The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1202 Bank Soalan Biologi Tingkatan 5 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2024-01-08 20:14:58

1202 Bank Soalan Biologi Tingkatan 5 KSSM

1202 Bank Soalan Biologi Tingkatan 5 KSSM

Keywords: 1202 Bank Soalan Biologi Tingkatan 5 KSSM,Bank Soalan,1202 Bank Soalan,Biologi Tingkatan 5 KSSM,Biologi Tingkatan 5,Biologi,Tingkatan 5

ii Mesti Tahu iii – viii Bab 1 Organisasi Tisu Tumbuhan dan Pertumbuhan NOTA 1 Kertas 1 2 Kertas 2 6 Pengukuhan dan Pengujian Kemahiran Proses Sains untuk Kertas 3 (Ujian Amali) 10 Bab 2 Struktur dan Fungsi Daun NOTA 11 Kertas 1 13 Kertas 2 17 Pengukuhan dan Pengujian Kemahiran Proses Sains untuk Kertas 3 (Ujian Amali) 21 Bab 3 Nutrisi dalam Tumbuhan NOTA 23 Kertas 1 24 Kertas 2 27 Bab 4 Pengangkutan dalam Tumbuhan NOTA 31 Kertas 1 32 Kertas 2 36 Bab 5 Gerak Balas dalam Tumbuhan NOTA 40 Kertas 1 41 Kertas 2 45 Bab 6 Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga NOTA 50 Kertas 1 51 Kertas 2 55 Bab 7 Penyesuaian Tumbuhan pada Habitat NOTA 59 Kertas 1 60 Kertas 2 62 Kandungan Bab 8 Biodiversiti NOTA 65 Kertas 1 66 Kertas 2 71 Bab 9 Ekosistem NOTA 75 Kertas 1 78 Kertas 2 82 Bab 10 Kelestarian Alam Sekitar NOTA 86 Kertas 1 89 Kertas 2 92 Bab 11 Pewarisan NOTA 97 Kertas 1 99 Kertas 2 104 Bab 12 Variasi NOTA 109 Kertas 1 110 Kertas 2 112 Bab 13 Teknologi Genetik NOTA 115 Kertas 1 116 Kertas 2 118 Jawapan 120 Kandungan 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 2 02/09/2022 10:21 PM


MESTI TAHU Definisi Penting Definisi Penting (Bab 8) 8 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 2) 2 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 10) 10 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 4) 4 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 12) 12 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Definisi Penting (Bab 6) 6 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kekunci Dikotomi Struktur dan Fungsi Daun Pengangkutan dalam Tumbuhan 1. Stoma ialah liang yang terdapat di permukaan epidermis bawah daun. Stoma 2. Transpirasi ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air secara sejatan daripada tumbuhan ke atmosfera. 3. Titik pampasan ialah titik di mana kadar fotosintesis adalah sama dengan kadar respirasi. 1. Perubahan iklim merujuk kepada perubahan suhu bumi, taburan hujan dan perubahan mendadak angin. 2. Penyahhutanan ialah tindakan membersihkan kawasan pokok yang luas secara besar-besaran. 3. Eutrofikasi merupakan proses sesuatu ekosistem air menjadi kaya dengan nutrien yang menyebabkan perubahan struktur ekosistem tersebut. 4. Pencemaran ialah peningkatan bahan pencemar dalam alam sekitar yang menjejaskan kesihatan dan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. 5. Ledakan pertumbuhan populasi manusia ialah pertambahan jumlah bilangan manusia yang tinggal di sesuatu kawasan. 1. Pendebungaan ialah proses pemindahan debunga dari anter ke stigma. 2. Persenyawaan ganda dua ialah ciri persenyawaan tumbuhan benih di mana satu nukleus sperma bercantum dengan nukleus telur untuk membentuk zigot dan satu lagi bercantum dengan nukleus kutub untuk membentuk endosperma. 1. Gutasi ialah rembesan titisan air melalui struktur khas di bahagian hujung urat daun tanpa melibatkan bahagian stoma akibat tekanan akar yang tinggi. 2. Translokasi ialah proses pengangkutan bahan-bahan organik seperti sukrosa, asid amino dan hormon di dalam floem dari daun ke bahagian lain tumbuhan seperti akar dan batang. 3. Fitoremediasi merupakan satu kaedah rawatan yang menggunakan tumbuhan untuk tujuan degradasi, pengekstrakan atau penyingkiran bahan pencemar di dalam tanah dan air. 1. Variasi ialah perbezaan ciri dalam organisma daripada populasi atau spesies yang sama. 2. Jenis variasi: • Variasi selanjar ialah variasi di mana perbezaan ciri adalah tidak ketara. • Variasi tak selanjar ialah variasi di mana perbezaan ciri adalah ketara. 1. Kekunci dikotomi merupakan satu alat yang digunakan oleh ahli taksonomi untuk pengecaman organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan. 2. Contoh kekunci dikotomi: Kekunci dikotomi 1a Haiwan ...............................................................................................Rujuk 2 1b Tumbuhan...........................................................................................Rujuk 6 2a Mempunyai kaki ................................................................................Rujuk 3 2b Tidak mempunyai kaki.......................................................................Rujuk 5 3a Tiga pasang kaki.................................................................................Rujuk 4 3b Lebih daripada tiga pasang kaki................................................Labah-labah 4a Bersayap.....................................................................................Rama-rama 4b Tidak bersayap .....................................................................................Semut 5a Bercangkerang ...................................................................................... Siput 5b Tidak bercangkerang................................................................Cacing tanah 6a Berbiji benih.......................................................................................Rujuk 7 6b Tidak berbiji benih .......................................................................Paku pakis 7a Tumbuhan berbunga....................................................................Bunga raya 7b Tumbuhan tidak berbunga......................................................... Pokok pinus Ancaman Alam Sekitar Variasi Pendebungaan dan Persenyawaan dalam Tumbuhan Berbunga Mesti Tahu 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 2 08/09/2022 11:32 AM


MESTI TAHU Mnemonik dan Rajah Penting Mnemonik (Bab 1) 13 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 1) 19 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mnemonik (Bab 6) 15 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 2) 21 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Mnemonik (Bab 9) 17 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 3) 23 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Organisasi Tisu Tumbuhan Zon Pertumbuhan Sel Struktur Bunga Struktur Dalaman Lamina Daun Ekosistem Struktur di dalam Akar Mak Kiah Datang Ambil Van Meristem Dermal Kekal Asas Vaskular Surat Papa Kepada Emma Spesies Komuniti Populasi Ekosistem Bahagian tumbuhan Pistil atau Stamen? Stamen Ingat! men - bahagian jantan bunga Ingat! l (lady) - bahagian betina bunga Stigma (ibu) ialah bahagian pistil Pistil Xilem primer Floem primer Perisikel Silinder vaskular Kambium vaskular Endodermis Rambut akar Epidermis Korteks Kutikel Epidermis atas Mesofil palisad Xilem Mesofil berspan Floem Berkas vaskular Liang stoma Epidermis bawah Zon pembahagian sel Zon pemanjangan sel Zon pembezaan sel Zon-zon pada hujung pucuk Zon-zon pada hujung akar Meristem apeks pucuk Tisu matang Tisu matang Zon pembezaan sel Zon pemanjangan sel Zon pembahagian sel Jidal akar Mesti Tahu 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 3 08/09/2022 11:32 AM


MESTI TAHU Rajah Penting Rajah Penting (Bab 4) 25 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 7) 31 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 6) 27 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 9) 33 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 6) 29 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Rajah Penting (Bab 10) 35 @ Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Laluan Translokasi dalam Tumbuhan Pengelasan Tumbuhan Berdasarkan Habitat Aplikasi Fitohormon dalam Pertanian Pembentukan Butir Debunga dan Pundi Embrio Komuniti dan Ekosistem Kesan Negatif Aktiviti Penyahhutanan Pengelasan tumbuhan berdasarkan habitat Mesofit Hidrofit Halofit Xerofit Tumbuhan disesuaikan dengan habitat dengan air yang mencukupi. Tumbuhan disesuaikan dengan habitat berair Tumbuhan disesuaikan dengan habitat masin. Tumbuhan disesuaikan dengan habitat kering. Penyesuaian: • Mempunyai kutikel • Daun hijau yang lebar dan rata • Sistem akar yang bercabang luas Penyesuaian: • Sedikit atau tiada kutikel • Sistem akar yang kurang • Sedikit atau tiada lignin pada tisu vaskular Penyesuaian: • Daun mempunyai hidatod untuk mengeluarkan garam berlebihan • Akar mempunyai pneumatofor • Tisu tahan paras garam yang tinggi Penyesuaian: • Kutikel tebal • Kawasan permukaan daun kecil • Stoma yang tenggelam • Akar tumbuh meluas Contoh: Ros dan jagung Contoh: Teratai, Hydrilla sp. Contoh: Rhizophora sp., Avicennia sp. Contoh: Opuntia sp., Pinus sp. Percambahan Pertumbuhan sehingga matang Berbunga Perkembangan buah Pengguguran daun dan buah Kedormanan biji benih Giberelin 3 3 3 3 7 7 Auksin 7 3 3 3 7 7 Sitokinin 7 3 3 3 7 7 Etilena 7 7 3 3 3 7 Asid absisik 7 7 7 7 3 3 Sel daun Sel rakan Plat tapis Xilem Floem Tiub tapis H2 O H2 O Sukrosa Sukrosa H2 O 2 1 7 3 4 5 6 Permukaan tanah terdedah kepada cahaya terik Angin Hujan Hakisan oleh angin Hakisan oleh air Aras air lama Aras air baharu (banjir) Longgokan tanah Sungai Larut resap berlaku Anter Sel induk debunga (2n) Mitosis Ovul Sel induk pundi embrio (2n) Butir debunga Nukleus penjana Nukleus tiub Nukleus Sel antipodal kutub Megaspora (n) Mikrospora(n) Megaspora yang hidup Megaspora yang terurai Sel sinergid Sel telur Mitosis Meiosis Spesies ialah sekumpulan organisma yang serupa, boleh saling membiak dan menghasilkan anak. Populasi ialah sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama. Komuniti ialah semua populasi organisma daripada spesies yang berlainan yang hidup dalam satu habitat serta saling berinteraksi antara satu sama lain. Ekosistem ialah beberapa komuniti yang tinggal bersama dalam satu habitat, saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk dengan komponen bukan hidup (abiosis) seperti air, udara dan tanah. Mesti Tahu 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 5 08/09/2022 11:33 AM


11 Bab 2 Struktur dan Fungsi Daun NOTA 2.1 Struktur Daun 1. Struktur daun dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu struktur luar dan struktur dalaman. Hujung Lamina Midrib Pinggir Urat Petiol 2. Terdapat dua bahagian bagi struktur luar, iaitu petiol dan lamina. 3. Petiol ialah tangkai daun yang menyambungkan lamina pada batang tumbuhan. 4. Petiol yang mengunjur ke dalam lamina membentuk jaringan urat yang menyokong lamina. 5. Lamina merupakan bahagian daun yang leper, nipis, rata dan berwarna hijau. 6. Lamina berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-sel yang mengandungi kloroplas di dalamnya terdedah kepada cahaya matahari secara maksimum. 7. Lamina yang nipis dapat memudahkan gas-gas yang terlibat dalam fotosintesis meresap dengan cekap ke dalam daun dan ke luar daun. 8. Struktur dalaman daun merangkumi epidermis atas, mesofil palisad, mesofil berspan, bekas vaskular dan epidermis bawah. Kutikel Epidermis atas Epidermis bawah Mesofil palisad Mesofil berspan Xilem Floem Stoma 9. Epidermis atas terletak di permukaan atas daun, iaitu di bawah kutikel. 10. Sel-sel dalam lapisan ini tidak mengandungi kloroplas dan bersifat lut sinar supaya cahaya dapat menembusinya. 11. Sel mesofil palisad tersusun secara tegak dan padat untuk memperoleh cahaya yang maksimum. 12. Sel mesofil palisad merupakan tapak fotosintesis. 13. Oleh itu, sel ini mempunyai banyak kloroplas. 14. Sel mesofil berspan berbentuk tidak sekata yang dapat menambah luas permukaan dalam bagi pertukaran gas. 15. Sel ini tersusun longgar dan mempunyai banyak ruang udara di antara sel. 16. Ini memudahkan peresapan gas karbon dioksida dan air merentasi daun ke sel-sel mesofil palisad semasa fotosintesis. 17. Kandungan kloroplasnya adalah kurang berbanding dengan mesofil palisad. 18. Xilem mengangkut air dan garam mineral yang diserap oleh akar ke daun. 19. Dinding tisu xilem yang berlignin dan tebal adalah untuk memberi sokongan dan kekuatan mekanikal kepada tumbuhan. 20. Floem mengangkut bahan organik hasil fotosintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan. 21. Epidermis bawah terletak di permukaan bawah daun. 22. Lapisan ini mempunyai stoma yang terdiri daripada sepasang sel pengawal. 2.2 Organ Utama Pertukaran Gas 1. Mekanisme pembukaan dan penutupan stoma bergantung pada keadaan sel pengawal sama ada segah atau flasid. 2. Keadaan sel pengawal ini dipengaruhi oleh pengambilan ion kalium (K+ ) oleh sel pengawal atau kepekatan sukrosa di dalam sap sel pengawal. 3. Pengumpulan atau penyingkiran ion kalium (K+ ) di dalam sel pengawal akan mengubah keupayaan zat terlarut. 4. Hal ini akan meningkatkan atau menurunkan keupayaan air di dalam sel pengawal. 5. Air akan meresap ke luar atau ke dalam sel pengawal secara osmosis. 6. Keadaan ini menentukan sama ada sel pengawal menjadi segah atau flasid. B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 11 06/09/2022 10:04 PM


12 7. Pada waktu siang atau dengan kehadiran cahaya, fotosinstesis berlaku dan menghasilkan gula yang larut (sukrosa). 8. Pada waktu malam atau semasa ketiadaan cahaya pula, gula yang terdapat dalam sel pengawal ditukarkan kepada kanji. 9. Air daripada tumbuhan hilang dalam bentuk wap air ke persekitaran melalui liang stoma. 10. Apabila bukaan stoma besar, kadar kehilangan air daripada tumbuhan adalah tinggi. 11. Pembukaan dan penutupan stoma bergantung pada tekanan segah sel pengawal. 2.3 Organ Utama Transpirasi 1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dalam bentuk wap air secara sejatan daripada tumbuhan ke atmosfera. 2. Kadar transpirasi dipengaruhi oleh keamatan cahaya, kelembapan relatif udara, suhu dan pergerakan udara. 2.4 Organ Utama Fotosintesis 1. Terdapat dua peringkat utama dalam fotosintesis, iaitu tindak balas bersandarkan cahaya dan tindak balas tidak bersandarkan cahaya. Tindak balas bersandarkan cahaya (berlaku di tilakoid) Tindak balas tidak bersandarkan cahaya (berlaku di stroma) 1. Pigmen fotosintesis di permukaan tilakoid akan menyerap tenaga cahaya. 2. Tenaga cahaya akan menguja elektron dalam pigmen klorofil ke aras yang lebih tinggi. 3. Elektron yang teruja daripada klorofil tadi akan melalui satu siri pengangkut elektron. Tenaga daripada elektron digunakan untuk menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP. 4. Elektron ini akhirnya akan diterima oleh penerima elektron terakhir, iaitu NADP+. NADP+ seterusnya bergabung dengan H+ daripada fotolisis dan membentuk NADPH yang merupakan suatu agen penurunan. 5. Pigmen molekul klorofil menarik elektron daripada air melalui fotolisis untuk kembali stabil. 6. Fotolisis ialah suatu proses di mana molekul air terurai membentuk ion hidrogen (H+ ) dan ion hidroksida (OH– ) dengan kehadiran tenaga cahaya dan klorofil. 7. Ion hidroksida kehilangan elektron dan membentuk gas oksigen dan air. 1. Gas karbon dioksida akan diikat kepada sebatian organik 5 karbon membentuk sebatian organik 6 karbon. 2. NADPH dan ATP dari tindak balas cahaya akan menurunkan sebatian organik ini kepada monomer glukosa. 3. Monomer-monomer glukosa terkondensasi untuk membentuk molekul kanji. Butiran kanji akan disimpan dalam stroma kloroplas. Tindak balas keseluruhan fotosintesis: Tenaga cahaya 12H2 O + 6CO2 C6 H12O6 + 6O2 + 6H2 O Air Karbon dioksida Klorofil Glukosa Oksigen Air 2. Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kadar fotosintesis: (a) Kepekatan karbon dioksida (b) Keamatan cahaya (c) Suhu 2.5 Titik Pampasan 1. Pada titik pampasan, kadar fotosintesis adalah sama dengan kadar respirasi. 2. Glukosa yang dihasilkan dalam fotosintesis digunakan dalam respirasi tumbuhan. Pengambilan CO2 berkurang Pengambilan CO2 bertambah Rendah Keamatan cahaya meningkat Tinggi Titik pampasan B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 12 06/09/2022 10:04 PM


13 TIP SOS 2.1 Struktur Daun 1. Antara berikut, yang manakah merupakan struktur dalaman daun? I Epidermis III Petiol II Mesofil berspan IV Lamina A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 2. Antara berikut, yang manakah tidak mempunyai kloroplas? A Sel pengawal C Mesofil palisad B Mesofil berspan D Kutikel 3. Apakah sel dalam tumbuhan yang mengandungi kepadatan kloroplas yang tinggi? KBAT Mengaplikasi A Sklerenkima C Mesofil palisad B Mesofil berspan D Epidermis 4. Antara berikut, yang manakah sifat yang membantu lamina menjalankan fotosintesis dengan lebih cekap? KBAT Menganalisis I Lamina adalah leper. II Lamina mempunyai satu lapisan kutikel. III Lamina adalah nipis. IV Lamina berkilat. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 5. Mengapakah lamina daun disusun dalam struktur mozek daun? KBAT Mengaplikasi A Ini membolehkan daun menerima cahaya matahari secara optimum untuk fotosintesis. B Ini membolehkan daun mempunyai susunan yang lebih cantik. C Ini membolehkan daun mejalankan pertukaran gas dengan lebih cekap. D Ini membolehkan daun mengurangkan kehilangan air. 6. Mengapakah terdapat lapisan kutikel di permukaan atas daun? A Kutikel membolehkan pertukaran gas berlaku antara daun dan persekitaran. B Kutikel membantu daun menyerap lebih banyak cahaya matahari untuk fotosintesis. C Kutikel mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui transpirasi. D Kutikel menguatkan sel epidermis atas pada daun. KERTAS 1 Setiap soalan mempunyai empat jawapan yang berbeza, A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 7. Mengapakah sel mesofil berspan mempunyai bentuk yang tidak sekata? KBAT Menganalisis A Membantu penyerapan cahaya matahari. B Membantu penyerapan air. C Membantu dalam pertukaran gas. D Membantu dalam pengangkutan makanan. 8. Rajah 1 menunjukkan struktur daun. A B C D Rajah 1 Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah terlibat paling aktif dalam fotosintesis? 2.2 Organ Utama Pertukaran Gas 9. Di manakah pertukaran gas berlaku pada tumbuhan? A Kutikel B Epidermis atas C Liang stoma D Xilem 10. Apakah sel yang bertanggungjawab mengawal liang stoma? A Sel pengawal B Sel epidermis atas C Sel mesofil D Sel epidermis bawah 11. Antara berikut, yang manakah kombinasi keadaan persekitaran yang menyebabkan pembukaan stoma dalam tumbuhan? Kelembapan udara Kelajuan angin Kandungan air dalam tanah A Tinggi Rendah Tinggi B Tinggi Rendah Rendah C Rendah Tinggi Tinggi D Rendah Tinggi Rendah Soalan 3: Sel ini hampir terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan dapat menjalankan fotosintesis dengan kadar yang tinggi. Soalan 4: Fikirkan cara untuk meningkatkan penyerapan cahaya matahari dan melakukan pertukaran gas dengan cekap. Soalan 5: Struktur mozek daun membantu daun agar tidak bertindih antara satu sama lain. Soalan 7: Fikirkan fungsi sel mesofil berspan. B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 13 06/09/2022 10:04 PM


14TIP SOSSoalan 12: Fikirkan proses-proses yang membantu pembukaan dan penutupan stoma. Soalan 14: Fikirkan kepekatan sap sel yang mempengaruhi sel pengawal. Soalan 16: Fikirkan keanjalan dinding luar dan dinding dalam sel pengawal. Soalan 18: Fikirkan perubahan kandungan air dalam sel pengawal. Soalan 21: Fikirkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air. 12. Rajah 2 menunjukkan sel pengawal dan stoma pada suatu tumbuhan darat. Q Rajah 2 Antara berikut, yang manakah menyebabkan Q tertutup? KBAT Mengaplikasi I Ion kalium keluar dari sel pengawal. II Glukosa dihasilkan dalam sel pengawal. III Sel pengawal menjadi hipotonik terhadap sel-sel bersebelahan. IV Sel pengawal membengkak dan menjadi segah. A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 13. Antara tumbuhan berikut, yang manakah tidak mempunyai stoma pada daunnya? A C B D 14. Bagaimanakah kepekatan sukrosa dalam sap sel pengawal membantu pembukaan stoma? KBAT Menganalisis A Kepekatan sukrosa yang rendah merangsang molekul air meresap keluar dari sel pengawal dan menyebabkan liang stoma terbuka. B Kepekatan sukrosa yang tinggi merangsang molekul air meresap keluar dari sel pengawal dan menyebabkan liang stoma terbuka. C Kepekatan sukrosa yang rendah merangsang molekul air meresap ke dalam sel pengawal dan menyebabkan liang stoma terbuka. D Kepekatan sukrosa yang tinggi merangsang molekul air meresap ke dalam sel pengawal dan menyebabkan liang stoma terbuka. 15. Apakah jenis tekanan pada sel pengawal yang mempengaruhi pembukaan dan penutupan stoma? A Tekanan udara B Tekanan segah C Tekanan sel D Tekanan atmosfera 16. Mengapakah sel pengawal melengkung ke luar ketika molekul air meresap ke dalamnya? KBAT Menganalisis A Dinding luar sel pengawal tebal dan dinding dalam sel pengawal nipis. B Dinding luar sel pengawal nipis dan dinding dalam sel pengawal tebal. C Ketebalan dinding luar dan dinding dalam sel pengawal yang sama. D Sel pengawal tidak mempunyai dinding sel. 2.3 Organ Utama Transpirasi 17. Antara organ tumbuhan berikut, yang manakah terlibat dalam proses transpirasi? I Akar III Buah II Batang IV Bunga A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 18. Antara berikut, yang manakah faktor yang tidak menyumbang kepada kelayuan tumbuhan? KBAT Menganalisis A Peningkatan kepekatan sukrosa dalam sel pengawal. B Sel pengawal menjadi segah. C Pembukaan liang stoma. D Penutupan liang stoma. 19. Apakah peralatan yang boleh digunakan untuk mengukur kadar transpirasi? A Respirometer C Fotometer B Kalorimeter D Potometer 20. Antara berikut, yang manakah faktor yang menjejaskan kadar transpirasi? I Keamatan cahaya II Suhu III pH IV Kepekatan karbon dioksida A I dan II C II dan IV B I dan III D III dan IV 21. Antara berikut, yang manakah kombinasi keadaan persekitaran yang menyebabkan pembukaan stoma dalam tumbuhan? KBAT Menganalisis Kelembapan udara Kelajuan angin Suhu A Rendah Tinggi Rendah B Rendah Tinggi Tinggi C Tinggi Rendah Rendah D Tinggi Rendah Tinggi B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 14 06/09/2022 10:04 PM


15 TIP SOS 22. Rajah 3 menunjukkan graf kesan keamatan cahaya terhadap kadar transpirasi bagi suatu tumbuhan. Kadar transpirasi Keamatan cahaya D C B A Rajah 3 Antara A, B, C dan D, yang manakah menunjukkan kecenderungan graf jika keamatan cahaya terus meningkat? 23. Rajah 4 menunjukkan susunan radas eksperimen yang dijalankan oleh Fatimah untuk mengkaji kadar transpirasi dalam tumbuhan dengan menggunakan potometer. Eksperimen dibiarkan selama 10 minit. 0 cm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Guntingan batang Takungan Pembaris Tiub kapilari Gelembung udara Rajah 4 Jadual berikut menunjukkan kedudukan gelembung udara pada awal dan akhir eksperimen. Kedudukan gelembung udara awal eksperimen (cm) 3.8 Kedudukan gelembung udara pada akhir eksperimen (cm) 6.5 Berapakah kadar transpirasi tumbuhan tersebut? A 2.7 cm/min C 27 cm/min B 0.027 cm/min D 0.27 cm/min 24. Di manakah potometer harus diletakkan bagi mengurangkan kadar transpirasi tumbuhan berdaun? KBAT Menganalisis A Bilik mandi C Kawasan terbuka B Rumah hijau D Kawasan teduh 2.4 Organ Utama Fotosintesis 25. Persamaan berikut menunjukkan proses P yang berlaku di kloroplas. cahaya 24H2 O 24H+ + 24OH– klorofil Rajah 5 menunjukkan struktur kloroplas. C D B A Rajah 5 Antara bahagian berlabel A, B, C dan D, yang manakah terlibat dalam proses P? 26. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai fotosintesis? A Fotosintesis hanya berlaku dengan kehadiran cahaya. B Fotosintesis menghasilkan kanji. C Fotosintesis menghasilkan glukosa sebagai salah satu hasil. D Fotosintesis membebaskan tenaga. 27. Persamaan kimia berikut menunjukkan sejenis tindak balas yang berlaku dalam tumbuhan. Cahaya W + 12H2 O X + Y + 6H2 O Klorofil Apakah W, X dan Y? W X Y A 6CO2 C6 H12O6 6H2 O B 6CO2 C6 H12O6 6O2 C 6O2 C6 H12O6 6H2 O D 6O2 C6 H12O6 6CO2 28. Apakah kesimpulan yang dibuat oleh Jan-Baptista van Helmont yang menyumbang kepada penemuan fotosintesis? A Tumbuhan bertumbuh dengan menggunakan air di dalam tanah. B Tumbuhan bertumbuh dengan menggunakan air yang disiramkan ke tanah dan bukan air di dalam tanah itu sendiri. C Tumbuhan bertumbuh dengan menyerap nutrien di dalam tanah. D Tanam bertumbuh dengan menyerap nutrien dan air di dalam tanah. 29. Siapakah ahli sains yang membuktikan bahawa tumbuhan membebaskan oksigen dengan menggunakan eksperimen dengan tikus dan tumbuhan dalam balang kaca? A Joseph Priestly C Jean Senebier B F. F. Blackman D Robert Mayer Soalan 23: Kira dengan menggunakan formula, Kadar transpirasi = Jarak pergerakan gelembung udara (cm) Masa yang diambil (min) Soalan 24: Pertimbangkan keadaan setiap tempat. Soalan 28: Fikirkan proses yang tumbuhan lalui. B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 15 06/09/2022 10:04 PM


17 TIP SOS KERTAS 2 Bahagian A Jawab semua soalan. 1. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas daun bagi sejenis tumbuhan akuatik. Permukaan air Ruang udara Z X Y Rajah 1 (a) Namakan struktur X, Y dan Z. [3 markah] (b) (i) Cadangkan satu fungsi ruang udara dalam Rajah 1 yang membantu dalam fotosintesis. KBAT Menilai [1 markah] (ii) Nyatakan satu lagi fungsi ruang udara yang membantu mengekalkan kedudukan daun tersebut. [1 markah] (c) Nyatakan dua bentuk dari segi struktur daun tersebut yang berbeza daripada tumbuhan daratan. KBAT Mencipta [2 markah] 2. Rajah 2 menunjukkan sebuah eksperimen yang dijalankan untuk membuktikan hipotesis bahawa karbon dioksida diperlukan dalam proses fotosintesis. Kelalang kon B Kapas Daun Daun B A Pepejal kalium hidroksida Kelalang kon A Rajah 2 (a) Apakah fungsi pepejal kalium hidroksida? KBAT Menganalisis [1 markah] Soalan 1: (b) (i) Jelaskan fungsi ruang udara dalam fotosintesis. (c) Kenal pasti kedudukan liang stoma dan taburan kloroplas dalam sel-sel tumbuhan daratan. Soalan 2: (a) Fungsinya berkaitan dengan sejenis gas. B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 17 06/09/2022 10:04 PM


39 TIP SOS Bahagian B 5. Rajah 4 menunjukkan sistem pengangkutan bahan dalam tumbuhan. Air Tanah Rajah 4 (a) Sistem pengangkutan bahan dalam tumbuhan melibatkan dua jenis tisu vaskular. Terangkan bagaimana struktur tisu vaskular disesuaikan untuk mengangkut bahan-bahan dalam tumbuhan. KBAT Mengaplikasi [6 markah] (b) Terangkan kepentingan pengangkutan air dalam tumbuhan. [4 markah] (c) Berdasarkan rajah di atas, huraikan mekanisme pengangkutan air dari tanah ke daun. [10 markah] Bahagian C 6. Rajah 5 menunjukkan hubungan antara organisma X dan tumbuhan. Tumbuhan Organisma X Bahagian mulut yang tajam Rajah 5 (a) (i) Bagaimanakah organisma X memperoleh tenaga dari tumbuhan? [4 markah] (ii) Sekiranya organisma X muncul dalam bilangan yang banyak, terangkan kesan yang mungkin akan berlaku pada tumbuhan itu. KBAT Menilai [6 markah] (b) Fitoremediasi merupakan satu kaedah rawatan yang menggunakan tumbuhan untuk tujuan degradasi, pengekstrakan atau penyingkiran bahan pencemar di dalam tanah dan air. Walau bagaimanapun, fitoremediasi mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan. Bincangkan. KBAT Menilai [10 markah] Soalan 5: (a) Kenal pasti dua jenis tisu vaskular terlebih dahulu. Soalan 6: (a) (ii) Kaitkan cara organisma X memperoleh nutrien dari tumbuhan dan kesannya. (b) Fikirkan tentang bahan pencemar di dalam tanah dan proses rawatan ini. B04 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 39 08/09/2022 11:51 AM


108TIP SOS(b) Talasemia ialah penyakit pewarisan. Terangkan penyebab kepada penyakit ini dan bagaimana penyakit ini memberi kesan terhadap kesihatan seseorang. [4 markah] (c) Pernyataan berikut merujuk kepada pewarisan faktor Rhesus. Seorang lelaki yang mempunyai faktor Rhesus dalam darahnya ialah Rh-positif. Isterinya yang tidak mempunyai faktor Rhesus dalam darahnya ialah Rh-negatif. Anak pertama mereka yang Rh-positif dapat hidup tetapi anak kedua mereka yang juga Rh-positif tidak dapat hidup. Terangkan pernyataan di atas. [6 markah] (d) Nyatakan empat perbezaan antara Sindrom Down dengan buta warna berdasarkan sebab dan ciri-cirinya. KBAT Menilai [4 markah] Bahagian C 6. (a) Kacukan dihibrid antara dua variasi kelapa sawit, iaitu Dura dan Pisifera menghasilkan kelapa sawit jenis baru, iaitu Tenera. Tenera mempunyai buah yang lebih berkualiti berbanding dengan Dura dan Pisifera seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 Variasi kelapa sawit Trait Genotip Fenotip Dura hhFF Sabut nipis Isirung tebal Pisifera HHff Sabut tebal Isirung nipis Tenera Sabut tebal Isirung tebal Kekunci: H – mewakili alel dominan untuk ciri sabut tebal F – mewakili alel dominan untuk ciri isirung tebal Kacukan sesama sendiri tanaman variasi Tenera tidak menghasilkan semua anak yang berkualiti seperti induknya. Terangkan mengapa. KBAT Mencipta [10 markah] (b) Kelvin berambut perang dan bermata biru. Dia telah berkahwin dengan wanita yang berambut hitam dan bermata coklat. Dengan menggunakan rajah skema pewarisan, terangkan bagaimana anak perempuan mereka akan mendapat rambut hitam dan mata biru. KBAT Menilai [10 markah] B11 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 108 08/09/2022 11:47 AM


21 TIP SOS Pengukuhan dan Pengujian Kemahiran Proses Sains untuk Kertas 3 (Ujian Amali) 1. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kepekatan karbon dioksida terhadap kadar fotosintesis. Rajah 1 menunjukkan susunan radas eksperimen. Tangan retort Termometer Larutan natrium hidrogen karbonat 0.04 M Bikar Tabung didih Mentol Air suling Klip kertas Hydrilla sp. 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Pembaris Rajah 1 Jalankan eksperimen dengan langkah-langkah berikut: (i) Lekatkan klip kertas pada bahagian bawah batang Hydrilla sp. dan masukkan ke dalam tabung didih. (ii) Tuangkan 5 ml larutan natrium hidrogen karbonat 0.04 M dengan menggunakan silinder penyukat ke dalam tabung didih. (iii) Apitkan tabung didih dalam keadaan menegak pada pemegang kaki retort. (iv) Nyalakan mentol 60 W dengan jarak 10 cm dari Hydrilla sp. (v) Kira dan rekodkan bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam masa 5 minit. Ambil tiga kali bacaan untuk mendapatkan purata. (vi) Ulangi langkah (ii) hingga (v) untuk kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat yang lain. (vii) Rekodkan keputusan dalam Jadual 1. [4 markah] Jadual 1 Kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat (M) Bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam masa 5 minit Kadar fotosintesis (M min–1) 1 2 3 Purata 0.04 0.08 0.12 (a) Nyatakan hipotesis eksperimen ini. [1 markah] (b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini. (i) Pemboleh ubah dimalarkan (ii) Pemboleh ubah dimanipulasikan (iii) Pemboleh ubah bergerak balas [3 markah] (c) Nyatakan fungsi termometer dalam eksperimen ini. [1 markah] B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 21 06/09/2022 10:04 PM


22TIP SOS(d) (i) Nyatakan satu pemerhatian dalam eksperimen ini. [1 markah] (ii) Berikan satu inferens berdasarkan pemerhatian di (d)(i). [1 markah] (e) Berdasarkan pemerhatian yang direkodkan, plotkan graf bagi kadar fotosintesis melawan kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat. [3 markah] (f) Mengapakah larutan natrium hidrogen karbonat digunakan dan bukannya air suling digunakan dalam eksperimen ini? [1 markah] Sekiranya anda tidak dapat menjalankan eksperimen ini, anda boleh menjawab soalan ini melalui pemerhatian yang disediakan dalam data sampel yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2 Kepekatan larutan natrium hidrogen karbonat (M) Bilangan gelembung udara yang dibebaskan dalam masa 5 minit Kadar fotosintesis (M min–1) 1 2 3 Purata 0.04 5 6 7 6 1.2 0.08 11 8 11 10 2.0 0.12 12 12 12 12 2.4 B02 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 22 06/09/2022 10:04 PM


120 Jawapan Bab 1 BAB 1 Kertas 1 1. C 2. B Tisu vaskular merangkumi xilem dan floem yang membantu dalam pengangkutan bahan dalam tumbuhan. 3. C 4. D 5. A Salur xilem dan tisu sklerenkima mempunyai sel dinding berlignin bagi menyokong tumbuhan. 6. B Sel-sel parenkima ialah sel yang tersusun longgar dan mempunyai dinding sel nipis dengan sejumlah besar kloroplas untuk fotosintesis. 7. A 8. D Sel meristem yang terdapat di hujung akar membantu tanaman bertumbuh dan sel rambut akar di hujung akar membantu tumbuhan menyerap air dan mineral. 9. B Pemvakuolan berlaku untuk membantu pemanjangan sel dalam tumbuhan. 10. C Pembentukan xilem sekunder adalah salah satu proses dalam pertumbuhan sekunder tumbuhan. 11. A P ialah tisu floem yang membantu mengangkut hasil fotosintesis dalam tumbuhan. 12. C Kambium gabus mengandungi sel meristem yang menjalankan pembahagian sel untuk menghasilkan gabus. 13. D Zon I ialah zon pembahagian sel yang mengandungi sel meristem untuk menjalankan mitosis bagi menghasilkan sel baru untuk pertumbuhan. 14. B 15. B Meristem lateral ialah meristem vaskular yang membantu tumbuhan menambahkan ukur lilitnya. 16. D 17. A 18. C Walaupun pertumbuhan sekunder berlaku dalam tumbuhan, pertumbuhan primer juga terus dijalankan dalam tumbuhan. 19. A 20. B Xilem primer mengandungi dinding sel yang berlignin untuk memberikan sokongan kepada tumbuhan. 21. C 22. D 23. B Gabus diperbuat daripada kulit lembut dalaman yang dihasilkan oleh kambium berspan (sejenis kambium vaskular). 24. D 25. A 26. A 27. B Tumbuhan dwimusim melengkapkan musim pertumbuhan tampang dan musim pembiakan. Contohnya ialah kubis, lobak merah dan pokok bunga balung ayam. 28. C Pokok itu ialah pokok mangga yang dikelaskan sebagai tumbuhan saka. 29. C P ialah peringkat percambahan dan makan yang disimpan di dalam kotiledon digunakan. Q ialah peringkat penuaan dan akhirnya tumbuhan itu akan mati. 30. D Rumput ialah tumbuhan saka dan tidak mempunyai lengkung pertumbuhan yang sama dengan pokok tembikai yang merupakan tumbuhan semusim. Selain itu, rumput mempunyai beberapa lengkung sigmoid berulangan dalam lengkung pertumbuhannya serta dapat menghasilkan bunga dan buah untuk beberapa kali. Kertas 2 Bahagian A 1. (a) Pertumbuhan primer (b) P – Zon pembezaan sel Q – Zon pemanjangan sel R – Zon pembahagian sel (c) (i) Proses ini membolehkan sel-sel pada zon ini menambahkan saiz mereka melalui proses pemvakuolan. (ii) Korteks parenkima, endodermis 2. (a) Membantu melindungi zon pembahagian sel. (b) (i) Jisim kering 1 markah 1 markah 1 markah 0 Masa (minggu) (ii) Di permulaan graf, jisim kering berkurangan kerana makanan simpanan dalam biji benih digunakan untuk respirasi bagi membentuk daun dan akar semasa pencambahan. Apabila daun yang terbentuk menjalankan fotosintesis, pertumbuhan berlaku dalam lengkung sigmoid. Di akhir graf, jisim kering semakin berkurangan apabila biji benih baru disebarkan sebelum mati. 3. (a) Struktur P: Salur xilem Struktur Q: Tiub tapis (b) Mitosis (c) Struktur P (Salur xilem) ialah tiub berongga yang berterusan untuk memberikan aliran air dan mineral yang berterusan. Struktur Q (Tiub tapis) ialah rangkaian sel memanjang secara menegak dengan sambungan plat tapis untuk membolehkan pengangkutan makanan ke semua arah dalam tumbuhan. (d) Struktur P (Tiub xilem) mempunyai dinding sel tebal yang berlignin yang menjadikannya cukup kuat untuk memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan. 4. (a) Tumbuhan semusim – W Tumbuhan dwimusim – X Tumbuhan saka – Y (b) (i) Jisim kering (g) Masa (minggu) Label paksi-x dan paksi-y yang betul = 1 markah Bentuk lengkung yang betul = 1 markah Jawapan 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 120 08/09/2022 11:42 AM


121 (ii) Lengkung pertumbuhan itu mempunyai dua lengkung sigmoid. Lengkung sigmoid yang pertama menunjukkan musim pertumbuhan tampang bagi tumbuhan lobak merah dan lengkung sigmoid yang kedua menunjukkan musim pembiakan tumbuhan lobak merah. Bahagian B 5. (a) Sel yang wujud dalam zon P ialah sel meristem. [1] Sel meristem mempunyai saiz yang kecil. [1] Sel meristem mempunyai dinding sel yang nipis. [1] Sel meristem mempunyai nukleus yang besar. [1] Sel meristem tidak mempunyai vakuol atau mempunyai vakuol yang kecil. [1] Tiada ruang di antara sel meristem. [1] (b) Zon P ialah zon pembahagian sel. [1] Sel membahagi secara aktif semasa mitosis untuk menghasilkan sel yang sama bagi meningkatkan bilangan sel baru. [1] Zon Q ialah zon pemanjangan sel. [1] Sel membesar dengan menyerap lebih banyak air dan mineral dengan pembesaran saiz vakuol. [1] Zon R ialah zon pembezaan sel. [1] Sel membeza daripada satu sama lain untuk membentuk sel unik seperti sel epidermis, sel mesofil, tisu xilem dan tisu floem.[1] (c) (i) A B Sel epidermis meliputi bahagian luar batang. Kulit kayu dan gabus meliputi bahagian luar batang. [1] Tiada kayu pada batang. Kayu didapati di dalam batang. [1] Tiada pembentukan kambium gabus di bawah epidermis. Pembentukan kambium gabus di bawah epidermis. [1] Tiada penyambungan kambium vaskular pada berkas vaskular. Penyambungan kambium vaskular pada berkas vaskular untuk membentuk gegelang kambium. [1] Terdapat xilem primer sahaja di dalam berkas vaskular. Terdapat xilem primer dan xilem sekunder di dalam berkas vaskular. [1] Terdapat floem primer sahaja di dalam berkas vaskular. Terdapat floem primer dan floem sekunder di dalam berkas vaskular. [1] (ii) Pertumbuhan tumbuhan saka adalah berbentuk jujukan sigmoid yang kecil. [1] Hal ini disebabkan pertumbuhan sekunder tumbuhan saka dijejaskan oleh faktor-faktor seperti keamatan cahaya, air dan suhu persekitaran. [1] Pada musim bunga, keamatan cahaya dan suhu persekitaran yang tinggi menggalakkan tumbuhan tumbuh dengan lebih pesat. [1] Pada musim luruh, tumbuhan saka tumbuh dengan lebih lambat akibat keamatan cahaya lebih rendah. [1] Pada musim sejuk, kadar pertumbuhan tumbuhan saka menjadi sangat perlahan kerana kambium vaskular dan meristem lateral hampir dalam keadaan dorman akibat keamatan cahaya dan suhu persekitaran yang sangat rendah. [1] 6. (a) Umur tumbuhan berkayu dapat ditentukan dengan mengira jumlah gelang tahunan yang ditunjukkan pada keratan rentas batangnya. [1] Kadar pertumbuhan sekunder kambium vaskular dipengaruhi oleh musim di negara-negara beriklim sederhana. [1] Kambium vaskular tidak aktif pada musim sejuk. [1] Pada musim bunga, kambium vaskular menjadi lebih aktif. [1] Kambium vaskular yang lebih aktif membentuk salur xilem yang besar dan berdinding nipis. [1] Pada musim luruh, kambium vaskular menjadi kurang aktif. [1] Kambium vaskular yang kurang aktif membentuk salur xilem yang lebih sempit tetapi lebih berlignin. [1] Bahagian kayu yang terbentuk pada musim bunga mempunyai warna yang lebih cerah sementara bahagian kayu yang terbentuk pada musim luruh mempunyai warna yang lebih gelap. [1] Gelang tahunan terbentuk daripada corak kawasan cerah dan gelap yang berselang-seli. [1] Oleh itu, usia tumbuhan berkayu dapat ditunjukkan berdasarkan gelang tahunan. [1] (b) Pertumbuhan berterusan tumbuhan berlaku pada meristem apeks akar dan meristem apeks pucuk. [1] Pertumbuhan tumbuhan yang berterusan dapat membantu tumbuhan untuk menjalani pertumbuhan primer dan sekunder. [1] Sel meristem dapat terus membahagi untuk menghasilkan sel baru. [1] Sel meristem ini terletak di zon pembahagian sel. [1] Jadi, sel baru terus bertambah sementara sel lama kehilangan keupayaan untuk membahagi dan membentuk badan tumbuhan. [1] (c) Pertumbuhan apeks pucuk dapat dicegah dengan pertumbuhan lateral pucuk yang berterusan. [1] Dalam saranan Cik Chang kepada petani, apeks pucuk akan dipotong. [1] Ini membolehkan lateral pucuk bertumbuh secara aktif dan berterusan. [1] Oleh itu, ketinggian pokok mangga dapat dikawal tanpa mempengaruhi pertumbuhan pokok mangga. [1] Selain itu, tidak akan mempengaruhi pengeluaran hasil pokok mangga. [1] Bahagian C 7. (a) Pertumbuhan ialah proses peningkatan saiz dan bilangan sel yang berlaku sepanjang hayat suatu organisma. [2] (b) (i) Corak pertumbuhan rumput berbeza dengan corak pertumbuhan belalang. Rumput menunjukkan pertumbuhan yang tidak terhad tetapi belalang menunjukkan pertumbuhan yang terhad. [1] Rumput tumbuh sepanjang hayatnya tetapi belalang mempunyai tempoh pertumbuhan yang terhad. [1] Rumput tumbuh secara berterusan tetapi belalang membesar sekali-sekala untuk memaksimumkan saiznya. [1] Rumput tumbuh dengan pemanjangan sel melalui pemvakuolan tetapi belalang membesar dengan menambahkan sel-sel badannya. [1] Rumput tidak mengalami proses ekdisis tetapi belalang mengalami proses ekdisis. [1] (ii) Ketinggian (m) 0 Masa (minggu) Label paksi-x dan paksi-y yang betul = 1 markah Bentuk lengkung yang betul = 1 markah Lengkung pertumbuhan pokok padi menunjukkan lengkung sigmoid. [1] Pokok padi ialah tumbuhan semusim. [1] Lengkung pertumbuhan menunjukkan penurunan kerana makanan yang tersimpan di kotiledon digunakan untuk percambahan biji benih untuk menghasilkan daun. [1] Bab 1 Jawapan 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 121 08/09/2022 11:42 AM


122 Setelah daun tumbuh, pokok padi dapat menjalankan fotosintesis dan ketinggian pokok padi bertambah. [1] Seterusnya, kadar pertumbuhan menjadi malar kerana pokok padi sudah matang. [1] Akhirnya, pokok padi mengalami proses penuaan dan parameternya akan berkurang. [1] (iii) Jisim kering ialah parameter yang lebih sesuai untuk mengukur pertumbuhan tumbuhan. [1] Jisim kering merujuk kepada jisim selepas penyingkiran air pada tumbuhan dengan memanaskan tumbuhan pada suhu 110°C sehingga mencapai jisim tetap. [1] Jisim kering lebih sesuai sebagai parameter pertumbuhan kerana ketinggian tidak dapat menunjukkan jumlah pertumbuhan tumbuhan yang tepat kerana hanya mempertimbangkan satu dimensi pertumbuhan tumbuhan. [1] Oleh kerana tumbuhan dapat tumbuh dengan kadar yang berbeza untuk dimensi yang berbeza, maka jisim kering lebih sesuai sebagai parameter pertumbuhan. [1] Jisim kering memastikan bahawa hanya bahan organik pada tumbuhan yang ditimbang. [1] Kertas 3 1. (a) Prosedur: 1. Letakkan kacang hijau di dalam bekas berisi kapas basah untuk membolehkan radikel tumbuh menjadi akar. 2. Potong hujung akar dengan panjang kira-kira 10 mm. 3. Rendam akar ke dalam asid asetik 10 cm3 dengan etanol 30  cm3 . 4. Potong akar dengan pisau secara membujur. 5. Bilas akar yang dihiris dengan air suling dan letakkan di atas gelas kaca dengan setitis air suling. 6. Titiskan dua titis pewarna aseto-orcein ke akar yang dihiris. 7. Perhatikan slaid yang disediakan di bawah mikroskop cahaya. 8. Lukis dan labelkan zon pembahagian sel, zon pemanjangan sel dan zon pembezaan sel pada akar. (b) Zon pembezaan sel Zon pemanjangan sel Zon pembahagian sel Jidal akar (c) Di zon pembahagian sel, terdapat sel meristem yang bersaiz sangat kecil dengan nukleus yang besar. Di zon pemanjangan sel, sel mempunyai vakuol besar. Di zon pembezaan sel, sel dibezakan menjadi sel khusus. (d) (i) Merah (ii) Untuk mewarnakan kromosom (d) Aseto-orcein mempunyai bau yang kuat seperti cuka dan merengsa. Kebuk wasap diperlukan untuk menyingkirkan bau kuat dari makmal biologi semasa eksperimen. BAB 2 Kertas 1 1. A 2. D 3. C Sel mesofil palisad ialah lapisan kedua sel dalam daun yang terdedah kepada cahaya matahari. Sel ini memerlukan sejumlah besar kloroplas untuk menjalankan fotosintesis. 4. B Lamina adalah leper untuk menambahkan luas permukaan untuk menyerap lebih banyak cahaya matahari bagi fotosintesis. Lamina adalah nipis untuk pertukaran gas berlaku dengan lebih mudah dan cepat. 5. A Struktur mozek daun membantu mengurangkan pertindihan daun dan membolehkan daun menerima cahaya matahari secara optimum untuk menjalankan fotosintesis. 6. C Lapisan kutikel ialah lapisan kalis air yang membantu mencegah kehilangan air dari permukaan daun. 7. C Sel mesofil berspan berbentuk tidak sekata dapat menambahkan luas permukaan untuk pertukaran gas. 8. B 9. C 10. A 11. A 12. B Pergerakan ion kalium keluar dari sel pengawal menyebabkan sel pengawal menjadi hipotonik terhadap sel-sel bersebelahannya untuk membolehkan molekul-molekul air bergerak keluar dari sel pengawal sehingga liang stoma tertutup. 13. C 14. D Kepekatan sukrosa yang tinggi menyebabkan sap sel menjadi hipertonik dan merangsang molekul-molekul air meresap ke dalam sel pengawal untuk menyebabkan liang stoma terbuka. 15. B 16. B Dinding luar sel yang nipis dan lebih elastik dan dinding dalam sel yang tebal dan tidak begitu elastik menyebabkan sel pengawal melengkung ke luar. 17. C 18. D Peningkatan kepekatan sukrosa dalam sel pengawal dan sel pengawal menjadi segah dapat menjadikan sel pengawal melengkung ke luar dan membuka liang stoma. Apabila liang stoma terbuka, kadar transpirasi meningkat menyebabkan tumbuhan kehilangan banyak air. 19. D 20. A 21. B Faktor kelembapan udara rendah, kelajuan udara tinggi dan suhu tinggi meningkatkan kadar transpirasi. Oleh itu, air akan menyejat keluar dari tumbuhan dengan kadar tertinggi. 22. C 23. D Kadar transpirasi = 6.5 – 3.8 10 = 0.27 cm/min 24. A Bilik mandi mempunyai kelembapan tinggi dan kelajuan udara yang rendah untuk menurunkan kadar transpirasi. 25. A 26. C 27. B 28. B 29. A 30. C Tindak balas bersandarkan cahaya berlaku di tilakoid pada waktu siang. Tindak balas ini membebaskan oksigen dan tiada glukosa yang terbentuk. Tindak balas tidak bersandarkan cahaya berlaku di stroma pada waktu siang dan malam. Tindak balas ini tidak membebaskan oksigen dan glukosa terbentuk. 31. A Lampu 40 W memberikan keamatan cahaya yang lebih rendah kepada tumbuhan. Oleh itu, kadar fotosintesis akan dikurangkan dan kurang gelembung oksigen akan dibebaskan. 32. B Keamatan cahaya dan suhu ialah faktor-faktor pengehad dalam eksperimen ini. Faktor ini akan mengehadkan kadar fotosintesis walaupun kepekatan karbon dioksida meningkat. Bab 1 – Bab 2 Jawapan 1202 Biologi Ting 5 KSSM.indd 122 08/09/2022 11:42 AM


Click to View FlipBook Version