MESTI TAHU i – vi Bab 1 Sistem Bahasa 1 Bab 2 Pemahaman Teks 37 Bab 3 Pemindahan Maklumat 79 Bab 4 Penulisan 86 Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 117 Jawapan 127 Kandungan
Kata Nama 1 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Kerja 3 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Tanya 5 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Seru 7 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Bantu/Kata Penguat 9 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Sendi Nama 11 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Kata Nama 1. Kata Nama Am: merujuk benda yang bersifat umum. • Ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. • Contoh: kakak, rumput, nasi, susu, dapur Ayat: Kakak masak nasi. 2. Kata Nama Khas: merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus. • Ditulis dengan huruf besar. • Contoh: Aminah, Hotel Mutiara, Pulau Pinang, Sekolah Kebangsaan Taman Jaya, Si Comel Ayat: Aminah bekerja di Hotel Mutiara. Kata Seru • Ditandai dengan tanda seru (!) . • Tanda seru mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Kata Seru Penggunaan aduh Menyatakan rasa sakit. wahai Untuk menarik perhatian atau menyeru. syabas Menunjukkan rasa puas hati. eh Untuk menyindir atau terkejut. aduhai Menunjukkan rasa sedih, mengeluh, kasihan. wah Menunjukkan kekaguman atau terkejut. oh Menunjukkan hairan, kecewa, sudah tahu. Contoh: (i) Wahai, tingginya bangunan ini! (SALAH) (iii) Wah, tingginya bangunan ini! (BETUL) Kata Sendi Nama Kata Sendi Nama dari, daripada, ke, kepada, pada, di, bagi/untuk, demi, dengan, akan, hingga/sampai, tentang, seperti/bagai/umpama/laksana Kesalahan Penggunaan: (i) Dia berasal daripada Pulau Pinang. (SALAH) (ii) Dia berasal dari Pulau Pinang. (BETUL) (i) Dia perlu lebih berhati-hati di masa depan. (SALAH) (ii) Dia perlu lebih berhati-hati pada masa depan. (BETUL) (i) Keputusan itu diserahkan ke Ami.(SALAH) (ii) Keputusan itu diserahkan kepada Ami. (BETUL) Kata Tanya Kata Tanya Penggunaan apa untuk menanyakan perihal sesuatu siapa untuk menanyakan perihal seseorang bila untuk menanyakan waktu berapa untuk menanyakan jumlah/bilangan bagaimana untuk menanyakan keadaan atau cara sesuatu mengapa untuk menanyakan sebab mana untuk menanyakan tempat Kesalahan Penggunaan Kata Tanya: Salah (✗) 1. Kami ingin tahu di mana dia tinggal sekarang? 2. Semalam awak menangis, mengapakah? Betul (✓) 1. Kami ingin tahu tempat tinggal dia sekarang? 2. Semalam awak menangis, mengapa? Kata Kerja 1. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) • Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Terbahagi kepada 2: (a) KKTT tanpa pelengkap Contoh: pulang, tidur, tersenyum, berbual, menggunting Ayat: Ayah saya masih tidur. (b) KKTT berpelengkap • Memerlukan pelengkap selepas kata kerja. Contoh: beransur, tinggal, menjadi, berbuat Ayat: Kakak menjadi guru. 2. Kata Kerja Transitif (a) Ayat Aktif Contoh: Saya telah memulangkan buku itu. (b) Ayat Pasif Contoh: Buku itu telah saya pulangkan. Kata Bantu • Penggunaan kata bantu harus disesuaikan dengan situasi dan ayat. Contoh kata bantu: (i) kata bantu aspek – telah, sudah, baru, pernah, akan, sedang (ii) kata bantu ragam – hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat Kesalahan Penggunaan: (i) Obesiti akan diatasi dengan mengamalkan pemakanan seimbang. (SALAH) (ii) Obesiti dapat diatasi dengan mengamalkan pemakanan seimbang. (BETUL) Kata Penguat Kata Penguat (KP) Contoh KP Hadapan terlalu, paling, agak KP Belakang sekali, benar, nian KP Bebas amat, sangat, sungguh Info Bahasa dan Kesalahan Umum MESTI TAHU
Peribahasa 20 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Komsas 22 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Komsas 24 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Penggunaan Kata Yang Tepat 14 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Penggandaan 16 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa 18 © Pan Asia Publications Sdn. Bhd. Peribahasa Peribahasa Maksud Tanam cempedak, tumbuh nangka Apa yang diperoleh lebih daripada apa yang diharapkan Sempit bertimpuh, lega berlunjur Berbelanja mengikut pendapatan Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh Habis kapak berganti beliung Sangat rajin bekerja Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan Ketua yang akan membantu rakyatnya yang dalam kesusahan Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi Komsas Watak dan Perwatakan • Watak: Seseorang yang mendukung sesebuah cerita. • Contoh: Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin – Watak: Sim Pau: isteri kepada Lim Pooi, mempunyai dua orang anak, Lim Foong yang telah meninggal dan Lim Meng yang masih hidup. – Perwatakan: 1. Seorang yang penyayang. Sim Pau sayang akan anak dan suaminya dan dia berusaha untuk menyatukan semula keluarganya dengan memberitahu hal yang sebenar kepada suaminya. 2. Seorang yang berani. Sim Pau berani menegur sikap suaminya yang menyalahkan Lim Meng atas malapetaka yang berlaku kepada keluarga mereka. Komsas Plot • Susunan atau jalan peristiwa dalam sesebuah cereka. • Binaan plot: – Permulaan: Babak perkenalan watak dan latar. – Perkembangan: Perkara yang berlaku sebelum mencapai perumitan. – Perumitan: Konfl ik yang timbul pada bahagian permulaan menjadi semakin tegang disebabkan adanya konfl ik-konfl ik antara watak. – Klimaks: Tahap paling tinggi bagi pembaca mengalami detik saspens dan cemas. – Peleraian: Konfl ik berakhir dengan menemukan jalan penyelesaiannya. Penggandaan • Perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar. Kesalahan Penggunaan: 1. Semua murid-murid sedang bermain di padang. (✗) Semua murid sedang bermain di padang. (✓) 2. Tasik itu dipenuhi pepohon-pepohon yang rendang. (✗) Tasik itu dipenuhi pepohon yang rendang. (✓) 3. Sebagai jiran, kita hendaklah saling tolong-menolong. (✗) Sebagai jiran, kita hendaklah tolong-menolong. (✓) 4. Athirah memanggil-manggil Ameera berkali-kali. (✗) Athirah memanggil-manggil Ameera. (✓) Peribahasa Peribahasa: Ayat atau kelompok ayat yang mempunyai susunan maksud tertentu. Simpulan Bahasa: Simpulan Bahasa Maksud ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang darah daging anak kandung lidah bercabang kata-kata yang tidak boleh dipercayai tebal muka tidak tahu malu tin kosong bercakap tanpa ilmu Penggunaan Kata yang Tepat Kata yang Tepat Contoh mencelur masuk sayur seketika ke dalam air panas bergaram menggalas membawa sesuatu barang di belakang bahu menggandar membawa sesuatu dengan menggunakan kayu yang diletakkan di atas bahu membimbit membawa sesuatu dengan menggunakan jari merenggut menyentak atau menarik sesuatu dengan pantas merentap menarik dengan kuat menyambar menangkap atau mengambil dengan pantas mencantas memotong dengan sekali hayun menghiris memotong sesuatu nipis-nipis mengelar menghiris/memotong sesuatu yang tidak terputus memangkas memendekkan atau memotong menakik membuat torehan dipokok. Info Bahasa dan Info Komsas MESTI TAHU
1 Bab 1 1.1 Kata Nama Am dan Kata Nama Khas 1. Kata nama am ialah kata untuk menyatakan manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan atau benda secara umum. Contoh: Kata Nama Am Manusia Binatang Benda abang, adik, ibu, datuk, peladang rumput, bunga mawar, rumpair, kelapa, getah, tebu kucing, arnab, kera, gajah, kuda, zirafah nasi, roda, kereta, awan, rumah, meja, dapur Tumbuh-tumbuhan 2. Semua kata nama am yang digunakan mestilah ditulis dalam huruf kecil pada pangkal huruf kata nama itu. 3. Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama orang, benda, bangunan, tumbuh-tumbuhan, tempat, bandar atau negeri, judul buku, novel dan filem secara khusus. Contoh: Kata Nama Khas Orang Binatang Bandar atau Negeri Norliza, Syikin, Norizah, Rosli, Maniam, Jemilah, Tan Ah Kau Bangunan Sultan Abdul Samad, Medan Tunku, Hotel Istana Si Comel, Pak Belang, Sang Bedal, Tompok, Itik Mandarin Semenyih, Pulau Pinang, Perak, Kampar, Sibu, Perlis, Kuala Lumpur Bangunan 4. Kata nama khas ditulis dalam huruf besar pada pangkal kata tersebut. 5. Perbandingan kata nama am dan kata nama khas boleh dibuat seperti kenyataan yang berikut: (a) Kata nama am: Murid harus mengetahui kata nama am yang digunakan. Secara umumnya, NOTA Sistem Bahasa kata nama am digunakan untuk menyebut nama binatang, tumbuh-tumbuhan, benda dan manusia secara umum. (b) Kata nama khas: Kata nama khas dapat dibezakan melalui huruf pertamanya berhuruf besar. Kata nama khas merujuk kepada nama manusia, tempat, judul buku atau filem, binatang dan negeri secara khusus. 1.2 Kata Ganti Nama Diri 1. Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti nama orang. 2. Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada: (a) kata ganti nama diri pertama (saya, aku, beta, patik, hamba, kami, kita) (b) kata ganti nama diri kedua (awak, kamu, engkau, anda, kalian, saudara) (c) kata ganti nama diri ketiga (beliau, dia, ia, baginda, mereka) 3. Kata ganti nama diri ada yang membawa maksud tunggal dan ada yang bermaksud jamak. Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan saya Digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau dalam situasi rasmi. aku Digunakan apabila bercakap dengan kenalan rapat atau kepada Tuhan. beta Digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah dengan rakyat. patik Digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja. hamba Digunakan oleh orang biasa pada zaman dahulu kala. kami Digunakan untuk lebih daripada seorang dan tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
23TIP SOS A Lengkapkan ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. 1. Mereka melawat ke pameran itu bersama dengan rakan-rakan pada minggu lepas. A sedang B mesti C akan D pernah 2. Hajat Tahir berkahwin dengan anak orang berada itu tidak kesampaian. A dapat B belum C pernah D hendak 3. Pihak pembangkang telah mengemukakan hujah yang bernas . A paling, sekali B amat, sekali C terlalu, sekali D nian, sekali 4. Sawah Pak Darus luas di Kampung Sri Bendang. A sekali B nian C paling D benar Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Suara penyanyi itu merdu paling hingga semua A B orang yang mendengarkannya terpukau. C Tiada kesalahan. D B Kenal pasti kata bantu dan kata penguat berdasarkan ayat-ayat di bawah. Ayat Kata Bantu/ Kata Penguat 1. Pokok ketapang yang berada di tepi jalan itu terlalu tinggi. 2. Pemandangan di tepi tasik itu indah nian. 3. Saya hendak melihat keadaan di sekeliling rumah ini dahulu. 4. Kami sudah lama menunggu dia di perhentian teksi sehingga kami semua kehausan. 5. Sarjit dapat memasak dengan baik dalam pertandingan masakan di sekolahnya. 6. Suhaimi paling kacak di dalam kelasnya. 7. Zamri bijak sekali. 8. Simpanan beras di rumahnya semakin sedikit sangat. Latihan 1.9 Kata Bantu dan Kata Penguat Jawapan yang tepat bagi soalan 4 ialah C, iaitu kata kunci soalan ini ialah kata penguat paling digunakan untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau kata adjektif.
37 Bab 2 1. Komponen Sastera (KOMSAS) merupakan komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu. 2. Komponen Sastera memperuntukkan 25 markah daripada markah keseluruhan Kertas 01. Bahagian A, soalan 11 – 15 dan dalam Bahagian B, iaitu soalan 5 dan 6. 3. Bentuk soalan yang dikemukakan ialah soalan objektif dan soalan subjektif untuk bahagian antologi dan soalan subjektif untuk bahagian novel. 4. Kriteria pemarkahan Bahagian B ialah: Markah Kriteria 3 markah Isi cukup serta lengkap dan ayat gramatis. 2 markah • Isi cukup tetapi kurang lengkap dan ayat gramatis. • Isi cukup dan lengkap tetapi ayat kurang gramatis. 1 markah • Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis. • Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis. 0 markah • Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis. • Isi tidak mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis. 2. Kriteria pemarkahan Bahagian B ialah: Markah Kriteria 4 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis. 3 markah • Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis. • Isi cukup tetapi kurang relevan mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis. NOTA Pemahaman Teks 2 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis. 1 markah • Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis. 0 markah • Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis. • Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis. 6. Teks yang merangkumi pelbagai genre sastera sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi Tingkatan 1 adalah seperti yang berikut: Genre Sastera Teks Sastera Puisi Tradisional • Pantun Dua Kerat (Nasihat) • Syair Pohon Buluh Puisi Moden • Kita Umpama Sehelai Daun • Kuingin Berterima Kasih • Aku • Kunci Bahasa Prosa Tradisional • Asal Padi Cerpen • Oren • Hadiah • Kuih Bakul Limau Mandarin Drama • Hadiah Novel • Destinasi Impian • Pelari Muda • Sejambak Bakti • Formula Termodinamik
57TIP SOS Latihan BAHAGIAN ANTOLOGI Latihan 2.1 Pantun Dua Kerat (Nasihat) A Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pantun Dua Kerat (Nasihat) Berapa jauh wujud dengan sifat, Sejauh lutut dengan pelipat. Sarang semut dalam gelap, Orang selimut selalu lelap. Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguh hitam dipandang lawa. Emas, perak, tembaga, suasa, Malas bergerak tidak merasa. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. (Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka) 1. Apakah nasihat yang terdapat dalam rangkap kedua pantun ini? A Setiap manusia perlu mengelakkan diri daripada leka. B Setiap manusia harus mengurangkan tabiat suka tidur. C Setiap manusia harus menjauhi sikap malas. D Setiap manusia perlu menjauhi sikap yang negatif. 2. Buah sintang buah senikul, Satu memegang satu memikul. Maksud rangkap terakhir pantun tersebut ialah A hidup saling membantu antara satu sama lain. B bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. C bermuafakat dalam melaksanakan tugasan. D toleransi dalam setiap perbuatan yang dilakukan. 3. Perbandingan semacam yang boleh dikaitkan dengan rangkap keempat ialah A miskin macam pengemis. B ligat seperti gasing. C hitam seperti kuali. D malas seperti keldai. 1. Soalan 1, murid merujuk rangkap kedua pantun sahaja. 2. Soalan 2, murid merujuk rangkap terakhir pantun. 3. Soalan 3, murid perlu memahami maksud malas bergerak, tidak merasa untuk dikaitkan dengan perbandingan semacam.
79 Bab 3 1. Soalan ini disoal dalam Bahagian C dan memperuntukkan sebanyak 15 markah. 2. Murid perlu menulis ulasan dan ringkasan antara 80 hingga 100 patah perkataan. 3. Masa yang dicadangkan untuk menulis ialah 15 minit. NOTA Pemindahan Maklumat 4. Ringkasan dan ulasan ini hanya memerlukan satu perenggan sahaja, ada pendahuluan dan penutup. 5. Murid perlu menulis isi tersurat, iaitu maklumat yang boleh dibaca daripada petikan dan isi tersirat (ulasan sahaja), iaitu idea sendiri yang menghuraikan isi tersurat dalam ulasan serta menyampaikan maklumat menggunakan penanda wacana. Kriteria Pemarkahan PERINGKAT MARKAH KRITERIA CEMERLANG 13 – 15 Idea • Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan. • Ulasan idea jelas dan matang. Bahasa • Ayat gramatis. • Kosa kata luas dan tepat. • Ejaan dan tanda baca betul. • Penanda wacana yang betul. • Kesalahan bahasa yang minimum. • Pengolahan bahasa yang menarik dan berkesan. BAIK 09 – 12 Idea • Isi tersurat dan tersirat yang masih relevan dengan bahan. • Ulasan idea yang jelas. Bahasa • Ayat masih gramatis. • Kosa kata luas. • Ejaan dan tanda baca masih betul. • Penanda wacana yang masih betul. • Kesalahan bahasa yang masih minimum. MEMUASKAN 05 – 08 Idea • Idea tersurat dan tersirat yang masih relevan dengan bahan. • Ulasan idea yang kurang jelas. Bahasa • Ayat kurang gramatis. • Kosa kata terhad. • Kesalahan bahasa yang ketara. PENGUASAAN MINIMUM 01 – 04 Keseluruhan jawapan calon menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak cekap. Tidak menjawab tugasan.
85TIP SOS Latihan 6 Lihat gambar aktiviti kokurikulum di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Keengganan ibu bapa membenarkan anakanak terlibat dalam kokurikulum Murid dibebankan dengan aktiviti selain kokurikulum Kesibukan mengejar pencapaian akademik Halangan-halangan Tidak Mementingkan Kokurikulum Tahukah anda? Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 1975 oleh Parlimen Malaysia.
86 Bab 4 NOTA Penulisan Bahagian A: • Bentuk soalan: Karangan Respons Terhad • Markah: 10 markah • Murid perlu menjawab semua soalan pada bahagian ini. Bahagian B: • Bentuk soalan: Karangan Respons Terbuka • Markah: 30 markah • Murid perlu memilih dan menjawab satu soalan sahaja. KARANGAN RESPONS TERHAD 1. Murid dikehendaki menjawab semua soalan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. 2. Murid akan diberikan perkataan/frasa atau idea pada bahan rangsangan dan perlu membina/mengembangkan idea tersebut. 3. Murid WAJIB menggunakan idea yang diberikan. 4. Panjang karangan respons terhad antara 50 hingga 80 patah perkataan. 5. Murid hendaklah menulis pendahuluan dan penutup. 6. Karangan ini hendaklah ditulis dalam satu perenggan atau beberapa perenggan. 7. Murid mestilah mengira jumlah perkataan setelah selesai. KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. Murid akan diberikan bahan grafik atau gambar sebagai bahan rangsangan. 2. Murid dikehendaki memilih dan menjawab satu soalan sahaja. 3. Pilihlah soalan yang difahami dan kehendak soalan yang jelas. 4. Panjang karangan respons terbuka adalah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 5. Murid perlu mengenal pasti kata kunci soalan. 6. Murid haruslah membina rangka karangan terlebih dahulu agar tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. 7. Murid hendaklah menulis sebuah karangan dengan mengembangkan isi-isi yang disenaraikan. 8. Murid perlu menulis penutup yang kemas dan menarik. Panduan Menulis Karangan Kertas 2 (40 Markah) Tempoh Ujian: Satu jam
99 Contoh Karangan Lengkap “Alang-alang berdakwat biar hitam.” Berdasarkan peribahasa di atas, tulis satu cerita yang menarik. Faizal berasal dari Kampung Jambu di negeri Perak. Penduduk di Kampung Jambu bekerja sebagai petani dan juga ada yang bekerja sebagai peladang. Pendapatan harian mereka tidak begitu lumayan. Namun demikian, mereka mampu menyara kehidupan seharian secara sederhana. Faizal bukanlah pelajar yang cemerlang tetapi dia bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Setelah tamat persekolahan peringkat menengah di pekan berhampiran, Faizal telah berhijrah ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan. Dia telah berjaya menjawat jawatan sebagai operator pengeluaran di kilang pembuatan sarung tangan. Kelulusan yang dimilikinya hanya layak menjawat jawatan itu. Gaji yang ditawarkan kepadanya tidak begitu lumayan. Namun demikian, jika dia rajin bekerja lebih masa, pendapatannya akan bertambah. Faizal bekerja dengan bersungguh-sungguh di kilang itu. Pada suatu hari, dia terfikir untuk mencuba bidang perniagaan. Hasratnya itu timbul setelah melihat kejayaan yang dicapai oleh Ramli. Ramli telah berjaya memperoleh pendapatan lumayan dengan menyertai sebuah syarikat jualan langsung. Pada peringkat awal, pendapatan Faizal tidaklah begitu lumayan. Dia tidak berputus asa. Ramli telah membantunya dengan memberikan tunjuk ajar dan juga tip-tip yang berguna untuk berjaya dalam bidang jualan langsung. Pendapatan Faizal telah meningkat dari sebulan ke sebulan. Pada ketika itu, Faizal masih bekerja di kilang. Dia hanya melakukan kerja sampingan itu pada masa senggang dan juga pada hari cuti hujung minggu. Faizal bekerja keras untuk menjadi ketua kumpulan jualan langsung yang disertainya. Dia menimba ilmu jualan langsung dengan bersungguh-sungguh dan meletakkan sasaran kerja yang tinggi setiap bulan. Lamakelamaan, prestasi yang ditunjukkan itu telah melayakkannya menjadi pengurus kumpulan dengan pendapatan yang mencecah RM3000.00 sebulan. Faizal mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di kilang dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap jualan langsung yang sedang diusahakan. Tanpa pendapatan di kilang, dia sekarang bergantung terus kepada jualan langsung yang disertainya. Dia yakin bidang ini akan memberikan peluang seluas-luasnya untuk berjaya, jika dia sanggup berusaha dengan gigih. Dia telah membulatkan hati dan menumpukan sepenuh perhatian untuk mengaut keuntungan melalui jualan langsung. Sememangnya banyak cabaran yang dihadapinya terutamanya ketika meyakinkan orang ramai terhadap keuntungan menjadi ahli jualan langsung dan juga berkempen untuk menambah ahli syarikat jualan langsung itu. Walaupun banyak cabaran, Faizal telah berjaya kerana dia berusaha bersungguh-sungguh. Kini, dia telah menjadi Ketua Pengurus Jualan Kumpulan dengan pendapatan mencecah RM10,000 sebulan. Dia berasa sungguh gembira kerana telah berjaya dalam bidang perniagaan jualan langsung. Faizal telah melaburkan wang yang diperoleh kepada beberapa cabang perniagaan yang memberikan pulangan yang menguntungkan. Selain itu, dia juga telah membeli beberapa aset yang dapat mengukuhkan kedudukan kewangannya. Dia telah membeli beberapa buah rumah dan juga beberapa bidang tanah yang berpotensi dimajukan pada masa hadapan. Kini, Faizal telah berjaya dalam perniagaan. Namun begitu, dia masih mengekalkan sikap merendah diri terhadap orang lain. Kejayaan yang dicapai oleh Faizal ini ialah kesan daripada sikap dan kesungguhannya apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Sikap ini sesuai dengan kata pepatah Melayu, “alang-alang berdakwat biar hitam,” iaitu apabila terlibat dengan sesuatu pekerjaan atau usaha, lakukanlah pekerjaan itu dengan sebaik-baiknya sehingga berjaya dengan cemerlang. 4.11 Karangan Jenis Cereka 1. Karangan jenis ini direka oleh murid melalui pengalaman sebenar atau imaginasi yang diolah melalui pembacaan, pemerhatian dan penceritaan daripada individu lain secara kreatif. 2. Olahan karangan ini meliputi watak, peristiwa, tempat, sebab, kesan dan sebagainya. 3. Perbualan atau dialog boleh diselitkan bagi menampakkan penceritaan lebih menarik. 4. Karangan jenis ini harus berdasarkan kepada tiga kriteria penting, iaitu: (a) Pendahuluan: bahagian permulaan (b) Isi-isi: meliputi perkembangan dan kemuncak cerita (c) Penutup: peleraian atau penyudah cerita 5. Unsur-unsur nilai murni seperti pengajaran juga harus diselitkan terutama pada akhir cerita. 6. Cerita atau cereka yang baik ialah cerita yang dapat menimbulkan perasaan sedih, cemas, gembira dan sebagainya kepada pembaca.
102TIP SOS Latihan Karangan Respons Terhad Latihan 1 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Kelebihan Membeli-belah dalam Talian menjimatkan masa menjimatkan kos dapat membuat perbandingan harga tidak perlu bersesak lebih banyak pilihan Tahukah anda? Pada tahun 2015, Shopee dilancarkan di Singapura sebagai pasaran sentrik pertama dan mudah alih di mana pengguna boleh melayari, membeli dan menjual di mana sahaja. Tidak lama selepas itu, sebuah platform berasaskan aplikasi melancarkan laman web untuk menyaingi laman web e-dagang yang semakin berkembang di rantau ini seperti Lazada, Tokopedia dan AliExpress. Untuk membezakannya sendiri, Shopee menawarkan keselamatan membeli-belah dalam talian melalui perkhidmatan eskrownya sendiri yang disebut “Shopee Guarantee” di mana ianya berfungsi untuk menahan pembayaran kepada penjual sehingga pembeli telah menerima pesanan mereka.
117 Soalan 1 – 2 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Ayah menggilap barangan yang dikumpulkannya sehingga bersinar. A lama B antik C lusuh D buruk 2. , terimalah balasan ini kerana kamu menjadi tali barut penjajah! A Eh B Oh C Cis D Nah Soalan 3 – 4 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 3. I Sungai di kampung kami semakin cetek akibat musim kemarau yang berpanjangan. II Pengetahuan yang cetek dalam pelbagai bidang kerana sikap remaja yang malas membaca. III “Bahan itu akan saya cetek sebelum diedarkan kepada murid-murid,” kata Cikgu Murni. IV Pakaian yang cetek dan mencolok mata patut dielakkan oleh remaja perempuan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 4. I Semasa kecil mereka suka main masak di bawah pokok yang rendang itu. II Buah strawberi yang telah masak akan dipetik oleh pekerja di ladang itu. III Kami telah masak dengan sikapnya yang talam dua muka. IV Tukang masak tersebut mahir masakan barat dan tradisional Malaysia. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 5 – 6 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 5. Mereka ialah siswazah tahun dua dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya. A ialah sasterawan tahun dua B ialah mahasiswa tahun dua C ialah graduan tahun dua D ialah siswazah tahun dua 6. Melaka ialah BandarRaya Bersejarah yang sering dibanjiri oleh pelancong di dalam dan luar negara kerana ingin melihat kesan penjajahan. A Melaka ialah Bandar Raya bersejarah B Melaka ialah Bandar Raya Bersejarah C Melaka ialah bandar raya bersejarah D Melaka ialah BandarRaya Bersejarah Pentaksiran Sumatif Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Kertas 1 Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian. Bahagian A [15 markah]
120 Bahagian B [30 markah] 1. Dalam setiap iklan di bawah, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. (i) SK PUCHONG PERDANA Pemberitahuan: Pendaftaran murid-murid pra sekolah Tahun 2024 Tarikh : 27 Disember 2024 Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka, SK Puchong Perdana Kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk hadir mengikut ketetapan tersebut amat dihargai. (ii) Air Mineral Semula Jadi Jenis punca air: Air bawah tanah Isipadu minimum 1000 ml Diluluskan oleh: Kementerian Kesihatan Malaysia Buatan Malaysia (iii) Peluang Pekerjaan Jawatan: Juruhebah Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk hadir ke sesi temu duga terbuka seperti ketetapan berikut: Tarikh : 4 January 2024 Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang Tempat : Radio Televisyen Malaysia (i) (ii) (iii) [3 markah]
126 Bahagian B [30 markah] Lihat gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Kota A Famosa, Melaka Taman Negara, Pahang Pulau Perhentian, Terengganu 1. Baru-baru ini anda telah melancong ke tempat-tempat bersejarah di negara ini. Ceritakan pengalaman anda tersebut. 2. Melancong di dalam negara sendiri mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat dan negara. Huraikan faedah-faedah tersebut. 3. Sahabat anda yang berada di luar negara telah menulis surat kepada anda dan meminta pendapat anda tentang tempat-tempat menarik yang boleh dilawatinya di Malaysia. Tulis surat tersebut selengkapnya.
127 BAB 1 Sistem Bahasa Latihan 1.1 A 1. B 2. D 3. A 4. C 5. A B Pada suatu hari, Sang Kancil sedang berjalan-jalan di tepi sebuah sungai. Sang Kancil berasa senang hati kerana suasana pada masa itu sungguh tenteram dan mendamaikan. Sang Kancil berjalan sambil melihat bayang-bayang matahari di celah-celah daun pokok yang rimbun. Tiba-tiba tidak jauh dari tempat Sang Kancil berdiri, Sang Kancil telah mendengar jeritan Sang Buaya. Sang Kancil terus berlari menuju ke arah suara itu. Sang Kancil mencari-cari di sebalik semak yang terdapat di tepi sungai. Sang Kancil mendapati badan Sang Buaya telah dihempap oleh sebatang pokok yang besar. Sang Buaya telah meminta pertolongan daripada Sang Kancil. Kebetulan pada masa itu, Sang Kancil telah ternampak Sang Kerbau lalu meminta pertolongan daripada Sang Kerbau. Sang Kerbau telah menolak pokok itu dengan menggunakan tanduknya tetapi Sang Buaya telah menggigit kaki Sang Kerbau. Sang Kancil sangat terkejut dengan perbuatan Sang Buaya lalu meminta melakonkan semula aksi tersebut. Apabila pokok itu dihempapkan ke atas badan Sang Buaya, mereka berdua terus meninggalkan Sang Buaya di situ. Sang Buaya menjerit kesakitan dan dia berasa sangat menyesal dengan perbuatannya itu. Latihan 1.2 A 1. A 2. B 3. B 4. A 5. B B 1. Kami, anda 2. Kalian 3. Engkau, ku 4. Kamu 5. kamu 6. hamba 7. saya, nya 8. kamu, dia Latihan 1.3 A 1. C 2. B 3. C 4. A 5. C B 1. memanjat 2. mengajar 3. mendekatkan 4. mempamerkan 5. menghadiahi 6. menuruni Latihan 1.4 A 1. D 2. C 3. A 4. B 5. D B 1. Betul 2. Salah 3. Betul 4. Salah 5. Salah 6. Salah 7. Betul 8. Salah Latihan 1.5 A 1. B 2. A 3. A 4. D 5. B B 1. Mengapakah 2. Di manakah 3. Bilakah 4. Siapakah 5. Apakah 6. Bagaimanakah 7. Berapakah 8. Siapakah Latihan 1.6 A 1. C 2. D 3. A 4. B 5. C Jawapan B 1. kerana 2. lalu 3. sebelum 4. sejak 5. setelah 6. kecuali 7. serta 8. dan 9. apabila 10. agar Latihan 1.7 A 1. C 2. B 3. A 4. A 5. B B Tersebutlah kisah di sebuah negeri yang bernama Antah Berantah. Rajanya seorang yang sangat baik hati. Baginda mempunyai dua orang puteri yang sangat jelita. Puteri Sulung walau wajahnya cantik tetapi seorang yang busuk hatinya manakala Puteri Bongsu cantiknya melebihi Puteri Sulung dan mempunyai hati yang sangat baik. Suatu hari datanglah seorang pengemis meminta makanan kepada kedua-dua puteri ini. “Cis, berani engkau datang dekat kepadaku!” kata Puteri Sulung dengan angkuh. “Eh, janganlah kakanda berkata begitu!” kata Puteri Bongsu pula. “Wah, sejak bila adinda menyebelahi pengemis ini pula!” tanya Puteri Sulung. “Wahai kakanda, kasihanilah pengemis ini, berikanlah dia sedikit makanan!” rayu Puteri Bongsu. “Cis, jangan harap kakanda akan berikan!” “Tak mengapalah Tuan Puteri, hamba akan pergi dari sini,”kata pengemis itu. “Eh, jangan takut dengan kakanda, betakan ada!” kata Puteri Bongsu lagi. “Amboi, pandai sungguh engkau mengadu kepada adinda beta!” kata Puteri Sulung lagi. “Nah, rasakan tamparan beta ini!” kata Puteri Sulung lagi. “Aduh, sakitnya pipiku ini!” kata pengemis itu lagi. “Kakanda, janganlah pukul pengemis ini lagi, lepaskanlah dia!” kata Puteri Bongsu sambil menangis. “Oh, sekarang baru adinda mahu merayu kepada kakanda, baiklah kakanda lepaskan pengemis ini. Pergi cepat dari sini!” kata Puteri Sulung kepada pengemis itu. Latihan 1.8 A 1. B 2. D 3. C 4. A 5. B B 1. Tolong 2. Jemputlah 3. Silalah 4. Harap 5. Minta 6. Janganlah 7. Usahlah 8. Jangan Latihan 1.9 A 1. D 2. D 3. B 4. C 5. A B 1. Kata penguat 2. Kata penguat 3. Kata bantu 4. Kata bantu 5. Kata bantu 6. Kata penguat 7. Kata penguat 8. Kata penguat Latihan 1.10 A 1. C 2. B 3. B 4. A 5. C Bab 1
132 (ii) Sejambak Bakti Konflik antara Razali dengan bapa tirinya Peristiwa: Pak Zakaria mencemuh Razali dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya. Pak Zakaria mempercayai kata-kata Munir dan Leong bahawa Razali yang menceroboh kedai koperasi sekolah. Cara penyelesaian: Razali hanya mendiamkan diri setiap kali dimarahi oleh Pak Zakaria dan berdoa kepada Tuhan agar dipertemukan dengan ayah kandungnya. Konflik antara Razali dengan Mak Sopiah Peristiwa: Mak Sopiah tidak membenarkan Razali bertanya lagi tentang di mana ayah kandungnya berada kerana tidak mahu kehilangan Razali. Cara penyelesaian: Razali berhenti bertanya tentang ayahnya kerana tidak mahu menyakiti hati ibunya. Konflik Razali dengan Munir Peristiwa: Munir sering menyindir Razali berpura-pura rajin kerana mempunyai muslihat dan agenda untuk rapat dengan Ramlah. Cara Penyelesaian: Razali hanya bersabar dengan sindiran Munir tersebut. (iii) Pelari Muda Konflik Kamarul dengan Saridah Peristiwa: Kamarul membaca surat Saridah yang mengandungi permintaan maaf daripada Saridah atas kekasarannya sehingga menyinggung perasaan Kamarul. Cara penyelesaian: Kamarul membuang surat tersebut kerana berasa marah atas perbuatan Saridah. Konflik Kamarul dengan Encik Kadir Peristiwa: Encik Kadir memberikan pingat emas yang pernah dimenanginya di Sukan Asia di New Delhi kepada Kamarul sebagai pembakar semangat. Cara penyelesaian: Kamarul enggan menerima pingat itu malah melemparkannya kepada Encik Kadir. Konflik Kamarul dengan De Wega Peristiwa: De Wega merupakan pelari yang diminati oleh Kamarul. Semasa ujian saringan, Kamarul tidak berjaya mengatasi kehebatan De Wega. Cara penyelesaian: Kamarul berlari laju dan membongkokkan kepalanya mengenai garisan akhir dalam perlumbaan yang sebenar dan berjaya mengatasi De Wega. (iv) Formula Termodinamik Konflik Amir dengan ayahnya Peristiwa: Amir merungut apabila ayahnya tergesa-gesa keluar ketika dia ingin memberitahu pencerobohan data storan Syarikat Bahagia kepada ayahnya. Cara penyelesaian: Amir cuba memahami kesibukan ayahnya setelah dinasihati oleh Usamah. Konflik Amir dengan dirinya Peristiwa: Amir berkonflik dengan dirinya apabila dia menyimpan rahsia hatinya yang menyukai Asma. Hatinya berdebar-debar setiap kali bertemu Asma namun dia tidak mampu menyatakan perasaannya itu. Cara penyelesaian: Amir memendam perasaannya sehinggalah dia berasa kecewa apabila mengetahui Asma telah berkahwin. Namun dia reda dengan ketentuan Tuhan. Konflik Amir dengan pemberi e-mel Peristiwa: Amir berkonflik dengan pemberi e-mel kerana ingin mengetahui orang yang meminta maaf dan mengakui kesalahannya itu. Cara penyelesaiannya: Amir menunggu beberapa ketika dengan harapan orang tersebut memperkenalkan dirinya namun gagal apabila orang tersebut menutup komputer. BAB 3 Pemindahan Maklumat Latihan 1 Faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ialah masyarakat tidak mempunyai kesedaran dan tidak prihatin dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kelemahan sistem pentadbiran kerajaan tempatan. Selanjutnya, kurangnya maklumat tentang pencemaran alam sekitar. Di samping itu, penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan sebagainya. Seterusnya, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai-sungai atau laut menyebabkan pencemaran air dan hidupan laut juga terkesan. Selain itu, pembangunan yang tidak sistematik dan terancang juga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Akhir sekali, pelepasan asap-asap kilang dan kenderaan bermotor menimbulkan pencemaran udara kerana asap beracun yang dikeluarkan. Latihan 2 Malaysia merupakan sebuah negara yang bersatu padu walaupun rakyatnya terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera apabila bersatu padu. Jika tidak bersatu padu, maka timbullah rusuhan antara kaum yang seharusnya dielakkan. Masyarakat juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Dengan bersatu padu, hasil pengeluaran pelbagai sektor dapat ditingkatkan dan berkembang maju seiring negara-negara maju yang lain. Selain itu, masyarakat yang bersatu padu dapat mewujudkan perpaduan. Akhir sekali, bersatu padu mampu melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber. Latihan 3 Kepentingan pusat sumber sekolah ialah tempat untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, pusat sumber menjadi tempat untuk berbincang dan melakukan aktiviti berkumpulan khususnya ketika tibanya hari peperiksaan. Di samping itu, pusat sumber dapat menyemai sikap suka membaca di sekolah melalui program Nilam yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selanjutnya, pusat sumber dapat mempertingkat prestasi pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Seterusnya, ianya dapat meningkatkan taraf pengajaran guru menjadi lebih sistematik dan berkesan dengan adanya penggunaan bahan atau alat bantu mengajar. Selain itu, pusat sumber penting sebagai salah satu tempat mengulang kaji yang tenang untuk murid-murid mengulang kaji pelajaran di luar waktu persekolahan. Akhir sekali, pusat sumber dapat memupuk semangat perpaduan yang berkesan antara murid-murid yang berbilang kaum. Latihan 4 Faedah belajar secara berkumpulan ialah kita dapat berkongsi idea dan pendapat berkaitan tajuk yang tidak difahami. Seterusnya, kita juga dapat meningkatkan motivasi untuk belajar kerana didorong oleh rakan-rakan. Belajar secara berkumpulan juga mewujudkan persaingan yang sihat. Kita juga dapat menghilangkan sikap menangguh kerana terikat dengan jadual dan tanggungjawab pada ahli-ahli kumpulan. Dengan belajar secara berkumpulan, kita dapat menilai tahap pencapaian diri dengan membandingkan dan menilai sejauhmana tahap kefahaman kita terhadap sesuatu tajuk. Selain itu, cara ini membolehkan kita mengurangkan perbelanjaan. Akhir sekali, kita turut dapat mengatasi rasa bosan kerana perbincangan, perkongsian maklumat dan nota dibuat bersama-sama. Latihan 5 Rangka ulasan Isi Tersurat Isi Tersirat • Melalui pengambilan makanan yang seimbang dapat mempengaruhi amalan gaya hidup sihat. • Kebersihan ialah asas kepada penyediaan makanan yang berkualiti. • Melakukan senaman pada setiap hari turut mengundang kepada kesihatan yang lebih baik. • Rehat atau tidur secukupnya akan mempengaruhi gaya hidup sihat seseorang individu itu. • Berat badan yang ideal datangnya daripada cara pemakanan yang terancang. • Bersikap positif merupakan faktor kepada penyingkiran stres. Latihan 6 Kemasukan pelajar-pelajar baharu ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut mengambil kira kegiatan kokurikulum yang disertai oleh para pelajar di peringkat sekolah menengah. Namun, terdapat halangan yang membantutkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ini. Salah satunya ialah keengganan ibu bapa membenarkan anak-anak terlibat dalam kokurikulum kerana beranggapan aktiviti Bab 2 – Bab 3