The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-14 22:13:05

Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 5 KSSM

Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 5 KSSM

Keywords: Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 5 KSSM,Modul A+1 Ekonomi Tingkatan 5,Modul A+1,Ekonomi Tingkatan 5 KSSM,Ekonomi Tingkatan 5,Ekonomi,Tingkatan 5 KSSM,Tingkatan 5,KSSM

Tingkatan 5 Ekonomi Zalina binti Shamsuddin Pan Asia Publications Sdn. Bhd. 199101016590 (226902-X) No. 2-16, Jalan SU 8, Taman Perindustrian Subang Utama, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-5614 4168 Faks: +603-5614 4268 E-mel: [email protected] Laman web: www.panasiapub.com © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada penerbit. Cetakan Pertama 2022 MODUL A+1 EKONOMI Tingkatan 5 ISBN 978-967-466-622-4 Dicetak oleh C. T. Book Makers Sdn. Bhd. (416129-H) • Rancangan Pengajaran Tahunan Bonus Guru


ii BAB 1 Ekonomi dan Kerajaan 1.1 Peranan Kerajaan dan Ekonomi......................................................................................................................... 1 A Peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan 2 B Peranan kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi negara 4 C Peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif 6 D Matlamat kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat dan meningkatkan kemakmuran negara 9 1.2 Penunjuk Ekonomi........................................................................................................................................... 10 A Indeks harga pengguna (IHP) 11 B Inflasi dan kesan inflasi 12 C Pengangguran 17 D Jenis Pengangguran 19 E Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 21 F Pertumbuhan ekonomi Malaysia 22 1.3 Alat Dasar Ekonomi......................................................................................................................................... 26 A Dasar fiskal 27 B Hasil kerajaan 29 C Kesan cukai progresif, regresif dan kadar malar atas agihan pendapatan 32 D Perbelanjaan kerajaan 32 E Belanjawan negara 33 F Dasar kewangan 34 G Kesan kadar faedah sebagai alat dasar kewangan dalam ekonomi 36 H Kesan alat dasar ekonomi atas objektif makroekonomi negara 37 Soalan Berformat SPM ............................................................................................................................................. 38 BAB 2 Malaysia dan Ekonomi Global 2.1 Globalisasi.........................................................................................................................................................45 A Globalisasi 46 B Syarikat multinasional 47 C Faktor penggalak globalisasi 48 D Pelaburan langsung asing 50 2.2 Perdagangan Antarabangsa .............................................................................................................................. 53 A Perdagangan antarabangsa 54 B Kepentingan perdagangan antarabangsa 55 C Sekatan perdagangan antarabangsa 57 D Kesan tarif, subsidi dan kuota terhadap perdagangan antarabangsa 59 E Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antarabangsa dan liberalisasi perdagangan 61 F Blok ekonomi dan perjanjian perdagangan 61 G Kesan blok ekonomi dan perjanjian perdagangan 62 2.3 Imbangan Pembayaran ..................................................................................................................................... 64 A Komposisi dagangan dan arah aliran perdagangan Malaysia 65 B Imbangan pembayaran 68 C Akaun semasa dalam imbangan pembayaran 69 D Defisit dan lebihan akaun semasa 70 E Sebab dan implikasi lebihan dan defisit akaun semasa 71 2.4 Kadar Pertukaran Asing ................................................................................................................................... 72 A Pertukaran asing 73 B Pengiran kadar pertukaran asing 74 C Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran mata wang asing 75 D Kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport dan import 76 Soalan Berformat SPM ..............................................................................................................................................78 Kertas Penilaian Tingkatan 5 .................................................................................................................................86 Kertas Model SPM...................................................................................................................................................97 Jawapan .................................................................................................................................................................... J1 Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD........................................................................................... MG1-MG24 Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) Kand 4th.indd 2 10/12/2021 11:02:16 PM


1 BAB 1 1. Kerajaan merupakan satu unit ekonomi yang melaksanakan kegiatan ekonomi dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan 1. Kerajaan berperanan sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial dalam ekonomi yang tidak disediakan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan. 2. Masyarakat boleh menggunakan barangan awam tanpa dikenakan bayaran. Namun begitu penawaran barang awam ini adalah terhad. 3. Barang sosial memerlukan perbelanjaan dan tindakan untuk mengeluarkannya. 4. Monopoli semula jadi pula merupakan monopoli kerajaan, iaitu pengeluaran barangbarang atau perkhidmatan hanya dikeluarkan oleh firma berkaitan dengan kerajaan. 5. Ciri-ciri monopoli semula jadi: (a) Hanya sebuah firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut. (b) Keluaran tiada pengganti. (c) Hanya kerajaan yang menentukan harga pasaran. (d) Tiada kebebasan firma lain untuk keluar atau masuk dalam pasaran. 6. Peranan kerajaan sebagai majikan ialah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia. 7. Kerajaan juga menyediakan pelbagai faedah sampingan kepada kakitangan awam seperti: (a) Elaun perumahan dan sara hidup (COLA). (b) Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan. (c) Imbuhan tetap khidmat awam. (d) Pencen selepas bersara. (e) Cuti tahunan mengikut kelayakan. (f) Cuti bersalin. Peranan Kerajaan untuk Mencapai Objektif Makroekonomi Negara 1. Matlamat kerajaan dalam makroekonomi ialah memaksimumkan kebajikan masyarakat. 2. Antara objektifnya ialah: (a) Guna tenaga penuh. (b) Kestabilan harga. (c) Pertumbuhan ekonomi. (d) Kestabilan imbangan pembayaran. 3. Guna tenaga penuh merujuk kepada kadar pengangguran di sesebuah negara berada pada paras yang rendah. 4. Guna tenaga yang tinggi pula menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang baik. 5. Ketidakstabilan harga boleh menjejaskan taraf hidup masyarakat. 6. Kestabilan harga menjamin kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup rakyat. 7. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi mendorong perkembangan aktiviti ekonomi dan mencipta banyak peluang pekerjaan. 8. Imbangan pembayaran yang baik pula akan meningkatkan rizab pertukaran mata wang asing dalam bank pusat. Peranan Kerajaan dalam Mengawal Selia Pengeluar dan Eksternaliti Negatif 1. Eksternaliti negatif merujuk kepada kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat. 2. Peranan kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif ialah: (a) Menetapkan undang-undang dan peraturan. (b) Memberi subsidi kepada pengeluar. (c) Mengenakan cukai. 3. Matlamat kerajaan dalam ekonomi adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat dan meningkatkan kemakmuran negara. Ekonomi dan Kerajaan BAB 1 Nota 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi Buku Teks m.s. 2-21 Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 1 10/12/2021 11:06:18 PM


2 BAB 1 A Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. TP 1 (a) Kerajaan merupakan suatu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. (b) Kerajaan membekalkan barang awam dan barang sosial bagi menjaga kebajikan masyarakat. (c) Kedua-dua barang ini tidak disediakan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan. (d) Kebajikan masyarakat akan terjejas sekiranya barang ini tidak disediakan. 2. Lengkapkan rajah di bawah bagi membuat perbandingan antara kedua-dua jenis barang. TP 2 3. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah BETUL atau SALAH. TP 2 Pernyataan Jawapan (a) Semua individu tidak dihalang daripada menggunakan barang awam. Betul (b) Padang awam merupakan contoh barang sosial yang disediakan oleh kerajaan. Salah (c) Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) merupakan pembekal utama negara bagi kemudahan awam dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Betul (d) Pihak swasta membekalkan perkhidmatan seperti hospital swasta bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Salah (e) Loji rawatan air merupakan salah satu daripada barang awam terawat yang disediakan oleh kerajaan. Salah (f) Individu hanya dikenakan bayaran yang kecil sahaja jika menggunakan barang awam. Betul (g) Penawaran bagi barang sosial terhad kerana melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar. Betul Sesetengah barang awam tidak dikenakan bayaran . Contoh: sekolah kerajaan . Dikeluarkan oleh kerajaan . Bertujuan menjaga kesejahteraan rakyat. Dikenakan bayaran berdasarkan penggunaan . Contoh: loji rawatan air . Barang awam Barang sosial Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 2 10/12/2021 11:06:18 PM


3 BAB 1 4. Mengapakah pihak swasta tidak mengeluarkan barang awam dan barang sosial? TP 3 – Kerana barang awam dan sosial ini tidak menguntungkan. – Memerlukan kos modal yang tinggi. – Hanya mampu dibiayai oleh kerajaan melalui kutipan cukai. 5. Sebagai pengeluar tunggal, bagaimanakah kerajaan mengawal harga barang awam? TP 2 – Bertindak sebagai monopoli semula jadi. – Pengeluaran barang awam dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan. 6. Lengkapkan rajah di bawah berkaitan ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi kerajaan. TP 2 7. Bagaimanakah kerajaan mengawal kebebasan keluar masuk firma dalam sesuatu industri? TP 3 KBAT Menganalisis – Perlindungan undang-undang. – Pemilikan faktor pengeluaran tertentu. – Keperluan kos modal yang tinggi. 8. Apakah tujuan kerajaan bertindak sebagai monopoli semula jadi? TP 2 – Untuk menyediakan kemudahan dan keperluan rakyat. – Untuk menjamin kebajikan rakyat. 9. Isi ruangan kosong di bawah bagi menjelaskan peranan kerajaan sebagai majikan. TP 2 (a) Majikan terpenting di Malaysia ialah kerajaan . (b) Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada guna tenaga di negara ini. (c) Perkhidmatan awam merupakan tulang belakang bagi ekonomi sesebuah negara bagi melicinkan pengeluaran sesebuah sektor ekonomi. (d) Contoh pekerjaan dalam perkhidmatan awam ialah guru, doktor dan polis/askar/jururawat . 10. Jelaskan peranan kerajaan dalam membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. TP 3 – Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan. – Seterusnya dapat menjana pendapatan kepada penjawat awam dan rakyat. – Pendapatan akan meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya meningkatkan kuasa beli. – Kesannya permintaan terhadap barang meningkat dan seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi. Satu firma sahaja. Penentu harga pasaran. Keluaran tiada pengganti. Tiada kebebasan keluar masuk dalam industri ini. Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 3 10/12/2021 11:06:19 PM


7 BAB 1 4. Lengkapkan rajah di bawah bagi menjelaskan cara kerajaan mengawal eksploitasi pengguna melalui undangundang dan peraturan. TP 2 5. Jelaskan perbezaan antara dasar harga maksimum dengan dasar harga minimum. TP 3 Dasar Harga Maksimum Dasar Harga Minimum Penetapan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan. Penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan. Dapat menjaga kebajikan pengguna. Dapat menjaga kebajikan pengeluar. Pengguna dapat membeli barang dengan harga yang berpatutan. Pengeluar dapat menjual barang dengan harga sepatutnya untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. 6. Apakah yang ditunjukkan oleh label SIRIM pada barang keluaran tempatan? Barangan yang mempunyai label SIRIM adalah disahkan di bawah skim pensijilan produk SIRIM. Jaminan kepada pengguna produk yang disahkan itu memenuhi standard khusus untuk barangan. 7. Lengkapkan rajah di bawah bagi menjelaskan cara kerajaan mengawal kesan eksternaliti negatif melalui undangundang dan peraturan. TP 2 (b) Larangan mengubah harga barang kawalan. (e) Menetapkan peraturan . Cara mengawal eksploitasi pengguna (d) Dasar kuota . (c) Dasar harga maksimum . (a) Menetapkan harga barang kawalan. Cara Mengawal Kesan Eksternaliti Negatif (b) Menarik balik lesen bagi firma yang tidak mematuhi peraturan (a) Menentukan kawasan perindustrian , kawasan perumahan , kawasan industri ringan dan kawasan industri berat. (c) Menetapkan agensi yang menjalankan pemantauan . Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 7 10/12/2021 11:06:20 PM


10 BAB 1 Nota 1.2 Penunjuk Ekonomi Buku Teks m.s. 22-60 Indeks Harga Pengguna (IHP) 1. Indeks harga pengguna (IHP) merupakan penunjuk ekonomi yang boleh digunakan untuk mengkaji perubahan tingkat harga umum dalam ekonomi. 2. IHP biasanya digunakan untuk menunjukkan kos sara hidup masyarakat. 3. IHP ini diukur dengan membandingkan harga purata barangan dan perkhidmatan yang diperoleh pada tahun dasar dengan harga purata barang pada tahun semasa. Inflasi dan Kesan Inflasi 1. Inflasi merujuk kepada kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam sesebuah ekonomi. 2. Kadar inflasi merujuk kepada peratus perubahan tingkat harga barang umum pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. 3. Terdapat tiga jenis inflasi: (a) Inflasi tarikan permintaan – wujud apabila peningkatan permintaan berlaku semasa ekonomi berada pada tingkat guna tenaga penuh. (b) Inflasi tolakan kos – merujuk kepada kenaikan tingkat harga barang umum apabila kos pengeluaran meningkat. (c) Inflasi diimport – kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang import meningkat. 4. Kesan-kesan inflasi: (a) Kenaikan harga barang. (b) Tabungan berkurangan. (c) Pendapatan benar menurun. (d) Nilai eksport berkurang. (e) Peluang pekerjaan bertambah. (f) Kadar pinjaman meningkat. Pengangguran dan Jenis Pengangguran 1. Pengangguran merujuk kepada satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan. 2. Kesan pengangguran terhadap ekonomi negara ialah: (a) Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan negara potensi. (b) Hasil kerajaan berkurangan. (c) Pertumbuhan ekonomi terhalang (d) Taraf hidup masyarakat menurun. 3. Kesan pengangguran terhadap masalah sosial negara ialah: (a) Kadar kemiskinan meningkat. (b) Timbul masalah kekeluargaan. (c) Hilang kemahiran dan keyakinan diri. (d) Peningkatan kes jenayah dalam negara. 4. Terdapat tiga jenis pengangguran iaitu: (a) Pengangguran kitaran. (b) Pengangguran geseran. (c) Pengangguran bersruktur. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 1. KDNK ialah penunjuk ekonomi yang menggambarkan pendapatan negara iaitu jumlah barang dan perkhidmatan yang dihasilkan. 2. Terdapat dua kaedah untuk mengira KDNK, iaitu pendekatan perbelanjaan dan pendekatan keluaran. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 1. Pertumbuhan ekonomi ialah perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa yang menyebabkan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2. Kesan pertumbuhan ekonomi ialah: (a) Pertumbuhan ekonomi meningkat. (b) Kegiatan ekonomi bertambah. (c) Peluang pekerjaan meningkat. (d) Kadar pengangguran menurun. (e) Kuasa beli masyarakat bertambah. (f) Taraf hidup masyarakat meningkat. (g) Pendapatan negara bertambah. Sebab dan Akibat Pertumbuhan Ekonomi 1. Faktor-faktor pertumbuhan ekonomi: (a) Sumber alam semula jadi. (b) Jumlah penduduk dan bekalan tenaga kerja. (c) Kemajuan teknologi. (d) Pelaburan dalam aktiviti ekonomi. (e) Sistem sosial dan sikap masyarakat. 2. Kesan pertumbuhan ekonomi: (a) Penyediaan infrastruktur fizikal. (b) Peningkatan taraf hidup rakyat. (c) Peningkatan sifat keusahawanan. (d) Kestabilan politik dan ekonomi. 2. Jelaskan kaitan antara pemberian subsidi kerajaan ke atas barang keperluan dengan objektif kestabilan harga yang ingin dicapai. TP 4 KBAT Menganalisis – Kos pengeluaran firma menurun. – Firma tidak akan menaikkan harga barang keperluan. – Harga barang keperluan dapat dikawal. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 10 10/12/2021 11:06:21 PM


13 BAB 1 5. Bagaimanakah pertambahan penawaran wang dalam pasaran mendorong berlakunya inflasi tarikan permintaan? Jelaskan. TP 3 KBAT Mengaplikasi – Bekalan wang dalam pasaran bertambah. – Kuasa beli pengguna meningkat. – Permintaan dalam ekonomi meningkat. – Peningkatan permintaan menyebabkan inflasi tarikan permintaan. 6. Berikan definisi inflasi tolakan kos. TP 1 Kenaikan tingkat harga umum apabila kos pengeluaran meningkat. 7. Lengkapkan rajah di bawah bagi menunjukkan proses berlakunya inflasi tolakan kos. TP 2 8. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah BETUL atau SALAH berkaitan inflasi tolakan kos. TP 2 Pernyataan Jawapan (a) Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan firma meningkatkan harga barang. Betul (b) Penurunan gaji buruh membolehkan firma meningkatkan harga jualan di pasaran. Salah (c) Tingkat harga barang akan meningkat sekiranya kos pengangkutan menurun. Salah (d) Pengeluar yang bermotifkan keuntungan akan memindahkan beban peningkatan kos kepada pengguna. Betul (e) Bayaran sewa mesin yang meningkat menyebabkan Encik Irfan meningkatkan harga jus minumannya. Betul 9. Buat pengiraan harga jualan di bawah berdasarkan situasi yang diberi. TP 4 KBAT Menganalisis Kes Harga jualan Kos sepasang kasut RM20 Margin keuntungan 30% 30% × RM20 = RM6 Harga jualan = RM6 + RM20 = RM26 Kos sebuah buku RM10 Margin keuntungan 20% 20% × RM10 = RM2 Harga jualan = RM2 + RM10 = RM12 Kos beg sekolah RM500 Margin keuntungan 40% 40% × RM500 = RM200 Harga jualan = RM200 + RM500 = RM700 10. Berikan definisi inflasi diimport. TP 1 Kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang yang diimport dari luar negara meningkat. Tingkat harga umum meningkat. Inflasi tolakan kos. Kos pengeluaran meningkat. Gaji buruh meningkat . Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 13 10/12/2021 11:06:22 PM


18 BAB 1 (a) Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2018, 2019 dan 2020. Kadar pengangguran = Pengangguran Tenaga buruh × 100 Tahun 2018 = 399 500 13 931 600 × 100 = 2.9% Tahun 2019 = 450 300 14 551 800 × 100 = 3.1% Tahun 2020 = 504 100 14 667 800 × 100 = 3.4% (b) Jelaskan perubahan kadar pengangguran bagi tahun 2018, 2019 dan 2020. Kadar pengangguran meningkat dari tahun 2018 hingga tahun 2020. (c) Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan perubahan corak kadar pengangguran tersebut? – Peningkatan kadar pengangguran menunjukkan ekonomi berada dalam pengangguran. – Peluang pekerjaan tidak dapat menampung jumlah penganggur atau penganggur terlalu memilih pekerjaan. – Majikan mengutamakan pekerja yang berpengalaman berbanding dengan graduan baharu. (d) Adakah Malaysia mencapai guna tenaga penuh? Buktikan jawapan anda. Ya, kadar pengangguran berada di bawah 4%. 5. Apakah yang ditunjukkan oleh kadar pengangguran yang tinggi bagi sesebuah negara? TP 2 – Tenaga buruh yang sepatutnya boleh menyumbang dalam ekonomi negara tidak mendapat pekerjaan. – Berlaku pembaziran faktor buruh. 6. Lengkapkan rajah di bawah bagi menjelaskan kesan pengangguran terhadap ekonomi negara. TP 3 Pendapatan negara sebenar berkurang. Ketidakcekapan dalam pengeluaran. Menghalang pertumbuhan ekonomi. Taraf hidup rakyat menurun. Hasil kerajaan berkurangan. Kesan Pengangguran Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 18 10/12/2021 11:06:23 PM


19 BAB 1 7. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah BETUL atau SALAH berkaitan kesan pengangguran terhadap ekonomi negara. TP 2 Pernyataan Jaawapan (a) Hasil negara berkurangan kerana penganggur tidak membuat bayaran cukai. Betul (b) Pembaziran sumber yang berlaku dalam ekonomi menyebabkan taraf hidup individu meningkat. Salah (c) Kuasa beli masyarakat akan meningkat semasa pengangguran. Salah (d) Pengangguran menyebabkan wujud masalah sosial seperti jenayah dan rompakan. Betul (e) Ekonomi akan tumbuh dengan pesat semasa pengangguran berlaku. Salah (f) Apabila tingkat guna tenaga penuh tercapai, faktor buruh telah digunakan dengan cekap. Betul 8. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi menjelaskan kesan pengangguran terhadap masalah sosial negara. TP 3 (a) Dalam sesebuah negara, kadar pengangguran yang tinggi menunjukkan ramai rakyat yang menganggur dan hilang punca pendapatan . (b) Keadaan tersebut telah memberikan kesan ke atas masalah sosial negara. (c) Kesan yang pertama ialah peningkatan kadar kemiskinan. Banyak isi rumah yang hilang pekerjaan dan tidak mempunyai punca pendapatan yang lain. (d) Kesan yang kedua ialah wujud masalah kekeluargaan dalam masyarakat. Individu akan mengalami tekanan hidup untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. (e) Kesan yang ketiga ialah peningkatan kes jenayah dalam negara. Contohnya pecah rumah, rompakan dan ragut. (f) Kesan yang terakhir ialah hilang kemahiran dan keyakinan diri. Jika individu telah lama menganggur, mereka akan ketinggalan dari segi ilmu dan teknik terbaharu. D Jenis Penganguran 1. Nyatakan tiga jenis pengangguran. TP 3 (a) Pengangguran kitaran. (b) Pengangguran berstruktur. (c) Pengangguran geseran. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 19 10/12/2021 11:06:23 PM


21 BAB 1 6. Lengkapkan rajah di bawah bagi menjelaskan faktor-faktor penyebab pengangguran geseran. TP 3 7. Nyatakan langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. TP 3 (a) Tidak memilih pekerjaan. (b) Bersungguh-sungguh mencari pekerjaan. (c) Berusaha meningkatkan kemahiran diri. (d) Kerajaan dan pihak swasta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baharu. E Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 1. Berikan definisi Keluaran Dalam Negara Kasar. TP 1 Jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun. 2. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah BETUL atau SALAH berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). TP 1 Pernyataan Jawapan (a) KDNK merupakan penunjuk ekonomi yang menggambarkan pendapatan negara. Betul (b) Jurutera Malaysia yang bekerja di Taiwan dikira dalam KDNK Malaysia. Salah (c) Buruh asing yang bekerja di Malaysia tidak dikira dalam KDNK Malaysia. Salah (d) Jumlah nilai barangan yang dihasilkan dalam negara menggambarkan jumlah hasil yang diperoleh oleh negara. Betul (e) KDNK yang meningkat dari tahun sebelumnya menggambarkan pertumbuhan ekonomi negara. Betul (f) Firma negara asing yang beroperasi dalam negara dianggap menyumbang kepada KDNK Malaysia. Betul Sikap penganggur yang memilih pekerjaan. Penganggur tidak bersungguh-sungguh mencari pekerjaan. Kurang maklumat tentang peluang pekerjaan. Penganggur suka membuat kerja yang tidak formal. Majikan mengambil masa lama untuk memilih pekerja baharu. Faktor penyebab pengangguran geseran Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 21 10/12/2021 11:06:23 PM


24 BAB 1 6. Adakah pemindahan teknologi dapat meningkatkan produktiviti negara? TP 3 – Ya – Pemindahan teknologi yang lebih canggih akan meningkatkan kecekapan pengeluaran firma. – Firma dapat meningkatkan pengeluaran barang dengan penggunaan kos yang minimum. – Daya produktiviti firma meningkat. – Kualiti barangan bertambah baik. 7. Kemasukan banyak pelabur asing mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi. Jelaskan pernyataan ini. TP 3 – Dapat mengatasi masalah kekurangan modal dan kepakaran teknologi. – Hal ini dapat membantu pembangunan ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi moden. 8. Nyatakan sama ada pernyataan di bawah BETUL atau SALAH berkaitan sistem sosial dan sikap masyarakat yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara. TP 2 Pernyataan Jawapan (a) Sikap peramah masyarakat tempatan mendorong pelabur asing untuk menanam modal dalam negara. Betul (b) Pelabur yang mengelak daripada risiko boleh menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara. Salah (c) Sikap keterbukaan masyarakat menerima perubahan dalam teknologi membolehkan pertumbuhan ekonomi bergerak pesat. Betul (d) Seseorang usahawan perlu mengelak daripada persaingan supaya produktivinya meningkat. Salah (e) Jika sesebuah perniagaan mengalami kerugian, operasinya perlu ditamatkan serta merta. Salah 9. Nyatakan empat aspek kesan daripada pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam negara. TP 2 (a) Penyediaan infrastruktur fizikal. (b) Peningkatan taraf pendidikan penduduk. (c) Peningkatan sifat keusahawanan. (d) Kestabilan politik dan sosial. 10. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi menjelaskan akibat pertumbuhan ekonomi terhadap penyediaan infrasruktur fizikal negara. TP 3 (a) Penyediaan infrastruktur oleh sesebuah negara merupakan satu usaha bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. (b) Jika sesebuah negara mempunyai infrastruktur yang lengkap , kecekapan firma akan meningkat dan menarik pelabur asing untuk melabur dalam negara. (c) Kemudahan infrastruktur yang disediakan juga dapat melicinkan urusan perdagangan firma dari segi perhubungan dan pengangkutan . (d) Akibatnya, kemudahan infrasruktur yang lengkap turut dinikmati oleh masyarakat setempat . Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 24 10/12/2021 11:06:24 PM


33 BAB 1 2. Nyatakan sama ada pernyataan berikut BETUL atau SALAH berkaitan perbelanjaan mengurus. TP 2 Pernyataan Betul/ salah (a) Pemberian bantuan kewangan kerajaan kepada pengeluar dapat menurunkan harga barang di pasaran. Betul (b) Bayaran emolumen merupakan perbelanjaan terbesar yang dibuat oleh kerajaan. Betul (c) Bayaran pokok dan faedah merupakan jenis bekalan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Salah (d) Pemberian kerajaan kepada kerajaan negeri bertujuan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan awam. Salah (e) Murid memenuhi syarat yang ditetapkan berpeluang untuk memohon biasiswa daripada kerajaan. Betul (f) Perbelanjaan ke atas bekalan dan alatan pejabat tergolong dalam pemberian kepada kerajaan negeri. Salah 3. Lengkapkan rajah di bawah bagi menjelaskan objektif perbelanjaan pembangunan kerajaan. TP 3 4. Berikan contoh perbelanjaan kerajaan dalam sektor berikut: TP 2 (a) Sektor perkhidmatan sosial i. Pendidikan ii. Perumahan (b) Sektor keselamatan i. Pertahanan ii. Keselamatan dalam negeri E Belanjawan Negara 1. Nyatakan objektif belanjawan negara yang dibuat oleh kerajaan. TP 2 (a) Memastikan peruntukan dikawal agar jumlah perbelanjaan tidak melebihi jumlah hasil negara. (b) Mempengaruhi aktiviti ekonomi untuk mencapai matlamat ekonomi yang diingini. (c) Mencapai pembangunan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang mampan. (d) Mencapai kestabilan ekonomi negara. 2. Bagaimanakah cara kerajaan mengatasi pengangguran melalui belanjawan defisit? TP 4 KBAT Menganalisis – Menambah perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan. – Akan mencipta banyak aktiviti ekonomi dalam negara. – Peluang pekerjaan meningkat. – Seterusnya kadar pengangguran akan menurun apabila ramai yang mendapat kerja. Objektif perbelanjaan pembangunan Menambahkan penggunaan guna tenaga. Meningkatkan taraf hidup. Meningkatkan pembentukan modal negara. Meningkatkan pendapatan negara. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 33 10/12/2021 11:06:26 PM


36 BAB 1 8. Nyatakan kesan yang wujud apabila kadar faedah diturunkan bagi mengatasi kemelesetan ekonomi. TP 2 (a) Kadar faedah diturunkan. (b) Kos meminjam menurun. (c) Jumlah pinjaman meningkat. (d) Bekalan wang dalam ekonomi meningkat. (e) Kuasa beli masyarakat meningkat. G Kesan Kadar Feadah sebagai Alat Dasar Kewangan dalam Ekonomi 1. Bezakan antara kadar faedah tetap dengan kadar faedah terapung. TP 2 Kadar faedah tetap Kadar faedah terapung Tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman. Berubah sepanjang tempoh pinjaman. Peminjam tahu jumlah yang perlu dibayar. Peminjam tidak tahu jumlah pinjaman kerana kadar dikawal oleh bank pusat. Sesuai untuk peminjam yang tidak mahu dipengaruhi oleh perubahan kadar faedah. Sesuai untuk peminjam yang ingin perubahan dalam bayaran ansuran bulanan melalui perubahan kadar faedah. 2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai bagi menjelaskan kesan kenaikan kadar faedah terhadap pengguna. TP 2 (a) Kenaikan kadar faedah menyebabkan kos pinjaman meningkat. (b) Jumlah pinjaman pengguna akan berkurang kerana tidak ingin menanggung beban hutang yang tinggi. (c) Justeru itu, pengguna akan mengelakkan bayaran secara kredit . (d) Kesannya, perbelanjaan pengguna adalah terhad dalam ekonomi. (e) Perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga akan berkurang. 3. Jelaskan kesan terhadap firma jika kadar faedah diturunkan. TP 4 – Jumlah pinjaman firma meningkat. – Modal kewangan firma bertambah. – Pelaburan firma meningkat. – Daya saing firma meningkat kerana mempunyai modal untuk meningkatkan produktiviti. 4. Jelaskan kesan ke atas objektif makroekonomi negara apabila perbelanjaan kerajaan ditingkatkan. TP 4 (a) Guna tenaga penuh Guna tenaga meningkat kerana peluang pekerjaan bertambah kesan pelaksanaan projek kerajaan. (b) Kestabilan harga Tingkat harga umum meningkat akibat lebihan permintaan barang dalam pasaran. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 36 10/12/2021 11:06:27 PM


38 BAB 1 1. Manakah antara pernyataan berikut benar berkaitan barang awam? A Bayaran penggunaan yang rendah B Wujud prinsip pengecualian C Penawaran tidak terhad D Tidak wujud kos lepas 2. Pilih pernyataan yang benar berkaitan monopoli semula jadi kerajaan. I Penentu harga pasaran II Keluaran tiada pengganti III Kebebasan keluar masuk industri IV Terdiri daripada beberapa firma A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Apakah faedah sampingan yang disediakan oleh kerajaan kepada kakitangan awam? I Pencen selepas bersara II Simpanan KWSP III Perlindungan PERKESO IV Cuti bersalin A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Manakah antara berikut, berkaitan objektif makroekonomi kerajaan? I Meningkatkan taraf hidup masyarakat II Mengurangkan inflasi III Meningkatkan pertumbuhan ekonomi IV Menstabilkan imbangan pembayaran A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan inflasi tarikan permintaan? A Kenaikan harga akibat kenaikan kos B Kenaikan harga akibat kenaikan permintaan C Kenaikan harga akibat kenaikan harga barang import D Kenaikan harga akibat kenaikan harga barang eksport 6. Pilih pernyataan yang benar berkaitan kesan inflasi. A Tabungan masyarakat akan meningkat B Kadar pengangguran semakin tinggi C Pendapatan benar meningkat D Kadar faedah meningkat 7. Manakah antara berikut, benar berkaitan pengangguran? I Pengangguran kitaran berlaku semasa keadaan ekonomi lembap II Perubahan struktur ekonomi menyebabkan ramai individu menganggur III Sikap penganggur yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan berlaku pengangguran kitaran IV Kadar pengangguran yang rendah menggambarkan kurang tenaga buruh yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 8. Mengapakah sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan? I Merapatkan jurang pendapatan II Membaiki imbangan pembayaran III Menurunkan taraf kebajikan IV Mengurangkan kadar kemiskinan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Apakah tujuan dasar fiskal mengembang dilaksanakan? A Meningkatkan permintaan agregat B Mengurangkan permintaan agregat C Mengawal kenaikan harga D Meningkatkan kadar cukai 10. Manakah antara berikut, berkaitan hasil bukan cukai kerajaan? I Bayaran levi II Bayaran lesen dan permit III Bayaran sewa aset kerajaan IV Cukai perjudian A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV 11. Pilih pernyataan yang benar berkaitan perbelanjaan mengurus. A Perbelanjaan membeli peralatan tentera B Merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan C Bertujuan meningkatkan pembentukan modal negara D Perbelanjaan terhadap emolumen dan khidmat hutang Arahan: Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang tepat atau paling sesuai. Soalan Berformat SPM Kertas 1 Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 38 10/12/2021 11:06:28 PM


40 BAB 1 2. Maklumat di bawah berkaitan dengan syarat sewa beli bank bagi tahun 2018 dan 2020. Syarat sewa beli 2018 2020 Pinjaman maksimum 70% 60% Kadar faedah pinjaman 5% 6% Tempoh bayaran balik 9 tahun 8 tahun (a) Jelaskan keadaan ekonomi yang berlaku pada tahun 2020 berbanding tahun 2018. [3 markah] Inflasi – kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam ekonomi. Berlaku disebabkan oleh permintaan pasaran melebihi penawaran pasaran. (b) Bagaimanakah perubahan syarat sewa beli di atas dapat mengatasi masalah di 2(a)? [6 markah] – Mengetatkan syarat sewa beli. – Deposit pinjaman dinaikkan. – Mengurangkan pinjaman maksimum. – Meningkatkan kadar faedah. – Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman. – Bertujuan untuk mengurangkan permintaan agregat pengguna. – Tingkat harga barang cenderung menurun – ekonomi kembali stabil. (c) Tujuan kerajaan memungut hasil ialah untuk menguruskan perbelanjaan kerajaan. Jelaskan. [6 markah] – Membiayai perbelanjaan mengurus. – Perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang setiap tahun. – Contohnya, bayaran emolumen, hutang negara dan pencen. – Membiayai perbelanjaan pembangunan. – Perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam projek pembangunan ekonomi negara. – Contohnya, pembinaan hospital dan sekolah. (d) Maklumat berikut berkaitan dengan hasil kerajaan. Perbelanjaan Y Perbelanjaan X • Bayaran emolumen • Pemberian biasiswa • Pembinaan bangunan sekolah • Bayaran kelengkapan pejabat i. Nyatakan jenis perbelanjaan Y dan perbelanjaan X. [2 markah] Y – Perbelanjaan mengurus X – Perbelanjaan pembangunan Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 40 10/12/2021 11:06:28 PM


42 BAB 1 (d) Jelaskan perbezaan antara dasar fiskal dengan dasar kewangan. [4 markah] Dasar fiskal Dasar Kewangan – Satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan agar keadaan ekonomi stabil. – Terdiri daripada kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan. – Cara kerajaan mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya keadaan ekonomi stabil. – Terdiri daripada nisbah rizab berkanun, nisbah rizab tunai, syarat sewa beli, surat jaminan kerajaan dan kadar faedah Bahagian B Jawab soalan-soalan berikut. 1. Pernyataan berikut berkaitan dengan belanjawan negara. Belanjawan negara merupakan satu alat kewangan yang boleh membantu perancangan kewangan negara. (a) Jelaskan konsep belanjawan negara. [5 markah] – Suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan – Disediakan untuk tahun kewangan akan datang. – Setiap perancangan yang dibuat bertujuan untuk memberikan kebajikan yang maksimum kepada rakyat. – Merangkumi perbelanjaan mengurus, perbelanjaan pembangunan dan pendapatan daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai. – Salah satu alat kawalan yang dapat membantu perancangan kewangan negara. (b) Mengapakah kerajaan menyediakan belanjawan negara tersebut? [6 markah] – Memastikan peruntukan dikawal. – Agar jumlah perbelanjaan tidak melebihi jumlah hasil negara. – Mempengaruhi aktiviti ekonomi bagi mencapai matlamat ekonomi yang diingini. – Mencapai pembangunan dan kadar pertumbuhan eonomi yang mampan. – Mencapai kestabilan ekonomi. – Mengawal kadar inflasi dan pengangguran. – Memastikan setiap perbelanjaan yang dibuat memberi kebajikan maksimum kepada masyarakat. (c) Bagaimanakah tindakan kerajaan membuat belanjawan negara memberi kesan kepada isi rumah dan negara? [9 markah] – Belanjawan negara merupakan suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang diperoleh dan anggaran jumlah perbelanjaan yang disediakan untuk tahun kewangan akan datang. – Penyediaan belanjawan negara dapat memastikan kebajikan masyarakat terjamin. – Semasa kemelesetan ekonomi contohnya, belanjawan defisit akan digunakan bagi memastikan kuasa beli masyarakat meningkat. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) B1 4th.indd 42 10/12/2021 11:06:28 PM


MG-1 Lembaran PBD Bab 1 Ekonomi dan Kerajaan 1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi TP Tafsiran 1 Menyatakan tiga peranan kerajaan dalam ekonomi. 2 Menghuraikan tiga peranan kerajaan dalam ekonomi. 1. Nyatakan tiga peranan kerajaan dalam ekonomi. TP 1 (a) Pengeluar dan majikan. (b) Mencapai objektif makroekonomi negara. (c) Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif. 2. Jelaskan peranan kerajaan sebagai pengeluar dan majikan. TP 2 Pengeluar – Mengeluarkan barang dan perkhidmatan. – Mengeluarkan barang awam dan barang sosial. – Kerajaan bertindak sebagai monopoli semula jadi. – Kerajaan bertindak sebagai pengeluar tunggal. Majikan – Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada guna tenaga di negara ini. – Contoh pekerjaan guru, polis dan doktor. – Dapat menjana pendapatan kepada penjawat awam. 3. Bagaimanakah kerajaan mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif? TP 2 – Melalui undang-undang dan peraturan. – Mengisytiharkan sesetengah barang sebagai barang kawalan. – Melaksanakan dasar harga dan kuota. – Memberi subsidi kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran. – Mengenakan cukai yang tinggi terhadap barangan yang membahayakan kesihatan pengguna. – Menarik balik lesen pengeluar yang tidak mematuhi peraturan. – Menentukan kawasan perindustrian. – Menjalankan pemantauan berkala. – Mengenakan cukai ke atas barang yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) Soa PBD 3rd.indd 1 10/12/2021 11:18:51 PM


MG-2 Lembaran PBD TP Tafsiran 3 Menjelaskan tiga peranan kerajaan dalam ekonomi dan memberi contoh dasar, program dan alat yang berkaitan dengan peranan tersebut. 4 Menganalisis dan menghubungkait ketiga-tiga peranan kerajaan dengan tujuan menjaga kebajikan masyarakat dan meningkatkan kemakmuran negara. 1. Jelaskan peranan kerajaan dengan mengisi ruangan di bawah. TP 3 Peranan kerajaan Huraian Contoh Pengeluar • Mengeluarkan barang awam dan barang sosial. • Bertindak sebagai monopoli semula jadi. • Tepung gandum • Minyak masak Mencapai objektif makroekonomi negara • Guna tenaga penuh. • Kestabilan harga. • Pertumbuhan ekonomi. • Kestabilan imbangan pembayaran. • Memastikan kadar pengangguran di bawah 4%. • Memastikan ekonomi dalam keadaan stabil. Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif • Melaksanakan undang-undang dan peraturan, • Menetapkan dasar harga maksimum atau dasar harga minimum, • Mengenakan kuota bagi mengatasi lebihan atau kurangan barangan di pasaran. • Memberikan subsidi atau mengenakan cukai. • Mengisytiharkan sesetengah barangan sebagai barang kawalan. • Menarik balik lessen perniagaan. • Menentukan kawasan perindustrian. 2. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah negara. TP 4 Brunei adalah ekonomi terkaya kedua di rantau Asia Tenggara ini dari segi KDNK per kapita. Jelaskan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Brunei bagi memastikan negaranya terus makmur dan maju. – Mengutamakan kebajikan masyarakat. – Menggaji pekerja dalam sektor awam. – Peluang pekerjaan yang ditawarkan membolehkan guna tenaga penuh tercapai. – Menyediakan barang awam dan barang sosial. – Memberi galakan pelaburan kepada firma dalam aktiviti pengeluaran. – Pertumbuhan ekonomi berlaku akibat galakan pelaburan yang diberikan. – Mengenakan undang-undang dan peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan penindasan yang dilarang dalam agama. – Kestabilan harga dapat dicapai supaya pengguna tidak ditindas. – Memastikan imbangan pembayaran lebihan berlaku – Memastikan aliran masuk wang melebihi aliran keluar wang. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) Soa PBD 3rd.indd 2 10/12/2021 11:18:51 PM


MG-3 Lembaran PBD TP Tafsiran 5 Meramalkan apa yang akan berlaku kepada ekonomi negara tanpa peranan kerajaan. 6 Menganalisis ketiga-tiga peranan kerajaan dan memberi cadangan skop peranannya. 1. Ramalkan keadaan ekonomi negara sekiranya tiada peranan yang dimainkan oleh kerajaan. TP 5 – Kebajikan masyarakat terjejas. – Barang keperluan diletakkan dengan harga yang tinggi. – Pengeluaran barang awam dan barang sosial dikawal oleh pihak swasta. – Ekonomi negara tidak stabil. – Berlaku turun naik harga barang yang menjejaskan kehidupan masyarakat. – Kadar pengangguran negara yang tinggi. – Banyak berlaku jenayah dalam kalangan masyarakat kerana tiada pekerjaan. – Jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin semakin lebar. – Aktivti pengeluaran firma yang tidak dikawal menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. – Taraf hidup masyarakat terjejas 2. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu keadaan yang berlaku dalam negara. TP 6 Ekoran daripada wabak Covid-19 yang berlaku, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat bermula 18 Mac 2020 sekaligus memberi impak terhadap sektor pekerjaan. Hal ini kerana, banyak sektor pekerjaan yang terpaksa menghentikan operasi serta merta dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 daripada terus menular dalam masyarakat. Berdasarkan maklumat di atas, bincangkan tindakan yang boleh diambil oleh semua pihak bagi memastikan kemakmuran negara tercapai dalam usaha kerajaan mencapai objektif makroekonomi negara. – Bagi mengelakkan rakyat hilang pekerjaan akibat PKP, kerajaan menambah baik program subsidi upah bagi membolehkan majikan mengekalkan pekerja yang ada. – Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh pelaksanaan PKP, kerajaan telah melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP PRIHATIN. – Pekerja yang terjejas dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30% daripada gaji mereka selama 3 bulan. – Bantuan daripada kerajaan bagi mamastikan guna tenaga penuh tercapai dalam negara. – Bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikrokredit yang merangkumi pinjaman oleh Bank Simpanan Nasional dan Agrobank. – Rakyat yang terjejas juga digalakkan menceburi bidang perniagaan atas talian sebagai satu langkah mengelakkan pengangguran. – Kerajaan akan melaksanakan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online bagi memberi bimbingan terhadap usahawan. – Pembeli juga akan menikmati penjimatan melalui jual-beli secara dalam talian. – Pertumbuhan ekonomi kembali rancak dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan. – Bantuan Prihatin Rakyat, juga diberi bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat semasa PKP. Modul A+ Ekonomi Tg5 (21) Soa PBD 3rd.indd 3 10/12/2021 11:18:51 PM


AKSES DIGITAL ■ Lembaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Dapatkan sekarang! ISBN 978-967-466-622-4 Sem. M’sia RM 8.90 Sabah/Sarawak RM 9.50 Siri MODUL A+1 ini menyediakan modul pembelajaran komprehensif yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Modul ini telah dirancang dan ditulis oleh guru-guru yang berpengalaman dalam membantu proses PdPc dengan lebih efektif. Latihan yang disediakan mencakupi Tahap Penguasaan yang perlu dikuasai oleh murid untuk mengoptimumkan kefahaman mereka. Mata Pelajaran / Tingkatan 4 5 Sejarah Matematik Matematik Tambahan Kimia Fizik Perniagaan Ekonomi English Judul-judul dalam siri Modul A+1 Ingin menjadi penulis kami? Sertai kami dengan menghantar e-mel ke alamat [email protected]. www.panasiapub.com 199101016590 (226902-X) 9 789674 666224


Click to View FlipBook Version