The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Topikal UASA A+ Pendididkan Moral Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pan Asia Publications Sdn. Bhd., 2023-11-09 21:34:23

Topikal UASA A+ Pendididkan Moral Tingkatan 3

Topikal UASA A+ Pendididkan Moral Tingkatan 3

Keywords: Topikal UASA A+ Pendididkan Moral Tingkatan 3,Topikal UASA,Pendididkan Moral Tingkatan 3,Pendididkan Moral Tingkatan 3 KSSM,Pendididkan Moral,Pendididkan Moral KSSM,Pendididkan Moral Ting 3,Tingkatan 3 KSSM,Moral Tingkatan 3 KSSM,Moral Ting 3,Moral KSSM,Topikal Moral,Topikal Pendidikan Moral,Topikal Tingkatan 3,Topikal KSSM

NOTA EKSPRES ............................................................................................................................. N1 – N20 Bidang 1 : Pengenalan Moral UNIT 1 Pilihan Bermoral Pilihan Saya .................................................................................. 1 – 4 Bidang 2 : Diri, Keluarga dan Persahabatan UNIT 2 Anugerah Alam Ciptaan Tuhan ................................................................................ 5 – 8 UNIT 3 Kebestarian Diri ......................................................................................................... 9 – 11 UNIT 4 Amalan Tradisi Kekeluargaan Khazanah Kita .................................................. 12 – 14 UNIT 5 Konflik dalam Adab Persahabatan ....................................................................... 15 – 18 Bidang 3 : Hubungan antara Diri, Komuniti dan Masyarakat UNIT 6 Hidup Bersatu Padu Menjana Kesejahteraan ................................................... 19 – 23 UNIT 7 Kualiti Perkhidmatan Awam Aspirasi Pembangunan Negara ...................... 24 – 27 UNIT 8 Bumi Hijau Bumi Kita ............................................................................................ 28 – 31 UNIT 9 Tanggungjawab Sosial Tanggungjawab Bersama .............................................. 32 – 34 Bidang 4 : Moral, Peraturan dan Undang-undang UNIT 10 Hidup Beradab Cerminan Diri ............................................................................. 35 – 38 UNIT 11 Hindari Jenayah Kanak-kanak .............................................................................. 39 – 41 UNIT 12 Kebebasan Bersuara Menjamin Kemakmuran Negara .................................... 42 – 44 UNIT 13 Amalan Tradisi Masyarakat Majmuk .................................................................. 45 – 46 UNIT 14 Kemanusiaan Asas Kemoralan ............................................................................ 47 – 51 Ujian Sumatif ..................................................................................................................................... 52 – 61 Jawapan ..................................................................................................................................... 62 – 74 Kandungan ii


N1 BIDANG 1 : PENGENALAN MORAL UNIT 1 PILIHAN BERMORAL PILIHAN SAYA 1. Ciri pilihan bermoral adalah seperti yang berikut. Ciri Pilihan Bermoral Bertingkah laku benar, baik dan patut Mematuhi peraturan dan undang-undang Mengikut ajaran agama dan keperluan Mendatangkan kebaikan kepada diri dan orang lain 2. Ciri pilihan bermoral dari segi pemilihan sahabat adalah seperti yang berikut. Ciri Pilihan Bermoral dari Segi Pemilihan Sahabat Memilih sahabat yang boleh membantu Memilih sahabat yang jujur Memilih sahabat yang baik hati Memilih sahabat yang boleh memberikan nasihat untuk kebaikan 3. Ciri pilihan bermoral dari segi pemilihan pasangan hidup adalah seperti yang berikut. Ciri Pilihan Bermoral dari Segi Pemilihan Pasangan Hidup Memilih pasangan yang boleh membantu melaksanakan tugas bersama Memilih pasangan yang bertolak ansur Memilih pasangan yang memahami Memilih pasangan yang tidak mementingkan diri sendiri Nota Ekspres Nota Ekspres


N3 6. Contoh tindakan berlandaskan pilihan bermoral. Contoh Tindakan Berlandaskan Pilihan Bermoral Menjauhkan diri dengan rakan yang mempunyai sikap yang negatif Mendengar nasihat ibu bapa apabila memilih pasangan hidup Memilih jurusan yang memudahkan kita memohon pekerjaan apabila tamat pengajian Memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran kita BIDANG 2: DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN UNIT 2 ANUGERAH ALAM CIPTAAN TUHAN 1. Anugerah Tuhan merupakan kurniaan dan rahmat daripada Tuhan. Salah satu kurniaan Tuhan ialah alam yang kita huni ini. 2. Contoh anugerah alam ciptaan Tuhan adalah seperti yang berikut. Sungai yang jernih yang menjadi sumber air kepada hidupan. Buah-buahan segar yang berkhasiat sebagai sumber makanan. Tumbuhan-tumbuhan hijau yang dapat menyeimbangkan suhu bumi. Gunung-ganang yang tinggi sebagai tanda kebesaran Tuhan. Matahari dan bulan yang menerangi alam ketika waktu siang atau malam. Pantai yang indah dan bersih menjadi kunjungan pelancong. Nota Ekspres


N6 4. Disiplin diri amat penting kerana menjadi kekuatan dalaman untuk mengawal pemikiran, emosi, perlakuan diri dan bertindak balas secara berhemah terhadap perlakuan orang lain. Berikut merupakan amalan mendisiplinkan diri dan amalan tidak mendisiplinkan diri. Amalan Mendisiplinkan Diri Amalan Tidak Mendisiplinkan Diri (a) Tabah dalam menghadapi cabaran hidup (a) Mudah berputus asa dalam kehidupan (b) Terus berjuang walaupun menghadapi kegagalan (b) Memberikan pelbagai alasan apabila berhadapan dengan kegagalan (c) Mampu mengawal diri dalam dalam pelbagai situasi (c) Cepat melenting dan bertindak mengikut perasaan (d) Gigih berusaha demi mencapai kejayaan (d) Bersikap sambil lewa dalam setiap tindakan UNIT 4 AMALAN TRADISI KEKELUARGAAN KHAZANAH KITA 1. Suatu kebiasaan atau amalan yang sudah sebati dan diwarisi secara turun-temurun dikenali sebagai tradisi. 2. Setiap keluarga mempunyai tradisi kekeluargaan masing-masing. Biasanya, tradisi kekeluargaan ini diamalkan berlandaskan kepercayaan, norma dan adat resam keluarga itu. 3. Tradisi kekeluargaan yang diamalkan ini merupakan identiti keluarga yang merujuk jati diri dan cara hidup keluarga itu. 4. Berikut adalah antara tradisi kekeluargaan. Kesenian Perayaan Pantang larang Adat menyambut kelahiran anak Adat menyambut tetamu Adat makan Adat perkahwinan Tradisi Kekeluargaan Nota Ekspres


N10 BIDANG 3: HUBUNGAN ANTARA DIRI, KOMUNITI DAN MASYARAKAT UNIT 6 HIDUP BERSATU PADU MENJANA KESEJAHTERAAN 1. Malaysia dihuni oleh masyarakat yang berbilang bangsa. Amalan hidup bersatu padu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. 2. Berikut merupakan contoh amalam hidup bersatu padu yang meliputi agama, budaya, bangsa dan bahasa. (a) Agama dan kepercayaan - Sambutan Perayaan Agama dan Kepercayaan (b) Budaya - Sambutan Program Kebudayaan (c) Bangsa - Sambutan Program Kebangsaan (d) Bahasa - Sambutan Program Kebahasaan 3. Cara hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa. Cara Hidup Bersatu Padu dalam Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa Menghayati prinsip Rukun Negara Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan Menjaga sensitiviti pelbagai kaum Menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa Mengenali adat dan budaya pelbagai kaum 4. Kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa. Kepentingan Amalan Hidup Bersatu Padu dalam Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa Membentuk sebuah negara yang aman damai Mengukuhkan pentadbiran dan meningkatkan imej negara Masyarakat hidup harmoni tanpa sebarang konflik Ekonomi negara semakin kukuh dan maju Menarik ramai pelancong datang ke Malaysia Nota Ekspres


1 Unit 1 1. Nyatakan ciri pilihan bermoral. TP 1 Ciri Pilihan Bermoral (a) (c) (b) (d) 2. Nyatakan keperluan membuat pilihan bermoral. TP 2 (a) (b) (c) (d) (e) (f) UNIT 1 Pilihan Bermoral Pilihan Saya Nota Ekspres Bidang 1 : Pengenalan Moral TP1 Menguasai Belum menguasai TP2 Menguasai Belum menguasai


2Unit 1 3. Padankan pernyataan di bawah, sama ada sahabat yang baik atau sahabat yang tidak baik berdasarkan situasi yang diberikan. TP 4 KBAT Menganalisis (a) Membantu rakan ketika rakan dalam kesusahan (b) Membocorkan rahsia rakan kepada rakan yang lain (c) Menasihati rakan agar melakukan kebaikan (d) Mementingkan diri sendiri (e) Tidak membuka aib dan keburukan rakan (f) Mengabaikan rakan yang memerlukan bantuan (g) Mengajak rakan melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang (h) Mengajak rakan merokok di sekolah (i) Tidak bercakap benar semasa berkomunikasi dengan rakan (j) Mencuri barang rakan Sahabat yang baik Sahabat yang tidak baik TP4 Menguasai Belum menguasai


3 Unit 1 Deva Sri bertemu kaunselor sekolahnya untuk mendapatkan nasihat tentang pemilihan jurusan yang patut diambil bagi menyambung pengajiannya kerana dia keliru untuk membuat pilihan. Martin sangat menyayangi Claudia kerana mereka sudah lama bercinta. Namun demikian, ibu bapa Martin tidak merestui hubungan Martin dengan Claudia kerana mereka mahu Martin berkahwin dengan Mageret. 4. Nilaikan tindakan pilihan bermoral berdasarkan situasi yang diberikan. TP 3 KBAT Mengaplikasi c Aiman amat meminati bidang muzik. Dia bercadang untuk menyambung pengajiannya dalam jurusan muzik. Cadangan Aiman turut disokong oleh kedua ibu bapanya. b d Kok Weng berfikir panjang untuk membuat pemilihan kerjayanya, sama ada mahu berkerja sebagai jurujual atau akauntan. 5. Jelaskan kepentingan pilihan bermoral berdasarkan situasi yang berikut. TP 4 Situasi Kepentingan Pilihan Bermoral (a) Memilih sahabat i. ii. (b) Memilih jurusan di universiti i. ii. (c) Memilih kerjaya yang sesuai i. ii. (d) Memilih pasangan hidup i. ii. a TP3 Menguasai Belum menguasai TP4 Menguasai Belum menguasai


5 1. Tandakan (3) pada alam ciptaan Tuhan dan ( 7 ) pada bukan ciptaan Tuhan. TP 1 Unit 2 1 4 7 2 5 8 3 6 9 UNIT 2 Anugerah Alam Ciptaan Tuhan Nota Ekspres Bidang 2 : Diri, Keluarga dan Persahabatan TP1 Menguasai Belum menguasai


7 Unit 2 3. Nyatakan kesan yang akan berlaku jika anugerah alam ciptaan Tuhan diabaikan. TP 3 KBAT Mengaplikasi (a) (b) (c) (d) Kesan yang Akan Berlaku jika Anugerah Alam Ciptaan Tuhan Diabaikan 4. Jelaskan kesan yang akan berlaku apabila seseorang melakukan pengabaian terhadap anugerah alam ciptaan Tuhan yang berikut dan nyatakan cara menghargainya. TP 4 KBAT Menganalisis (a) Kesan: Cara menghargai: Tumbuhan (b) Kesan: Cara menghargai: Haiwan (c) Kesan: Cara menghargai: Manusia (d) Kesan: Cara menghargai: Alam sekitar TP3 Menguasai Belum menguasai TP4 Menguasai Belum menguasai


8Unit 2 5. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan gambar yang diberikan. (a) Apakah perasaan anda apabila melihat masalah ini berlaku di kawasan bandar atau di kawasan luar bandar? Berikan sebab. TP 5 KBAT Menilai (b) Bincangkan dua kesan akibat banjir kepada penduduk yang tinggal di kawasan bandar dan juga penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. TP 4 KBAT Menganalisis i. ii. (c) Nyatakan dua inisiatif yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini agar tidak berterusan. TP 4 KBAT Menganalisis i. ii. TP4 Menguasai Belum menguasai TP5 Menguasai Belum menguasai


9 Unit 3 1. Nyatakan ciri kebestarian diri. TP 1 (f) (e) (b) (c) (a) (d) 2. Jelaskan kepentingan kebestarian diri. TP 2 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Ciri Kebestarian Diri UNIT 3 Kebestarian Diri Nota Ekspres Bidang 2 : Diri, Keluarga dan Persahabatan TP1 Menguasai Belum menguasai TP2 Menguasai Belum menguasai


10Unit 3 3. Jelaskan kesan positif keperluan berilmu pengetahuan dan berbudi pekerti mulia dalam membentuk kebestarian diri. TP 3 KBAT Mengaplikasi 4. Baca situasi yang diberikan. Kemudian, huraikan sikap yang ditunjukkan dan kesanya terhadap keputusan SPM. TP 4 KBAT Menganalisis Masa depan Kesan positif: Masyarakat Kesan positif: Keluarga Kesan positif: Agama Kesan positif: Sikap yang Ditunjukkan Kesan terhadap Keputusan SPM Keperluan Berilmu Pengetahuan dan Berbudi Pekerti Mulia dalam Membentuk Kebestarian Diri Tamil Vantan tidak gemar membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Dia leka bermain permainan video. Ibunya sering menasihatinya agar mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan SPM bakal diduduki tidak lama lagi. Namun, Tamil Vantan tidak mengendahkan nasihat ibunya. TP3 Menguasai Belum menguasai TP4 Menguasai Belum menguasai


11 Unit 3 5. Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan gambar yang diberikan. (a) Nyatakan perasaan anda apabila kawan anda berjaya seperti dalam gambar di atas. Berikan alasan anda. TP 5 KBAT Menilai (b) Pada pandangan anda, bagaimanakah kawan anda boleh berjaya? TP 5 KBAT Menilai (c) Berikan dua kesan jika kita tidak berdisiplin semasa belajar di dalam kelas. TP 4 KBAT Menganalisis i. ii. (d) Jika kita gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh murid yang gagal agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. TP 3 KBAT Mengaplikasi TP3 Menguasai Belum menguasai TP4 Menguasai Belum menguasai TP5 Menguasai Belum menguasai


52 Ujian Sumatif Masa: 2jam Bahagian A (40 markah) Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 1. Pilih ciri-ciri sahabat yang tidak baik. A Sahabat yang baik hati. B Sahabat yang suka berhutang. C Sahabat yang suka membantu. D Sahabat yang sentiasa memberikan nasihat kepada sahabatnya. 2. Tindakan berlandaskan pilihan bermoral adalah seperti yang berikut, kecuali A mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan yang bersikap negatif. B mengutamakan diri sendiri daripada keperluan orang lain. C mengutamakan keperluan daripada kehendak. D mendengar nasihat ibu bapa. 3. Contoh anugerah alam ciptaan Tuhan adalah seperti yang berikut, kecuali A bulan. B sungai. C gunung. D bangunan. • Mengawal pencemaran air, udara dan tanah • Memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat 4. Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengawal pencemaran. A Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia B Jabatan Perikanan Malaysia C Jabatan Alam Sekitar D Jabatan Kerja Raya Ujian Sumatif 5. Seseorang yang pintar atau bestari mempunyai ciri-ciri berikut, kecuali A mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. B berpekerti mulia dan kurang matang. C berdisiplin. D aktif. 6. Seseorang yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berdaya tahan dan ________________. A melanggar peraturan serta undangundang yang dilaksanakan B cepat marah dan bertindak mengikut perasaan C cepat berputus asa dalam kehidupan D cekal dalam menghadapi cabaran • Menjemput orang yang lebih tua seperti datuk dan nenek untuk makan. 7. Maklumat berikut merupakan sebahagian daripada amalan tradisi kaum ________________. A Cina B India C Melayu D Kadazan 8. Tradisi kekeluargaan yang diwarisi perlu dikekalkan dan diteruskan bagi mengelakkan _________________. A suasana yang harmoni dalam sesebuah keluarga B hubungan kekeluargaan bertambah erat


55Ujian Sumatif Bahagian B (60 markah) Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan nilai yang sesuai berdasarkan situasi yang diberikan. Situasi Nilai (a) Kavitha yang beragama Buddha ke kuil untuk bersembahyang dan berdoa supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal didudukinya nanti. (b) Li Wen terpaksa berhenti sekolah kerana bapanya telah meninggal dunia. Li Wen mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sambilan sebagai pencuci pinggan demi mengurangkan bebanan ibunya. (c) Mathumittha tidak memakai pakaian yang mencolok mata walaupun tiada peraturan tentang etika berpakaian di tempat kerjanya. Dia lebih selesa memakai sari atau baju kurung semasa bekerja. (d) Ranjit Singh tidak sampai hati melihat seorang lelaki tua yang kurang upaya meminta bantuan kewangan daripadanya. Dia memberikan sedikit wang dan membelanjakan lelaki tua yang kurang upaya itu makan. (e) Semasa keluar rehat, John terjumpa dompat yang tercicir. Dia mengambil dompet tersebut lalu menyerahkannya kepada guru yang bertugas. (f) Setiap pagi, para murid berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. (g) Ruzimah bertutur dengan sopan dan menggunakan kata sapaan yang betul semasa berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. (h) Gilbert melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong di kawasan taman perumahannya. Gotong-royong ini dilakukan bagi mengekang wabak demam denggi. (i) Christina menerima pendapat dan idea yang disuarakan oleh rakan-rakannya semasa bermesyuarat. (j) Jiran Amsyar ialah individu yang kurang upaya dan diabaikan. Amsyar bertindak melaporkan kes tersebut kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jiran Amsyar mengucapkan terima kasih kepadanya dan berasa gembira kerana telah mendapat pembelaan yang sewajarnya. (20 markah)


60 Ujian Sumatif Bahagian C (20 markah) 1. Gambar-gambar di bawah merupakan anugerah alam ciptaan Tuhan kepada manusia. Matahari Buah-buahan Sungai Hutan (a) Senaraikan tiga anugerah alam ciptaan Tuhan yang lain selain yang dinyatakan dalam gambar-gambar di atas. i. ii. iii. (3 markah) (b) Nyatakan tiga kepentingan anugerah alam ciptaan Tuhan terhadap sumber pendapatan dan ekonomi negara. i. ii. iii. (3 markah) (c) Nyatakan dua cara menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan. (2 markah)


62 Bidang 1 : Pengenalan Moral UNIT 1 Pilihan Bermoral Pilihan Saya 1. (a) Bertingkah laku baik, benar dan patut (b) Mengikut ajaran agama dan kepercayaan (c) Mematuhi peraturan dan undang-undang (d) Mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain 2. (a) Meningkatkan keyakinan diri (b) Memelihara harga diri (c) Menjamin masa hadapan yang baik (d) Memupuk perpaduan dan keharmonian (e) Melahirkan sikap hormat-menghormati (f) Meningkatkan hubungan kerjasama 4. (a) Pekerjaan yang baik akan menjamin masa depan yang lebih cerah. (b) Bidang pengajian yang dipilih haruslah berdasarkan minat dan bakat yang dimiliki. (c) Pemilihan jurusan pengajian yang sesuai dapat menjamin kerjaya yang baik dan terjamin. (d) Nasihat ibu bapa perlu didengari untuk mendapat keberkatan dan keluarga yang bahagia. 5. (a) i. Mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial ii. Menjamin masa hadapan yang baik (b) i. Memilih jurusan yang mudah untuk memperoleh pekerjaan ii. Mengelakkan memilih jurusan yang salah dan tidak diminati (c) i. Bekerja dengan sepenuh hati ii. Mengurangkan tekanan semasa bekerja (d) i. Memilih pasangan hidup yang tepat dan sesuai ii. Membina keluarga bahagia 3. (a) Membantu rakan ketika rakan dalam kesusahan (b) Membocorkan rahsia rakan kepada rakan yang lain (c) Menasihati rakan agar melakukan kebaikan (d) Mementingkan diri sendiri (e) Tidak membuka aib dan keburukan rakan (f) Mengabaikan rakan yang memerlukan bantuan (g) Mengajak rakan melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang (h) Mengajak rakan merokok di sekolah (i) Tidak bercakap benar semasa berkomunikasi dengan rakan (j) Mencuri barang rakan Sahabat yang baik Sahabat yang tidak baik Jawapan


Click to View FlipBook Version