PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK ST. THERESA INOBONG
PETI SURAT 739,
89507 PENAMPANG. SABAH
TEL/FAX : 088716002
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2020/2022 SK ST.
THERESA INOBONG, PENAMPANG.
TARIKH : 18 JUN 2021 (JUMAAT)
MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING (SECARA ATAS TALIAN)
KEHADIRAN:-
( Rujuk senarai kehadiran guru dan ibu bapa di lampiran A)
AGENDA:-
1.0 Ucapan Penasihat ( En. Martin Sibit, Guru Besar SK St. Theresa
Inobong )
1.1 En. Martin Sibit selaku penasihat mengucapkan selamat datang
kepada pegawai PPD yang akan menyaksikan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK St. Theresa Inobong, En. Adrian Roy Siponong (YDP PIBG
2019/2020), para penolong kanan, para guru dan para ibu bapa.
1.2 Beliau menyatakan disebabkan keadaan semasa yang tidak
mengizinkan, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020/2022 dilaksanakan
secara maya menggunakan Google Meet dan berharap dapat mencapai
keputusan yang terbaik.
1.3 Beliau juga menyatakan terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan
pada tahun 2020 disebabkan wabak pandemik Covid19 yang melanda negara
Malaysia. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG yang
sentiasa aktif dalam melaksanakan tugas.
1.4 Beliau memaklumkan pembangunan sekolah melalui Lembaga
Pengelola Sekolah (BOG) tertunda kerana mematuhi SOP yang ditetapkan
oleh pihak kerajaan.
1.5 Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa, para pentadbir dan guru-
guru sentiasa memastikan PdPR yang berkualiti dijalankan supaya anak-anak
murid SK St. Theresa tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Beliau berharap
ibu bapa dapat bekerjasama dalam membimbing anak-anak sewaktu sesi
PdPR. Beliau juga menyatakan terdapat murid dari sekolah lain yang
membentangkan amalan terbaik di peringkat JPN Sabah. Beliau juga
menyatakan semoga kerajaan dapat memberikan gajet kepada murid yang
berkemampuan supaya murid dapat belajar dalam keadaan selesa.
1.6 Guru Besar memaklumkan, pada masa ini KPM menetapkan kapasiti
20% anggota hadir ke sekolah. Oleh itu, hanya 4 orang sahaja yang boleh
berada di sekolah. Peperiksaan Pertengahan Tahun tertunda buat sementara
waktu dan pihak sekolah menunggu arahan daripada JPN Sabah dari semasa
ke semasa.
1.7 Guru Besar juga menyatakan kepada ibu bapa, sepanjang sesi
2019/2020, AJK PIBG yang diketuai oleh En. Adrian Roy Siponong telah
melaksanakan tugas dengan cemerlang tanpa ada masalah yang berlaku.
Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana
meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi
2020/2022 secara maya pada malam ini.
2.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG ( En. Adrian Roy Siponong )
2.1 En. Adrian mengucapkan terima kasih kepada para pentadbir, para
guru dan para ibu bapa kerana hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi
2020/2022 yang diadakan secara maya ini. Beliau menyatakan ini kali
pertama beliau bermesyuarat Agung PIBG secara alam maya.
2.2 En. Adrian juga merasakan sedikit kesal kerana dapat mengadakan
beberapa aktiviti sahaja sepanjang sesi 2019/2020 kerana keadaan semasa
yang tidak mengizinkan. Hal ini kerana, pihak PIBG telah merancang pelbagai
program untuk anak-anak SK St. Theresa Inobong tetapi tidak dapat
dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.
2.3 Beliau memaklumkan pada tahun 2019, program Gerakan Massa
( Hari Guru dan Kaamatan Raya ) telah dikelolakan sepenuhnya oleh AJK
PIBG dari kalangan ibu bapa. Pada tahun 2020, program tersebut tidak dapat
dijalankan kerana wabak pandemik Covid 19 yang melanda negara Malaysia
dan pihak sekolah sentiasa tertakhluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh
kerajaan.
2.4 Beliau berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan sesi 2020/2022 kali
ini dapat berjalan dengan lancar dan telah mencapai kehadiran lebih daripada
70 orang.
2.5 Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baharu
dan selamat bertugas di SK St. Theresa Inobong. Beliau juga mengucapkan
selamat maju jaya kepada guru-guru yang telah berpindah ke sekolah lain.
2.6 En. Adrian mengakhiri ucapan dengan mengucapkan terima kasih
sekali lagi kepada para pentadbir dan guru-guru untuk teruskan usaha
bekerjasama dengan ibu bapa.
3.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung 2019 Yang
Lalu
3.1 En. Adrian Roy Siponong ( Yang Di Pertua PIBG) membentangkan
Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun 2019.
2
3.2 Pencadang : En. Nicholas Duanis
Penyokong : Pn. Josephine Regip
4.0 Membentang Laporan Setiausaha PIBG Sesi 2019/2020
4.1 Pn. Nurshuhana Safruddin membentangkan Laporan Setiausaha PIBG
bagi sesi 2019/2020 .
4.2 Pencadang : Pn. Graccey Jabberi
Penyokong : Pn. Cora Adelyn
5.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan
5.1 En. Martin Sibit memaklumkan bahawa bendahari PIBG ialah En.
Franky Collin Kulam dan telah berpindah ke SK Buayan.
5.2 En. Adrian selaku Yang Di Pertua PIBG akan bertanggungjawab
menjadi wakil untuk membentangkan penyata kewangan PIBG sepanjang
sesi 2019/2020.
5.3 Pencadang : Pn. Gracey Jabberi
Penyokong : Pn. Barbarawati David
6.0 Pembubaran/ Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2020/2022
6.1 En. Adrian Roy Siponong selaku Yang Di Pertua PIBG bagi sesi
2019/2020 membubarkan Jawatankuasa PIBG 2019/2020 pada 22.05 pm.
6.2 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2020/2022
Pengerusi Sementara : Pn. Florencia Winnie Balagut ( PK 1 SK St.
Theresa Inobong)
6.2.1 Pengerusi sementara menerangkan cara-cara pengundian dijalankan
seperti yang telah disediakan oleh Biro SPR sekolah.
6.2.2 Beliau memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa guru kelas
telah memberi borang melalui Google Form mengenai undian dan cadangan
sama ada pilihan mengekalkan jawatankuasa PIBG sedia ada atau
mencadangkan pembubaran. Beliau juga memberi masa 5-10 minit kepada
ibu bapa untuk membuat pengundian tersebut.
6.2.3 Keputusan pengundian tersebut ialah sebanyak 94.4% mencadang
untuk mengekalkan Jawatankuasa Tertinggi PIBG 2019/2020 dan 5.6%
mencadangkan Jawatankuasa Tertinggi PIBG yang baru. Dengan itu, melalui
keputusan tersebut, mesyuarat sebulat suara mengekalkan Jawatankuasa
Tertinggi PIBG sesi 2019/2020 ke sesi 2020/2022.
3
6.2.4 En. Martin Sibit, guru besar SK ST. Theresa Inobong mencadangkan
Pn. Audrey Melissa Masudal untuk mengisi kekosongan bagi jawatan
bendahari. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut.
6.2.5 Keputusan rasmi AJK Tertinggi PIBG sesi 2020/2022 adalah seperti
berikut :-
Penasihat : En. Martin Sibit
YDP PIBG : En. Adrian Roy Siponong
Naib YDP PIBG : Pn. Barbarawati David
Setiausaha : Pn. Nurshuhana binti Safruddin
Naib Setiausaha : Pn. Liza Michael Kubot
Bendahari : Pn. Audrey Melissa Masudal
6.3 Ucapan Yang Di Pertua PIBG Sesi 2020/2022 ( En. Adrian Roy
Siponong )
6.3.1 En. Adrian mengucapkan terima kasih kepada pengerusi sementara
kerana mengendalikan pengundian pemilihan jawatankuasa PIBG dengan
lancar.
6.3.2 En. Adrian juga menyatakan memerlukan tenaga kerja orang lelaki. Hal
ini kerana AJK PIBG sebelum ini ramai perempuan daripada lelaki. Beliau
juga memaklumkan kepada ibu bapa yang ingin menabur jasa dan bakti,
boleh menghubungi beliau untuk menjadi AJK PIBG sesi 2020/2022.
6.3.3 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana
keputusan UPSR SK St. Theresa hampir 100% pada tahun 2019. Beliau
berbangga kerana visi dan misi PIBG merangkumi 4 bidang iatu pendidikan,
sukan, sosial dan rekreasi dapat dicapai. Beliau juga berharap agar wabak
pandemik Covid 19 akan hilang dan dapat bersua muka seperti sebelum ini.
7.0 Pemilihan Juru Audit Dalaman
7.1 Pn. Mary Elizabeth Popong mencadangkan En. Marcelinus Patrick
sebagai juru audit kewangan bagi sesi 2020/2022 dan disokong oleh Pn.
Laminah Maradan. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan keputusan
tersebut.
7.2 Juru Audit Dalaman : Pn. Francisca Gidju
Juru Audit Kewangan : En. Marcelinus Patrick
7.3 En. Adrian selaku Yang Di Pertua PIBG, ingin memohon mandat untuk
melantik ibu bapa di bahagian AJK PIBG ibu bapa bagi sesi 2020/2022.
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dan memperkenankan mandat tersebut.
7.4 En. Martin Sibit juga memaklumkan bahawa AJK PIBG dari bahagian
guru ialah terdiri daripada 3 orang penolong kanan ( PK 1, PK HEM, PK
KOKUM ), En. Justin Antiu dan Pn. Fera Erna Bonis.
4
7.5 Keputusan rasmi AJK PIBG sesi 2020/2022 adalah seperti berikut :-
AJK Guru Lantikan AJK Ibu Bapa Lantikan
Pn. Florencia Guru Besar Pn. Josephine YDP PIBG
Winnie Balagut Guru Besar Michael Regip YDP PIBG
Pn. Sanditah N. Guru Besar Pn. Gracey YDP PIBG
Boyon Guru Besar Jabberi YDP PIBG
Pn. Angeline Guru Besar En. Matius YDP PIBG
Peter Masabal
En. Justin Antiu Pn. Amishah
Hassan
Pn. Fera Erna D Hardi bin
Bonis Ukong
8.0 Membahaskan Usul
8.1 En. Adrian Roy Siponong membacakan usul untuk dibahas ( Rujuk
Lampiran B )
9.0 Hal-hal Lain
9.1 En. Justin Antiu mencadangkan penetapan tarikh untuk mesyuarat AJK
Tertinggi dalaman supaya dapat menyediakan kertas kerja program dan
merancang takwim PIBG. Beliau juga mencadangkan setiap pengeluaran
wang, dibentangkan di dalam mesyuarat dalam AJK Tertinggi sebelum
pengeluaran wang tersebut diluluskan.
9.2 En. Martin Sibit respon mengenai perkara tersebut dengan
menyatakan setiap pengeluaran wang dilakukan berlandaskan tatacara
sebenar dan dikeluarkan atas persetujuan bersama.
9.3 En. Adrian menyatakan akan memaklumkan tarikh mesyuarat dalaman
AJK Tertinggi PIBG lebih awal supaya AJK PIBG dapat menyediakan kertas
kerja dan menyediakan takwim.
10.0 Ucapan Penutup
10.1 En. Martin Sibit mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG yang dilantik. Beliau berharap agar sama-sama dapat
berganding bahu dan melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan. Beliau
menyatakan perasaan teruja bekerjasama dengan ibu bapa seterusnya
melihat kemajuan dan kecemerlangan murid serta pembangunan sebelum
beliau meninggalkan sekolah sama ada berpindah atau berpencen. Beliau
juga berpesan kepada semua ahli mesyuarat supaya jaga diri dan kesihatan
serta mendaftar di My Sejahtera untuk mendapatkan vaksin.
5
10.2 En. Adrian Siponong mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir ke Mesyuarat Tahunan PIBG sesi 2020/2022 pada
malam ini.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sesi 2020/2022 ditangguhkan pada jam
11.00 malam.
Dicadang Oleh :______________________
Disokong Oleh :______________________
Disediakan Oleh :
_______________
( NURSHUHANA SAFRUDDIN )
Setiausaha PIBG,
SK St. Theresa Inobong,
Penampang.
Disahkan Oleh :
_______________
( ADRIAN ROY SIPONONG )
Yang Di Pertua PIBG,
SK St. Theresa Inobong,
Penampang.
6
1 MARIANNA JAMES PODOSIAN 42 TEDDY SIUS @ LAWRENCIUS
2 SYMPHOROSA SIPANGKUI 43 INNIE KUIMING
3 DIANA DELANY 44 JOSEPHINE GUMPIL
4 SYLVIA MOSES 45 JUSTIN BIN ANTIU
5 MOHD YUSRI BIN AWANG 46
YUSOFF LILLIAN L TOKUYUK
6 MARDIANA BINTI JOHAN 47 ROZALI JAPLY
7 JOSEPHINE MICHAEL REGIP 48 RB JAIDUL
8 AUDREY H BEATTY 49 EVELINE ARNADUS
9 OLGA TIFFANNEY WALTER 50 DORIE DIANA
10 LIZA MICHAEL 51 LEWIS KUSOP
11 RUFINA JOTIN 52 JULIA ANDREW
12 FLORENCIA BALAGUT @WINNIE 53 NORVENAH MAILIS
13 DORIS INANG 54 CASSY CHRISTOPHOR
14 JULITA GONGUL 55 MATHILDA BERNARD
15 FERA ERNA BONIS 56 JESSICA GISIAON
16 MARTIN SIBIT 57 PHILIP PATRICK JAYASURIYA
17 SOINIM 58 JOHNNY NIUN
18 NICHOLAS DUANIS 59 SARAH KEKAYEN
19 FRANCISCA GIDJU 60 EVELINA GOH
20 ANGELINE PETER 61 ANGELINE JIKIWIN
21 PATRICIA ANN 62 ANJELICA JIKIWIN
22 BARBARA OKIN 63 WILENIA STELLA MARIS
23 HECTOR ADESINE 64 STEPHANIE IVY PETER
24 MARY ELIZABETH POPONG 65 FREDDY STEPHEN
25 MARY YAKUN 66 ALOYSIA ROBERT
26 GRACEY JABBERI 67 NICHALINA DAREUS
27 ERRA JACIKA BINTI MASKUN 68 DIANA DOLORES
28 NEVOLYN MARCUS 69 KRISCIA TUNSING
29 70 NURSHUHANA BINTI
DANIEL F PEPIN SAFRUDDIN
30 PEDILINA RAIMIN
31 FARADEWI FLADY @ FARAH
32 CORA JAIME EDWARD
33 BARBARAWATI DAVID
34 MARCILINUS PATRICK
35 KEITH BIN EDMUND
36 ADRIAN ROY SIPONONG
37 ROZALI JAPLY
38 MATIUS MASABAL
39 FLORINA CORNELIUS WILLIAM
40 AUDREY MASUDAL
41 NICHOLSON SAMUEL
7
LAMPIRAN C
DOKUMENTASI BERGAMBAR
8