke hari kiamat. Jelaslah, ini merupakan salah satu keunikan yang memperlihatkan kekuasaan Allah swt yang tidak mempunyai sebarang batasan." KESIMPULAN DITULIS OLEH : CARL EYOXI 16


Rujukan Instagram, @rezahafizudin MOHAMMAD REZAHAFIZUDIN VISIT OUR INSTAGRAM PROFILE FAIQ RAHIMIE Instagram, @faiqrahimie 17 CAP JARI http://alongwa waerna.blogsp ot.com/2012/0 6/cap-jarimanusia.html https://www.ber itaharian.sg/hid ayah/penciptaa n-cap-jaritandakebesaranallah http://ms.m.wi kipedia.org/wik i/Cap_jari11 TULANG SULBI https://utusantv .com/2021/05/0 6/tulang-sulbikunci-manusiadibangkitkansemula/#googl e_vignette https://www. muftiwp.gov. my/ms/artikel/ irsyad-al- hadith/1435- irsyad-al- hadith-siri-ke- 145-hadithtentangtulang-sulbi https://mtwt.ed u.my/2021/06/ 10/rahsiasertakeajaibantulang-sulbi/ Al-Quran Al-Quran


Info Tambahan Instagram, @rezahafizudin MOHAMMAD REZAHAFIZUDIN VISIT OUR INSTAGRAM PROFILE FAIQ RAHIMIE Instagram, @faiqrahimie 18 CAP JARI TULANG SULBI https://vt.tiktok. com/ZSFTPUJ So/ https://vt.tiktok. com/ZSFTPrN3 1/


LETS PLAY A GAME! 19


BIO-NIK MAJALAH VOLUME 1 RM 19.90


Click to View FlipBook Version